Bab 12|Penyamaran yang sempurna
Naga itu mengaum dengan kuat sekali. Api itu merebak di serata tempat. Serina hanya mampu pasrah dengan apa akan berlaku. Dia memandang ke arah Salyna.
Apa patut dia buat?
"Hei! Hei naga!"
"Erk!" terkejut beruk Serina apabila dia terdengar suara nyaring Hikari memanggil naga itu. Hikari tak sayang nyawa ke apa? Berani betul! Serina menarik hujung baju Hikari kuat.
"Hikari! Awak dah gila ke apa?! Matilah kita kalau na- Waarggh!" belum habis Serina berkata, naga itu menuju laju ke arah mereka bertiga!
Ma-matilah aku!
Hikari keluar dengan pisau kecil di tangannya. Wajah bengis dilemparkan pada naga itu. Serina hanya mampu melompong mulutnya akibat terkejut sangat.
Apa?! Tak padan nak lawan naga yang 50 kali ganda lagi besar! Lawan hanya menggunakan pisau masak?! Gila ke apa?!
Hikari lari ke arah naga itu untuk berlawan sehingga ke titisan akhir!
Serina memegang ke bahu Salyna kuat.
"Tu-Tuanku!"
Kata-kata Serina mengejutkan diri Salyna. Apa? Bagaimana dia tahu aku puteri?
"Tuanku perlu pulang! Ke dunia laut! Kami semua perlukan Tuanku! Tolong pergi!" kata Serina bersungguh-sungguh.
Salyna hanya mampu terkedu sahaja. Pulang? Heh, tak pernah dia sekali pun nak pulang untuk menghadap raja itu.
"Er...Kak.. Bu-bukan. Alvelera, Smith dan James perlukan Tuanku!" sekali lagi, kata-kata Serina terkedukan Salyna.
Alvelera? Smith? James? Bagaiman dia kenal mereka? Pengintip? Tak mungkin.
"To-tolong pulang! Mereka dalam kesusahan!" Serina semakin terdesak.
"Hiyargh!" Hikari cuba menikam naga itu berkali-kali. Apa yang dia dapat? Tiada apa-apa. Hikari memandang Serina dan Salyna sekilas.
"Serina!" jerit Hikari untuk meminta tolong. Serina dan Salyna memandang Hikari dengan perasaan bercampur baur.
"Ta-tapi dia..."
"Tak apa! Saya boleh uruskan sendiri! Setakat naga, saya boleh koyakkan kulit dia je!" kata Serina seperti bangga. Yelah tu boleh koyakkan kulit keras naga tu.
"Tu-Tuanku boleh pulang bukan?" tanya Serina. Salyna melihat pada tapak tangannya. Adakah kuasanya masih ada? Hanya perlu buat portal sahaja bukan?
Serina menggunakan kuasa portalnya dan air untuk pulang ke dunia laut.
Berjaya! Akhirnya berjaya! Dia boleh pulang sekarang! Tapi...
Salyna memandang sayu ke arah Serina. Tak mungkin mahu tinggalkan mereka begitu sahaja.
"Tuanku. Please. Tolonglah pulang. Saya baik-baik sahaja. Saya boleh selesaikan. Tuanku perlu bantu kawan-kawan saya dan kawan Tuanku. Saya tak tahu mereka di mana sekarang, apa saya tahu... Mereka perlukan Tuanku."
Serina memberi senyuman yang paling manis pada Salyna. Terus Serina menolak badan Salyna. Maka, badan Salyna jatuh ke dalam portal itu dan terus tertutup. Serina bingkas bangun dan menuju ke arah naga itu.
"Hei naga! Serang aku lah! Kau nak serang orang lemah buat apa?!" Serina lari ke arah naga itu dengan kelajuan yang sangat laju. Dia melibas pisau belatinya ke arah naga itu. Hikari memandang sekeliling seperti mencari sesuatu. Serina jatuh ke tanah selepas diserang bertalu-talu oleh naga itu.
