Bab 6| Di mana semuanya bermula
Angin bayu mula menyapa 8 insan istimewa di dalam sebuah bilik bersama-sama cahaya matahari terik memancar di dalam bilik itu. 5 orang muda kecil memandang ke arah 3 orang muda yang lebih tua dari mereka.
"Beritahu kami sekarang, kak. Selama ini, saya hanya memerhati akak sehingga saya menginjak remaja. Akak ada banyak rahsia yang akak sembunyi kan. Baik akak beritahu kami sekarang." Xia memandang tajam Alvelera.
Serina, Hanna, Jessica dan Joel hanya mendiamkan diri. Mereka tidak tahu apa perlu dibuat. Kini, apa yang mahu mereka tahu... Adalah semuanya. Semua perkara aneh Alvelera lakukan semejak menjaga Serina, Xia, Hanna dan Jessica.
"Susah akak mahu jelaskan..."
TAP! Satu bilah pedang tajam milik Xia dikeluarkan dan diletak di atas lantai kapal itu.
Mata birunya memandang Alvelera tajam. Pedang katananya diketuk-ketuk pada lantai bilik itu. Mengira detik di dalam hatinya untuk Alvelera memberi penjelasan. Alvelera, James dan Smith meneguk air liur.
Mereka berasa gerun dengan budak-budak di hadapan mereka. Sedangkan mereka jauh lebih tua dari mereka.
"Ok! Ok! Akak akan jelaskan!" Alvelera hanya bersetuju dengan mereka untuk menjelaskan salah faham. Joel yang tiada kena mengena dengan mereka semua, tertarik akan kisah hidup mereka ini.
Jadi, bermula lah kisah hidup Alvelera bersama-sama James, Smith... Dan tidak lupa juga, kawannya yang sentiasa dia tunggu sehingga hari ini, Salyna.
****
"Ah.... Salyna. Kawan yang akak cerita sebelum ini? Jadi, akak adalah seorang dayang waktu dahulu untuk mencari sesuatu supaya dapat memcari sesuatu yang akan menjatuhkan Raja Gorge. Akak Salyna pula adalah seorang puteri yang dikatakan pembawa malang tetapi tidak?
Selepas itu, abang Smith dan abang James bantu Salyna untuk kembali ke Dunia Darat untuk bersama-sama dengan Permaisuri Mellina Rose iaitu ibu kandung akak Salyna.
Setahu saya, memang ada Dunia Darat dan Langit. Tetapi, Dunia Laut jauh lebih kuat. Saya terbaca dalam buku The legend if a world tu. Mengatakan, Dunia Langit kuat tetapi tidak sekuat Dunia Darat.
Kini, Dunia Laut menjadi jauh lebih kuat. Bagaimana kita mahu tumpaskan raja tu?"
Terang Serina pada semua. Alvelera hanya tersenyum kecil, dia mengusap rambut Serina.
"Sebab itu kita perlu selamatkan puteri kita. Dia satu-satunya harapan kita semua." Alvelera tersenyum manis pada Serina.
Serina teringat akan mimpi yang dia alami sebelum ini. Adakah benar apa dia cerita kan pada aku? Atau itu semua hanya tipu helah? Patutkah aku selamatkan atau tidak?
"Baik. Kita kena belayar cepat untuk selamatkan kawan akak. Jom!" Alvelera dan yang lain keluar dari bilik itu kecuali Serina. Serina masih buntu. Apa yang perlu dia lakukan?
Orang terakhir yang keluar adalah Xia. Sebelum Xia keluar dari bilik, dia menoleh kepalanya sedikit untuk memandang Serina. Senyuman kecil mula menghiasi wajahnya.
Hanna meregangkan badannya yang terasa sakit. Tersenyum-senyum dia apabila angin kuat menyapa badannya yang terasa panas kerana cahaya matahari yang terik itu.
"Waaaarrgghh!! Nyamannya!!" jerit Hanna gembira.
PUK! satu pukulan kuat diterima oleh kepala bengap Hanna.
"Adoi! Sakita lah!" marah Hanna kepada gerangan yang memukulnya, Jessica.
"Jaga sikit adap kau. Perempuan apa macam lelaki." katanya dengan selamba.
"Kau pun sama! Perempuan apa makan banyak mengalahkan gajah!" tersedak Jessica yang sedang sibuk mengunyah pisang. Terbeliak matanya mendengar ejekan Hanna.
