Bab 1|Gadis optismis
Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
Bunyi degupan jantung berdegup kuat di dalam dasar laut yang agak jauh. Dikunjungi dengan seorang insan yang istimewa. Seorang yang kelihatan begitu anggun, berambut berwarna putih, mata yang berwarna unik bercampur seperti merah jambu, biru yang berkilauan. Bibirnya kemerahan bak delima.
Dia membuka matanya kecil, kerana dia sukar lihat dalam keadaan begitu. Bibirnya terbuka sedikit akibat kekurangan oksigen. Dia terapung di dalam laut itu manakala ikan-ikan di situ ikut berenang bersama dia. Ikan-ikan itu gembira dengan kunjungan si dia.
Di hadapan matanya, permukaan laut itu diterangi dengan cahaya matahari yang terik. Begitu kuat cahayanya. Makin lama, cahaya itu semakin gelap dan pudar. Laut itu menjadi gelap kerana dia sudah jauh ke dalam laut. Akhirnya, dia berada di dasar laut. Dia terbaring kaku di atas pasir
"Selamatkan saya...."
BEBERAPA BULAN SEBELUM...
Di sebuah hutan yang lebat dengan pokok-pokok yang tinggi. Banyak haiwan yang hidup gembira di situ. Sedang seekor tupai cuba merasakan makanannya hari ini, kacang. Tupai itu membuka mulut dan terus tercampak jauh akibat angin yang laju lalu di hadapannya.
"Tangkap dia!" arah seorang pengawal memakai lengkap penuh dengan baju perisai besinya itu.
Konco-konconya yang lain, hanya mengikut perintah dan mengejar suspek dikehendaki mereka.
Seorang gadis berlari sepantas kilat dengan peluh yang membasahi dahinya, tersenyum lebar apabila dia dikejar. Dia melompat satu persatu dahan tebal di atas pokok. Bergayut satu persatu bagaikan dia adalah seekor monyet.
Senyumannya masih tidak lekang dari bibirnya. Senyuman yang penuh kenakalannya terselah bahawa dia seorang yang agak licik. Semua pengawal-pengawal itu betul-betul berada di bawah kaki gadis itu. Gadis itu menyorok pada daun-daun lebat di pokok itu.
"Ish! Cari dia sampai dapat! Kita kena ambil barang itu cepat!" kata ketua pengawalnya itu. Mereka menurut perintah katanya dan terus memulakan pencarian. Ketuanya itu menggarukan kepalanya yang tidak tetasa gatal.
Gadis itu menjenguk untuk melihat ke bawah. Malangnya, kakinya tergelincir dan jatuh dari pokok itu.
"Aduh! Sakitnya....." gadis itu mengadu kesakitan sambil menggosokkan kepalanya yang terasa sakit. Pengawal-pengawal itu semua memandang gadis itu. Gadis itu hanya ketawa kekok.
Gadis itu membangunkan diri dan tersenyun kekok. Tangannya di sisi badannya sambil menggenggam tanggannya.
"Hehehe.... Hai... Semua... Heheh... Sihat? Hehe... Mestilah korang semua sihat, kan? Heheh... Er..." gadis itu terus melarikan dirinya. Pengawal-pengawal terus mengejarnya di belakang.
Senyuman yang ada di bibir gadis itu tadi, sudah hilang akibat perbuatannya tadi. Dia berlari di hadapan mereka semua.
"Argh!" jerit seorang pengawal. Dia tergantung di atas pokok sambil kakinya dililit dengan tali tebal. Dia bergayut di atas. Ye, betul. Ini semua rancangan licik si gadis kecil ini. Gadis itu tersenyum lebar kerana rancangannya menjadi.
Satu persatu pengawal itu mengenai perangkapnya. Ada yang mengenai tali itu, terdapat juga kayu balak yang datang dari mana mengenai beberapa orang. Terdapat juga mereka memijak perangkap beruang sehingga kaki terperangkap di situ. Mereka meraung kesakitan.
