New Teaser
Aku jeling tudung yang kucampak di atas meja sewaktu balik dari kerja tadi. Lepas mencuci nantilah baru aku call Khair.
Baru nak menyuap, kudengar pintu rumahku diketuk dari luar.
Aku bangun mencapai tudung dan segera membuka pintu. Mataku menangkap kelibatan seorang lelaki berdiri membelakangiku. Tinggi dia membuat nama Khair terlintas difikiran.
Khair ke?
Mataku membulat besar.
“Khair?” seruku seraya mendekati pintu grill.
Lelaki itu menoleh dengan senyuman di bibir.
“Khair!” Aku terjerit gembira.
“Kenapa tak bagitahu akak nak balik?” soalku sambil berlari anak masuk ke dalam rumah, mencari kunci pintu grill yang memisahkan kami.
Selepas aje pintu besi dibuka, aku terus memeluk Khair erat.
“Assalamualaikum...” dia cakap sambil melangkah masuk ke dalam walaupun aku tengah peluk pinggang dia erat.
“Waalaikumsalam..” Aku balas dengan suara yang bergetar.
Tiba-tiba aje jadi rindu dendam walhal tadi mengaku tak rindu.
“Bila sampai? Kenapa tak call dulu?” Aku tanya sambil mendongak kepala. Khair menutup pintu rumah dan membalas pelukanku.
“Petang tadi sampai, tapi you tak ada kat rumah. I ke restoran kat bawah tunggu you balik.”
“Kenapa balik?” Aku melepaskan pelukanku sambil menarik tangannya untuk duduk di sofa.
Wajahnya tidak lepas dari anak mataku. Makin kacak dengan potongan rambut barunya. Makin fresh aje kat mataku dengan seluar jeans, t-shirt putih dan jaket denim yang tersarung di badannya. Hai suami siapalah handsome sangat ni kan? Aku tersengih lebar.
“I ingat nak balik kelmarin, tapi flight I delay. Tak sempat nak sambut birthday dengan you.”
“Tak cakap pun nak balik...” Aku mengulang lagi sambil tanganku sibuk menyentuh dahi dan rambutnya.
Dia menyentuh tanganku dan diletakkan ke bawah.
“I pun tak tahu I akan sampai ke Malaysia. I beli tiket kat airport.”
“Last minute beli ke?” Aku terkejut. Berapa banyak wang dia melayang sebab tiket tu?
“Dalam lima ribu.” Dia cakap tanpa aku tanya.
Aku mengeluh kecil.
“It’s okay. Gaji I dah masuk. 90 ribu pound. You nak apa? I belikan...” Dia menyentuh pipiku.
Alamak, baru sedar tudung kat atas kepala ni bersepah-sepah. Aku tak tahu Khair nak balik, kalau tahu tadi bolehlah melawa sikit.
“Akak nak Khair je.” Aku cakap dengan senyuman sambil membuka tudungku dan kucampak ke belakang.
“Rindu ya?” Dia tanya. Mestilah rindu. Suami kut, bukannya pakcik guard kat bawah tu.
“You makan ni aje?” soal Khair sambil menunjuk meja ruang tamu.
Wajahku berubah.
Sekali lagi ayat aku tak tahu Khair datang berlegar kat dalam kepala. Kalau aku tahu dia datang, mesti aku dah masak gempak-gempak.
“Yana, you makin kurus...”
Aku pandang tubuhku. Memang kurang tiga empat kilo tapi bukan dalam kategori kurus.
“You selalu pesan kena makan cukup zat, tapi you makan macam ni aje, cikgu sains? Lupa dengan piramid makanan yang you ajar kat budak-budak?” Perli Khair.
Aku tahu dia marah.
“I keluar kejap belikan you dinner.” Dia bangun.
“Akak okey aje.” Aku tarik tangan dia dan menggeleng kepala. Tidak mahu berpisah lagi dengan Khair buat masa ini. Kalau boleh aku nak pandang muka dia aje.
Dia tetap berdiri macam tadi walaupun sebelah kaki dia dah terjatuh kat sofa. Khair capai kedua-dua pipiku dan mengucup bibirku agak kasar tak sampai dua saat. Geram la kut.
Kemudian ibu jarinya mengusik pipiku berkali-kali.
“You kena jaga diri, jangan buat I tak senang hati.” Dia cakap dengan nada yang lembut.
“Tapi akak tak nak Khair keluar balik.” Aku merayu kat dia.
Khair cium dahiku pula. Tiba-tiba aje aku rasa berdebar sangat dengan kasih-sayang yang dia beri padaku saat ini. Boleh tak nak menangis? Aku nak luah sangat perasaan aku pada dia. Betapa aku menunggu Khair siang dan malam. Betapa aku merinduinya ketika dia pergi dulu... Dan betapa pedihnya jiwa selama berminggu-minggu tanpa Khair di sisiku.
“Berapa lama Khair kat sini?” Aku tanya pada dia.
“Lusa I kena balik.”
Aku tersentak. Lusa?
Dia ingat kami tengah main pondok-pondok kahwin ke apa?
Aku menolak tubuh Khair dan terus mengambil pinggang kat meja ruang tamu.
.
Mana rambut Khair ni ek 🤭
.
shopee:
https://shopee.com.my/product/225123396/6242730442?smtt=0.225127736-1605489484.9
wsp:
http://www.wasap.my/60198817140/khair
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top