BAB 3
"Kak Fifa Kak Yong!!!"namanya dipanggil seseorang.
Afifa yang baru keluar dari tandas menoleh kearah orang menyebut namanya.
"Kak Fifa! Tolong Riha! Ada sorang senior ni nak buli Riha dengan Nisa!"Riha atau adik sepupunya yang berumur 14 tahun meminta tolong Afifa.
"Hah?siapa tu?tunjuk kat Kak Yong!"arah Afifa. Hah dah keluar dah perangai sebenarnya.
Riha menunding kearah senior senior itu. Kat kantin tengah makan. Bagus sangat. Afifa sudah tahu apa yang mahu dibuatnya.
"Assalamualaikum, adik adik tingkatan 4"Afifa memberi salam dengan lemah lembut.
Sekumpulan perempuan yang digelar senior dari Riha menjeling Afifa tajam.
Salah sorang dari mereka diterkam oleh Afifa. Pelajar perempuan itu mengerang kesakitan. Mi hun yang ada pada garpunya jatuh kedalam mangkuknya.
"Ahh..sakit kak!"marah pelajar perempuan itu. Afifa membaca namanya. Halina.
"Siapa sini buli sepupu aku?"soal Afifa garang.
Mereka menelan air liur. Salah seorang darinya iaitu Yani bangun dan menuju ke sinki. Belum sempat melangkah ke sinki bahunya dipegang kemas.
"Yani, baik kamu jawab!"
"Ermm..erm..Fi...Fi..Zah Zah..Fizah kak"jawab Yani gagap.
"Oh..mana Fizah?"
"Tu" semua menunding kearah Fizah yang buat tak tahu.
"Oh..kau lah ya..nak jadi gangster ya"tutur Afifa lembut. Tangannya yang berada dibahu Halina dan Yani kini berada dibahu Fizah.
"Woi! Kau ni apa hal ah?? Kacau aku makan!"tengking Fizah lalu bangun.
Tangan Afifa dihempas kuat.
Afifa memegang bahu Fizah semula. Kuat.
Fizah menoleh. Baru sahaja nak rentap tangan. Fizah dismackdown oleh Afifa.
Kakinya kejang. Dia mengerang kesakitan. Kawan kawannya yang lain hanya diam. Gerun pada Afifa.
"Hah! Ada lagi!"soal Afifa kuat.
Satu kantin memandang Afifa.
Afifa menjeling mereka.
"Yang kau tengok aku kenapa?? Nak makan pelempang ke makan makanan kau hah??pandang pandang!"marah Afifa.
"Kalau aku nampak kau buli junior junior aku lagi..siap kau..aku bagitahu mak aku supaya gantung kau!"Afifa memberi amaran.
Mereka hanya angguk.
Afifa berlalu dengan selamba. Riha dan Nisa hanya mengikuti Afifa.
"Kak, terima kasih tolong kami berdua. Kalau tak ada kak Yong macam mana lah kami berdua ni"ucap Riha yang tersimpul simpul malu.
"No problem dik. Lain kali cergas sikit jangan jadi lembap oke"nasihat Afifa. Sempat lagi memerli mereka berdua.
*****
"Puan! Anak puan dah gaduh besar kat kantin tadi!" Cikgu Arina memberitahu Puan Fara.
Puan Fara angguk.
"Puan! Dia dah buat anak buah saya kejang! Kaki dia kejang puan, puan ambil lah ikhtiar!"rayu Cikgu Arina.
"Herm..dia buat begitu sebab dia nak cegah kes buli. Ada dua orang pelajar perempuan dari tingkatan 2 melaporkan kepada saya yang anak buah cikgu dah buli diaorang!"ujar Puan Fara.
Cikgu Arina menggengam tangannya. Dia tahu dah nak buat apa kepada anak buahnya.
"Oke..kalau kamu tak suka, anak buah kamu diperlakukan begitu, saya akan gantung terus dia atau buang dia. Kalau dia dah diberi pengajaran dari anak saya Afifa, saya rasa dia tak buat lagi"ujar Puan Fara panjang bejelar.
Cikgu Arina hanya angguk. Dia keluar dari bilik kerja Puan Fara dengan marah.
*****
"Ninja Dragon!!"panggil Tuan Tajul.
Firash dengan malas mengheret kakinya ke pejabat Tuan Tajul.
Manakala Rizz merangkak ke pejabat! Faris hanya berjalan seperti biasa.
Tak nak action sangat.
"Ya kenapa tuan?"
"Saya nak kamu selesaikan satu kes dari PDRM!"jawab Tuan Tajul lalu menghentakkan fail kes itu.
"Hah??satu kes??"
Tuan Tajul angguk.
Tuan Tajul mencari Firash dan Rizz. Batang hidung pun tak nampak lagi. Lagi lagi kasut mereka.
