Bab 10|Gadis misteri?

Suasana bingit di dalam hutan, hanya dapat didengar sayup-sayup sahaja. Hanya pokok-pokok yang tinggi sahaja yang dapat dilihat, yang pasti di mana dia berada sekarang, adalah di dalam hutan. Titisan hujam mula turun dari langit. Membasahi bumi yang kering.

Muncul seorang wanita berambut hitam panjang sehingga melereta rambutnya. Terselit bunga-bunga kecil dan dedaun di rambut ikal mayanya. Memakai baju kimono, menambah seri padanya. Kelihatan begitu tradisional.

Wanita itu perlahan-lahan menghampiri sambil menguntum senyuman lembut. Dia merapatkan wajahnya.

"Bangun Serina....

Bangun..."

Serina membuka mata perlahan-lahan selepas dia tidur. Perkara pertama dia lihat, seorang wanita muda berambut putih tersenyum lembut pada Serina. Senyumannya saling tidak tumpah.

Kabur. Orang di hadapannya kelihatan kabur. Serina mencelik matanya untuk beberapa kali. Terlihat, seorang wanita yang dia sudah selamatkan.

Serina bangun dengan keadaan terkejut. Matanya terbutang apabila ada seseorang melihatnya dengan jarak yang dekat. Serina memandang wanita di sebelahnya. Masih tidak lengkang dengan senyuman di bibir. Angin sejuk mula menyapa dirinya. Serina memandang ke arah langit.

Gelap. Nampaknya malam sudah menjelang.

Dia meraup wajahnya. Tiba-tiba, dia teringat satu perkara yang entah bagaiman dia boleh lupakan.

Perut!

Dia membuka bajunya untuk melihat luka di perutnya. Terbutang matanya.

Apa?! Tiada?! Apa benda?! Semua ini mengarut! Berenang dalam air tanpa oksigen dan noleh bernafas?! Kini, luka di perutnya yang parah itu.. Hilang begitu sahaja?!

Serina jadi tidak keruan. Wanita di sebelahnya hanya memerhatinya dengan hairan. Dia memegang bahu Serina lembut. Tetapi belum dia menyentuh bahu Serina, Serina menepis kasar.

Terkejut dia dibuatnya. Serina sedar akan kesilapan yang dia buat.

"Ma-maaf. Sa-saya tak bermaksud nak takutkan cik." kata Serina bersungguh-sungguh. Wanita itu hanya tersenyum mendengar kemaafan Serina.

"Haaaa..... "

Mereka berdua terdengar satu nyanyian yang sangat merdu di belakang mereka. Sebuah hutan yang gelap, tiba-tiba di cerah dengan pelbagai warna yang cantik.

Serina dan wanita itu berpandangan antara satu sama lain. Mereka bangun dari duduk, untuk pergi ke arah cahaya itu.

"Argh..." ngerang wanita itu lembut. Serina segera mendekatinya dan memegang bahunya lembut.

"Cik.... Cik tak apa-apa?" tanya Serina risau.

"Ka.....Kaki...." katanya perlahan. Ah, ye tidak ye juga,kan. Dia mesti penat kerana berada di dalam laut untuk jangka masa yang lama. Sambil di ikat dengan besi pula. Serina terus memapah wanita itu. Mereka berdua jalan secara perlahan ke dalam hutan.

🚓

Mereka semua meraup wajah mereka selepas mendengar sesuatu perkara yang sangat mengejutkan.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

"Hehehehe.... Aku.... Langsung tak cam adik aku sendiri...." kata Smith perlahan. Lawak. Dia rasa agak lawak dengan apa baru dia dengar.

"Ma-maafkan saya, Smith. Saya tak bermaksud untuk..." kata-kata Alvelera dipotong.

"Apa? Apa lagi yang kamu mahu cakap Al? Sudah lah. Apa patut kita buat sekarang ni, adalah cari jalan keluar dari sini." kata James lemah.

"Kalau lah... Serina ada kat sini. Bolehlah dia gunakan kuasa terapunnya tu untuk ambil katana Xia." kata Hanna lemah sambil memandang ke arah katana Xia di satu sudut. Bosan betul duduk dalam sel tidak guna ini. Kalau ada kekuatan seperti hulk lah kan... Sudah lama dia robohkan sel ini.

Semua orang hanya mengangguk tanda setuju akan kata-kata Hanna. Akhirnya, ada juga yang setuju akan kata-katanya. Apa tidaknya, permikiran dia selalunya tidak berguna! Merepek pula itu!

"Wei... Kau tahu tak?" tanya seorang pengawal wanita pada pengawal lelaki di hadapannya.

"Ha? Apa dia?" jawabnya malas tanpa memandang wanita itu.

