Bab 4|Misi bermula!
Waktu pagi yang terang menerang dengan cahaya matahari yang terik. Serina pergi mencari kawannya, Joel. Untuk mengajak pergi mengembara bersama. Sewaktu Serina sudah beredar dari kapal itu, Alvelera masuk ke dalam bilik yang bersepah itu.
Alvelera mengunci pintu itu dan membuka papan kunci elektronik pada jam tangan canggih Alvelera. Dia menaip sesuatu dan muncul hologram seseorang.
"Ha, kenapa ni?" tanya seorang pemuda berambut perang gelap.
"Saya dah tahu. Saya dah tahu abang." mata Alvelera hampir mengeluarkan air mata. Senyuman di bibirnya terukir. Pemuda itu membulatkan mata tanda terkejut.
"Kamu serius? Kamu tahu di mana dia?" pemuda yang dipanggil 'abang' itu, bertanya bertubi-tubi. Alvelera mengangguk laju.
"Apa saya mahu sekarang.... Saya mahu ajak abang dan Smith sekali. Kita sama-sama mencari dia." kata Alvelera bersungguh-sungguh.
"Baik. Abang akan telefon Smith." pemuda itu menamatkan panggilan adiknya, Alvelera. Dia menggunakan jam tangan canggihnya dan menaip pada papan kekunci elektroniknya. Muncul seorang lelaki berambut kuning keemasan yang sedang tidur nyenyak di atas sofa.
"Ish, dia ni. Masih tidur lagi." pemuda itu menarik nafas panjang. "Bangun! Bangun, Smith! Alvelera dalam bahaya!"
Terkejut pemuda yang sedang tidur nyenyak itu, Smith. Dia terjatuh dari atas sofa. Menggelabah dia dibuatnya.
"Ha! Apa?! Mana?! Apa jadi pada buah hati aku?!" katanya seperti dalam keadaan marah. Dia memandang ke arah jam tangan canggihnya.
"Ke-kenapa? Apa yang terjadi, James?!" tanya Smith dalam keadaan resah.
"Ha..... Baru bangun? Nak masuk tengah hari baru nak bangun?" kata pemuda itu atau dipanggil, James. Abang kepada Alvelera. Dia menatap tajam pada Smith di hadapannya itu.
"Mana Alvelera?" tanya Smith meminta kepastian.
"Yang kau sibuk tanya fasal adik aku kenapa? Abang dia masih hidup lagi ni tau." kata James acuh tak acuh.
"Ish... Apa kau nak sebenarnya ni?" tanya Smith sambil membetulkan rambutnya yang menggangu penglihatannya.
"Alvelera kata.... Dia dah jumpa adik kau yang kau rindu sangat tu." kata James membuatkan Smith membulatkan matanya tanda terkejut.
"Serius lah wei?! Adik aku kat mana?!" Smith menjadi semakin teruja.
"Cepat siap-siap. Lepastu datang jumpa aku kat kedai cafe rumah aku." James terus menamatkan panggilan. Smith pula terkebil-kebil selepas James menamatkan panggilan begitu cepat.
"Wuish.... Cepatnya tamatkan panggilan. Ah! Baik aku bersihkan diri cepat!" Smith terus berlari mengambil tuala untuk mandi.
⛴
Serina menarik tangan Joel erat dan menaiki kapalnya dengan perasaan gembira.
"Akak! Saya dah sam..... Pai?" Serina berhenti berkata-kata selepas melihat kawan-kawannya sudah memandangnya.
"Oh, hai kamu semua! Besar kan kapal ni?" Serina berkata dengan teruja. Mereka masih tidak lengkang memandang Serina.
"Kenapa kamu semua pandang aku macam nak makan aku ni?" Serina mula hairan dengan kawan-kawannya. Jessica yang sedang makan buah pisang mula ke hadapan Serina.
"Tu. Kamu berdua ada apa-apa ke?" tanya Jessica dengan muka selambanya. Dia menunjukkan jarinya pada genggaman Serina. Serina memandang ke arah tangannya, tangannya masih memegang erat tangan Joel. Terus Serina melepaskan genggaman.