"Mana Firash dan Rizz?"soal Tuan Tajul marah.
"kami kat sini tuan!" Jawab Rizz.
Tuan Tajul memandang dihadapan meja pejabatnya. Hermm..sorang merangkak dan sorang lagi mengheret kakinya. Padahal ada je kerusi kat depan ni boleh duduk. Action je lebih!
"Bangun!!"arah Tuan Tajul.
Lantas mereka bangun.
"Oke ni kamu ambil fail ni. Pandai pandai lah buat!"
Tuan Tajul menghulur satu fail yang berisi maklumat maklumat
"Baik" Firash mengambil fail itu malas.
"Dah.pulang ke tempat kerja!"arah Tuan Tajul garang.
Mereka angguk. Dan sekali lagi Firash mngheret kakinya. Dan Rizz merangkak.
*****
"Mama! Harini balik pukul berapa?"soal Afifa yang masuk kedalam bilik kerja ibunya.
"Pukul 5 petang sayang! Mama balik lambat sebab ada mesyuarat"jawab Puan Fara.
"Ala..nak balik awal!"rengek Afifa seperti kanak kanak. Harini Afifa balik awal sebab mesyuarat diadakan dan kelas tambahan dibatalkan.
"Call abang lah!"arah Puan Fara.
"Herm..ye lah..call Abang Ninja lah atau call abang sado?"soal Afifa pening.
"Call abang Ninja. Abang sado busy"balas Puan Fara yang sedang mengemas mejanya.
"Ok"
Afifa menekan butang nama Abang Alif (abang ninja)
"Halu..asalamualaikum! Abang ninja datang ambil adik kat sekolah. Mama ada meeting ngan anak buah" Arah Afifa kuat dicorang telefon.
"Hah.oke! Abang ambil. Jangan nak pergi mana mana. Kalau tak balik ngan mama atau kena denda oke?"
ujar Alif iaitu abang nombor ketiganya.
Dia berumur 20 tahun dan kini sedang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.
"Hah..ye lah..abang ninja ambil kat bahagian pejabat eh"
Arah Afifa.
"Ye lah!"
Marah Alif.
*****
Firash yang baru pulang dari kerja mengambil beg kerjanya dibelakang seatnya.
Dia terlihat seorang gadis perempuan turun dari motor Ninja yang dibawa seorang lelaki muda yang berpakaian sweater hitam, topi keledar hitam dan juga sneakers hitam. Semua hitam lah weh!
"Siapa pulak lah yang tumpang mak wa aku balik ni?"soal Firash perlahan.
"Yuhoo!!"panggil Firash untuk Afifa.
Afifa menoleh. Mata Afifa menikam mata Firash. Mood tak baik.
"Kau nak apa!"marah Afifa.
"Siapa tadi tu?"soal Firash kuat. Ala depan rumah jepun eh bukan rumah jepun tapi rumah je pon.
"Lantak aku ahh!! bukan hal kau!!"marah Afifa berlalu masuk kedalam rumah.
"Huish..garangnya Miss. Lion"
Firash masuk kedalam rumahnya dan bersalaman ibunya Puan Hajjah Faridah atau mesra dipanggil anak anak Ummi.
Ayah Firash sudah meninggal 5 tahun lalu. Masa Firash mengambil SPM. Hati Firash tabah menghadapi segala cabaran selepas bapanya meninggal kerana sakit jantung.
"Ummi, adik mana?"soal Firash yang risau. Adiknya iaitu Farina berumur 16 tahun.
Adiknya kadang kadang murung dan kadang kadang ceria selepas Tuan Haji Hamid meninggal.
"Adik??"soal Firash perlahan.
Suara tangisan masuh didengari.
Firash masuk kedalam bilik adiknya.
"Adik..dah dah lah tu nangis..nanti arwah abah tak tenang"pujuk Firash perlahan.
"Adik nak abah, adik rindu pelukan abah, adik rindu nak salam ngan abah, adik, adik sayang abah"tutur Farina dalam keadaan sebak.
"Abang tahu, Tabah lah adik. Jadi kuat, tahun depan dah SPM. Ingat tak tahun lepas? Adik hampir pengsan sebab tak cukup rehat dan tak cukup makan. Adik sedarlah, abah dah tak ada"pujuk Firash lagi.
kalau Firash yang pujuk, Farina boleh lagi tahan sebaknya. Kalau Filham pasti Farina menangis teruk. Umminya masih pening tatkala memikirkan anaknya yang bongsu itu.
"Adik kuat dik!"nasihat Firash.
Badan Farina lemah. Lama kelamaan penglihatannya kabur.
"Adik!!"
Hehehe, asal Afifa panggil Abang Ninja? Sebab tunggu kan bab seterusnya!
Adik Firash ni lemah semangat, kasihan. Dah lah murung. Nanti sakit tak tahu hah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top