Part 5


"Hah, Khair! Sakit lagi ke?" Ayat pertama aku. Nampak brutal sikit sebab aku tak boleh nak buat ayat manja, takut dia mengalami kekejangan otak pula.

Khair pusing kepala ke kanan. Mata dia yang layu tu terus memandang ke arah aku.

"Hanis mana? Dah balik dah?" Aku tanya sambil terus duduk di tepi dia.

Khair mengengsot sedikit. Aik, kenapa pula nak mengengsot-engsot ni? Aku bukannya nak terkam dia ke apa. Tapi lain ceritalah kalau dia tua lima tahun dari aku.

"Lama lagi giliran?" Apa ek nak panggil dia ni? Adik? Kau? You?

Khair menarik plastik kecil kat riba dia. Ubat dia. Jadi?

"Dah ambil ubat kat farmasi?" Aku pula yang kena cakap bagi pihak Khair. Dia ni tak ada mulut ke apa?

"Hmmm."

Mungkin dia tak sihat kut sampai malas nak keluar suara. Ke suara dia macam pondan? Ha... Mana kita tahu kan sekali keluar suara, suara dia lebih kurang penyanyi lagu Syantik tu. Nak aku tak pengsan kat sini.

"Kalau dah, jom akak hantar balik." Aku bangun cepat-cepat. Aku rasa si Khair ni tak suka kat aku. Agaknyalah. Atau dia tak selesa denganku. Atau aku ni nampak gedik tak ingat ke?

Sempat lagi aku pandang cermin yang wujud kat tiang klinik nak tengok muka sendiri. Ya ke gedik? Aku rasa biasa aje.

Dia ikut bangun berjalan kat belakang aku.

"Yana."

Tanganku tiba-tiba di pegang oleh seorang perempuan. Aku berhenti sekejap, cuba berfikir siapa perempuan kat depan aku ni.

"Aku ni, Riah."

Okey, dia Riah. Oh! Riah kawan aku masa sekolah menengah dulu tu. Yang selalu keluar cerpen di majalah sekolah...

Lain sangat dia sekarang bila pakai... aku tengok perut dia yang dah buncit. Pakai baju mengandung. Dia ni dulu bestfriend aku tapi lepas dah asing-asing pergi universiti, terus lost contact. Zaman aku dulu mana ada whatsApp. Ada telefon dan emel je.

"Riah! Ingat... ingat... Kau buat apa kat sini?"

"Medical check up." Dia tersengih sambil tunjuk perut dia yang dah bulat.

"Kau dah kahwin."

Dia angguk kecil.

Aku toleh ke kiri dan ke kanan. Kut-kut suami dia ada kat sini, teringin juga aku nak tengok rupa paras orang yang berjaya tackle hati Riah.

"Dia kat dalam kereta." Ucap Riah seperti tahu yang bermain di dalam kepalaku.

"Siapa ni? Husband kau?" Soal Riah sambil mengangkat kening ke arah belakang.

Aku menoleh sekilas. Lupa pula aku tengah bawa budak sakit. Muka Khair pun makin pucat aje aku tengok. Agaknya tak selesa berdiri lama.

"Ni adik aku." Aku cakap tanpa teragak-agak.

"Oh, adik kau. Sorry Yana. Kacak betul adik kau. Lain pula muka dia dengan kau." Riah siap memberi komen. Aku tayang sengih aje sebab tak tahu nak balas apa. Takkan nak cakap si Khair ni ikut muka uncle aku sebab tu muka kita orang lain.

"Aku nak cepat, dia tengah sakit ni. Kau ada contact number ke?" Aku keluarkan telefon bimbit dari poket seluar slack.

Riah mengangguk kecil sambil membacakan satu persatu nombor. Selepas aku missed call dia, aku peluk dia erat.

"Aku doa kau mudah bersalin. Jangan lupa contact aku tau."

Riah mengangguk. Lepas tu dia senyum lebar. "Aku rindu kat kau semenjak dua menjak ni, Yana. Teringat masa kita dulu-dulu. Rezeki aku jumpa kau, kan." Ucapnya lembut.

"Nanti kita jumpa lagi. Jaga diri dan kandungan kau, Riah."

Riah angguk lagi.

"Aku pergi dulu."

Eh, macam scene cerita Hindustan pula aku ni. Susah sangat aku nak lepaskan Riah apabila kebetulan terjumpa tiba-tiba begini. Esok-esok aku contact la dia.

