Part 8
Aku telan air liur laju. Cepat-cepat mengelak ke tepi apabila tangannya betul-betul nak capai pinggangku.
Mata dia tetap memandang ke arahku dan dalam beberapa saat itu, Khair menutup api dapur.
"Oh, api..." Aku menghela nafas dalam. Mujur masih dapat bernafas kakak kau ni Khair. Aku dah tersampuk yellow mind tadi.
Khair mengangkat tangannya semula dan sekali lagi aku bergerak menjauhi sentuhannya. Kali ini dia mencapai 100+ yang kuletak di tepi sinki.
Eh, boleh tak dia bercakap dengan mulut? Cakaplah api tu bahaya. Cakap juga dia nak minta 100+. Bukan susah pun nak cakap.
"Haus ke?" Nada suaraku masih lagi bersopan santun walaupun dalam hati dah berbesen-besen sumpah seranah ke atas makhluk di depanku.
Dia mencuci tin 100+ dan membukanya.
"Belum makan lagi dah minum air isotonik, bahaya, Khair." Aku cakap sebelum dia meneguk air dalam tin. Elok aje dia habiskan satu tin tu dan dibuangnya ke dalam tong sampah.
Malas dah aku nak peduli dia. Putus asa. Baik bercakap dengan telur di dalam mangkuk ni.
Aku bergerak mengelak dari Khair dan membuka kembali api dapur untuk memasak telur tadi. Apabila nak siap, aku mencapai pinggan dan memasukkan omellete berhati-hati kat tengah-tengah pinggan.
Apabila aku pusing ke belakang, Khair masih berdiri tegak di situ. Empat kaki je jauh dari aku. Boleh pula aku mendongak mencari wajahnya. Tinggi budak ni. Dulu aku tengok dia pendek aje. Sekarang dah tinggi gila. Malah tubuh dia sekali ganda besar dari aku.
Muka dia tampak tenang dan redup tapi masih lagi macam tadi, no feeling gitu. Lagi sekali aku dilanda debaran. Seperti seorang wanita apabila melihat lelaki, bukan sebagai seorang kakak melihat adik sendiri. Mungkin sebab aura lelaki dia sangat kuat kut? Sebab dia tinggi sangat dan terasa aku ni kerdil aje berdiri kat depan dia...
Eh, aku ni kenapa hah? Kemaruk dengan kasih-sayang lelaki ke apa? Tu la orang suruh kahwin awal tak nak. Sekarang tengok budak hingusan umur 25 pun boleh terfikir benda yang bukan-bukan. Baiklah aku bertaubat awal.
"Ketepi sikit boleh tak Khair?" Aku pinta kat dia tapi dia seperti tak dengar.
Ke dia dah lapar sangat-sangat ni? Sebab tu tercegat macam tiang bendera kat belakang aku dari tadi?
"Dah siap ke kau goreng omellete, Yana?" Suara Yuhanis mencelah. Aku cepat-cepat berdeham kecil dan melangkah mengelak dari Khair.
Yuhanis tenung kami silih berganti. Macamlah aku ada skandal kuat dengan adiknya ni. Aku buat bodoh je meletakkan pinggan di atas meja.
"Okey, Mara, Mika... Dah boleh makan!" Aku memanggil sambil melangkah mendekati Yuhanis. "Nak balik dah ni, Nis."
"Dah nak balik ke? Tak nak duduk sekejap dulu." Dia mengajak.
Aku menoleh ke belakang kerana mata Yuhanis masih ke arah Khair. Sangsi aku buat tak senonoh dengan Khair ke cik kak? Dalam hati berani aje tanya, tapi nak cakap terang rasa segan sangat. Sebab Khair tengah pandang ke arah kami berdua. Okey, aku mengaku yang aku perasan... dia tengah pandang ke arahku.
"Banyak benda aku nak buat kat rumah. Cuci baju, jemur baju, lipat baju..." Aku menepuk bahu Yuhanis seraya melangkah keluar dapur. Tak betah pula rasanya menahan hati kat situ.
"Hujung minggu ni jadi ke kau ke Bangkok?" Soal Yuhanis mengekoriku.
Aku mengambil telefon bimbit dan kunci kereta di atas meja ruang tamu.
"Jadi."
"Kau seorang aje?" Yuhanis menarik tanganku. Aku mengangguk kecil.
"Bahaya la Yana. Cuba kau cari member backpacker." Ucapnya separuh menggesa.
"Macam tak biasa. Aku seorang okey aje. Bersepah-sepah orang Malaysia ke Bangkok tu."
"Hari apa kau pergi?" Wajah Yuhanis menggambarkan dia risau.
"Petang Jumaat lepas kelas la. Kau tak payah nak risau sebab aku dah biasa backpacker sorang-sorang. Aku bukan budak kecil lagi..." Aku tersengih panjang.
"Kali ni aku macam tak nak lepaskan kau pergi sorang pula." Yuhanis membalas sengihanku.
"Jadi kau nak pergi dengan aku ke ni? Anak-anak kau siapa yang jaga?" Ucapku separuh mengusik. Yuhanis mengangkat bahu.
"Aku pergi dulu, esok-esok jumpa lagi." Aku membawa tubuh kecil Yuhanis ke dalam pelukanku.
Waktu tu juga darahku berderau ke jantung apabila perasan Khair tengah memeluk tubuh bersandar di dinding berdekatan pintu dapur sambil memandangku. Dia ni nak try market ke hah? Tapi tolong jangan denganku. Aku ni bestfriend kakak dia sendiri.
Eh, aku ni yang overeact atau overthinking kut. Tak ada apalah, Yana. Aku cuba menyedapkan hati sendiri.
"Khair, Kak Yana pergi dulu." Aku menegurnya sekadar untuk mencukupkan syarat aje. Ye la nanti dia dan kakak dia pelik pula bila aku keluar langsung tak tegur Khair.
"Bye Mara, Mika." Kedua-dua budak tu terus melambai ke arahku sambil mata mereka masih setia di kaca tv.
"Dia orang ni biasalah. Bila tengok tv, terus lupa lapar masing-masing." Yuhanis mengekor langkahku ke depan pintu.
"Khair minggu depan dah nak terbang, kan?" Aku tanya masa nak pakai kasut. Sempat lagi aku jeling ke arah Khair yang masih berdiri di tempat tadi.
"Kita orang paksa dia push tarikh flight ke 11 hb." Yuhanis tersengih lebar.
"Oh..." Tu je yang mampu keluar dari mulutku. Tiga minggu lagi dia duduk kat sini.
"Aku jalan dulu. Ada apa-apa whatsApp je mem." Aku keluar dari rumah Yuhanis.
"Okey, jalan elok-elok. Thanks tau Yana!" Pesan Yuhanis sebelum menutup pintu rumahnya.
Aku pandang pintu lif tak bergerak dalam 30 saat sebelum mengangkat bahu dan menghela nafas dalam. Lagi baik aku fikir benda lain daripada memikirkan tentang Khair. Oh, ya. Aku belum beli bantal travel lagi. Nak singgah DIY sekejap.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top