BAB 35


Setelah semua tiba dihospital, doktor Hanis keluar dengan berita yang agak sedih untuk mereka.

"Maaf, siapa ahli keluarga berikut?"soal Doktor Hanis kepada keluarga Afifa dihadapannya.

"Saya! Saya ayahnya"kata Tan Sri Saiful seraya mengangkat tangannya. Puan Sri Fara juga begitu.

"Mari ikut saya"arah Doktor Hanis.

"Doktor Aqilah, sila cek sekali lagi pesakit ya, dan pastikan semuanya sudah siap ya"pesan Doktor Hanis, Doktor Aqilah akan selalu memeriksa pesakit apabila Doktor Hanis sibuk.

"Baik, Han"

"Tan Sri, anak Tan Sri, dia mengalami hentakkan kuat dibahagian kepala, dan membuatkan otaknya bergegar, kemungkinan dia akan hilang ingatan, saya tak pasti samada hilang ingatan sementara atau hilang ingatan selamanya, hanya Dia yang tahu rahsianya, saya hanya membantu"ujarnya lembut sambil memberi satu helai kertas X-tray kepala Afifa.

Tan Sri Saiful dan Puan Sri Fara terkejut, satu garisan panjang didahi Afifa.

"Ini adalah luka yang agak dalam dan membuatkan Afifa kehilangan banyak darah, tapi kami dah ada banyak stok darah, tak apa, darahnya akan tetap kami tambah, jangan risau, oke baik lah, nanti kalau ada berita gembira saya bagitahu ya" ujar Doktor Hanis sambil memberi senyuman manis kepada dua orang tua dihadapannya.
Bunyi ketukan pintu bilik membuatkan Doktor Hanis terkejut.

"Sekejap, ya"arah Doktor Hanis lembut, tudung shawlnya berwarna merah jambu gelap dibaiki. Kedua orang tua Afifa masih berdiri dihadapan lelaki yang segak dihadapan pintu bilik Doktor Hanis.

"Erk, Tan Sri, Puan Sri, kenapa?"soal Doktor Hanis.

"Ini siapa?"soal Tan Sri Saiful pelik.

"Ini suami saya, Qarrul Zhafi" Doktor Hanis memperkenalkan suaminya. Tan Sri Saiful tersenyum lalu memeluk suami Doktor Hanis.

"Pak Angah, Zhaf rindu Pak Angah" luah Zhafi sayu.

"Pak Ngah pun, Zhaf tak bagi tau pun kan Zhaf dan ada isteri kan?"kata Tan Sri Saiful dalam nada merajuk.

"Ala, tak sempat nak bagitahu, haritu Pak Ngah tak balik kampung, kami tak sempat nak panggil Pak Ngah, semua sibuk"

"Bila kahwin?"soal Puan Sri Fara apabila dia diabaikan suaminya.

"Dua bulan lepas" jawab Doktor Hanis, kini dia sudah jumpa siapa Pak Ngah dan Mak Ngah yang disebut sebutkan oleh Zhafi.

"Harap berkekalan"ucap Tan Sri Saiful dan Puan Sri Fara serentak.

"Terima kasih"

Mereka berdua berjalan pergi ke kantin hospital bersama sama, Firash hanya mampu melihat. Jelas kelihatan riak mukanya cemburu.

Lelaki yang menyelamatkan Afifa itu terus ke arah Tan Sri Saiful dan Puan Sri Fara, mereka terkejut.

"Zar!"

"Pak ngah! Mak ngah! Zar rindu" luah Zarith iaitu adik kepada Zhafi belah Tan Sri Saiful.

Muka Afifa memang ada iras iras chinesee kerana keluarga ayahnya Cina-muslim.

Kini mereka menunggu, menunggu Afifa.

Dua tahun kemudian~~~

Puan Sri Fara hanya memandang Firash yang dulunya segak kini layu, lemah dan tak terurus.
Bagi Firash, Afifa penyeri hidup Firash.

"Fifa, bangun lah, saya rindu awak, awak tak rindu saya ke? Awak tahu tak yang majlis kahwin kita tak jadi, awak tahu semua orang kat sini semuanya lemah " tutur Firash perlahan.

Sepi, hanya bunyi mesin sahaja.