Dua kali lima sahaja mereka berdua.
"A-aku makan banyak pun tetap kurus dan sihat!" Jessica cuba mempertahankan dirinya.
"Macam aku juga! Aku tak perlu harapkan lelaki tolong aku! Aku boleh buat sendiri!" Hanna juga mempertahankan dirinya. Kini, mereka berdua kian membisu.
Joel hanya memerhati mereka hanya membuat muka datar. Dia datang menghampiri mereka berdua.
"Dari kamu berdua bertekak antara satu sama lain. Baik tolong aku ketatkan semua tali-tali." kata Joel selamba. Hanna dan Jessica memandang ke arah Joel.
"Ok!" jawab Hanna ceria dan ringkas. Apabila Hanna mahu beredar, Jessica merentap tangan Hanna. Mata Hanna masih tidak lengkang memandang ke arah Joel. Jelingan tajam diberikan.
"Kau siapa nak arah aku?" tanya Jessica dengan nada sombong. Joel menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.
"Aku cumalah seorang insan biasa yang diajak oleh seorang kawan yang baru dikenali untuk mengembara bersama-sama dengan rakannya yang lain. Mencari seseorang untuk mempertahankan keadilan dan keamanan dunia.
Kita semua cumalah rakyat biasa yang menundukkan kepala dan menghormati seseorang yang tidak layak. Saya juga salah seorang rakyat yang malang itu. Apa-apa lagi awak nak tanya?"
Kata-kata Joel yang selamba itu betul-betul sudah menyentapkan Jessica. Terkebil-kebil dia apabila dia dijawab begitu panjang sekali. Satu ditanya, berpuluh jawapan diberi.
"Ha... Kenapa, Jessica? Sudah kalah?" ejekan Hanna betul-betul memanaskan hati Jessica. Dia mengangkat kaki untuk meninggalakn tempat itu. Hanna pula hanya ketawa kecil.
Ini kali pertama Jessica kalah dalam perang mulut. Dia mungkin pendiam, tetapi jika dalam perang mulut.... Rasa mahu cabut sahaja telinga ini apabila mendengar ayat pedas dia.
Sebenarnya tidak adalah pedas mana pun. Mereka sahaja yang cepat sangat sentap. Mereka cepat sentap sebab dengar suara jeritan marah Jessica.
Joel hanya meneruskan ikatan tali pada tali itu. Sangat dia mengikat tali itu, satu kenangan manis mula menerjah ke mindanya. Terhenti semua gerakannya.
Sedang seorang lelaki sibuk mengikat tali pada kayu untuk membina sebuah khemah menggunakan kayu di belakang rumahnya, dia dikejutkan oleh sesoerang.
"Bah! Buat apa tu Joel?"
Lelaki itu atau dipanggil Joel, memusingkan mukanya menghadap gerangan yang mengejutkan dia.
"Ish, Mila. Terkejut saya. Saya buat apa lagi. Buat khemah yang awak inginkan sangat dulu."
Gadis bernama Mila itu tersenyum manis mendengar kata-kata Joel. Tidak disangka lelaki ini masih ingat walaupun janjinya itu waktunya kecil-kecil dahulu.
"Tak sangka awak masih ingat." gadis itu terus memeluknya erat. Bibir gadis itu bertemu pada pipi Joel. Gadis itu memberikan ciuman di pipi Joel. Joel hanya tersenyum sambil membuat khemah mereka sendiri.
Tergiang-giang gelak tawa gadis itu di dalam mindanya. Sedang di sibuk di awang-awangan, dia dikejutkan oleh seseorang.
"Bah! Buat apa tu Joel?"
Joel memusingkan mukanya memandang ke arah gerangan di belakangnya. Ternyata Serina yang sedang tetsenyum manis pada Joel. Sudah hilang akal ke apa mahu tersenyum-senyum? Betul-betul di hadapan muka orang pula itu.
"Buat apa lagi..." Joel malas mahu melayan karenah Serina yang terlebih optismistik itu. Tiba-tiba, datang seekor burung camar di hadapan Serina. Mata Serina berhadapan dengan mata burung itu.
Saat burung camar itu memandang muka Serina, terbayang muka ibu burung itu. Dia menyengetkan kepalanya. Serina hanya tersenyum melihat burung itu.
"Oh, hi little bi-Aaarrgghh!!! belum sempat Serina mahu berkata-kata, burung itu terus menerkam muka Serina kasar. Terjerit terlolong Serina apabila burung itu terlekat pada mukanya.
