5
Hat kutip segala macam barang-barang penting yang berterabur di sekitar kawasan biliknya dan campak masuk dalam beg tangan untuk dibawa ke tempat kerja.
Cermin mata, pengecas telefon, tisu dalam paket kecil. Apa lagi ya?
Oh!
Hat yang baru nak keluar dari kamar tidurnya jadi terhenti bila dia patah semula masuk untuk ambil telefon yang terbaring di tepi bantal.
"Cukup." Dia kalut keluar dari bilik tidur sambil di bahu sudah tersarung dengan beg tangan, sementara sebelah lagi menggenggam stokin untuk dipakai di dalam kereta nanti.
Tak sempat kalau nak pakai sekarang.
Sebaik dia keluar, Hat dah nampak dapur yang sudah terang berderang. Dia pergi jenguk ke muka pintu, siapa lagi kalau bukan suaminya, Key.
"Firhat dah siap?" Key tanya sambil tuang susu dari kotak ke dalam gelas hingga penuh sebelum dia hulurkan kepada Hat.
Hat sambut dan minum tanpa banyak soal. "Dah."
"Dah boleh gerak sekarang?"
"Dah." Kata Hat sambil masuk ke dapur dan bilas cawan kemudian dia keluar dari dapur dan buka kunci pintu.
Hari ini, buat pertama kalinya, mereka akan pergi kerja bersama-sama. Key yang akan hantar Hat ke tempat kerja sementara menunggu kereta dia siap dibaiki.
Hat berdiri di luar pintu, menanti Key keluar, tapi hampir seminit kemudian lelaki itu tak muncul-muncul buatkan Hat ingin menjenguk ke dalam. "Syau-"
Tapi baru separuh jalan, Key sudah munculkan diri di muka pintu bersama plastik yang penuh berisi dengan sampah. "Sorry Firhat, saya ikat sampah kejap. Jom, jom. Nanti lambat pula Firhat sampai."
Hat jadi terdiam. Hari ini, dia perasan lagi satu perkara tentang Key. Sepanjang perkahwinan mereka, Hat tak pernah buang sampah sebab setiap kali Key keluar, dia akan kutip siap-siap dan buangkan di rumah sampah di bawah.
Hat cepat-cepat kunci pintu dan membuntuti Key pergi ke lif. Diam mereka di dinihari itu, jam belum lagi singgah ke angka tujuh, tapi mereka berdua sudah pun keluar sebab Key kena masuk kerja sebelum pukul 8, sementara Hat masuk pukul 9 pun tak apa.
"Firhat pergi panaskan enjin kereta dulu, boleh? Saya nak pergi buang sampah kejap." Key serahkan kunci kereta kepada Hat.
"Okey." Hat sambut gugusan kunci itu dan mereka berpisah di situ. Hat ke kiri, Key ke kanan.
Hat buka pintu kereta kesayangan milik suaminya, dia duduk di tempat pemandu dan hidupkan enjin. Semnetara itu, dia pandang-pandang ke sekeliling.
Bersih, kereta ini sangat bersih dan kemas, menyerlahkan personaliti pemiliknya.
Key memang seorang yang pembersih dan cermat, bukan dia saja-saja nak ambil hati Hat ke apa. Bagus, Hat suka begitu. Memang dia berdoa sejak dulu, kalau-kalau dia akan bersuami, janganlah dapat yang pengotor, pemalas.
Boleh gila Hat jadinya.
"Firhat nak drive?" Entah bila Hat tak sedar Key sudah berdiri di sebelahnya buatkan dia cepat-cepat keluar.
"Taklah." Hat pusing pergi ke sebelah sana, pintu dia buka dan duduk di sebelah Key.
Pintu di dua-dua belah sudah rapat tertutup. Masing-masing sudah selamat membalut tali pinggang keselamatan ke badan.
"Kita jalan, ya?"
"Okey."
* * *
"Dah sampai." Key berhentikan keretanya betul-betul depan lobi pejabat Hat. Dia lihat isterinya sudah siap-siap sarungkan tali beg ke bahu. "Balik nanti saya ambil Firhat dekat sini, kan?"
"Haah."
"Pukul 5?"
"Ya."
"Okey."
Key cuma pandang Hat yang sudah berura-ura untuk turun. "Firhat, kejap." Key tahan bila Hat sikit lagi mahu turun dari kereta.
"Kenapa?" Hat tanya senada.
"Kejap. Tutup balik pintu."
Hat buat seperti yang disuruh. Badan dia kini sudah menghadap Key. "Ada apa?"
Key panjangkan tangan dia pergi ke belakang tengkuk Hat, kemudian dia betulkan kolar baju isterinya yang sedikit terlipat hingga mencacatkan kekemasan baju kemeja yang Hat pakai. "Kolar baju Firhat tak elok."
Bila dah siap betulkan, Key jatuhkan semula rambut panjang Hat yang terikat kemas ke tempatnya semula.
Hat cepat-cepat raba belakang leher dia, hendak periksa. Langsung tak perasan, ni semua sebab kalut bangun pagilah ni. Selalu dia bangun lambat sedikit dari Key, tapi pagi ini kena bangun awal pula.
"Dah, saya dah repair. Firhat dah boleh turun."
Hat jatuhkan tangannya ke peha. Sebelum turun, dia capai tangan Key kemudian dia bawa ke dahinya. "Terima kasih."