"Emm... Serina, mana Salyna?" tanya Hikari.
"Dia dah pulang. Sebab ada urusan yang perlu dia selesaikan."kata Serina tanpa memandang Hikari. Serina terus bangkit dan menghalakan pisaunya pada naga itu. Hikari hanya mempu melihat.
Segala kelakuan gilanya tadi, terus dia berhenti lakukannya.
"Hiyargh!" Serina melompat sana-sini untuk mencari titik kelemahan naga itu. Saat Serina mahu menikam naga itu...
"Haaa....
(I need more affection than you know)
In you and I, there's a new land.
Angel's in flight.
(I need more affection than you know)
My sanctuary, my sanctuary
Yeah.
Where's fears and lies, melted away
Music will tie,
(I need more affection than you know)
What's left to me?
What's left to me, now?
Suasana sekeliling yang seperti meletus perang kedua, berhenti saat suara merdu itu berbunyi. Serina tergamam apabila mendengar lagu itu.
Matanya membulat apabila mendengar setiap butiran liriknya. Dia yang menyanyi itu hanya tersenyum sinis melihat Serina.
"Kenapa Serina?" tanya orang itu dengan senyuman mengejek. Serina mahu memalingkan wajahnya. Saat dia berpaling sahaja, tiupan kilaun berwarna merah jambu ditiup oleh dia kepada Serina.
Terus Serina pengsan dan terapung di udara dengan cahaya merah jambu mengelilingi dia. Rambutnya berterbangan. Dia hanya melihat Serina tanpa apa-apa perasaan. Dia berlalu pergi sambil diekori oleh Serina yang terapung itu.
Saat dia berjalan, pakaiannya dan rupanya terus berubah ke rupa asalnya yang sebenar.
🏮
"Argh!" Salyna jatuh ke dalam laut di mana portal itu tuju. Terkapai-kapai Salyna apabila berada di dalam laut. Bagaimanalah boleh jadi sebegini?
"Eh?" Salyna terus bangkitkan dirinya. Hek eleh, air cetek sahaja pun. Apa lah. Salyna terus malu diri. Air cetek pun takut.
Dia melihat sekeliling. Hanya pantai dan hutan sahaja. Langit pula sudah kembali gelap menandakan waktu malam sudah menjelma. Langit yang kemerahan menghiasi langit. Indah warnanya.
"Aku dah pulang." Salyna mengungkap kata yang sudah lama mahu di ungkapkan. Senyuman kecil terukir.
Jayden berdiri di ruang biliknya. Menunggu kedatangan seseorang yang akan membuat rancangannya berjalan lancar.
TOK! TOK! TOK! bunyi ketukan pintu menarik perhatian Jayden. Pintu itu terus terbuka tanpa sesiapa yang membukanya. Muncul seorang wanita berpakaian hitam. Aura gelapnya sungguh kuat sekali.
Tersenyum sinis apabila melihat wanita itu membawa 'hadiah' besar, iaitu Serina. Serina masih terapung di udara sambil dikelilingi cahaya merah jambu.
"Hehehehe.... Seperti biasa. Kau sentiasa jalankan kerja dengan baik." Jayden tersenyum puas apabila rancangannya berjaya. Wanita itu hanya memaparkan riak kosong apabila dia mengikuti arahan Jayden dengan baik.
"Jadi, kau sudah bersiap sedia untuk malam ini?" tanya Jayden. Wanita itu memandang ke arah Jayden dengan kain pembalut di matanya.
"Itu adalah satu kepakaran saya. Mestilah saya sudah bersiap lama."
*******
Salyna berjalan tiada hala tuju. Tiada duit, tempat tinggal, baju pun basah dan angin bertiup kuat padanya. Sejuk betul! Boleh beku rasanya!