"Aku dengar kan... Akan ada satu konsert yang akan berlangsung di studium Milan! Kau ingat tak dahulu, ada seorang perempuan yang misteri lah katakan. Dia selalu muncul dalam semua konsert dan mempersembahkan lagu dia sendiri."
katanya teruja.

"Hem? Maksud kau... Perempuan yang selalu asyik muncul dalam konsert orang tanpa apa-apa perbincangan tu? Yang masuk melulu tu?"

"Iye! Dia lah! Dia selalu nyanyi dalam konsert orang, dengan memakai hood. Itu untuk orang tidak mengenal siapa dia. Tanpa di sangka, apabila dia nyanyi... Semua jadi teruja dan gila-gila bila dengar suara dia!" wanita itu sudah tergiang-giang mendengar idola pujaannya menyanyi lagu.

"Emm... Kenapa tiba-tiba sahaja dia muncul? Sudah sekian lama dia menghilang." soal pemuda itu hairan.

Sudah bertahun menghilangkan diri, tiba-tiba muncul untuk mempersembahkan nyanyiannya pada semua orang.

"Katanya, dia buat konsert tu khas sempena menyambut hari jadi anak Raja Gorge yang berusia 7 tahun." jawab wanita itu dengan muka tiada perasaan.

"Kau.... Em.. Nak pergi dengan aku tak?" kata pemuda itu sambil mengaru belakang tengkuknya. Mukanya sedikit merona merah.

"Eeeehhh...? Serius lah! Kau ajak, aku on je! Lagi pun sudah lama kita tak keluar sama-sama sebagai kawan!" katanya sambil tersenyum. Mendengar sahaja perkataan 'kawan', muka pemuda itu menjadi muram.

Terlihat Smith, James, Alvelera, Hanna dan Jessica sedang mencuri-curi dengar perbualan mereka. Xia dan Joel hanya membuat muka datar memandang kelakuan mereka.

"Kau dengar tak tu?" tanya Hanna seperti dalam ketakutan. Mukanya jadi pucat apabila mengenang balik kata-kata wanita itu tadi.

"Siapa... Siapa yang dia katakan tu?" Smith bertanya kepada mereka semua. Semua hanya mendiamkan diri. Avelera mengigit kuku tangannya dengan perasaan resah.

"Siapa yang dia maksudkan tu, ye?" tanya Alvelera pada dirinya sendiri.

Pelik. Kenapa mahu kisahkan fasal penyanyi itu? Bukannya ada kena mengena dengan mereka pun, kan? Atau... Ada.

🐜

Semakin lama suara nyanyian itu menjadi kuat dan semakin jelas suaranya. Serina mengalihkan ranting pokok yang menganggu perlihatannya. Terlihat seorang wanita berpakaian agak seksi duduk di sebuah kerusi yang dihiasi dengan bunga.

"Haa...."

"In you and I, there's a new land.
Angle's in flight,

Saat dia mahu meneruskan lirik seterusnya, terlihat Serina dan wanita di belakangnya memandang ke arahnya. Serina melihat dengan keadaan terkejut dan seperti tidak percaya. Wanita di belakang Serina gagum mendengar suara merdu miliknya.

"Oh, ada tetamu." wanita itu terus bangun dari duduknya. Serina dan wanita di belakangnya, mula kehadapan untuk berhadapan dengannya.

"Maafkan saya. Saya tidak tahu ada tetamu datang ke sini. Sudah lama orang tidak datang ke sini." kata wanita itu dengan senyuman yang manis.

"Ah, ka-kami yang patut minta maaf. Tidak tahu pula pulau ni berpenghuni." kata Serina agak kekok.

"Apa nama kamu berdua?" tanyanya ingin tahu sambil tersenyum manis.

"Nama saya, Serina." jawab Serina dengan senyuman. Serina memandnag ke arah wanita di sebelahnya.

"Na...Nama saya... Salyna."

What?!!

Terkejut Serina apabila mendengar nama wanita yang baru dia selamatkan. Jadi, dia sudah menyelamatkan orang yang dia perlu selamatkan itu?! Apa?! Bagaimanalah boleh tidak sedar ini?!

Serina menepuk dahinya kuat. Aduh! Boleh pula Serina tidak cam!

"Eh? Kenapa dengan awak, Serina?" tanya wanita itu lembut.

"Ha? Apa? Oh, tak de apa-apa lah. Cuma kepala saya sakit. Kalau saya tepuk dahi saya kuat, hilanglah kesakitan tu." kata Serina dengan ketawa paksa.

"Oh... Yeke? Biar saya memperkenalkan nama saya. Nama saya Hikari, saya adalah penjaga pulau ini." wanita itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Serina. Serina menyambutnya dengan senang hati.

