BACAAN PERCUMA| BAB 1 (Bahagian 1)
ZINK pandang nombor yang terlekat pada bingkai pintu, lepas tu dia bandingkan dengan apa yang tercatat dalam skrin telefon dia. "Betul dah ni," bisik dia perlahan sambil termengah-mengah. Penat sungguh dia berlari mendaki tangga dan panjat bukit.
Kenapalah nak naik fakulti dia ni dugaannya sangat mencabar? Zink tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan. Tangan dah untuk sedia menolak pintu. Dia masuk, tapi semua mata pandang Zink, sumpah, kelas senyap gila.
Dah kenapa...
"Asalammualaikum." Dengan canggungnya, Zink bagi salam.
"Waalaikumusalam." Barulah semua orang macam normal semula. Zink tersengih sendiri untuk tutup segan.
Laju mata dia menganalisa segenap ruang di dalam bilik kuliah tersebut.
Nak duduk dekat mana ni?
Puas mencari, Zink nampak ada satu sahaja tempat duduk kosong di tepi seorang perempuan. Tempat kosong yang lain semuanya bertempat di sebelah lelaki. Cepat-cepat dia buka langkah menuju ke situ.
"Ada orang tak?" Zink ramahkan mulutnya bertanya.
"Tak ada, duduklah,” jawab si gadis manis yang kerusi di sebelahnya masih tidak berpenghuni itu.
"Terima kasih. Lama dah sampai?" Dia berbasa-basi sambil labuhkan duduknya. Gadis itu nampak cool aje, tak penat pun macam Zink. Ke Zink sorang aje yang kalut datang lambat?
"Baru lagi juga, dalam lima minit."
Zink mengangguk. Lima minit... baru lagi. "Tak penat ke panjat bukit?"
Habis sahaja soalan Zink, terus muka ‘cool’ gadis tersebut berubah. Berkerut habis. "Penat! Sumpah penat! Rasa nak longgar lutut ni naik tangga yang entah bila nak habis tu. Tak fahamlah kenapa manusia bina bangunan macam dekat sini?"
Zink ketap bibir. Nak gelak, tapi dia tahan. Biadap pula baru kenal dah gelakkan orang. Tapi kelakar! Tiba-tiba aje tak ada amaran mengamuk sakan. "Kan... eh, nama kau siapa?"
Si manis itu tunjuk dadanya. "Aku?"
"Haah, nak panggil apa ni?"
"Nama aku Azlin, tapi panggil Alin je."
Zink tersenyum. Sedap nama dia. "Alin?"
"Ya, Alin. Ni Iman." Alin tunjuk seorang lagi gadis yang sedang duduk disebelahnya lalu dia kenalkan kepada Zink.
"Hai Iman. Aku Zink." Zink kenalkan nama dia tanpa ragu. Lancar sekali dia perkenalkan diri tanpa menyedari muka Alin yang dah berkerut habis.
"Zink? Macam atap zink tu?"
Kali itu Zink lepaskan sahaja tawanya tanpa ditahan-tahan. Dah agak… "Ya, Zink macam atap zink."
Selepas berkenalan, mereka bertiga pun berbual dan bertukar-tukar maklumat tentang diri masing-masing. Baru nak sembang lebih-lebih, pintu sudah terkuak dari luar menyerlahkan satu susuk tubuh pensyarah perempuan yang tinggi dan badan yang sedikit gempal. Pensyarah tersebut masuk dan berdiri di tengah-tengah bilik, kemudian pandang setiap orang dengan muka yang serius buatkan keadaan menjadi sunyi sepi. Cuak.
"Asalammualaikum, class!" Suasana canggung dipecahkan oleh suara pensyarah yang ceria menyapa mereka semua dengan senyuman manisnya.
Ish! Memang buat gempak sungguh…
"Okey, since awak semua ni baru masuk, I nak welcome you all to our faculty, welcome to the degree life. My name is Syahira, you can call me madam ke, puan ke, I don't mind. And for the first class, I want all of you to introduce yourself. Don’t need to come to the front, just stay at your table and say your name, which institute you come from and what kind of name you want people to call you."
Fuh! Sumpah Zink cakap, Puan Syahira cakap ayat panjang-panjang tu dalam satu nafas sahaja. Laju nak mati!
"And let we start the class with you, aha! You with the glass, handsome boy."
Puan Syahira tunjuk seorang lelaki yang duduk di meja bahagian sebelah kiri kelas. Zink nampak pelajar yang terpilih itu pun berdiri. Masa itu, Zink dah ketap bibir rapat-rapat. Nak senyum, sebab lelaki itu... sumpah kacak!
Puan Syahira tak tipu apabila panggil dia ‘handsome boy’.