Joel masih dengan muka tiada perasaannya. Serina hanya berdehem untuk menyorok rasa malunya.
"Ma-mana akak Alvelera?" tanya Serina untuk menukar topik.
"Akak ada di sini." kata satu suara di belakang Xia, Jessica dan Hanna. Terlihat Alvelera bersama James dan Smith. Serina datang menghampiri Alvelera.
"Jadi, kawan kamu yang kata tu.... Adalah seorang lelaki?" tanya Alvelera sambil menyilang tangannya di dada.
"Jadi, kawan yang akak kata tu... Adalah seorang lelaki?" Serina menyoalkan soalan yang sama seperti Alvelera. Alvelera terasa sedikit sentap dengan pertanyaan Serina. Sedangkan ia soalan yang sama saja pun. Alvelera hanya berdehem untuk menyorok rasa malunya.
"Sudah lah. Buang masa untuk bercakap sahaja buat apa? Cepat. Kita mahu bergerak sekarang ni. Semua sudah siapkan barang-barang yang perlu dibawa, kan?" kata Alvelera. Semua hanya mengangguk.
Semua bersurai membuat kerja sendiri. Serina datang mengampiri James dan Smith. Apabila James dan Smith perasan kehadiran Serina, mula terdiam apabila mereka melihat muka Serina.
Bagaikan dipukau mereka berdua. Serina berada di depan mereka dan menyilang tangan di dada. Dia membetulkan rambutnya.
"Jadi, sudah berapa lama kamu berdua kenal akak Alvelera?" tanya Serina seperti sombong.
"Kenapa kamu tanya? Kami berdua sudah kenal dia sewaktu kamu masih kecil, kamu tahu?" kata Smith lancar tanpa cacat cela. Serina berasa ragu dengan James dan Smith.
"Begini lah. Abang jujur demgan kamu. Abang adalah, abang kandung kepada Alvelera." kata-kata James membuatkan Serina terkejut. Selama dia hidup bersama Alvelera, tidak pernah dia tahu bahawa Alvelera mempunyai Abang. Serina memandang ke Smith.
"Jadi, dia ni siapa pula?" Serina menunjuk jari pada Smith. Smith mula tersenyum dan berdehem untuk menjawab soalan Serina. Belum Smith mahu berkata, James sudha menyampuk.
"Dia kawan lama Alvelera." James menjawab tanpa rasa malu dan tersenyum. Smith yang mendengarnya, terkejut dengan jawapan James. Serina hanya ber'oh' dan berlalu pergi.
Smith menyiku James. James yang berasa sakit setelah Smith menyikunya, terus memandang James.
"Ish, kau ni. Kenapa kau kata aku ni kawan Alvelera? Aku boyfriend dia lah!" kata Smith dengan nada berbisik. James memandang Smith dengan senyuman yang penuh makna.
"Memang lah kau boyfriend dia. Tapi aku tak anggap kau sebagai boyfriend adik aku pun." James tersenyum dengan apa baru dia katakan. Smith hanya mengaku kalah dengan James.
"Apa-apa pun, kau tak rasa rupa dia agak mirip deng-" sebelum Smith manu menghabiskan kata-katanya,James menyampuk.
"Aku tahu. Aku pun terkejut juga. Alvelera mesti lagi terkejut." James dan Smith hanya memerhati Serina. Serina yang sibuk menolong yang lain, tidak sedar dia sedang diperhatikan.
⛴
Selepas selesai mengemas semua barang, mereka memulakan pengembaraan mereka. Serina yang duduk di tengah kapal itu, sibuk meneliti peta di dalam buku itu. Dia memusingkan buku itu ke arah lain berkali-kali tetapi masih tidak faham. Tiba-tiba, Joel muncul entah dari mana menegur Serina.
"Awak rasa ini apa?" tanya Joel menunjuk ke arah peta yang bertulis dark sea. Terdapat gambar seekor ikan duyung.
