Bab 9|Rahsia Alvelera sembunyikan

Seorang lelaki sedang melihat pemandangan malam sambil menghirup udara segar. Dia menghirup secawan coffe sambil memikirkan sesuatu.

Tok!Tok!Tok! bunyi ketukan pintu mematikan lamunannya.

"Masuk." katanya separuh menjerit supaya kedengaran. Seorang gerangan masuk ke dalam dan menunduk hormat pada pemuda itu.

"Jadi?" tanya pemuda itu tanpa menoleh. Matanya hanya menatap ke arah rumah dan kedai-kedai yang tidak jauh darinya. Bercahaya terang ditempat dia melihat.

"Saya berjaya menangkap mereka Tuanku." jawab gerangan itu dengan hormat, Luke. Pemuda itu memandang ke arah Luke.

"Kamu... Ada nampak seorang gadis berambut putih?" pertanyaan itu betul-betul membuat Luke tergamam. Apakah yang patutku jawab?!

"Tidak apa. Bagitahu saya, apa terjadi pada dia?" pemuda itu menunggu jawapan dari Luke.

"Sa....Saya..." tergagap-gagap Luke dibuatnya.

"Saya terbunuh dia Tuanku." Luke menutup matanya. Pasrah sahaja apa yang akan jadi pada dirinya. Badannya sudah menggigil satu badan.

"Bagus." terangkat wajah Luke apabila mendengar jawapan pemuda itu. Hairan sungguh. Bukankah itu perkara yang salah kalau bunuh orang? Tanpa sengaja pula itu.

"Bagus juga dia mati. Kalau tidak, ia cuma akan menyusahkan aku." pemuda itu mengirup coffenya dengan senyuman di bibir.

"Bagus kerja kau. Ambil ini sebagai ganjaran untuk kau dan konco kau." pemuda itu memberi sejumlah duit yang sangat banyak untuk Luke dan konconya. Terbutang mata Luke. Dia tersenyuman lebar apabila melihat duit itu.

"Terima kasih Tuanku! Terima kasih Tuanku Jayden!" Luke terus keluar dengan perasaan gembira. Pemuda yang bernama Jayden, hanya tersenyum seribu satu makna.

🐬

Serina mencuba sedaya supaya untuk membunuh ikan duyung tidak guna ini. Ceh, mahu bunuh bagaimana? Sudah tusuk banyak kali pun tidak mati lagi!

Serina semakin kepenatan. Mana adil hidupan laut lawan dengan hidupan darat, di dalam laut. Mereka mendapat kelebihan. Saat Serina leka, salah seekor duyung itu menghampiri Serina. Dia membuka mulutnya yang berterabur gigi yang tajam dan mengacukan kukunya ke arah Serina.

Tidak!!

BUK! bunyi hentaman yang kuat dari seekor hidupan laut yang sangat ditakuti, ikan jerung! Dia menghentam duyung-duyung itu dengan badannya yang besar.

Saat duyung itu dihentam kuat oleh jerung, jerung itu terus meluru ke arah duyung itu dan menggigit kasar ekor duyung. Menjerit-jerit duyung itu apabila diperlaku sebegitu.

Darah-darah hijau yang pekat, mengalir deras saat jerung itu memutuskan ekor duyung itu dari badan. Jerung itu terus menghabiskan makanan baharu dia dapat. Selepas ikan duyung itu dimakan oleh jerung itu, terus kecut perut.

Mereka mahu melarikan diri, malangnya terdapat beberapa ekor ikan jerung meluru ke arah mereka. Apa lagi? Habis badan-badan mereka dikoyak dan dimakan oleh jerung.

Serina yang melihat hanya terkebil-kebil. Ini adalah kali pertama dia melihat jerung di depan matanya sendiri. Dekat pula tu.

Salah seekor jerung memandang Serina selepas dia menghabiskan makananya. Aduh... Sudah menggigil satu badan dengan pandangan mata itu dan air laut ini.

Jerung itu perlahan-lahan mendekati Serina. Serina hanya menutup matanya. Pasrah sahaja lah apa yanga akan jadi. Melihat sahaja, dia sudah seperti berada di hujung tanduk.

Eh?

Dia merapatkan mukanya pada muka Serina seperti seekor kucing menggesel pada tuannya. Serina membuka matanya apabila ada sesuatu rapat dengannya. Saat jerung itu berlalu pergi di sebelah Serina, Serina sempat memegang badan jerung itu. Licinnya.

Serina melihat jerung itu apabila mata mereka bertembung. Muncul seekor ikan lumba-lumba di belakang jerung itu. Ikan itu terus meluru ke arah Serina. Ikan jerung itu terus berlalu pergi apabila sudah membantu Serina.

Baik sungguh.

