Kisah Cinta Yanur Bab 8
Yanur memusingkan tubuhnya ke arah suara itu.
"Zarif!! kau buat apa dekat sini."
"Lupa ke? Inikan tempat saya."
"Oh ya... Sorry aku lupa." balas Yanur sambil tersenyum.
"Kau bebel apa tadi. Nampak marah sangat?"
"Tak ada apalah. Budak-budak ni ha... suka bergurau." Apa yang menarik dekat sini?"
"Yang menarik....emmmm...makan..."
"Makan?"
"Ya... Saya dah lapar." Zarif buat muka comel ala-ala pelakon korea suk jin.
"Kau ni kan. Jomlah, nak makan dekat mana?"
"Mulut... Hahahaha... "
"Nakal betul..."
Yanur dan Zarif jalan beriringan seperti pengantin baru sambil bergurau senda. Zarif begitu galak mengusik Yanur.
Di sebalik gerai cenderahati, ada seseorang yang setia melihat gerak-geri mereka.
"Kalau dengan aku, kau buat tak tahu. Dengan mamat perasan hebat tu, bukan main kau bergurau senda. Tak guna..."
Ada api cemburu dalam dirinya. Melihat kemesraan pasangan itu. Sakit hati, bila dirinya hanya dipandang sepi. Rasa cinta mampu membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Rasa cemburu mampu membuat seseorang itu melakukan senekad kemahuannya. Tidak hairan di zaman ini, ada yang sanggup berbunuh-bunuhan kerana cinta. Cinta membabi buta hanya merugikan. Cinta yang dilahiriahkan dengan keimanan dan ketakwaan pasti bertemu kebahagiaan hingga ke akhirnya.
Lelaki itu terus mengepal tangannya. Dia melangkah pergi, menyejukkan hati. Semakin dia ekori mereka, hanya rasa sakit yang bertandang.
"Yanur... Aku akan pastikan kau terpikat pada aku. Tidak semudah itu untuk kau lepas dari genggaman aku. Bertahun aku tunggu kau, kau langsung tidak pedulikan aku. Aaaaaaaahhhhhh..."
Lelaki itu menjerit dan mengusutkan rambutnya, menahan amarah.
*****
Hari itu, mereka menjamu selera di sebuah restoran yang dapat melihat suasana alam semulajadi. Yanur begitu menikmati asam pedasnya. Yang sangat segar dan menyelerakan.
"Berapa lama awak bercuti?"
"Tak pasti lagi, mungkin seminggu lagi. Tenggok keadaan."
"Lama tu, kenapa lari jauh sangat? Merawat hati yang luka?"
"Kata orang, alam semulajadi ubat paling mujarab untuk menghilangkan tekanan. Menyukuri keagungan ciptaan Ilahi. Damai, tenang membuat kita lupa akan kepahitan yang pernah kita lalui."
"Wah, bermadah pula. Saya tahu lah awak tu penulis."
"Kadang-kadang kita kena lari sekejap dari kekalutan hidup yang berserabut, untuk menghindari diri dari penyakit nyanyuk."
"Fakta mana yang awak guna ni."
"Siapa yang sedang bercakap dengan kau. Aku kan... Jadi itu fakta aku..."
Mereka bergelak bersama. Dapatlah menghiburkan hati Yanur untuk beberapa hari ini.
"Kau cuti berapa hari?"
"Lusa aku dah nak balik JB."
"Sekejap je, ingat boleh minta kau ajak aku jalan-jalan dekat sini."
"Dah sampai sini sendiri. Nak jalan-jalan pun kena berteman ke."
"Kalau tak mau teman, cakap jelah. Tak payah nak perli orang. Eeeee..."
"Marahlah tu, jangan dok ngongek...ngongek...Sendiri...cepat tua t...dah jatuh saham... Sapa yang susah saya juga."
"Apasal pulak?"
"Yalah, kalau dah tak ada sapa yang nak. Saya juga yang kena nikah dengan awak."
"Kalau tak nak, tak payah paksa...aku pun tak minta...okey..."
Yanur menahankan rasa geram pada sikap Zarif. Sesuka rasa kata dia tua. Yanur makan dengan perasaan sebal, tanpa memandang wajah Zarif.
Zarif yang melihat gelagat Yanur, tertawa sendirian. Faham benar dengan sikap Yanur bila merajuk. Tidak akan dipedulikan orang dekat hadapannya.
"Merajuk ke, cik siput...ada cik ketam teman pun nak merajuk ke? Muka masam-masam, rasa pun jadi kecut. Cuba cik siput senyum, baru manis rasanya."
"Cik siput dah nak kena telan...dah tak ada rasa nak senyum..." balas Yanur.
"Cik siput ada suara rupanya..." Zarif tergelak kecil.
"Tak yahlah nak merajuk... Okey, saya temankan awak... Tapi esok, awak kena bawa baju dua atau tiga helai. Ikut saya pergi satu tempat."
"Pergi mana? Kau jangan macam-macam."
"Pergi siam."
"Zariffff..."
"Hahahahaha..."
Mereka terus menikmati hidangan yang dipesan. Dalam hati, Yanur berteka-teki. Rasa seram sejuk pun ada. Yalah, zaman sekarang, zaman haruan makan anak.
Ke manalah si Zarif ni nak bawa Yanur.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top