"Kenapa kamu berdua datang ke mari?" tanya Hikari. Agak hairan juga, tiba-tiba sahaja ada dua orang tetamu datang melawat. Perempuan pula tu.

"Kami.... Entahlah. Tiba-tiba sahaja kami di sini." jawab Serina.

Apa jawapan yang dia mahu beri? Tak akan saya nak kata 'saya mahu datang untuk menyelamatkan seorang puteri yang dapat menyelamatkan kerajaan mereka yang penuh kekecohan'?

Ini patutnya menjadi satu rahsia.

Wanita itu menepuk tangan sekali kerana teringat akan sesuatu.

"Ah, sebagai tanda perhargaan. Saya mahu berikan kamu hadiah." katanya dengan senyuman. Dia menarik sebuah balang besi yang besar dari semak samun. Dia mengambil topi yang besar dari kerusi yang baru dia duduk.

Dia tersenyum sinis apabila memakai topi yang besar itu. Dia memandang ke arah mereka berdua dengan senyuman sinis sehingga boleh menampakkan gigi tarinya yang tajam. Serina dan Salyna kecut perut apabila melihat pandangan Hikari.

"Tada! Nampak seperti ahli sihi bukan?" kata Hikari dengan teruja. Aik? Berubah sebegitu sahaja.

Tapi, memang benar apa dia kata. Dengan bajunya yang warna serba unggu dan seksi. Topi besar yang kelihatan seperti ahli sihir. Mereka berdua hanya mengangguk tanda setuju.

"Emm... Serina, kalau saya mahu berikan hadiah... Jadi saya perlukan sesuatu milik awak." kata Hikari seperti rahu-ragu.

Aik,  macam tu pula.

"Apa sahaja selagi awak beri saya hadiah." kata Serina tanpa perasaan. Tidak sangka, begitu sahaja dia boleh setuju. Hokari datang merapati Serina dan terus memeluknya.

Serina terkaku apabila dia dipeluk. Tiba-tiba...

SHRIK! dengan satu libasan sahaja, rambut Serina dipotong pendek oleh Hikari. Membulat mata Serina apabila mendengar sesuatu pada rambutnya. Serina menolak badan Hikari kasar.

"A-apa awak buat ni?" kata Serina perlahan tetapi tegas. Tidak mahulah jerit-jerit pada seseorang yang baru kenal.

"Ala... Tak apa lah. Nanti rambut awak akan tumbuh panjang nanti. Jangan risau." kata Hikari dengan senyuman.

MACAM TU JE.

KAU TAHU BERAPA LAMA HAKU SIMPAN RAMBUT NI.

DAN KAU POTONG RAMBUT AKU MACAM KAU POTONG SAYUR JE.

Hikari menuju ke arah balang besinya itu dan meletak beberapa campuran ke dalam balang itu. Dia letak dengan laju. Nampaknya dia seorang yang profesional melihat sahaja gerakkannya yang lincah. Muncul satu letupan kecil dari balang itu.

"Hehehehe.....Hehehe..." Hikari mula ketawa perlahan. Rupa sudahlah seperti ahli sihir tetapi tidak payahlah mahu menjadi ahli sihir betul-betul.

"Tada!" Hikari menunjukkan sebuah cermin mata. Hah? Hanya cermin mata sahaja?

"Ini adalah cermin mata berteknologi tinggi!" kata Hikari teruja.

"Nah." Hikari memberi cermin mata itu pada Serina. Serina hanya membuat muka macam 'aku nak makan selipar kejap lagi' saat mendapat cermin mata itu.

Hikari memandang ke arah Salyna dengan wajah sedih. Perasaan bersalah menyelubunginya.

"Maaf, Salyna. Saya hanya boleh guna balang itu untuk sekali setahun. Balang tu balang magic. Sebab itu saya hanya boleh buat sekali. Kuasa saya tak berapa kuat. Saya minta maaf, ye? Saya akan bagi hadiah ini pada adik awak." kata-kata Hikari mengejutkan Serina. Salyna hanya tersenyum sahaja.

Nama dan wajah mereka juga hampir sama. Tidak mustahillah mereka semua salah faham.

"Ka-kami bukan adik beradik!" kata Serina cuba memperbetulkan kesalafahaman.

"Eh, yeke? Salah faham rupanya. Tidak apa lah." Hikari ketawa kecil.

"Ah... Sebenarnya.. Ada benda yang saya mahu katakan, Serina, Salyna. Em.. Boleh awak ikut saya?" Serina dan Salyna memandang antara satu sama lain apabila mendengar pertanyaan Hikari. Mereka ikut Hikari masuk jauh ke dalam hutan.

Saat mereka pergi, terlihat lebihan rambut Serina di dalam sebuah balang kaca kecil.




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top