21 SC RAMADAN VERSION

Key tutup komputer riba dia yang mana skrinnya sudah gelap lalu dia simpan ke dalam beg hitam. Zip ditarik hingga mulut beg yang tadi terbuka luas kini sudah rapat tertutup.

Dia tak segera bangun, sebaliknya menoleh ke tepi, ke sebelah kiri.

Keningnya naik beberapa saat sebelum bibir dengan sendiri tersenyum menyaksikan pemandangan depan mata.

Ada Hat, sedang duduk bersila di atas kerusi di sebelahnya, sambil menongkat dagu dengan tangan kiri, sebelah lagi tangan memegang pen yang tidak bergerak-gerak di atas sekeping kertas putih.

Key menyandar ke kerusi, diam dia memerhati dari tepi akan perbuatan isteri tercinta.

Tengoklah muka itu, berkerut habis.

Hat buat apa sebenarnya?

Tadi Key main game, khusyuk nak menang sampai tak pandang kiri kanan, dia malaslah nak tanya-tanya Hat. Jadi Key buat kesimpulan Hat tengah buat kerja dialah kot memandangkan meja kerja mereka sebelah menyebelah sahaja.

Tapi bila tengok sekarang, macam bukan kerja pejabat pun.

"Firhat." Key akhirnya buka mulut, badan dah tegak bila duduknya dibetulkan. Dia rapatkan kerusinya dengan kerusi Hat, nak tengok apa yang si isteri runsingkan sangat.

Hat menoleh seketika, kemudian sambung pandang kertas semula. "Habis dah main?"

"Dah."

"Menang ke kalah?" Hat tanya tanpa nada buatkan Key menyeringai kecil.

"Kalah."

"Try again next time."

Key ketawa dengan ucapan tanpa perasaan Hat. Nampak sangat tak ikhlas. "Firhat buat apa? Kenapa nampak stres sangat tu?"

Key nampak Hat mengeluh besar, kemudian dia bangun, kepala tidak lagi ditongkat dengan tangan. Kertas yang sejak tadi dia tatap kini sudah ditolak hingga sampai betul-betul depan Key.

Key baca apa yang tertulis di situ.

Selasa- Tom yam daging + telur dadar

Rabu- Kari ikan tongkol + ikan masin

Khamis- Sambal sardin + ulam timun + telur dadar

Jumaat- Mihun sup ayam

Sabtu-??

"Apa ni, Firhat?" Key tanya lepas nampak segala senarai makanan ikut hari itu. Dia tak faham kenapa Hat tulis segala jenis masakan itu di situ.

"List lauk yang saya nak masak untuk berbuka." Jawab Hat sambil menyandar ke kerusi, mukanya didongakkan ke atas memandang siling bilik yang putih, seperti sedang berfikir.

Hujung pen dia gigit-gigit.

"Untuk?" Key masih tak faham motif Hat nak kena buat senarai tu.

"Untuk?" Hat dah pandang Key, suara dia dah berubah garang.

Key telan air liur tengok Hat yang dah ada tanda-tanda nak jadi singa. "Yalah, kenapa Firhat nak kena buat macam ni? Masak jelah macam tahun lepas tak boleh eh?"

Sesaat kemudian Key dah rasa belakang badan dia berbirat bila ditampar tangan lembut Hat.

Mengaduh dia kesakitan.

"Aduh! Kenapa Firhat tampar saya?"

"Sakit tak?" Hat tanya senada.

"Sakitlah." Dia merungut, tapi perlahan sahajalah. Berkerut-kerut dahi Key. Tangan Hat tu memang lembut, sehari entah berapa banyak dia lumur losen, tapi kalau menampar terus tak rasa lembut dah. Berbisa!

"Macam tu sakit hati saya dengar. Masak macam tahun lepas... lepas tu apa pun tak ada. Hari-hari makan telur." Hat jeling suaminya tajam.

Tahun ini tahun kedua mereka menyambut bulan Ramadan bersama.

