19
Mata Hat jadi celik bila telinga dia dapat menangkap bunyi sesuatu seperti besi berlaga kuat.
Dia pandang ke sebelahnya, katil kosong. Hanya ada dia sahaja di dalam kamar itu buatkan dia perlahan-lahan bangun dan selak selimut yang membaluti badan.
Mana Key?
Setahu dia, semalam tidurnya ditemani Key.
Ke mana pula dia pergi pagi-pagi buta macam ni? Hari dekat luar masih gelap. Hat dengan mata yang mengecil cuba tengok jam digital di atas meja solek dia.
4.03 pagi.
Ting!
Sekali lagi bunyi seperti besi berlaga itu menarik perhatiannya. Bunyi apa tu? Jangan-jangan ada orang nak...
Kalut Hat turun dari katil dan berjalan pergi keluar. Berkerut mukanya saat mata tiba-tiba sahaja diterjah oleh cahaya yang terang dari lampu di ruang tamu.
Perlahan-lahan, dia buka kelopak matanya yang tadi terpejam, cuba menyesuaikan diri dengan kecerahan bilik.
Tapi tak sampai beberapa saat, rumah dah gelap semula.
"Firhat? Kenapa bangun?" Entah dari mana Key datang, tiba-tiba dah berdiri di depan dia.
Dalam mamai-mamai tu, lupa terus dia jadinya dengan konflik antara mereka yang masih belum selesai. "Tadi ada bunyi something."
"Oh, saya jatuhkan botol air dekat dapur."
"Tapi-"
"Tak ada apa-apa. Jom tidur balik." Key dah pegang kedua belah lengannya lalu dia dorong Hat masuk ke dalam bilik, sampailah ke birai katil.
Hat tak ada pilihan selain memanjat tempat beradu mereka. Bila dia dah baring, Key selimutkan dia, barulah dia pergi ke ketil bahagian dia.
"Tapi saya dengar-"
"Tak ada apa-apa. Dah, tidur."
Hat malas nak bertekak walaupun dia masih rasa curiga. Mata yang memang sedia mengantuk tak ambil masa yang lama untuk terpejam semula.
Lena mula mengambil alih.
* * *
Key bawa satu pinggan roti sosej goreng beserta piring yang dah berisi dengan sos dan mayonis ke meja makan. Kemudian dia pergi semula ke dapur lalu kembali bersama dengan dua cawan, satu berisi dengan air mocha panas kegemaran Hat, satu lagi air teh panas.
Hat pandang sahaja gerak geri suaminya yang dah pun kembali seperti biasa.
Tidak lagi dingin seperti semalam.
Tadi, bangun-bangun sahaja dari tidur, Key dah tak ada dekat sebelah. Hat tak mencari, sebab dia tahu Key ada sahaja di luar.
Baru dia nak bersiap-siap pergi kerja, tiba-tiba Key masuk bilik cakap dia dah tolong mesej kawan pejabat Hat, cakap Hat cuti.
Terkebil-kebil Hat jadinya dengan tindakan yang tidak terjangka dari suaminya.
Tak habis lagi rasa hairan, Key tarik dia keluar dan bawa pergi meja makan. Dia dudukkan Hat atas kerusi.
Katanya Hat tak perlu buat apa-apa, Key akan hidangkan semua untuk Hat.
Tiba-tiba...
Tahu pula takut tengok Hat naik hantu semalam? Dia ingat Hat ni penyabar sangat? Dia kalau dah naik gila, memang mama dia pun cakap, menyerah awal-awal.
"Okey, jom makan." Key dah duduk sekali dengan Hat di meja itu, setentang dengan dia.
Hat tak banyak bunyi, dia ambil seketul roti sosej dan cicahkan ke sos, baru dia suap ke dalam mulut. Perlahan dia mengunyah. Sedap...
Kiranya, hari ini mereka berdua cutilah kan? Cuti kecemasan untuk baiki hubungan? Huh.
Hat makan, tapi mata dia langsung tak lari dari menatap sang suami. Agaknya Key perasan kot, tunduk sahaja dia makan, langsung tak angkat-angkat muka. Menikus macam pesalah kerajaan.
"Memang kita cuti hari ni nak diam je macam ni sampai malam?" Hat dengan sarkastiknya bertanya buatkan Key terus tegak duduk tengok Hat.