"Hai. Asalammualaikum, my name is Arif Azidan. I'm from Selangor Matriculation College, and you can call me Arip, thank you."
Habis sahaja perkenalkan diri, terus lelaki kacak bernama Arip itu duduk. Zink berani cakap, untuk pandangan yang pertama sahaja dia dah jatuh cinta. Dia tengok Alin dan Iman dekat tepi, pun dah menganga macam Zink.
Sekapal. Bukan dia sahaja yang ralik mengagumi indahnya ciptaan Tuhan.
"Okay, next. You, beside Arip."
Seorang lagi lelaki bangun. Kali ini tinggi macam galah, kurus aje. Pun ada rupa. Ya Allah... Zink tak naklah jatuh cinta hari-hari! Zink nak belajar tau masuk universiti ni.
"Hi, my name is Faris Aizat. I'm from Penang Matriculation College, and you can call me, Faris."
"Next. Tepi Faris."
Dan... seseorang bangun, tapi tak terus mengangkat muka sebaliknya tunduk untuk betulkan baju dia yang berkedut sedikit barulah dia pandang depan. Kalau Arip tadi Zink dah jatuh cinta, yang ini, swoosh!
Cinta yang jatuh tu naik balik lepas tu jatuh berkali-kali.
Zink rasa Allah dah makbulkan doa dia selama ini untuk sekelas dengan lelaki-lelaki kacak. Daripada sekolah, bawa masuk matrik, majoriti kawan-kawannya semua perempuan.
Lelaki? Pupus!
"Asalammualaikum, my name is Ahmad Syarhan, but you can call me Caan. C.A.A.N. And I'm from Johor Matriculation College."
Zink pejam mata dengar Caan ‘speaking’. Sedapnya suara dia. Dengan slang BI dia yang ada gaya ala-ala warga Amerika tu, cair!
Cis sungguhlah. Muka ada, suara pun sedap. Janganlah sempurna sangat!
Selesai perkenalkan diri, Caan pun duduk semula membuatkan pandangan Zink jadi terbatas untuk melihat lelaki itu.
Zink dengan sepenuh tenaga cuba kawal kepala untuk tidak berpaling tengok Caan sampai sudah walaupun dia tersangat mahu menatap dengan lebih lama.
"Okay, thank you Caan, sekarang kita tukar turn pergi dekat perempuan pula. Lepas ni pergi dekat lelaki semula. And the first lady yang bertuah... aha! You, tudung bunga!"
Berpusing kepala Zink pandang satu kelas, cari pelajar perempuan yang pakai tudung bunga tapi tak jumpa.
"Eh, pura-pura cari orang pula..." Zink dengar Puan Syahira cakap dengan suara yang sengaja disiniskan, nak bergurau.
Tiba-tiba Zink kejung, dia tunduk untuk tengok tudung sendiri. Alah sengal! Zink seorang aje yang pakai tudung bunga, macam mana dia boleh lupa?
Nak tak nak, macam kura-kura Zink tolak kerusi dan bangun. Dia pandang semua orang, tapi sedikit lama pandangannya mendarat di muka Caan. Macam ribut dia kalihkan pandangan apabila menyedari lelaki kacak itu juga sedang memandang dia. Malu!
"Erm, asalammualaikum. My name is Zinnirah but don't call me Zinnirah but you can call me Zink. And I'm from Pahang Matriculation College."
Baru Zink nak duduk, Puan Hairul tahan dia terlebih dahulu. "Eh, wait, wait! You said your name apa tadi?"
"Zinnirah."
"Bukan yang tu, nickname awak. Zink?"
Angguk.
"Zink as if atom Zink tu? Zn?"
"Ya betul."
Zink tengok orang lain, semua dah tersengih dengar nama dia. Alin dan Iman yang duduk sebaris di sebelahnya dah bergegar bahu ketawa. Ish!
"Wah... menarik. Kenapa guna nama Zink? Memang dari sekolah ke guna nama tu?"
Eh, eh Puan Syahira ni, panjang pula sesi berkenalan dia. Orang lain sekejap aje. Zink tayang sengih. "Tak pun. Dekat sini baru guna, baru nampak kimia di situ." Zink jawab selamba buatkan satu kelas terburai gelak, termasuklah... Caan.
Alamak! Cairlah Zink macam ni, lebur habis dah hati dia jadi elektrolit kejap lagi.
"Okey, boleh duduk dah Zink. Lepas ni siapa-siapa rasa tak sedar diri dia budak kimia, sila berjumpa dengan Zink, okey?"
Tersipu-sipu Zink jadinya. Belum apa-apa dah jadi perhatian ramai.
What a good way to start a degree life.
Siapa rindu Caan Zink angkat tangan!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top