Gadis itu berjaya masuk ke dalam kawasan perniagaan yang berdekatan dengan istana. Terdapat ramai orang di situ, itu sudah pasti bahawa gadis itu berjaya melepaskan diri. Pengawal itu menjerit kerana sasarannya hari ini terlepas.
Di tempat lorong yang sunyi, gadis itu membongkok sambil memegang lututnya. Dia memperbetulkan pernafasannya kembali. Tercungap-cungap dibuatnya.
"Wah..... Nampaknya hari ini memang mereka tekad nak tangkap aku! Fuh! Penat betul berlari!" gadis itu terduduk akibat kepenatan. Dia membuka kantung yang dibawa lari sekali itu.
Terdapat beberapa buah epal di dalam kantung itu. Dia memasukkan tangannya dalam sedikit untuk mencari 'barang' itu. Dia keluarkan sebutir cincin berlian yang sangat besar. Dia tersenyum penuh makna.
"Wah! Tak sangka ada juga berlian sebesar ni!" gadis itu membelek-belek berlian itu. Sewaktu di leka membelek berlain itu, berlian itu diambil ole seseorang. Tersentak gadis itu.
"Hei!" marah gadis itu pada seseorang di hadapannya. Seseorang berbadan tegap memakai hood menutupi kepala, memakai baju berwarna agak gelap dan memakai but.
Pemuda itu membuka hoodnya. Terselah wajahnya yang akan mempesona sesiapa tetapi bukan pada gadis ini. Muka gadis itu menunjukkan hatinya terasa sakit yang amat sekarang ini.
"Tahu tak, mencuri itu tidak baik." kata pemuda itu. Gadis itu hanya mendengus.
"Ada aku kisah? Aku cuma mahukan berlian itu!" gadis itu cuba mengambil berlian itu tetapi disebabkan ketinggian pemuda itu lebih tinggi, menyukarkan gadis itu untuk mengambil.
"Untuk apa sampai kau mahu mencuri berlian semahal ni?" tanya pemuda itu. Ish, banyak tanya lah pula.
"Ada lah!" gadis itu masih cuba mengambil berlian itu.
"Maaf, cik adik. Saya perlu pulangkan semula pada tuann- Argh!" sedang pemuda itu sibuk berkata-kata, gadis itu memijak kaki pemuda itu kuat. Dengan itu, berlian yang dipegang oleh pemuda itu, jatuh ke tangan gadis itu.
Gadis itu terus melarikan diri. Pemuda itu mengejarnya dari belakang. Ish, kacau daun betul lah.
"Hei! Pulangkan!" jerit pemuda itu. Gadis itu memandnag belakang dan menjelir lidahnya kepada pemuda itu. Ingat mudah mahu mengambil barang ini?
Sedang pemuda itu mengejar gadis itu, sebuah anak panah menuju ke arahnya. Dia berhenti dari bergerak. Pemuda itu memandang atas bumbung untuk melihat gerangan yang memanah ke arahnya. Pemuda itu hanya nampak sepintas sahaja. Dia memakai baju hood hitam dan menutupi muka.
Apabila dia memandang ke hadapan kembali, gadis itu sudah menghilangkan dirinya. Pemuda itu mendengus kuat.
💃💃💃
Terdapat tiga gadis di sebuah rumah kayu berdekatan di dalam hutan. Seorang mengasah pedangnya, seorang termenung memandang luar tingkap sambil memakan buah epal, seorang bermain pisau pada sebuah patung, dan ada pelbagai lagi kerenah mereka.
BANG! Bunyi pintu hadapan dibuka kasar. Semua mata tertumpu pada ruang hadapannya itu.
"Aku bawa habuan besar!" kata gadis yang melarikan diri dari pengawal itu tadi, Serina.
"Kau bawa makanan tak?" kata gadis yang memakan buah epal, Jessica.
"Er.... Cuma buah epal sahaja." jawab Serina itu sambil menggaru belakang lehernya yang tidak gatal.
Mereka semua hanya membuat muka datar. Sudah seharian makanan mereka hari ini adalah buah epal. Serina menuju ke arah meja makan dan meletak beg kantung yang terdapat beberapa buah.
"Emm.... Apa habuan yang kau dapat tu?" tanya gadis yang sibuk mengasah pedangnya, Xia.
