Bab 3|Mencuri atau meminjam?
"Mari kita selamatkan dia." wajah Serina bertukar serius apabila dia berkata begitu. Senyuman menghiasi lagi seri di mukanya.
BUK! Satu tumbukan di atas kepala diberikan kepada Serina.
"Aaaarrrgghh!! Sakitlah! Apa pukul orang ni?!" Serina menggosokkan kepalanya yang sudah ada benjol itu.
"Akak tahu lah kamu mahu selamatkan dia. Tapi akak nak tanya ni, dia ada di mana? 💢"
"Mana lah saya tahu! Tanya lah peta tu!" Serina menunding jari pada buku yang terdapat sebuah peta.
"Kau ingat akak gila? Kau ingat peta ni macam dalam cartoon Dora Explora tu ke?" Alvelera mula naik angin akan kata-kata tak logik dari Serina.
"Ish! Akak ni...." Serina masih menggosok kepalanya. "Baik, saya ada rancangan!" Serina mula menggosok kedua-dua tapak tangannya bersama dan mula ketawa jahat. Alvelera hanya membuat muka datar melihat gelagat Serina. Mata Alvelera melirik ke arah buku itu.
⛴
"Hahahahaha! Akhirnya! Selepas aku bayar ansur-ansur untuk membeli sebuah kapal yang besar ini, akhirnya aku dapat membelinya!" kata seorang lelaki berjanggut lebat bersama seorang kawan disebelahnya.
"Ye! Akhirnya kita berjaya! Hahahahaha!" mereka berdua bergelak sakan akan apa baru mereka dapat.
Di sebalik semak samun yang tidak jauh dari dua orang lelaki itu, Serina memerhati mereka berdua dengan teleskop. Selesai sahaja Serina memerhati dua orang lelaki itu, Serina menyimpan semula teleskopnya di dalam beg kecilnya.
"Sudah. Jom, akak." apabila Serina mahu melangkah keluar dari semak itu, Alvelera menarik hujung baju Serina.
"Ish! Serina. Apa kita buat ni salah. Kamu mahu kita berdua mencuri?" Alvelera berasa resah juga kerana ini adalah kali pertama dia mencuri selepas mengetahui perkara sebenar.
"Emm... Saya tak suka perkataan 'mencuri' tu. Apa kata kalau saya kata... Kita 'pinjam' kapal tu? Mesti akak rasa baik kan? Sudah. Jom, akak." Serina melepaskan genggaman Alvelera.
Alvelera berasa kecut perut dengan apa yang akan dia lakukan. Alvelera hanya mengikut setiap langkah Serina. Dua orang lelaki itu masuk ke dalam sebuah bilik di dalam kapal itu sambil ketawa berdekah-dekah. Gembira sungguh mereka.
Serina perlahan-lahan berjalan di luar kapal itu. Alvelera hampir terjatuh ke dalam laut kerana kecuaian dan ketakutannya. Apabila sampai sahaja di luar tingkap kapal itu, Serina cuba merapatkan telinga untuk mendengar.
"Hahahahaha!! Wahai kawanku! Hari ini, merupakan hari yang terbaik dalam hidup aku! Hahaha!"
"Aku pun gembira kawanku! Hahahaha!" Mereka berdua minum minuman keras sambil ketawa dan bercerita akan kisah silam mereka. Apa yang menariknya, mereka bercerita bagaimana mereka mendapat kapal ini.
"Kau ingat fasal harta karun yang kita jumpa di rumah ketua tak guna kita tu?" tanya seorang lelaki berjanggut berwarna perang dalam keadaan mabuk.
"Mestilah! Kita kan ambil kesemua harta tu untuk membeli kapal ni. Lepastu kita tinggalkan dia berseorangan! Hahahaha!" jawab kawannya yang berjanggut berwarna kuning. Kedua-duanya mempunyai janggut yang lebat.
"Oh~ Menarik sungguh." Serina tersenyum lebar memdengar cerita dua orang lelaki itu. Muka Alvelera menjadi pucat apabila dia melihat laut dibawahnya.
"Serina....." Alvelera mula merengek kecil. Matanya tertutp rapat supaya tidak memandang ke bawah. Serina tidak mengendahkan renggakkan Alvelera.
"Serina..." Alvelera masih memanggil nama Serina. Serina hanya ber'shu' pada Alvelera.
"Serina.... Akak rasa... akak mabuk laut lah..." Alvelera masih tidak berhenti merengek. Serina memalingkan mukanya pada Alvelera.
"Ish! Akak ni. Tidak payah lah nak merengek seperti bayi!" Serina sudah mula naik bengang.
"Akak minta maaf... Tapi akak rasa... Akak betul-betul mabuk laut." muka Alvelera mula menjadi lebih pucat dari sebum ini.
"Arghh.... Baik. Akak tunggu sahaja di sini. Saya akan mulakan rancangan saya." Serina pandang semula ke arah tingkap. Alvelera menjadi hairan dengan kata-kata Serina.