"Entah lah. Dark Sea dan ikan duyung ada kaitan ke?" Serina juga hairan. Tiba-tiba muncul pula Hanna.
"Ha! Saya tahu fasal Dark Sea!" suara Hanna yang kuat itu, mengejutkan diri Serina da Jeol.
"Ish, kau ni! Terkejutkan aku je!" marah Serina. Hanna hanya tersenyum sambil makan lolipopnya. Mata Serina melirik ke arah Hanna. "Apa yang kau tahu fasal Dark Sea ni?"
"Ha.... Kalau kau nak tahu. Dulu, laut tu tidak dipanggil Dark sea. Ia dipanggil Angel Sea. Sebab air tu sangat jernih dan banyak hidupan laut yang unik dan tidak pernah ditemui. Hidupan laut yang paling aneh sekali, ialah duyung.
Dulu duyung adalah penjaga kepada lautan itu. Mereka tidak pernah dilihat oleh sesiapa kerana mereka mahu menyembunyikan diri. Tetapi yang pastinya, duyung memang wujud.
Tetapi, yang menariknya... Dahulu, ada seorang lelaki manusia, menjumpai Permaisuri duyung di dalam sebuah gua. Mula-mula, memang lah duyung itu takut, tetapi selepas itu... Mereka mula rapat antara satu sama lain. Terkutik lah rasa cinta di dalam hati.
Permaisuri duyung itu, terpukau dengan kebaikan lelaki itu. Lelaki itu mengajak dia ke rumah dia. Permaisuri itu setuju untuk mengikut lelaki itu."
"Wo....Wo...Wow. Bukankah ikan duyung tiada kaki? Bagaimana dia mahu mengikut lelaki itu?" tanya Serina hairan.
"Ok, duyung memang tiada kaki. Tetapi, jikalau orang yang dia cintai itu adalah manusia... Secara automatik, ekornya akan menjadi sepasang kaki apabila dia berada di atas darat. Ha... Menarik, kan? Ok, berbalik kepada cerita aku tadi.
Jadi, Permaisuri itu sudah tiba di rumah lelaki itu. Tanpa dia sedari, seseorang menutup mulutnya dan dia tidak sedarkan diri. Selepas beberapa jam, Permaisuri itu tersedar dari pengsan. Dia terkejut kerana dia di ikat di sebatang kayu tebal dan di kelilingi dengan api marak.
Dia memandang sekeliling, ramai manusia menyorak gembira sambil memandang Permaisuri itu. Dia terlihat lelaki yang dicintainya. Dia meminta tolong melepaskan dirinya, namun... lelaki itu hanya mengendahkannya. Kau nak tahu apa lelaki itu kata?
'Mereka! Aku pasti mereka adalah makhluk jahat! Aku lihat dengan mata aku sendiri, dia makan daging manusia yang masih hidup!'
Dengan kata-kata itu, Permaisuri itu menitiskan air mata yang paling jernih. Air mata itu berguna untuk memulihkan apa sahaja penyakit. Lelaki itu mengambil senapang, dan tanpa teragak-agak... Dia menembak tepak di kepala Permaisuri itu. Bekercai darah dan otak Permaisuri itu.
Sejak itu, semua ikan duyung menjadi seekor ikan yang hanya makan daging. Muka mereka yang jelita, menjadi hodoh selepas Permaisuri mereka mati. Laut yang jernih, menjadi warna biru gelap. Duyung semua menjadi ganas terhadap manusia. Apabila mereka melihat sahaja mangsanya, mereka tidak akan melepaskannya." suara Hanna menjadi sayu apabila berkata.
"Baik!" Hanna bangun dari duduk. Terkejut beruk Serina dan Joel apabila melihat perubahan mendadak Hanna.
"Aku dah cerita kan kisah Dark Sea, sekarang aku nak tolong Jessica baiki bilik yanh dah hancur tu. Bye!" Hanna berlalu pergi dengan senyuman di bibir. Serina dan Joel terpinga-pinga di situ.