"Fifa, saya...."percakapan Firash terputus dek bunyi mesin nadi menganggunya.

Tutttt..........

Firash sudah panik, laju dia memanggil Doktor Hanis.

"Oke, kamu boleh keluar ya"arah Doktor Hanis segera. Jururawat yang ada meminta Firash keluar lalu menutup pintu bilik wad Afifa.

Setelah 10 minit memeriksa keadaab Afifa, Doktor Hanis keluar dengan muka seriusnya.

"Macam mana doktor?"soal Firash risau.

"Mesin tu rosak, sebab tu jadi macam tu, Afifa oke, cuma dia belum sedar lagi"kata Doktor Hanis lembut.
Lah, ingatkan apa tadi, mesin rosak je pun.

"Terima kasih doktor"

"sama sama kasih"

"Huh, ingatkan apa tadi"Firash memghembus nafas lega.

"Kenapa Ash?"soal Puan Sri Fara tatkala melihat Firash diluar, sepatutnya didalam wad menjaga Afifa sementara Puan Sri Fara pergi melantak dekat kantin hospital.

"tak ada apa, mesin nadi tu rosak"balas Firash lemah.

Mereka berjalan memasuki wad Afifa, baru sahaja mahu duduk, jari Afifa tiba tiba bergerak.

Mereka panik, sekali lagi Firash memanggil Doktor Hanis.
Doktor Hanis yang sibuk makan mi sup terkejut sampai mi tu habis.

"Oke, semua mohon keluar"arah jururawat yang sama masa Firash kena halau.

"Baik"

Setelah lama menunggu, semua diminta masuk kedalam wad Afifa.
Muka Doktor Hanis agak tegang.
Afifa memandang semua orang yang berada disekeliling katilnya.
Semua yang ada terkejut.

"Afifa!"panggil Puan Sri Fara seraya memeluk anaknya.

"Mama rindu Fifa, Fifa oke?"soal Puan Sri Fara sambil mengusap tudung Afifa.

"Puan, Afifa letih, jadi mohon Puan ikut cakap saya, erk, Afifa dia kemungkinan hanya ingat yang mampu dia ingat" ujar Doktor Hanis lalu memberi senyuman kepada mereka.

"Fifa, Fifa ingat tak siapa ni?"soal Doktor Hanis lembut.

Yang lain terus senyum kepada Afifa yang masih meneliti setiap orang dihadapannya.

"Mama, papa, along, angah, abang Alif" sebut Afifa satu demi persatu.

"Erk, Laila, Luqyana, Puteri, Ain, Nad, Khai, Dary...."

"Erk, Haqim dan Hazim...Kak Qasya, princess dan baby boy"

Afifa memandang tiga orang gerangan yang dia masih tidak tahu.

"Mama, si...siapa tu?" Soal Afifa lemah.

Kaki dan tangannya yang patah sudah sembuh kecuali dahinya. Dahinya masih belum buka jahitan kerana belum sembuh lagi.

Firash, Liana dan Sofia tergamam.

Afifa lupa mereka?

"ni Liana, umur sama dengan Angah, isteri Angah, ni Sofia isteri Alif dan umurnya sama dengan Alif" terang Puan Sri Fara lembut.

"Dan ni..."

"Saya Firash, tunang dan juga kawan awak" terang Firash perlahan.

"Maaf saya tak ingat dan boleh tak keluar semua.. Fifa nak rehatkan diri" arah Afifa lembut dan mula merehatkan dirinya tenang.

*****

"Kenapa Firash bagitahu macam macam tu?" Soal Tan Sri Saiful seperti marah akan Firash perihal tadi.

"Tak apa, Firash ada sesuatu untuk Fifa nanti" balasnya tenang.

Firash sudah bagitahu hal sebenarnya kepada kedua dua ibubapa Afifa.

Ye, mereka semua tahu pasal Ash dan Ash sekarang.

Afifa, aku harap kau tabah, tabah menghadapi ujian kini, tabah menghadapi semua ini.

Sorry , sikit sebab tak cukup idea...idea dkat bab lain.
Kay nak promote

Tittle: Oh! Mamat Gula
By: TheGengNovel

kay semua ni group yg saya tubuhkan..baru lagi..group ni perihal gabungkan otak...dan buat cerita otak gabung.
Nak masuk? Pm me💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top