Dua orang lelaki itu masih ketawa berdekah-dekah sambil minum minuman keras itu. Di sebelah mereka merupakan cermin tingkap Serina mencuri dengar. Terdapat satu bayangan di sebalik tingkap itu, tetapi dua orang lelaki itu masih tidak perasan.
CRISS! bunyi tingkap itu pecah kerana terima tendangan dari Serina. Dua orang lelaki itu terkejut dan kaca-kaca itu tertusuk pada badan mereka. Serina memasukkan dirinya dan berdiri di hadapan mereka berdua.
"Siapa kau hah?! Berani kau masuk dan pecahkan tingkap!" marah lelaki berjanggut perang. Serina masih tidak membuat sebarang riaksi.
"Hei, budak! Kau siapa hah?! Kau salah seorang pekerja bawahan Zeon ke?!" marah lelaki berjanggut berwarna kuning.
"Oh~ nama ketua yang kamu semua kata tak guna tu adalah Zeon~ hehehe...." Serina ketawa kecil
"Kejap. Jika kamu bukan pekerja dia, siapa kau?" tanya lelaki berjanggut perang.
"Aku? Kenapa? Kamu berdua takut saya ke?" Serina tersenyum sinis.
"Hehehehe.... Takut? Jangan nak buat lawak." lelaki berjanggut kuning muaa naik berang dengan kerenah Serina.
"Kalau tak. Marilah~" Serina mengajak mereka berdua datang dekat. Dua lelaki itu menghampiri Serina, Serina mengambil tuala di atas meja sebelahnya. Lelaki berjanggut perang itu mahu menangkap Serina malangnya dia tidak berjaya kerana Serina melibaskan tuala itu di mata lelaki itu.
"Argh!" lelaki itu menggosok matanya yang kena libas oleh Serina. Serina mula berlari manakala lelaki berjanggut kuning mula mengejarnya. Serina melompat ke arah siling kapal itu dan menuju ke arah lelaki berjanggut kuning.
Dia memusingkan dirinya dan melilit pergelangan tangan lelaki itu. Sudah selesai ikat, dia memusingakan pergelangan tangan lelaki itu dan badan lelaki itu tercampak ke belakang.
Serina mendongakkan kepalanya dan terlihat lelaki berjanggut perang itu cuba membangunkan diri selepas terjatuh akibat tidak nampak apa-apa. Serina menendang bawah kaki lelaki itu dan lelaki itu terjatuh untuk kali kedua.
Alvelera yang mendengar pergaduhan antara Serina dan dua orang lelaki itu mula berasa panik. Tiba-tiba bunyi pergaduhan itu berhenti secara tiba-tiba. Alvelera mahu menjenguk melihat ke dalam tetapi masih ragu-ragu. Dia mengumpul keberanian dan cuba melihat ke dalam.
Terlihat Serina sedang mengikat kedua-dua lelaki itu dengan tali yang besar dan tebal. Serina melihat sekeliling. Bersepah bilik itu dibuatnya. Kaca tingkap pecah di merata tempat berserta kaca botol minuman keras, meja dan kerusi juga sudah patah. Alvelera melihat dengan perasaan gerun.
"Ah! Akak! Hehehe.... Maaf sebab buat akak tunggu lama. Susah sangat nak tumbangkan mereka berdua ni. Yelah, badan mereka kan dua kali ganda lagi besar dari saya." Serina memikul medua-dua belah kaki dua orang lelaki itu dan menyeret badan mereka keluar dari bilik itu. Alvelera hanya melihat perlakuan ganas Serina.
Dua orang lelaki itu berada di dalam sampan dalam keadaan pengsan. Sampan itu membawa mereka mengikut arus lautan. Serina menepuk-nepuk habuk yang berada di tangannya.
"Don! Sekarang ini, kapal ini diishtiharkan sebagai kapal milik kita!" Serina menjerit kegembiraan. Alvelera mengeluh panjang.
"Bagus lah. Akak harap tiada lagi pergaduhan yang ngeri lagi." kata Alvelera lemah. Bukan dia yang bergaduh tadi, tetapi badannya pula yang berasa lemah.
"Akak. Sekarang ni, kita sudah dapat kapal. Jadi, kita patut ajak sekali Hanna, Jessica dan Xia sekali. Baru seronok!" Serina berkata dengan penuh keterujaan.
"Ye. Akak memang setuju mahu bawa mereka sekali." Alvelera hanya mengangguk dengan kata-kata Serina.
"Ha... Lagi satu kak. Saya nak bawa seorang kawan ni boleh tak?" tanya Serina dengan membuat muka comel.
"Kawan? Kawan yang mana? Kawan yang kamu kata, bagi kamu buku itu?" tanya Alvelera. Serina hanya mengangguk laju sambil tersenyum lebar.
