Kisah cinta Yanur bab 10

"Yanurrrrrrr... " automatik, Yanur menjauhkan telefon bimbitnya dari gegendang telinga. Mahu tuli seminggu kalau dengar jeritan Limah.

"Assalammualaikum...pagi-pagi dah menjerit dekat telinga aku. Menganggu honeymoon aku je."

"Erkkkk... " Limah terkesima seketika.

"Kau bila nak balik sini, seminggu dah duduk dekat sana. Tak terubat lagi ke? "
"Kau juga yang janji nak bagi aku pi tenangkan diri. La ni kau pula yang merungut."

"Hihihi... Bukan merungut, saja bertanya... Sebab nak plan pi honeymoon pula." dihujung talian, Limah membuat muka comel. Mashot yang berada di sisi Limah turut tersenyum, membuat muka babydoll bollywood.

"Itu rupanya, jangan risau. Aku balik dari bercuti, aku seponser tiket honeymoon kau."

"Serius... Kau berehatlah sepuasnya." Limah dah berasa teruja untuk pergi berbulan madu, bila Yanur sudi belanja tiket berbulan madunya.

"Aku serius lah ni... Tunggu aku balik... Okey... "

10 minit kemudian.

'Klik... Klik... Klik... '

Telefon bimbit Yanur berbunyi kembali. Kali ini bosnya pula telefon.

'Eh bos aku ni, ada apa pula telefon. Tadi Limah desak suruh aku balik. Takkan bos pun nak desak aku balik. Adoi...'

"Hello Yanur. Bila kamu mahu masuk kerja?"

"Dua minggu lagi bos. Kenapa? Saya sudah minta Limah cover kerja saya dulu."

"Takla apalah, saja mahu tanya. Itu Limah sudah pergi bulan madu. Ini saya jaga solang."

"Haaa... Tadi Limah baru telefon saya. Dia mahu tunggu saya balik."

"Itu kamu sudah kena game sama dialah. Okeylah, saya mahu sambung kerja. Kamu jangan cuti lama-lama. Nanti habis semua kerja jadi kalang-kabut."

"Okey bos. Dua minggu saja lagi."

"Okey... Satu pesan saya. Yang lama sudah tidak mahu fikir-fikir. Yang baru pasti datang berderet. Jangan sedih lama-lama. Nanti balik pasti sudah berpunya."

"Adoi bos... Hahahaha... Saya faham.. Terima kasih bos."

'Kusta punya Limah, kau orang kenakan aku. Cancel tiket honeymoon. Aku bagi bantal honeymoon je.' gerutu Yanur dalam hati.

*****

     Hari ini Yanur berjalan sendirian. Zarif sudah pulang ke Kulai. Baru sehari di tinggalkan Zarif, hati Yanur sudah bijak berbisik rindu. Namun egonya juga tetap tinggi seumpama Gunung Fujiyama. Benar kata orang, kesakitan kerana tertipu tidak mudah terhurai. Kesannya terus memakan hati. Namun sampai bila Yanur nak memakan hati dengan sikap lelaki yang tidak pernah menghargai kasihnya.

    Seorang lelaki melanggar Yanur, lalu Yanur terjatuh.

"Adoi..."

"Maaf...maaf...saya tidak sengaja." Kalut lelaki itu, berpura-pura.

"Jalan elok sikitla."

"Yanur kan."

Yanur segera mendongakkan kepalanya. matanya membulat tidak percaya.

"Malik..." soal Yanur tidak percaya.

"Akulah, Malik... Secret admirer kau." jelas Malik.

"His kau ni, dari dulu tak berubah. Suka sangat usik aku macam tu."

Malik hanya tertawa dan tersenyum dengan jawapan balas Yanur.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Malik.

"Bercuti..."

"Dengan suami?"

"Aku belum bersuami lah."

"Family?"

"Sorang, saja mencari kedamaian dari keriuhan suasana banda. Kau buat apa dekat sini?"

"Aku ikut kau lah. Aku kan secret admirer kau...hahahahaha... Just joke."

Wajah Yanur sedikit berubah, mendengar pengakuan Malik. Namun kembali tersenyum, bila Malik segera menyatakan itu semua hanya gurauan.

"Kau jangan macam-macam. Hampir buat jantung aku terhenti tau."

Malik masih galak tertawa.

"So, kau nak pergi mana ni?"

"Aku nak pergi makan dekat gerai hujung tu. Asyik terperap je dalam bilik, tiba-tiba rasa lapar."

"Sorang?"

"Ekh taklah, kau tak nampak ke anak itik berderet dekat belakang aku ni."

"Hahahahaha.... Kau dari zaman sekolah, sampai ke hari ni tak berubah... Jomlah, aku temankan."

"Okey, set... Kau belanja kan. Yipi... "

"Bab mengepau memang kau jelah."

"Bukan selalu... Hihihihi... Aku pun banyak soalan nak tanya kau ni."

"Boleh... Boleh... Satu soalan Rm10... Hahahaha."

"Diman punya kawan... Anak sedara aku pun baru minta sepuluh sen tau."

"Budak kecik tak pandai guna duit... Hahahaha. "

Yanur dan Malik beriringan ke gerai makan yang di tunjuk oleh Yanur tadi.  Mereka rancak berborak sehingga tiba ke destinasi. Namun siapa Malik dengan Yanur?  Adakah sekadar teman sekolah atau ada sesuatu yang Yanur tidak tahu mengenai Malik.

Benarkah Malik yang mengikuti Yanur selama ini. Jika benar, mengapa Malik seperti berdendam dengan Yanur?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top