Kisah Cinta Yanur Bab 9

'Bila cinta memutik rasa, adakah ini kisah kita. Ada kasih yang sedang membara di dalam jiwa. Bila rindu sering bertamu, aku rasa seperti dirimu. Selalu hadir dalam lena dan jagaku, bertemulah dan bersatu.'

Siulan burung, mengejutkan lamunan Yanur. Kenangan kelmarin, mengisi ruang yang dulu pernah terisi oleh insan bernama Zarif. Luka yang bercambah, perlahan-lahan terubat. Zarif lelaki yang segak dan sangat penyayang, kerana itu Yanur tidak pernah melupakannya.

*****

"Zarif, bila kamu balik Kulai?" sapa Wak Mail, ayah Zarif.

"Insya-Allah lusa."

"Kamu balik naik apa?"

"Naik bas, senang sikit."

"Kenapa balik sekejap sangat. Budak-budak pun kamu tak bawa sekali." sampuk Mak Ti sambil menatang air kopi kegemaran Wak Mail.

"Saya dari Batu Pahat. Lagi pun saya balik naik bas. Esok ni pun, budak-budak tu sekolah."

"Bila senang...selalulah balik sini, Mak rindu dengan Firluq dan Fitni...lama tak jumpa cucu-cucu kami."

"Cuti sekolah nanti, saya bawa dia orang balik."

"Kamu pun, janganlah sibuk dengan kerja saja. Mereka pun perlu perhatian dari kamu, ayahnya. Biarpun..."

"Ya mak... Tak perlu ungkit kisah silam. Semua ini telah terzahir begitu. Saya redha."

Mak Ti mengesat air mata yang mengalir, bila teringatkan kisah silam itu. Wak Mail setia menjadi pendengar dan pemerhati dua beranak itu berbual, tanpa menyuarakan apa-apa. Wak Mail sangat mengerti apa yang terpaksa anak terunanya itu lalui. Memikul satu tanggungjawab besar di usianya yang sangat muda. Tidak semudah yang kita sangka. Atas ketelusan hatinya, dia sentiasa dilimpahi rezeki yang tidak disangka-sangka.

"Mak, ayah... Esok kawan Zarif nak datang sini. Kebetulan dia bercuti disekitar kawasan ini. Dia teringin nak melihat suasana di sini." Zarif meminta izin untuk membawa Yanur ke rumah.

"Bakal menantu mak ke?"

"Kawan...sesungguhnya telah tertulis dia jodoh saya, apa salahnya." Zarif tertawa kecil setelah bergurau-senda dengan Mak Ti. Walhal dia sangat berharap itu menjadi satu kenyataan.

"Alhamdulillah, kami doakan yang terbaik. Kamu pun sudah dewasa, untuk membuat keputusan. Mana yang baik buat kamu, baik juga buat kami." balas Mak Ti.

"Yang penting ingat batas-batas kita orang islam." sambung Wak Mail pula.

"Insya-Allah mak, ayah..."

"Siapa nama dia? Budak mana?"

"Yanur, kawan sekolah dulu."

"Yanur...macam pernah dengar nama ni."

Mak Ti segera bangkit dari tempat dia bersemayam, dan mencapai album gambar.

"Inikan..." Mak Ti menuding jari ke arah seorang gadis yang terlihat malu-malu.

"Ya... Dialah."

Mak Ti tersenyum gembira. Akhirnya, Zarif berjaya bertemu gadis yang dicintai selama ini. Mak Ti sangat mengetahui, perasaan Zarif pada Yanur sejak dibangku sekolah lagi. Mak Ti tidak pernah menghalang, kerana perasaan itu milik mutlak dirinya. Mak Ti hanya memberi beberapa nasihat yang sewajarnya seorang mak berikan.

Mak Ti masih ingat satu ketika dulu, setelah tamat pengajian tingkatan 5.

"Mak... Zarif nak tunang."

"Tunang, kamu kerja pun belum. Baru habis peperiksaan semalam."

Zarif menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan berat.

"Zarif, tak mahu sambung belajar?" soal Mak Ti lagi.

"Kami tunang saja dulu. Lepas habis belajar, baru kami kawin."

"Zarif, mari duduk dengah ayah." Wak Mail pula memberi nasihat.

"Sejujurnya, kami tidak menghalang. Malah kami gembira dan bersyukur. Namun kamu perlu tahu, perkahwinan bukan pekara remeh-temeh seperti permainan masak-masak. Apabila seorang lelaki telah mengucapkan akad nikah, secara automatik wanita itu akan menjadi tanggungjawabnya, sepenuhnya. Dari makan minum, nafkah zahir dan batin, dosa dan pahalanya juga adalah dari kita, suami. Ayah, sarankan kamu buatlah solat istikharah dan buatlah keputusan sebaik-baiknya. Insya-Allah, sesungguhnya dia jodoh kamu. Kamu akan bersatu juga, tidak kira di dunia mahupun akhirat."

Zarif mendengar satu-persatu perkataan ayahnya dan mencernanya menjadi satu rumusan yang pasti dan yakin.

Sekeping gambar dia dan Yanur terletak kemas dalam sebuah buku cerita yang sering dibawanya. Setiap kali dia teringatkan Yanur, dia akan melihat gambar itu.

Benar-benar cinta mati si Zarif ni.

Setelah dirumuskan setiap bicara mak dan ayahnya, Zarif menarik kembali niatnya dan teruskan pengajiannya. Dia berharap dapat bersama dengan Yanur juga, satu hari nanti. Rasa berat hatinya untuk mengucapkan selamat tinggal. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi tanpa berjumpa Yanur terlebih dulu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top