Mata Salyna melilau melihat sekeliling. Dulu tidak banyak bangunan ataupun kedai. Tidak sangka dalam masa 10 tahun itu, banyak betul sudah berubah.
Matanya melilau sehingga terdapat sehelai kertas terbang mengenai mukanya. Salyna menarik kertas di mukanya dan terus membacanya. Terbutang matanya apabila membaca, matanya berkaca.
Salyna terus berlari tanpa hala tuju. Satu sahaja apa yang dia fikirkan, perlu cari Alvelera, Smith dan James secepat mungkin!
Kertas dipegang oleh Salyna terabang di atas jalan.
JEMPUTLAH DATANG KE STUDIO MILAN UNTUK MELIHAT PENYANYI KESAYANGAN ANDA, ANGEL'S VOICE!
ANGEL'S VOICE TELAH KEMBALI UNTUK MEMPERSEMBAHKAN LAGUNYA PADA PUTERA SORA, ANAK RAJA GORGE YANG DISANJUNGI! 🎊🎉🎁
Salyna lari tanpa hala tuju, air matanya bertakung. Saat dia melakui sebuah penjara yang besar, rantai lehernya bercahaya terang. Terus terhenti langkahnya, matanya melihat ke arah penjara di sebelahnya.
Penjara?
👟
Seorang kanak-kanak lelaki duduk termenung ke arah langit yang kemerahan itu. Dia memandang ke arah awan yang mempunyai banyak bentuk yang menarik. Mata kanannya yang tertutup dengan kapas(?) itu dibiarkan.
Kelihatan seperti seorang pemuda menunggang kuda, seorang gadis nyanyi bersama rakannya, dan seorang kelihatan seperti wanita memakai mahkota.
Aik? Kenapa ini yang dia lihat? Lain macam sahaja rupa awan ini.
TOK! TOK! TOK! bunyi ketukan pintu membuatkan kanak-kanak itu terkejut sehingga jatuh dari kerusi yang dia duduk. Kerusi itu pun jatuh juga akibat 'kejutan' yang diberikan oleh kanak-kanak itu.
"Tuanku! Bolehkah saya masuk?" katanya kuat dari luar. Kanak-kanak itu hanya mengangguk perlahan. Nampaknya dia bukan jenis yang suka bercakap.
Pintu itu dibuka dan tersembul wajah salah seorang butler kanak-kanak itu. Tak sangka, baru usia 7 tahun sudah ada butler sendiri. Anak raja katakan.
"Tuanku. Saya akan berikan kamu pakaian apa yang akan kamu pakai. Malam ini, Raja Gorge iaitu ayah kamu, akan adakan 'hadiah' yang besar untuk Tuanku." kata butler itu sopan.
Kanak-kanak itu hanya diam membisu sambil memeluk erat anak patungnya. Wajahnya terpancar rasa sedih. Kenapa dia sedih?
TOK! TOK! TOK! sekali lagi, kanak-kanak itu terkejut sehingga patungnya pula yang terpelanting. Banyak betul benda yang mengejutkan dirinya. Jangan lah ada perkara lagi mengejutkan dari ini, sudah.
Muncul seorang pemuda yang tinggi lampai dan berambut perang coklat, Jayden. Dia tersenyum manis ke arah kanak-kanak itu.
"Sora~ boleh abang masuk?" tanya Jayden lembut ke arah kanak-kanak itu. Kanak-kanak lelaki itu atau dipanggil Putera Sora, hanya mengangguk perlahan.
Jayden datang menghampir Sora dan cangkung di hadapan Sora. Terus diusap kepalanya lembut. Muka Sora memereha sedikir apabila menerima kebaikan Jayden.
"Malam ni, kita pergi ke Studium Milan sama-sama nak? Kita pergi tengok 'kawan' abang nyanyi. Mesti gempak." kata Jayden ramah. Sora hanya mengangguk kepala perlahan.
"Hehehehe... Malam ini, kita tengok kawan abang~"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top