Joel yang terdengar jeritan Serina mula memandangnya, Serina sudah lari lintang pungkang di atas kapal itu. Sekejap ke kiri, sekejap ke kana. Ah, sudah...
Terdengar suara jerita nyaring Serina, terus Xia dan Hanna membuka jaket mereka untuk menghalau burung itu. Datang sahaja ke arah Serina, mereka berdua memukul muka Serina menggunakan jaket mereka.
Satu pun tidak kena pada burung itu! Pada muka Serina adalah! Habis calar dan kemerahan mukanya apabila dipukul dengan jaket.
"Don't worry Serina! We're gonna save you!" kata Hanna separuh menjerit. Dia memukul Serina dengan kuat lagi.
"Stop!" Serina sudah naik angin. Mahu sahaja suruh berhenti. Tetapi disebabkan asyik kena pukul sahaja, dia susah mahu mengeluarkan suaranya.
Alvelera keluar dari nilik itu bersama Smith apabila melihat Hanna dan Xia memukul Serina. Burung itu pula masih tidak melepaskan muka Serina. Ish, kuat betul!
Sebuah kapal yang tidak jauh dari mereka semua, memerhati dua orang gadis yang memukul seorang gadis kecil menggunakan jaket. Hanna dan Xia lah orang itu.
Orang yang memerhati mereka menggunakan teleskop hanya tergamam melihat kekuatan dua orang gadis itu. Dia perlahan-lahan menurunkan teleskopnya.
"Tuan. Tuan rasa mereka adalah pirate?" tanya seorang butler kepada lelaki itu.
"Ish, ish, ish. Memang sudah terang lagi bersuluh. Mereka mesti seorang pirate." kata lelaki itu dengan yakinnya. Dia memusingkan dirinya dan menuju ke arah stereng kapalnya.
Lelaki itu terus memusingkan stereng itu untuk menuju ke arah kapal yang tidak jauh dari mereka itu. Konco-konconya terkejut dengan ketua mereka itu. Tetapi mereka hanya mendiamkan diri.
"Ke tepi!"
Satu suara itu menarik perhatian Xia dan Hanna. Mereka memandnag dengan mata terbeliak dan terus mengelakkan diri dari terkena serangan.
Joel.
Ye, Joel sedang membawa sebaldi air laut. Sesampai sahaja dia dekat dengan Serina, terus menjirus air itu padanya. Malangnya, burung itu terbang dan pergi dari situ sebum terkena air.
Jawabnya, Serina sahaja yang bermandi air laut. Rambutnya yang penjang itu, menutupi mukanya selepas dijirus air. Menitik-nitik air itu di hujung rambutnya. Jelingan tajam di berikan kepada Joel dari Serina.
Joel masuh terkaku dengan apa baru dia lakukan. Ye, dia jirus air laut yang masin itu tepat-tepat di mukanya.
Jantungnya berdegup laju kerana takut jika muka Serina ada parut kalau terlambat. Saat dia ambil air laut itu, terkocoh-kocoh mahu mengambilnya untuk menghalau burung camar itu.
Burung camar itu sudah terbang ke mana entah dan menghilangkan diri. Mata tajam Serina masih tidak lengkang memandang ke arah Joel. Ini kali pertama dia menjeling orang.
BANG! satu tembekan pistol mengenai pada kapal itu. Terkejut mereka semua dengan bunyi kuat itu. Terlihat lelaki tadi bersama-sama konconya sambil mengaaukan pistol pada mereka semua.
Terkejut beruk mereka melihat ke arah orang yang memgacukan senapang ke arah mereka semua.
Salah seorang konconya, membawa sebuah papan untuk ketuanya menuju ke arah kapal Serina. Lelaki itu berjalan dan diikuti dengan konconya. Senapang masih tidak lengkang menuju ke arah mereka.
"Ketua polis laut." kata Smith perlahan. Dia mula gelabah macam orang gila. Lelaki itu masih tersenyum sinis. Dia datang dekat ke arah mereka semua.
"Well, well, well... Look what we get here? Some a little pirate, huh?" kata lelaki itu sinis. Smith, Alvelera dan James mula berasa resah.
Apa perlu kami buat?!
Ketua itu mengeluarkan pistolnya dari jaket putihnya dan acukan kepada mereka semua. Senyuman sinisnya masih tidak lengkang dari wajahnya.
"Game on."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top