Bab 7|Pirate?!

"Game on."

BANG! tembakan yang dituju itu, menuju ke satu arah. Alvelera. Semua menjadi slow motion apabila peluru itu menuju ke arah Alvelera. Tiba-tiba...

Peluru itu... Ia berhenti bergerak!

Siapakah yang menghentikannya? Semua mata tertacap ke arah Serina. Serina menapak tangannya pada peluru itu, perlahan-lahan dia megenggam tangannya dan peluru itu menjadi debu dan pergi mengikut angin.

Serina melihat tangannya terketar-ketar dengan apa baru dia lakukan.

Apa? Bagaimana?

"A.....Apa?" ketua itu menjadi kaku dengan apa baru dia lihat. Mustahil. Mana ada sesiapa pernah bertindak sebegini kepada dia! Dia rasa begitu tercabar.

Saat semua mata terpaku pada Serina, Smith menggunakan kuasa airnya dan mengambil dari air laut. Dia melibasjan air itu pada konco-konconya dengan ombak tsunami. Kerana tidak dapat mengimbangkan badan, kebanyakan dari mereka jatuh ke dalam laut.

Heh, lemah.

Selepas Smith melakukan serangan pertama, semua bergegas mengambil senjata dan bersiap sedia untuk berperang!

Semua lari ke arah satu sama lain dan bermainlah kuasa element mereka dan senjata. Mereka lawan antara satu sama lain drngan kuat. Berlaga pedang antara pedang lain berbunyi apabila mereka berlawan.

Alvelera datang ke arah Serina dan membantunya bangun.

"Kamu ok, Serina?" tanya Serina risau.

"Ki-kita kena bantu mereka." Serina terus bangkit dan menuju ke arah pihak lawan. Dia mengeluarkan pisau belatinya dan melawan mereka.

Mereka mengalahkan satu persatu ahli ketua polis itu. Sesampai sahaja lah... Serina berlawan dengan ketua mereka.

"Kenapa kamu semua datang kacau ni, hah?!" Serina sudha naik berang. Yelah, tiba-tiba sahaja serbu kapal orang.

"Kamu semua pirate! Aku tahu! Aku dah nampak apa kamu semua rancangkan!" marah ketua itu. Serina hanya tergamam mendengar kata-katanya.

Dia melihat ke arah kawan-kawannya yang sibuk melawan pihak lain. Sehingga sanggup lawan dua orang dalam satu masa!

Serina seperti kasihan dwngan kawannya, dia mula menjeling ke arah ketua mereka. Pegangan pisaunya dieratkan, dia berlari ke arah ketau itu dan mengacukan pisau itu di mukanya.

Malangnya, ketua itu sudah menahan pisau Serina menggunakan pedangnya sehingga patah pisau Serina dibuatnya. Lelaki itu ketawa sinis melihat Serina terkebil-kebil dihadapannya.

"Serina!"

Serina mengalih pandangan pada gerangan memanggilnya, ternyata Xia yang sedang sibuk melawan dua orang lelaki sasa di hadapannya. Xia memandang Serina dan membaling salah satu pedangnya ke arah Serina. Berapa banyak pedang yang Xia ada ini pun tidak tahu lah.

Akhirnya, pedang milik Xia selamat mendarat pada tangan Serina. Dapat sahaja pedang itu, Serina terus melibas pedangnya pada lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengelak semua serangan Serina dengan laju. Lelaki itu amat terkejut kerana semua setangan Serina hampir mengenanya!

Pedang milik lelaki itu dan Serina berlaga. Mata mereka memandmag tajam antara satu sama. Lelaki itu tersenyum melihat Serina yang bertungkus lumus mahu menyerangnya.

Saat melihat pandangan antara satu sama lain, laut mula bergelora. Terhuyung hayang semua orang di situ. Semua melihat ke arah laut yang terbentang luas, mereka semakin rapat dengan laut berwarna biru kehitaman.

"Da-Dark Sea!" jerit salah satu ahli pihak ketua polis itu. Ketua mereka melihat ke arah laut kehitaman itu. Tidak sangka! Berapa jauh mereka sudah berlayar?!

Sementara Smith cuba untuk berpusing dari masuk ke Dark Sea. Tiba-tiba, muncul pusaran yang kuat dari laut itu. Banyak pusaran di selitar mereka.

Banyak-banyak waktu, kenapa sekarang mahu muncul pula pusaran ini?!