"Ini." jawab Serina sambil menunjukkan cincin berlian itu. Yang lain memandangnya dengan terpesona, lagi-lagi gadis yang bermain pisau itu, Hanna.
"Wah! Mesti mahal!" kata Hanna dengan teruja.
"Eh, mestilah! Ini Sarina, ok? Dengan cincin, kita boleh berlayar!" jawab gadis itu, Sarina. Serina mengangkat cincin untuk tunjuk pada semua orang.
"Perlu ke kita semua pergi jauh dari sini? Cukup ke dengan habuan cincin itu kita boleh memiliki kapal? Dan.... Kau serius mahu lari? Lagi pun, bukannya ada perkara yang kita mahu beuat. Tiada misteri, tiada keajaipan, Dan... emm.... Banyak lagi lah." jawapan Xia berterus terang.
"Yelah, apa yang kita mahu buat dengan kapal? Jual? Berlayar?" tanya Hanna.
"Tapi.... Tapi kita semua sudah bersetuju, bukan?" tanya Serina meminta kepastian.
"Tidak."
Suara itu menarik perhatian semua orang. Mereka memandang gerangan yang berada di belakang Serina. Seseorang yang memakai hood hitam dan memegang busur anak panah.
"Kakak Alvelera." kata Serina perlahan.
"Ye, betul. Saya Alvelera. Kenapa kamu curi cincin tu? Kamu hampir ditangkap oleh lelaki tadi tu. Nasib baik akak ada lalu di situ. Jika tidak, memang kamu sudah diseksa oleh pemilik cincin itu!" marah gadis itu, Alvelera.
"Sa-saya minta maaf. Saya tak bermaksud.."
"Maksud apa? Sudah berapa kali kamu hampir ditangkap. Semua perkara yang kamu terlepas itu, disebabkan kami semua menolong kamu."
Serina terdiam akan kata-kata Alvelera. Ada betulnya juga. Semua perkara nakal Serina, dilindungi oleh mereka semua.
"Baiklah! Saya akan pulangkan balik cincin ini." kata Serina sambil memuncungkan bibir.
Alvelera hanya bersabar akan kerenah Serina. Alvelera meletakkan sebuah plastik yang besar di atas meja makan.
"Apa benda tu, akak?" tanya Jessica mahu ambil tahu.
"Ha... Akak ada beli sedikit makanan untuk kamu semua. Seorang satu." jawab Alvelera. Dia duduk di atas sofa untuk merehatkan dirinya.
"Wah! Makanan?!" kata Hanna dan Jessica serentak dengan penuh keterujaan. Mereka semua bergerumun di meja makan. Serina hanya melihat dengan hati memberontaknya.
"Serina, tidak mahu makan ke?" tanya Alvelera lembut. Serina hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
"Saya mahu pulangkan cincin ini." Serina terus beredar dari situ. Mereka yang lain sibuk makan kecuali Alvelera.
💃
"
Ish! Bagaimana ni?! Cincin saya yang berlinai 7 ratus ribu, lesap begitu sahaja! Kenapa kamu semua tidak buat kerja dengan betul?!" marah seorang gadis yang berpakaian mahal itu.
Semua pengawal di hadapannya hanya mendiamkan diri. Sewaktu gadis itu sedang melayan marahnya, tingkap biliknya diketuk.
"Ish! Siapa ketuk tingkap aku? Dari tingkat tiga pula tu." gadis itu menghampiri tingkapnya. Apabila dibuka, terdapat sehelai kertas dan kotak yang berisi cincin berliannya. Gadis itu membaca kertas itu.
"Maaf. Saya tak berniat mahu ambil pun."
"Emm... Cik muda. Cik muda sudah dapat cincin cik muda balik?" tanya salah seorang pengawal.
"Kenapa....?" bisik gadis itu perlahan. "Kenapa dia pulangkan cincin aku? Kenapa? Murah sangat ke? Mahu yang lagi berkualiti dan mahal lagi ke? Tak kan lah murah sangat cincin aku sampai dia mahu pulangkan?" kata gadis itu hairan.