Serina terus mengambil gadis itu dan meletakkan pada badan ikan lumba-lumba. Serina memegang benda(?) di atas kepala ikan lumba-lumba sambil memeluk pinggang gadis itu. Takut jatuh pula nanti.

Berdesup laju ikan lumba-lumba itu membawa Serina dan gadis itu keluar dari Dark Sea. Sudah lah. Sekali sahajalah datang ke sini. Sudah insaf lakukan perkara gila ini.

Hampir. Hampir sahaja..

"Huwargh!" tercungap-cungap Serina selepas berada di dalam laut untuk jangka masa yang lama. Ingatkan sudah mati, rupanya dia dapat keajaipan untuk bernafas di dalam air. Ia merupakan keajaipan yang paling tidak boleh dilupakan.

Serina berasa sejuk selepas berada di dalam air kemudian disapa pula dengan tiupan angin yang sejuk. Memebukalah jawabnya. Badan Serina sudah mengigil menahan sejuk.

Tiba-tiba, muncul seekor penyu yang sangat besar. Terkejut Serina apabila melihatnya. Ikan lumba-lumba itu membuat bunyi menandakan supaya Serina beralih pada penyu itu.

Serina yang faham kehendak ikan lumba-lumba itu, terus menolak badan gadis itu dahulu di atas cengkerang penyu itu. Kemudian Serina pula yang beralih. Besar sungguh! Boleh muat tiga orang ini!

Dengan badannya yang lemah dan gadis itu masih dalam keadaan tertidur. Mesti dia sudah berada di dalam laut itu untuk jangka masa yang sangat lama berbanding Serina. Serina menutup matanya kerana berasa sungguh lemah. Lenanya kalau dapat tidur.

🚓

"Woi! Lepaskan kami!" jerit Smith di dalam sebuah sel. Mereka yang lain duduk di dalam sel yang sama hanya memeluk tubuh yang kesejukan.

"Kenapa kita ditangkap, ye?" tanya Joel tanpa perasaan.

"Sebab kita dianggap sebagai lanun kerana tiada kad endentiti. Kalau bukan sebab itu, kita ditangkap sebab akak Alvelera meletak gambar raja dan jadual hariannya. Itu sudah membuktikan kita mahu lakukan sesuatu pada raja." jawab Jessica selamba.

Joel hanya mengangguk-angguk tanda setuju akan kata-kata Jessica. Sudah seperti burung belatuk pun ada. Hanna hanya mengeluh bosan. Bosannya. Ingatkan boleh lah buat masalah seperti dalam movie lanun.

Hanna melirik matanya ke arah Xia. Melihat muka Xia sahaja, dia boleh tahu apa yang dia lakukan. Mesti banyak perkara yang dia fikirkan.

"Xia, ada apa-apa yang mahu awak kongsikan?" tanya Hanna selamba. Sudah tidak cukup tenaga mahu bercakap. Xia mengangkat mukanya selepas menunduk kepalanya yang asyik berfikir tadi.

"Saya rasa... Lelaki tu ada sorokkan sesuatu." kata Xia mengikut firasat. Yang lain mula memandang Xia hairan. Smith terus duduk bersama mereka.

"Ha... Cakap fasal Serina, boleh awak bagitahu saya Alvelera?" tanya Smith memandang Alvelera. Terus Alvelera kecut perut.

"Ba-bagitahu apa?" Alvelera sudah dibasahi peluh dingin. Alamak! Apa lah soalan yang dia mahu tanya ni?!

"Fasal Serina. Beritahu saya kisah yang sebenarnya." tanya Smith serius.

"Eh? Bukan kah akak kata Serina tu adik akak." Hanna mula hairan. Jadi, siapakah Serina sebenarnya?
Mereka semua memandang ke arah Alvelera. Banyak sungguh rahsia yang disorokkan.

"Serina... Adik awak, Smith."

BERDETUM! bunyi kilat sambar menyambar kuat di luar. Keadaan itu betul-betul memeranjatkan mereka semua.

Adik? Seriusly? Adik aku?

"Al... Ja-jangan bergurau. Heheh... A-awak bergurau kan?" Smith seakan tidak percaya. Mana ada dia mempunyai adik selain Salyna. Salyna satu-satunya adik yang dia ada!

"Dia... Adik tiri awak." Alvelera berkata dengan sayu. Alvelela menjadi sayu apabila dia mengenangkan hidup seorang insan yang sungguh tabah, Permaisuri Mellina.

10 tahun yang lalu...

Di satu kerajaan Ais, seorang permaisuri yang jelita sedang tenat akan kesakitan yang beliau alami. Mukanya semakin pucat. Kuasanya perlahan-lahan menghilang. Beliau semakin lemah. Pada masa yang sama, dia mengandungkan anak ketiganya.

Seorang pemuda, datang menghampirinya. Dia memegang tangan erat permaisuri itu. Wajahnya terpancar kesedihan.

