Kisah Cinta Yanur BAB 4
Perjalanan pulang, Yanur singgah sebentar di dataran orang ramai. Melihat anak-anak kecil bersama ibu bapa masing-masing sedang beriadah. Limah seakan mengerti gelora di hati Yanur. Dia hanya turuti sahaja. Jika ini dapat memberi ketenangan dalam diri kawan baiknya itu, dia sanggup menemani. Asalkan Yanur kembali gembira seperti sebelum ini.
Yanur ralit melihat seorang anak kecil yang sedang bermain belon air. Dia tersenyum sumbing melihat gelagat itu. Tidak lama kemudian, dia menghampiri kanak-kanak itu.
"Adik, adik datang dengan siapa? "
Dari jauh, terlihat seorang wanita berlari menghampiri mereka.
"Alif... Maaf, adik ni siapa. "
"Saya Yanur. Comel anak akak. Maaf saya tak berniat apa-apa. Saya cuma tertarik dengan Alif yang comel ini. " Yanur segera menjelaskan tujuan dia menyapa kanak-kanak itu. Agar tidak di salah erti.
Wanita itu tersenyum, berasa lega.
"Saya Aisyah."
"Berapa tahun ni?"
"3 tahun."
"Alif, jadi anak yang soleh, hormat orang tua dan membanggakan ibu dan ayah." Yanur menunduk dan mengusap lembut kepala Alif sambil berpesan.
"Saya minta diri dulu kak Aisyah. Insya-Allah, diizinkan Allah kita jumpa lagi." Yanur bersalaman dengan Aisyah, lalu mengeluarkan duit Rm10 dan beri kepada Alif."
"Apa ni Yanur."
"Tiada apa kak, rezeki Alif."
"Alif, cakap terima kasih pada Acik Yanur."
"Timekacih." Alif mengikut arahan ibunya, dan menjawab dengan sedikit pelat.
"Sama-sama Alif."
Yanur melangkah menghampiri Limah dan mengajaknya pulang.
*****
Ketika perjalanan pulang, Limah sempat bertanya.
"Engkau kenal ke budak tadi tu?"
"Tak." sepatah sahaja jawapan dari Yanur.
"Habis kau bagi duit tadi tu."
"Cik Limah sayang oi... takkan kita nak beri duit pada orang yang kita kenal saja. Yang kita tak kenal tak boleh nak beri ke? Berkongsi rezeki itukan amalan mulia."
"Yalah, sorry."
"Sorry pergi cari tamy."
"Cit...punya kawan, ni nak pergi mana?"
"Balik rumahlah. Kau ada nak singgah mana-mana?"
"Taklah, ada banyak kerja aku nak buat. Nak buat hantaran. Kau tolong aku ya."
"Okey... boleh aku tunjukkan skill gubahan aku yang cun ni."
"Perasan..."
"Kalau tak cantik, kau tak akan cari aku."
Mereka akhirnya tergelak bersama. Suasana di dalam kereta membuang jauh perasaan gusar di dada Yanur. Setiap kenangan si dia selalu menjamah memori. Kenangan bermain belon air bersama anak saudaranya di dataran itu. Makan ais krim, berjalan di tepi pantai. Membuat kotak fikirannya sentiasa terjamah dengan kisah lalu. Kerana memori itu, dia tertarik melihat Alif bermain.
Usai berehat, Yanur Dan Limah duduk di hadapan television menonton cerita ustaz pink. Mereka tergelak bersama, sampai di satu babak Zahara pengsan ketika hendak menyarung cincin kerana terkejut.
"Limah, agak-agak kau. Kalau aku tiba-tiba pengsan bila bakal mak mertua aku nak sarungkan cincin. Apa yang dia orang akan buat. "
"Kalau aku, aku siram kau guna air basuh tanggan. "
"Bertuah punya kawan. "
"Baru real. Cakap pasal tunang. Apa kes kau dengan si dia. Kau orang dah lama berkawankan. "
"Itulah yang aku nak beritahu kau. Aku dengan dia dah putus. "
"Kenapa? Dia ada perempuan lain? Atau dia dah tipu kau. "
"Boleh dikatakan begitu. Aku nak ambil cuti, nak tenangkan diri. Aku penat, asyik dipermainkan oleh lelaki. Aku nak bahagia. Aku nak bahagia Limah."
Yanur tidak lagi, mampu menampung air matanya. Dia luahkan semuanya kepada Limah. Rasa tertipu dan dipermainkan sangat sakit.
"Bila?"
"Selepas majlis kau. Aku nak ke Pulau Tioman. Aku nak lupakan setiap kenangan kami. Bertahun aku sayang dia. Aku cintakan dia. Tapi satu kebenaran telah cukup membuat aku hancur. Aku harap dia akan berubah, satu hari nanti."
"Sabar Yanur. Aku faham, betapa kecewanya kau. Kau harus ingat, kita ada Allah sebaik-baik pengatur."
Yanur merangkul Limah dan menangis semahunya.
"Tuk... Tuk... Tuk... Assalammualaikum... "
Yanur dan Limah berpandangan. Suara lelaki memberi salam. Tak kan...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top