Review #2

~49/2020~
Disebalik kejayaan seorang lelaki atau seorang perempuan, Allah yang bantu. Allah yang izinkan.
Done..
Karya Rinsya Chasiani. Ada kawan kata naskah ni santai dan rileks. Nah! Ku potong barisan pending dan layan.

Kisah tentang Khair yang mempunyai crush pada kawan baik kakaknya Yuhanis iaitu Yana. Masalahnya, dia baru 10 tahun. Tak padan dengan kecik. Sukakan perempuan yang lebih tua 5 tahun darinya. Hehehe..

Khair dibawa berhijrah ke luar negara oleh datuk dan neneknya. Setelah 15 tahun, Khair berjumpa semula dengan Yana ketika pulang bercuti di Malaysia. Kisah mereka bermula bila Khair menyedari bahawa rasa suka pada Yana tak pernah padam. Manakala Yana pula masih ragu²  atas faktor usia. Malah Yana tidak nampak kesungguhan Khair dalam hubungan mereka.

Ah! Anak lelaki pantang dicabar. Khair meminang dan kerana desakan hubungan Yana yang renggang dengan ibunya membuatkan Yana menerima lamaran itu. Jika itu adalah asbab hubungan dengan ibunya kembali jernih, Yana sanggup.

Ijab dan kabul berlangsung meskipun hubungan jarak jauh. Seorang di Malaysia dan seorang di London. Mereka bahagia hinggalah Yana mulai berubah. Kadang² lupa pada suami sendiri. Masihkah ada sinar bahagia untuk mereka? Apakah punca Yana mulai berubah?

Naskah ini santai, ringkas dan menarik. Tidak memerlukan emosi yang sarat dengan pelbagai rasa. Khair yang sentiasa sweet. Ah!! Rasa nak simpan dalam poket. Yana yang manja. Yuhanis, seorang kawan yang sangat sporting! Benarlah orang kata, usia bukan pengukur kematangan seseorang.

Tahniah rin, semoga terus sukses. Kak niny suka. 🌟🌟🌟🌟🌟
~sebab yang mengikat kita bukan hanya perasaan. Tapi tanggungjawab, kasih sayang dan hubungan halal.
cc Rinsya Chasiani II

#KhairSweetnessInYou
#RinsyaChasiani
#PenerbitanRC




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top