BAB 46
Afifa bangun dari tidurnya liat sekali. Yelah semalam tengok bola, tidur pukul 3 pagi. Mana tak nya. Dah lah subuh terlepas. Terpaksalah ganti balik. Baru sahaja membuka mata, Firash sudah siap berkemas memakai baju formal untuk ke PDRM.
Ye lah, dia kan spy.
Lah sangat💁
"Abang nak pergi mana?"soal Afifa sambil menutup mulutnya menggunakan belakang tapak tangannya.
"Abang kena pergi kerja" balasnya sambil membaiki tali pinggangnya.
Afifa angguk.
"PDRM atau Kafe?"soal Afifa sambil merapikan rambutnya perlahan.
Firash dipandang.
"PDRM" balas Firash sepatah.
Afifa dah tahu pasal kerja Firash, tapi dia hanya tahu yang Firash kerja di PDRM dan dia belum tahu pasal spy.
masa mula mula tahu tu mana taknya dia mengamuk. Merajuk dan mengamuk dalam satu masa. Dekat seminggu dia merajuk tak nak cakap dengan Firash.
Haih...
Bila diceknya kat hospital, tup tup mengandung. Mana taknya gembira sakan lah!
"Jap Fifa siapkan breakfast" kata Afifa lantas mengikat rambutnya.
Firash hanya tersenyum melihat telatah isterinya.
"Bang! breakfast dah siap!" Laung Afifa yang sekian lama berperang didapur.
Firash turun dan melabuhkan punggung dimeja makan.
"Erm, sedapnya...walaupun roti bakar dan air milo" puji Firash sambil menyumbat roti bakar. Ala, nak buat mi goreng tak sempat.
Ah, bantai je lah, roti bakar pun bakar je lah!
Setelah lama mereka berbreakfast, Firash terus ke PDRM. Misi tetap misi.
walaupun Afifa tidak dapat menerima yang Firash akan ke PDRM selama 6 jam, dia tetap menghormati keputusan Firash.
Tiba tiba, dia rasa sakit diperutnya. Ah, sakit sekali, seperti ditusuk pedang halilintar yang banyak sekali. Dia terasa sesuatu mengalir dicelah kakangnya.
"Arh, sa..sakit" Afifa perlahan mengesot sikit demi sikit untuk mencapai telefonnya yang berada dimeja ruang tamu.
"Aa..abang...tolong bang, sayang sakit..sakit bang.. balik bang, tolong balik" adu Afifa dicorong telefon.
"Sayang, jangan main main, abang nak kerja ni"
"Abang, sayang betul ni..ah, abang"
Afifa mengesat air mata jernih yang keluar dari matanya, Ya Allah sakitnya.
"Sekejap abang patah balik"
telefon dimatikan, Afifa menahan tangisan yang mahu keluar.
Perut dipegang tanda sakit.
"Sayang!"panggil Firash lalu mendapati Afifa yang sudah duduk dihadapan pintu rumahnya.
Diangkatnya Afifa ke atas keretanya. Afifa memegang perutnya dan meramasnya berkali kali.
Peluh didahi dibiarkan.
Hati makin resah mengingatkan tentang melahirkan anak.
acap kali zikirullah meniti dibibir.
"Sayang sabar eh, abang bawak sayang ke hospital ya" katanya lembut sambil memegang tangan Afifa yang sejuk.
Afifa sekadar mengangguk sahaja.
*****
Setelah sampai dihospital, Afifa laju menuju ke bilik wad berdekatan.
Lama menunggu akhirnya Doktor Sofea keluar juga.
"Macam mana doktor?"soal Firash kalut. Muka Doktor Sofea dilihat.
"Afifa okey, cuma babies akan keluar dalam beberapa jam lagi, sebab menda tu baru bukak 5 cm, tak apa ni baru air ketuban" terang Doktor Sofea sambil membuka mask yang menutupi mulutnya dan hidungnya.
Firash mengangguk.
"Boleh saya jenguk dia?"soal Firash lagi. Doktor Sofea angguk tanda boleh kepada Firash.
"Sayang, sayang okey?"soal Firash tatkala melihat wajah isterinya yang menahan rasa sakit diperutnya.
"Sakit...abang...sakit..tolong" jawabnya lantas memegang tangan suaminya.
Firash disebelah terus mengusap perut Afifa lembut.
"Maaf sayang, abnag tak dapat tolong, nanti sayang nak lahirkan babies ni baru abang bantu sayang, meh abang dodoikan Fifa ya?" Tuturnya lantas mengalunkan zikirullah lembut. Lama kelamaan mata Afifa semakin layu dek zikirullah yang dialunkan dari Firash.
Telefon Firash dicapai. Nama Mama Sayang💕 ditekan.
Menunggu orang sana menjawab.
"Hello, assalamualaikum, ya Ash.. kenapa call mama ni?"
"Mama, Ash nak bagitahu yang Afifa dah masuk hospital..air ketuban dia pecah, doktor kata dalam beberapa jam lagi babies akan keluar, mama bagitahu ek ke ummi."
"Oh, takpe takpe nanti mama bagitahu, kalau Afifa dah nak beranak tu call sekali lagi ya...mama ada kerja sikit ni ya"
"Baik ma, In Sha Allah nanti Ash call...Ash letak dulu ya..asslaamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Dia menamatkan panggilannya lalu memasukkan telefonnya kedalam poket seluarnya.