Terus Smith cuba mahu memusingkan stereng kapal itu. Datang pula seorang ahli polis lautan memegang stereng kapal itu. Dia tidak percaya terhadap Smith mahu memusingkannya.

Mula lah perebutan siapa dapat kemudia kapal itu. Seorang tarik ke kiri, seorang tarik ke kanan. Aduh... Ingat ini mainan ke apa?

Sehingga lah...

KRAK! stereng itu tercabut dari batang kayu itu. Terus mereka membulat mata. Terkejut beruk nampaknya mereka terhadap apa yang baru berlaku.

Terus pihak polis itu melepaskan stereng itu dari genggaman mereka berdua. Kini, hanya Smith memegang stereng itu. Lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda tidak mahu mengaku salah, terus dia cabut lari.

Dasar tak guna! Selepas apa baru dia buat, dia cabut lari pula?!

"Woi! Mana kau nak pergi, hah?!" terus Smith mengejarnya. Dia menggunakan kuasa airnya dan melibas punggung lelaki itu. Terus dia menjerit kesakitan.

Padan muka! Tadi sudah lah patahkan stereng itu, selepas itu tidak mahu bertanggungjawab!

Serina masih berlawan dengan ketua itu. Sampai penat Serina dibuatnya. Kenapa kuat sangat lelaki ini? Robotkah apa?

Lelaki itu seperti berang kerana tiada sesiapa kalah lagi. Terus dia bertindak ganas sedikit. Dia menuju ke arah Serina dengan kelajuan penuh dan...

CHUK! terbutang mata lelaki itu dan Serina. Badannya mula kaku, sukar untuk dia bergerak sekarang ini. Tusukan pedang lelaki itu menusuk dalam perutnya sehingga tertebus pedang itu di dalam perutnya.

Mata Serina mejadi samar untuk melihat sekeliling. Dia sukar untuk bernafas. Dia tidak boleh menarik nafas atau menghembuskan. Ini adalah kali pertama dia merasa sakit yang tidak terkata.

Tangan lelaki itu masih terketar-ketar memegang pedangnya yang sudah tertusuk perut Serina. Semua sibuk berlawan sehingga tidak sedar keadaan Serina.

Lautan mula bergelora ganas sehingga semua cuba mencapai sesuatu supaya tidak di telan ke dalam pusaran itu.

Kecuali Serina.

Matanya yang melihat sekeliling dalam samar-samar, badannya berasa sangat lemah dan ringan. Semuanya dalam slow motion apabila dia melihat sekeliling.

Apabila kapal itu senget kerana ombakan lautan itu, Serina menjadi lemah dan ringan sehingga dia mahu terjatuh ke dalam laut itu. Saat badan Serina mahu terjatuh, tangan lelaki itu masih memegang pedangnya yang berada di dalam perut Serina.

Saat Serina jatuh, pedang itu ditarik dari perutnya. Darah mula membuak-buak keluar.








DUP!

DAP!

DUP!

DAP!

DUP!

DAP!

Bunyi degupan jantung yang lemah mula bergema di dalam dasar lautan. Dikunjungi insan istimewa ini. Dia membuka matanya kecil kerana sukar untuk dia melihat dalam keadaan yang sakit itu.

Bibirnya terbuka sedikit kerana kehabisan oksigen. Dia terapung di dalam dasar laut itu bersama-sama ikan yang datang entah dari mana. Ikan itu seakan gembira dengan kunjungan dia.

Di hadapan matanya, permukaan laut itu diterangi dengan cahaya matahari yang terik itu. Tetapi makin lama-kelamaan, cahaya itu mulai gelap kerana di sudah jauh ke dalam dasar laut.

Akhirnya, dia terbaring kaku di atas pasir yang merupakan tempat yang jauh di dalam dasar laut. Matanya masih terbuka melihat di hadapan matanya.

"Tolong selamatkan saya..."

Seseorang yang terikat dengan besi-besi itu, tersentak apabila satu suara ini mula bergema di dalam jiwanya.

"Tolong selamatkan saya..."

Matanya di buka perlahan. Loket miliknya yang berwarna merah delima, mula bercahaya terang sehingga menerangi gua gelap itu. Mata merahnya, menatap pada loketnya.

Dia seperti membacakan sesuatu di dalam hatinya dan menutup kembali matanya. Serina yang terbaring lemah di dalam dasar itu, hanya mendiamkan diri. Tiada apa boleh dia buat.

Tiba-tiba, loket miliknya yang berwarna merah jambu kebiruan mula bercahaya terang menerangi kawasan itu.




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top