Bulan puasa yang lepas, seminggu yang pertama Hat okey lagi, ada idea nak masak apa. Bila masuk minggu kedua, dia dah kering idea. Bila tanya Key, jawab lelaki itu tak kisah, ikutlah, saya makan je semua.

Bila Hat masak, dia tak makan pula.

Masa itu baru dia tahu Key ini sangat cerewet bila masuk bab makan.

Hat masak sambal paru tak makan, Hat masak sup perut tak makan, Hat masak tempe goreng berlada tak makan, Hat buat pajeri terung dia tak makan.

Dia tak cakap tau dia tak makan lauk itu ini, Hat ingat Key makanlah. Bila waktu berbuka, tengok-tengok cedok nasi je sikit dengan makan kuah.

Bila tanya, barulah cakap, tak makan, tak suka, tak gemar.

Kesimpulannya, apa yang Hat boleh kata, separuh dari bulan puasa itu, Key berbuka dengan lauk telur.

Ada hati lagi tu Key nak suruh Hat masak macam tahun lepas?

"Tengok senarai lauk tu, tulis apa yang awak nak makan." Hat letak pen dekat tangan Key. Senang.

"Apa-apa je?" Key dah senyum lebar.

"Ya. Nanti saya tulis ikut saya, Syauqi tak makan pula. Ha, Syauqi tulis, lauk apa yang Syauqi nak, esok kita keluar shopping barang-barang, restock peti. Senang, beli ikut apa yang ada dekat list tu. Tak payah banyak-banyak kali nak keluar. Jimat sikit masa, balik kerja boleh saya terus masak."

Ujar Hat panjang lebar. Ini adalah hasil dia bedah siasat kelancaran operasi logistik dalam rumah mereka berdasarkan bulan puasa tahun lepas.

Hat harap tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Pening kepala dia bila ingat balik, caca merba.

Tahun lepas dia kurang memasak, banyak jugalah beli di luar, tapi tahun ini kalau boleh Hat nak kurangkan beli makanan luar. Dia nak memasak sendiri.

Itu azam dia sebagai seorang isteri pada tahun ini.

Hat nampak Key dah menunduk menulis menu yang dia mahu. Hat tergelak bila tengok tulisan suaminya.

"Kenapa Firhat gelak?" Key dah pandang dia pelik.

Hat geleng. "Tak ada apa." Dia ketatkan muka dia semula.

Key kembali menulis.

Hat mengeluh tengok senarai lauk yang Key tulis.

Ayam masak merah

Ayam masak lemak

Ayam masak kicap

Sambal serai ayam

Ayam goreng berempah

Ayam goreng kunyit

Kari ayam

Ayam goreng rangup

Ay-

Tak habis lagi Key tulis, Hat sekali lagi tampar belakang badan suaminya, tapi kali ini tidak sekuat tadi.

"Ayam, ayam, ayam! Hari-hari ayam!"

Hat rampas pen dari tangan Key.

Mata mereka dah bertemu satu sama lain. Hat nampak suaminya dah ketawa.

"Ayam sedaplah." Kata Key sedikitpun tanpa rasa bersalah.

Hat julingkan matanya ke atas. Key ini, kalau boleh, lima kali sehari makan ayam pun tak apa. Tak faham betul dia, tak jemu ke apa?

"Sedap tak sedap, tukar. Syauqi bolehlah telan ayam setiap hari, saya tak boleh." Hat tarik kertas di bawah tangan Key, lalu dia pangkah perkataan ayam lalu dia gantikan dengan protein yang lain.

"Alah Firhat..." Key merengek manja bila Hat tukar menu dia.

"Tak ada, selang-seli. Kalau hari ni dah makan ayam, esoknya ikan pula. Lepas tu daging ke, seafood ke, dua tiga hari baru ayam semula."

Key mengeluh berat. Berat betul dugaan dia.

"Okey... Firhat. Anything for you.




Haha! Annyeong yorobun! Selamat berpuasa!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top