Mendengar kata-kata Serina, Alvelera mahu membuat rundingan dengannya. Senyuman mula menghiasi wajah Alvelera.
"Begini lah. Kamu ajak kawan kamu, akak ajak kawan akak juga. Boleh?" tanya Alvelera lembut. Serina hanya mengangguk laju.
"Akak harap kamu bawa orang yang tidak akan membelot kita." sambung Alvelera serius. Dia tidak menyukai jika seseorang membelot dirinya. "Kamu pasti dia akan terima tawaran kamu ni?" tanya Alvelera. Serina mula yersenyum lebar.
"Saya pasti dia akan terima!"
🏠
Serina membuka pintu kedai bernama kedai magic dengan perasaan gembira.
"En-encik! Tu-tunggu!" jerit Joel kepada dua orang lelaki tegap berpakaian sut hitam dan bercermin mata gelap. Serina terpinga-pinga dengan keadaan itu. Dua orang lelaki itu keluar melalui pintu hadapan yang baru dilalui oleh Serina tadi.
Joel mengusutkan rambutnya. Kepalanya begitu serabut sekali. Dia memandnag ke hadapan dan terlihat Serina. Mata mereka bertemu. Rambut Joel yang serabai itu dibiarkan. Serina perlahan-lahan merapati ke arah Joel.
"Apa yang awak nak?" tanya Joel dingin. Serina mula tergagap-gagap mahu berkata.
"Awak sudah habis baca buku tu?" tanya Joel lagi. Serina hanya menggelengkan kepalanya.
"Jadi, apa yang awak nak?" Joel mula hairan akan perangai Serina.
"Emm... Apa yang terjadi tadi?" Serina muaa menanyakan mengenai kejadian tadi. Joel mula memandang Serina dingin. Keluhan berat mula meniti pada bibirnya.
"Mereka adalah orang yang akan menjual kedai ni." Joel mula berasa sayu.
"Adakah perkara sebenarnya ialah, kedai ini akan dijual tetapi kamu sendiri tidak mahu menjualnya. Kerana di sini penuh dengan kenangan manis yang tidak terhingga sehingga kamu tidak mahu menjualnya?" Serina menganggak apa yang sebenarnya terjadi.
Joel mula mengerutkan dahinya. Terkebil-kebil bibirnya mahu bercakap.
"Itu memang betul. Kedai ini mahu dijual kerana kekurangan pelanggan dan nampak agak ungsang. Jadi, mereka akan menjualnya dan membina sebagai kedai kek.
Saya tidak mahu jual, kerana kedai ini ayah saya sudah usahakannya untuk beberapa tahun dan di sini juga lah aku membesar." Joel bercerita akan kisah hidupnya. Joel memandang ke arah Serina.
Ternyata Serina sedang tidur nyenyak menyandar di rak buku. Agaknya dia akan tertidur jika mendengar kisah-kisah yang dia anggap ia adalah kisah yang membosankan. Joel hanya menepuk dahinya sendiri dengan perangai Serina.
"Woi! Bangun lah!" Joel mula naik angin. Serina mula terjaga dari tidur dan kelam kabut membetulkan dirinya yang kelihatan kusut.
"Sa-saya tak tidur!" nafi Serina tergagap-gagap. Tidak mengaku pula. Sudah terang lagi bersuluh pun mahu nafikan lagi.
"Apa-apa lah. Saya mahu tanya ni. Kenapa kamu datang ke sini? Saya rasa bukan semata-mata awak datang ke sini untuk tanya soalan itu."
"Ha! Saya datang ni nak tanya. Kau nak ikut aku mengembara tak?" tanya Serina dengan mata bersinar-sinar.
"Mengembara? Mengembara di mana?"
"Mengembara seluruh pelosok dunia yang kita belum terokai lagi!" Serina menjadi teruja apabila bercerita.
"Kenapa saya perlu ikut?" Joel menjadi hairan dengan ajakan Serina. Banyak-banyak orang, kenapa mesti dirinya? Sedangkan baru sehari mereka bertemu.
"Alah..... Please~" Serina mengambil tangan Joel dan menggenggam erat. Serina membuat muka comel. Muka Joel mual dibasahi peluh dingin. Perasaan resah mula menguasai dirinya. Badannya mula menggeletar. Dia tidak tahu mahu bagi jawapan apa.
"Er..... Ba-baiklah! Sa-saya akan ikut!" Joel berkata dengan gagap.
"Yeah!" Serina melompat keriangan. Muka Joel mula memerah kerana perangai comel dan kegembiraan Serina. Dia menoleh mukanya supaya Serina tidak melihat mukanya.
"Jom! Saya tunjuk di mana kapal aku!" Serina mula menarik kolar baju Joel kasar dan membawa dirinya ke kapal miliknya.
"Ehhh..!! Kejap! Bagi aku kunci pintu kedai aku dulu!!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top