kisah yanur

"Awak, hari sabtu ni kita belajar memanah jom."

Yanur mengajak Zarif menyertai hobinya.

"Buat apa nak belajar memanah?"

"Untuk panah hati awak."

"Tak payah nak panah, hati saya dah memang milik awak."

*****

"Kalau tak nak memanah, jom kita pergi berjoging."

"Buat apa berjoging?"

"Untuk menjaga kesihatan, joging ni bagus tau."

"Saya hari-hari dah pergi berjoging."

"Tak ajak pun, awak joging dekat taman mana?"

"Saya sentiasa joging dekat taman hati awak."

Zarif bermulut manis, sentiasa membuat Yanur tersenyum. Inilah kenangan mereka sewaktu di bangku sekolah. Sweet dan bahagia. Namun semuanya berakhir sudah. Setiap memori itu berkecai menjadi serpihan kaca. Saat Zarif pergi tanpa meninggalkan sepatah kata mahu pun mengirimkan khabar berita.

Yanur berteleku di satu sudut bilik hotel. Menangis, saat mengingati kenangan itu. Biar kini dia telah menemui kembali Zarif. Yanur masih membutukan satu penjelasan dari Zarif.

Sakit hati tertipu, sakit lagi ditinggalkan tanpa perkhabaran. Biar dia merasakan, pertemuan kali ini adalah peluang untuk dia dan Zarif kembali bersatu. Biarlah dengan satu penjelasan yang mampu meruntuhkan tembok keegoaannya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top