Part 14 - Isyarat


BANGGG


Satu das tembakan dilepaskan pada sisi kaki kanan Joongki. Nasib sahaja cuma sisi dan tidak menembus ke dalam kakinya. Joongki terduduk disitu seketika memegang kakinya yang terluka . Sedikit darah yang keluar diabaikan. 


" Kenapa kau ada kat sini? " Tanya Irene dengan wajah yang masam mencuka. Seingatnya lelaki ini telah melarikan diri darinya kerana tidak mahu terlibat dalam misi kalini dan setahunya dia telah mengurung lelaki ini bersama Jihyo .


" A-aku nak sertai misi ni dengan kau " Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Irene. Liur ditelan. Sekilas dia memandang ke arah jungkook dan Dyo lalu memberikan isyarat mata kepada mereka berdua.


Jungkook masih keliru dengan pandangan Joongki sebentar tadi. Otaknya ligat memikirkan tentang kakaknya yang tidak bersama dengan Joongki.


Setelah beberapa saat otaknya memproses , Dyo yang berada di hadapan Jungkook memberikan isyarat tangannya dibelakang . Ibu jarinya menunjukkan ke arah satu tempat. Dia masih lagi tidak faham. 


Beberapa ketul batu kecil hinggap di kakinya membuatkan dia menoleh perlahan kebelakang. Terlihat wajah kakaknya yang tidak jauh dari situ bersembunyi di sebalik pokok . Wajah kakaknya yang sedikit pucat di tenung lalu dipandang ke hadapan semula. 


Dipandang semula isyarat jari Dyo dihadapannya. sekarang dia sudah faham apa yang harus dilakukan sekejap lagi. Nafas berat dilepaskan. Matanya diperhati semula Joongki dan Irene yang berada di hadapan.





Senyuman sinis terukir memerhati setiap inci wajah Joongki. Goodlooking. Otaknya ligat memikirkan sesuatu . Kakinya perlahan-lahan berjalan ke arah Joongki yang masih terduduk.


" Aku tak nak tahu macam mana kau keluar dari bagunan tu...Aku cuma nak tahu Kenapa tiba-tiba je nak sertai misi aku? Mana perempuan tu? kena tinggal ke? atau Mati kena makan dengan zombie? heh " Kaki Joongki yang terluka akibat tembakannya tadi diperhati.


" Aku nak tolong kau selesaikan misi ni. Pasal Jihyo...aku tak tahu dia kat mana lepas kena serang dengan sekumpulan Zombie tadi. " Tipu Joongki. Matanya sekilas memerhati lagi mereka berdua yang sudah bertindak melarikan diri . Sekarang tinggal dirinya sahaja akan mengambil alih keseluruhan misinya bersama Jihyo.


" Alololo kesiannya dia terpisah yee..mati dah agaknya perempuan tu HAHAHA " Dengan pantas kakinya menendang wajah Joongki sehingga tubuhnya melekap pada tanah. Kaki Joongki yang luka dipijaknya sekuat hati. Darah yang tadinya cuma sedikit semakin banyak yang keluar.


"ARGHHHHHHHHH" Jerit Joongki dalam kesakitan. Irene perlahan melepaskan kakinya. Puas dia melihat lelaki itu dalam kesakitan.


" Angkat dan rawat dia " Irene terus beredar dari situ . Beberapa orang bawahan yang terpaksa mengikut arahannya terus memapah Joongki yang  terbaring kesakitan disitu.


" Sorry Joongki Hyung, Kitorang tak mampu nak buat apa-apa" 


" Sokey, Bukan salah korang " Perlahan dia mengukirkan senyuman nipis pada mereka berdua. Kepalanya menoleh ke arah Jihyo yang masih tidak jauh darinya. Susuk tubuh dua orang adiknya juga ada bersebelahan dengannya. Dia berjaya membawa adiknya lari.





















-Bersambung-







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top