Kod | 1
NAMJIN CAFE .
" Kita putus . Awak dah 3 kali rosakkan lipbalm saya , kalini saya dah tak boleh tahan dengan awak namjoon . Putus adalah cara yang terbaik , harap awak dapat temukan perempuan yang boleh tahan sabar dengan sikap perosak awak tu . Bye ! "
Namjoon mengeluh . Matanya mulai kuyu . Walaupun bukan kali pertama , namun sudah 567 kali dia ditinggalkan kekasih hanya kerana sikap dia yang perosak harta benda .
Tangan ditatapnya kecewa .
" Wahai tangan , tak boleh ke kau jangan buat hal dalam sehari ? "
Keluhnya sendiri .
Sebelum beredar dari cafe , dia membuat pembayaran terlebih dahulu . Setelah itu , tombol pintu dipulasnya dengan berhati-hati .
Namun , malang tidak berbau ..
PAKKKK !
Tombol pintu disahkan terpisah dari tempat asalnya . Dimana tombol tersebut dipenggal kepalanya oleh tangan berbisa kim namjoon .
Namjoon menoleh kebelakang dengan takut -takut .
Keluhan lega dilepaskan , mujur tiada siapa-siapa dibelakang nya .
Kalau tak , mahu tebal mukanya saat ini .
Tombol pintu disorokkan dibelakang pasu bunga . Dia berlari terkocoh-kocoh keluar dari cafe tersebut .
T B C
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top