Ini lah orang kaya. Bila mahukan sesuatu itu kembali pada kita, mula lah mencarut bagai. Apabila sudah dapat, banyak pula persoalannya.
Serina berjalan di sepanjang kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dan makanan. Serina menyepak batu-batu yang menganggu laluannya. Apabila di mendongakkan kepalanya, terdapat satu kedai yang menarik minatnya.
"Kedai magic?" itulah perkataan yang meniti di bibirnya. Serina memulakan langkah untuk masuk ke dalam kedai itu.
KRING! Loceng di atas pintu itu berbunyi di dalam kedai yang sunyi itu. Mata Serina meliar melihat jika ada sesiapa. Sungguh sunyi kedai itu.
"Hello?" tanya Serina. Serina menutup pintu kedai itu. "Hello? Ada sesiapa tak?" Serina mula menuju ke arah rak yang dipenuhi dengan buku-buku yang sudah lama. Serina mengambil sebuah buku yang sudah berhabuk.
Ditiupnya sehingga habuk-habuk itu masuk ke dalam lubang hidung. Bersin Serina dibuatnya. Buku itu dibuka perlahan.
BUK! Malangnya, terdapat satu tangan diletakkan di atas kulit buku untuk menghalang bacaanya itu. Seorang pemuda berambut hitam, memakai baju tradisioanal orang jepun, Joel. Dia memandangnya Serina dengan pandangan tajam.
"Apa kamu buat di sini?" tanya Joel dengan nada dingin.
"Er.... Baca buku lah. Apa lagi." kata Serina berani.
Joel mengambil buku itu kembali. Serina agak tergamam.
"Hei! Saya mahu baca lah!"
"Kenapa kamu masuk? Hari ini kedai cuti. Berani sungguh kamu masuk tanpa kebenaran." katanya dengan dingin lagi.
'Oh, masuk akal juga. Patutlah tiada orang dalam kedai ini.' bisik hati Serina. Mata Serina masih melilau melihat sekeliling.
"Apa yang kau tengok-tengok tu?" dingin Joel lagi.
"Hah? Tak de apa lah. Saya tidak buat apa-apa pun..." mata Serina masih melihat sekeliling kedai itu. Nampak begitu lama dan berhabuk. Tidak bersihkan kedai ke?
Sedang Serina sibuk melihat sekeliling, bunyi drum(?) yang kuat berbunyi dari luar.
DONG! DONG! DONG! Itu adalah bunyi menandakan sesuatu yang berkuasa, datang ke mari. Serina dan Joel itu keluar dari kedai untuk melihat gerangan itu.
Apabila Serina membuka pintu, ramai yang sudah berdiri di situ sambil menunduk kepala tanda menghormati gerangan tersebut. Seorang raja yang berkuasa, duduk di dalam kereta sambil membuka atas keretanya itu. Raja Gorge. Dia memberi senyuman yang lebar pada rakyat-rakyatnya.
Serina juga menundukkan kepalanya. Dia mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat raja itu. Pandangan yang penuh dengan rasa tidak puas hati. Mata Raja Gorge itu melirik ke arah Serina. Mata mereka bertemu.
Raja Gorge agak terkejut dengan penampilan Serina. Lagi-lagi mimik mukanya dan warna rambut. Wajah Serina mengingatkan dirinya pada seseorang yang sudah lama dia mahu lupakan. Jelingan mata Serina mati apabila dia sedari bahawa raja itu memandangnya.
Raja Gorge mula berasa resah. Mukanya pucat sedikit apabila melihat Serina.
"Encik Honda, boleh kita pulang cepat sedikit. Saya letih." kata Raja Gorge resah. Pemandu itu hanya patuh dan menekan sedikit minyaknya. Mereka berlalu dari situ. Semua rakyat jelata bergerak untuk melakukan kerja masing-masing.
Serina masih memandang kereta milik Raja Gorge berlalu pergi dengan jelingan tajamnya. Tidak jauh dari situ, Alvelera memerhati Serina di sebalik ramai orang lalu lalang. Mukanya langsung tiada ekspirasi apabila melihat Serina.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top