Aku sambung balik perjalanan selepas tu. Sampai di kereta, si Khair buka pintu belakang. Spontan aku tutup balik pintu belakang.

"Kenapa duduk belakang pula? Duduk la kat depan." Aku cakap dengan nada tegas. Well, aku kan cikgu bertauliah.

Aku buka pintu tempat duduk penumpang kat hadapan dan tunjuk ke arah kerusi supaya dia masuk dan duduk kat situ. Banyak songeh pula budak ni. Aku hentak kang menangis juga.

Mujur dia mengalah, redha je dia masukkan badan ke dalam kereta aku.

"Pakai seatbelt ya." Aku cakap. Dia tarik seatbelt dan pasang.

Macam aku tengah bercakap dengan kucing kambing aje. Ni namanya komunikasi sehala.

Apabila aku pasang enjin kereta dan buka aircond, Khair bergerak sedikit. Makin kuat aku buka aircond. Sengaja nak dia buka mulut sebenarnya tapi Khair is Khair. Dia diam aje walaupun muka dia hampir putih terkena penghawa dingin.

"Tak sejuk ke?" Aku tanya sambil tahan senyuman yang bila-bila masa boleh jadi ketawa besar. Agaknya dia perasan yang aku memang sengaja nak mendera dia.

"Boleh naikkan temperature tak?"

Akhirnya!

Aku macam nak bertepuk tangan bila suara Khair keluar. Garau aje. Tak ada pun suara katak betina yang keluar. Normal aje.

Aku toleh ke arah dia dan tersenyum nakal. "Ingatkan bisu tadi." Aku usik dia sambil membetulkan suhu aircond agar dia lebih selesa. Aku pusing badan dan tarik beg di seat belakang. Terpaksa hampir sikit kat Khair sebab susah nak capai beg tu. Lepas dah dapat, aku buka dan ambil pashminaku untuknya.

"Pakailah." Aku cakap sambil menghulur pashmina tu. Bila dia tak ambil, aku letak pashmina tu kat bahu dia. Pandai-pandailah nak pakai macam mana.

"Sakit sejak bila ni?"

"Kelmarin." Dia pejam mata. Suara dia dah jadi lemah balik. Agaknya dia masih rasa tak selesa kut.

"Tak makan lagi kan?" Aku keluar dari petak parkir dan membawa kereta keluar dari kawasan klinik.

"Hmmm."

"Nak makan bubur ke roti?" Orang tu dah lama tinggal kat negara orang putih. Mana tahu selera dia English Bread ke. Kat sini bersepah aje restoran western.

"Nak balik rumah."

Aku toleh ke arah dia sekilas masa tengah tunggu deretan kereta berjalan di jalan raya. Tunggu kereta yang ketiga barulah aku boleh keluar dari simpang ni.

"Betul tak nak singgah beli apa-apa?" Aku tanya.

Dia pandang aku sekejap. Lepas tu senyum. Lepas tu pejam mata.

"Kita singgah kejaplah beli apa-apa untuk alas perut tu." Aku cakap dengan nada bimbang. Wei, siapa yang tak bimbang. Dibuatnya dia koma dalam rumah sebab tak makan, aku nak jawab apa kat Yuhanis nanti.

"Saya tak mandi lagi. Tak selesa."

Aku terkebil-kebil tak faham dengan logik Khair. Apa kaitan mandi dan singgah sekejap nak beli makanan?

Tiba-tiba ada bunyi hon dari belakang. Menggelabah juga aku keluar dari simpang ke jalan besar.

"Kenapa tak selesa? Awak terberak dalam seluar ke?" Aku tanya tanpa sempat menyaring bahasa. Patutlah dia nak duduk kat seat belakang driver tadi...

Aku telan air liur. Oh mak guard, ada bau-bau tak ni?

Teaser :

Ustazah kata, duduk berdua-duaan dengan lelaki, pasti ada yang ketiga. Nama dia syaitonirojim. Aku tenung Khair yang tengah pejam mata kat atas sofa. Lepas tu pandang ke arah pintu rumah dengan dada yang berdebar-debar. Confirm tak kena cekup basah ke? Sebab aku tengok dalam drama bila dah berdua-duaan begini selalu ada pegawai agama yang datang menyergah. Macam mana ni? Nak tinggalkan aje ke atau masak sekejap untuk dia?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top