"Tuanku. Tuanku tidak boleh begini. Kalau Tuanku hanya sakit sahaja, bagaimana anak kita mahu sihat?"

Kata-katanya membuatkan permaisuri itu tergelak kecil. Beliau mengusap rambut pemuda itu.

"Tidak payah mahu Tuanku bagai. Kamu sudah jadi suami saya pun. Saya kandungkan anak kita supaya awak boleh jaganya. Saya arahkan awak, menjaganya sehingga dia dewasa. Temukan dia dengan abang dan kakaknya. Saya mahu mereka hidup bahagia." Permaisuri itu mengalirkan air matanya.

Sedih. Itu perkara yang paling dia benci.

"A.....Adinda..." kata pemuda itu perlahan. Permaisuri itu tersenyum apabila pemuda itu memanggilnya 'adinda'. Dia merapatkan tangan permaisurinya, ke arab wajahnya. Matanya mengalirkan air mata yang sudah lama dia pendam. Cinta yang sungguh kuat.

Tiba-tiba, muncul sebuah portal yang tidak jauh dari mereka. Muncul James, Alvelera dan Salyna. Mereka menuju ke arah di mana Permaisuri berada.

Pemuda itu menyelimutkan permaisuri itu dengan selimut tebal. Sebelum dia beredar, dia cium dahi permaisuri itu. Dia berlalu pergi dari situ dengan segera sambil mengelap air matanya yang masih bertakung.

Salyna, James dan Alvelera bertegur sapa dengan permaisuri dengan perasaan gembira. Gembira apabila berjumpa dengan ibu kandungnya. Pemuda itu hanya memerhati mereka dari jauh.

Beberapa jam kemudian...

Mereka semua terpaksa balik akibat tidak mempunyai banyak masa. Terlihat Salyna sedang dalam keadaan terkial-kial mahu membuat portal ke dunia laut.

"Sa-saya tak tahu macam mana nak buat portal ke dunia laut." kata Salyna sayu.

James terus memukul kepala Salyna lembut.

"Ish! Apa susah? Gunalah kuasa air, lepastu gunlah kuasa portal! Nanti muncullah portal ke dunia laut!" marah James tapi masih boleh di kawal.

Salyna terus membuat portal air dan akhirnya berjaya selepas mendengar nasihat James. Terus mereka masuk ke dalam portal.

"Alvelera...."

Alvelera terus memalingkan badannya dia mencari gerangan yang memanggilnya. Ternyata ia adalah permaisuri. Terus Alvelera datang ke arah permaisuri.

"Ye, Tuanku. Ada apa-apa Tuanku?"

Permaisuri itu terus memegang tangan Alvelera erat. Alvelera terkedu, tetapi hanya membiarkan sahaja.

"Beta ada sesuatu yang sangat beta mahu kamu lakukan."

"Apa sahaja untuk Tuanku." Alvelera terus setuju. Permaisuri itu tersenyum dan menyelak selimut yang menutupi berutnya yang tengah sarat mengandung. Terbutang mata Alvelera.

"I....Ini..."

"Betul. Ini adalah anak beta. Beta tengah tenat sekarang ini, beta mahu kamu... Jagakan anak beta apabila beta sudah tiada." kata-kata permaisuri betul-betul membuatkan hati Alvelera tidak sedap hati.

"Kenapa saya?"

"Beta dapat lihat pada masa hadapan. Beta terlihat suami beta mahu menjaga anak beta ini, namun... Suatu hari, Raja Gorge dapat tahu beta kahwin dengan lelaki lain. Dia mula naik berang. Dia cuba untuk membunuh suami beta dan anak beta.

Beta nampak.... suami beta mati akibat jatuh dari tebing tinggi... Termasuk anak beta sendiri.... Beta... Beta mahu kamu ubah masa hadapan. Beta mahukan kamu menyelamatkan anak beta. Suami beta, memang tidak dapat diselamatkan lagi. Tolong, Alvelera. Beta mengharapkan kamu..."

Kata-kata Permaisuri Mllina masih tergiang-giang dalam fikirannya.

"Maka dengan itu, permaisuri memberi amanah pada saya... Untuk menjaga Serina. Mimpinya betul. Suami Permaisuri Mellina mati akibat jatuh dari tebing tinggi. Tapi.... Tapi...." Alvelera menjadi takut apabila dia mahu berkata.

"Tapi apa?" Smith menjadi keruan apabila melihat riak wajah Alvelera.

"Saya tak sempat! Serina... Dia dah mati..." kata-kata Alvelra mengejutkan mereka. Habis itu, sekarang ini... Siapakah Serina itu sebenarnya?!

"Kalau macam tu, Serina tu apa? Siapa Serina yang kami tengok tu?" tanya Joel hairan betambah terkejut.

Hairan sangat! Keajaipan apa yang mengarut ini?!

Siapakah kau Serina?!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top