Smith yang sedang sibuk mengudi kapal itu, dikunjungi Alvelera sambil membawa dua cawan berisi air kopi panas. Alvelera menghulur cawan kopi itu pada Smith. Smith tersenyum dan mengambil cawan itu.
"Kamu tahu ke di mana patut kita pergi?" tanya Smith. Dia tidak tahu ke mana dia mahu pergi. Alvelera hanya menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
"Aku tak tahu, tapi aku pasti Serina tahu." Alvelera memandang ke arah Serina yang sedang memikirkan bersama Joel. Smith memandnng pula ke arah Serina.
"Hey there! You! Hey, You!" jerit Smith pada Serina. Serina mencari gerangan yang memanggil namanya. Serina terpinga-pinga jika Smith adalah yang memanggil dirinya. Alvelera berbisik kepada Smith nama Serina.
"Ha! Serina! Kamu tahu tak di mana kita mahu pergi?" tanya Smith dengan nada menjerit. Serina terus mengambil buku itu dan menuju ke arah Smith. Joel terasa terasing berada di sini. Dia melepaskan keluhan berat.
"Aku rasa macam menyesal pula ikut." dia bingkas bangun dan melihat lautan yang terbentang luas di hadapannya.
Serina menunjukkan buku itu pada Smith. Smith menjadi pening melihat peta yang aneh di depannya. Dia memusingkan buku itu ke arah lain tetapi masih tidak faham. Serupa betul perangai seperti Serina.
"Apa ni?! Satu pun aku tak faham!" Smith naik berang dengan peta itu.
"Kan? Rasa nak saja bakar buku ni." sokong Serina. Alvelera hanya menahan amarahnya pada Serina. Sabar sahajalah dengan karenah budak ini.
"Seperti kelakar pula, selalunya kalau kita mahu mengembara untuk mencari harta karun. Tapi kita datang untuk mencari seseorang. Hehehe..." Alvelera berhenti gelak selepas melihat muka Smith dan Serina. Mereka berdua memandang Alvelera seperti orang gila. Alvelera terus berdehem dan berlalu pergi dari situ. Rasa malu menguasai diri.
"O.....K?" Serina masih memandang ke arah Alvelera. Smith meneliti ke arah peta itu.
"Ok, di sini dia ada tunjuk. Ini, sepatutnya sebuah pulau." ith tunjuk ke aeah peta yang bertulis Dark Forest dan terdapat gambar pulau.
"Kenapa banyak sangat guna perkataan Dark semua ni?" Serina bertanya hairan.
"Jika Serina mahu tahu. Di sini, tempat tang sungguh indah. Tapi selepas Raja Gorge berjaya menguasai hampir seluruh dunia, banyak tempat diselubungi dengan kegelapan. Kita perlu cari si 'dia' ini sepat supaya kita boleh selamatkan semua orang." Smith menumpukan perhatian pada jalannya. Serina menjadi sayu dan turun dari tangga. Dia mahu bersama-sama dengan kawannya.
"Huwargh! Penatnya membaiki! Best gila kalau dapat tidur!" kata Hanna separuh menjerit sambil menguap. Hanna terlihat Joel dan Serina berdiri bersama saabil melihat keindahan laut. Dia mengampiri mereka berdua.
"Yo,bro!" kata Hanna teruja pada Seriana dan Joel. Mereka berdua tidak mengendahkan Hanna. Mata mereka terlekat untuk melihat keindahan dunia. Muncul pula tiba-tiba Jessica di sebelah Hanna.
"Nah." Jessica memberikan roti berinti kaca merah tanpa memandnag ke arah Hanna. Hanna lantas mengambil roti itu dan terus makan. Langit kuning kemerahan waktu senja, menyamankan suasana dengan tiupan angin bayu.
Mereka semua yang berada di atas kapal, melihat bersama-sama matahari terbenam. Malam pun tiba sambil menghiasi langit dengan penuh bintang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top