Pintu sudah tertutup rapat, hanya belakang badan jadi tatapan Key ketika itu.
Key dengan sendiri tersenyum nipis. "Sama-sama."
* * *
"Good work everyone, see you tomorrow." Hat kemas segala macam kertas yang bersepah atas meja bilik mesyuarat itu dan susun kemas-kemas dalam fail kemudian dia ambil telefon yang terbaring tidak jauh dari tangannya.
"See you tomorrow, bos." Ucap Hat kepada majikannya yang sedang membelek telefon di hujung meja sana sebelum dia berangkat keluar dari bilik mesyuarat itu.
Dia berjalan dengan langkah yang longlai menuju ke mejanya. Sebelah tangan mengelek fail dan kertas, sementara sebelah lagi tangan Hat pegang telefon. Dia hidupkan skrin untuk lihat waktu.
5.45 petang. Agak lewat mesyuarat mereka habis hari itu.
Patutlah Hat rasa penat semacam. Dia letak semua fail ke atas meja, punggungnya dia labuhkan ke atas kerusi. Hat tamatkan mod penerbangan untuk melihat sebarang mesej penting.
Kebiasaan dia sebelum masuk mesyuarat, Hat akan tetapkan telefon ke mod penerbangan supaya tidak ada gangguan luar menggangu perbincangan mereka.
Buntang mata Hat melihat beberapa notifikasi panggilan tak berjawab dari Key terpapar di skrin. Terus duduknya tegak.
Argh!
Sumpah Hat lupa hari ini dia tidak memandu dan Key yang jemput dia!
"Pukul 5?"
"Ya."
Hat tak tunggu lama, kalut dia bangun dan capai beg tangannya. Dia campak semua benda yang dia rasa penting ke dalam beg, tak kemas-kemas dah, kemudian dia dail nombor Key.
Macam ribut dia berjalan pergi ke lif sambil menanti untuk panggilannya bersambut.
"Helo Firhat."
Dapat! Hat dengar suara Key seperti sedikit serak.
"Helo Syauqi." Takut-takut dia sapa kembali suaminya, bimbang sungguh dia akan dijerkah. Jam di dinding pejabatnya dia tilik, lagi sepuluh minit hendak menginjak ke angka enam.
Bermakna kalau Key datang sebelum pukul lima, sudah hampir satu jam dia menanti Hat.
Ya Allah, bersalah sungguh dia rasa.
"Firhat dah habis kerja?"
"Dah."
"Saya ada je dekat bawah ni. Firhat turun je."
Hat nanti-nanti juga kalau-kalau Key akan marah dia, tapi nada suara lelaki itu tetap tenang seperti kebiasaan dia.
Tidak bengangkah dia? Tidak punya hatikah lelaki itu?
"Syauqi."
"Ya?"
"Tak apalah. Saya turun sekarang."
Dan Hat matikan talian mereka bila pintu lif terbuka. Keluhnya terlepas.
* * *
Dari jauh Hat dah nampak kereta suaminya terparkir elok di hadapan lobi. Cuma ada kereta dia.
Dia buka pintu, dan masuk. Hat pandang dahulu wajah Key, jelas terlihat ada riak penat di situ. Muka dia seperti baru bangun dari tidur.
"Dah lama sampai?" Hat beranikan diri bertanya.
"Tak adalah." Key cuma senyum nipis, bersiap-siap untuk memandu.
Hat ketap bibir, Key tipu. Masakan baru sekejap dia menunggu hingga boleh tertidur?
"Sorry, saya ada meeting, lupa nak bagi tahu Syauqi." Hat rasa dia bertanggungjawab untuk menjelaskan sebab kenapa dia terlewat kepada Key.
"Dah agak dah. Meeting okey? Ada apa-apa masalah tak?"
Hat di sebelah sudah berperang dengan rasa bersalah bila lelaki itu seolah langsung tidak menunjukkan sebarang riak marah. Marahlah Hat, itu lebih mudah dari Key terus tersenyum begini dan buatkan Hat dilanda emosi yang bercelaru.
Hat buatlah apa sahaja, Key tak pernah marah dia.
Hat buatlah Key menunggu berapa lama pun, paling-paling Key cuma senyum.
Hat buatlah tak dengar macam mana pun dengan Key, yang Key reti balas hanya 'tak apa'.
Lelaki ini kenapa? Kenapa dengan dia? Hat ke watak antagonis dalam kisah mereka sekarang ni?
"Firhat? Okey tak meeting tadi?"
"Okey." Cuma itu yang terkeluar dari bibir Hat.
"Baguslah. Ingat ada apa-apa yang tak kena."
Lepas tu Key diam. Hat makin diamuk rasa bersalah.
"Firhat."
Suara Key memecah kesunyian mereka di dalam kereta, perlahan-lahan Hat menoleh.
"Janganlah risau, saya tak marah Firhat." Key iringi kata-kata itu dengan satu senyuman yang sangat lembut, seperti memahami gelojak hati Hat ketika itu.
Hat terpaku untuk beberapa saat sebelum dia alihkan pangandangannya kerana takut kalah dengan perasaan sendiri. Pipi dia terasa panas. Hat cuba bertenang.
"Syauqi."
"Hurm?"
"Jom pergi pasar malam."
Aku rasa roller coaster sangat. Tak tahu sape yang main tarik tali sekarang ni haha
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top