Perlahan lahan dia mengusap perut Afifa.
*****
"Teran lagi Puan!" Arah Doktor Sofea kuat.
Afifa memegang kuat tangan Firash.
Firash disebelah hampir menjerit. Sakit woo...patah lah nanti..
Beberapa kali teran, akhirnya tangisan bayi kedengaran.
Uwekkk!! Uwekk!!
"Tahniah puan, bayi ni perempuan"
Ujarnya lantas mengunting tali pusat yang panjang itu perlahan.
Bayi yang seberat 3.2 kikogram itu diberi kepada jururawat yang berdekatan untuk membersihkan bayi tersebut.
Afifa terasa sakit lagi dan menerankannya lagi, ya dia tahu yang dia akan menerima bayi kembar.
"Puan teran lagi!" Arah Doktor Sofea kuat. Kepala bayi yang sudah kelihatan itu ditarik perlahan.Tangisan bayi itu membuatkan Afifa tidak lagi sakit malah hilang semerta merta.
"Tahniah puan kembar, yang ini lelaki" kata Doktor Sofea. Bayi lelaki itu seberat 3.0 kilogram.
Selepas mendengar tangisan bayi itu, tiba tiba pandangannya hitam.
Dan suara Firash yang terakhir dia dengar.
"Sayang!!" Panggilan Firash tatkala melihat mata Afifa yang sudah tertutup rapat
"Doktor, Isteri saya!" Panik Firash dibuat. Berulang kali dia menampar pipi Afifa.
Namun hampa.
"Sekejap yang encik...encik boleh keluar...kami nak pindahkan isteri encik ke wad sebelah." Tutur Doktor Sofea setelah siap membersihkan semua.
Afifa dibawa ke wad berdekatan. Setelah diperiksa, mereka memerlukan Doktor Hanis. Ya, ini pasti tentang ingatan Afifa.
Lama menunggu, akhirnya Doktor Hanis keluar.
"Kenapa Doktor?" Soal Firash sambil mengesat peluh didahi.
Nervous bak hang.
"Dia, kemungkinan ingatannya ingat balik atau sebaliknya. Dia hanya pengsan, dan tempoh dia untuk sedar mungkin lagi dua tiga hari" terang Doktor Hanis lalu memberi senyuman kepada Firash untuk memberikan kekuatan.
"Herm, baik" balas Firash sambil ke wad bayi. Dia kesana untuk mengazankan anak anaknya.
*****
"Eh, bos, buat apa kan sini?"tegur Hakim. Pekerjanya yang berkerja di kafe Firash.
Firash memusingkan badannya. Dan memeluk Hakim.
"Isteri aku..dia pengsan lepas lahirkan anak anak aku...aku takut" tuturnya. Hakim pelik. Aik, hati tisu benar bosnya ni.
"Herm, bos..tabah ya boss" ucap Hakim lalu meleraikan pelukan. Nanti orang cakap apa kang..
"Kau buat apa kat sini?"soal Firash sambil melihat isteri Hakim yang muran sahaja.
"Isteri aku baru keluar hospital harini" jawabnya lemah.
"Eem, bayi mana? Bukannya kau dah kata eh yang isteri kau kat hospital sebab nak lahirkan bayi?" Soal Firash lagi.
"Anak aku meninggal...dua hari lepas...dia lemas dalam perut" kata Hakim lantas memeluk Firash.
Firash mengusap belakang Hakim.
"Shuh...aku pun tak tahu nak bagi apa dekat anak anak aku...yelah isteri aku pengsan selama beberapa hari" terang Firash.
"Takpe, Humaira ada..biar Humaira susukan anak Bos ya" kata Humaira secara suka rela. Ye lah susu badan ni ada lagi..nak bagi siapa? Nasib ada anak anak Firash.
"Herm, okey gak tu..meh ikut aku jumpa anak anak aku..dan anak angkat korang" ujar Firash dan menuju ke bilik bayi.
"Hah? Anak angkat?"
"iya anak angkat, korang boleh juga jadikan anak aku ni sebagai anak angkat korang. Kalau aku ada masalah aku hantar je anak aku kat korang" terang Firash lantas mencari anaknya.
"Ni anak aku...aku dah pikirkan nama diorang. Yang ni perempuan...nama dia Wan Daniella Aiella binti Wan Dani Firash..dan yang ini lelaki nama dia Wan Daniel Ariel bin Wan Dani Firash...korang boleh panggil Aiella dan Ariel...hah susukan lah aaak aku...aku nak tengok isteri aku" terang Firash lantas keluar fari wad tersebut.
Air mata jantannya mengalir perlahan.
Ya dia sedih kerana bukan isterinya yang menyusukan.
Sedih teramat melihat Afifa yang belum sedar dari mimpi ibdah atau buruknya itu.
holla! Kena paksa update sebab ma freng paksa..huhu sedih...tu media anak Firash...
#AieRiel nama gabungan twin tu..harap harap korang paham lah apa yang saya cuba sampaikan tu ya..
Nanti saya update...tak sabar nak buat bab baru...
Tatata...vote ya...komen? Boleh jugak💕
Muah ciked❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top