"Erm, tak, tak. Saya ingat Firhat nak makan dulu baru bercakap."
"Dah sebulan saya makan sambil diam." Hat muntahkan fakta yang buatkan muka Key berubah kelat. Mukanya tetap kekal beku, langsung tidak beriak. Senyum tidak, bengis pun tidak.
"Firhat, saya minta maaf."
"Saya akan terima maaf awak if and only," Hat silangkan tangannya ke dada, kemudian dia dekatkan badannya sedikit dengan meja makan, "awak bagi tahu saya, apa salah saya sampai awak buat silent treatment macam tu sekali."
Key mengeluh. "Really?"
"Apa?" Hat jongketkan kening.
"Firhat akan maafkan saya kalau saya bagi tahu sebabnya?"
"Yalah! Awak minta maaf, untuk apa? You apologize for what? Obviously memang awak yang salah, tapi setakat minta maaf tanpa penjelasan, I'm not gonna do that. Baik awak biar je saya keluar malam tadi kalau nak buat macam tu. Kalau awak tak nak cakap dengan saya sebab saya yang salah, bagi tahu, tegur." Hat sangat bertegas kali ini.
Kalau Key mahukan perbincangan, ini cara Hat. Tak akan ada yang terlepas, Hat mahu tahu semua.
"Kejap." Perlahan, dia tolak kerusi dan bangun lalu tinggalkan meja makan.
Hat hantar suaminya dengan mata masuk ke dalam bilik. Tak lama kemudian, Key dah datang semula dengan satu sampul surat putih yang berjaya menarik perhatian dia.
"Saya jumpa benda ni dekat dalam laci Firhat." Key dah duduk, dia sorongkan sampul surat tersebut hingga sampai betul-betul depan Hat.
Hat leraikan tangan dari terus memeluk tubuh, dia buka sampul surat itu untuk melihat isinya.
Pil Noriday.
Hat dah melongo hebat. "Jadi selama ni awak ignore saya sebab ubat ni?!"
Takut-takut Key mengangguk.
Wah, Hat dah ketawa, tapi langsung tak bernada. Sebulan Key layan dia macam orang asing sebabkan pil yang dia jumpa dalam laci Hat?!
Darah dia rasa naik ke kepala, menggelegak hebat buatkan Hat bangun secara mengejut hingga kerusi terpelanting ke belakang. Dia pergi meluru dapatkan suaminya, lalu dia cubit-cubit bibir Key dengan tangan. Tidak sampai mencederakan, tapi cukuplah kot untuk menyakitkan sedikit.
"Mulut ni, mulut ni ada, tanyalah!"
Key pejamkan mata sambil cuba pekup mukanya dari terus diserang. "Saya minta maaf, Firhat!"
"Apa guna ada suara kalau tak reti guna? Mulut ni ada, tanya! Bukan diam, bukan simpan suara tu!" Hat beralih menampar belakang badan Key bila dia tak dapat capai bibir lelaki itu bila dia sembunyikan muka disebalik tangan.
"Ah! Firhat, sakit!" Key dah meliuk lentok, tak tahan dia bingkas bangun. Muka dah berkerut seribu bila belakang badan dah pijar.
Tangan Hat nampak sahaja lembut, tapi... berbisa.
Sekarang mereka dah berdiri dengan jarak satu meter terpisah, tapi menghadap satu sama lain.
"Sakit?" Hat tanya perlahan, rendah nada suara dia, sumpah menyeramkan.
Key angguk, jujur. Memang sakit.
"Sakit?! Oh, pandai pula cakap sakit? Pandai pula guna mulut tu?!"
Hat ambil papan ubat itu dan tunjuk depan muka Key. "Memang saya mengaku, saya ambil ubat ni. Tapi dulu, masa awal-awal kita kahwin. Saya cakap kan dekat awak masa awal-awal dulu saya tak sedia nak ada anak. How can we bear a kid when I resent you the most? How can we raise our kids when I don't even love you, their father?!"
Hat sambung lagi. "Tapi itu dulu. Saya dah lama berhenti makan ubat tu lepas saya belajar sayangkan awak. Saya nak mengandung, saya nak ada anak dengan awak, I want the joy to raise a kid with you! Bila awak sedih setiap kali result negative, saya pun sedih! Sampai hati awak fikir macam tu tentang saya? Sampai hati."
Dengan kata-kata itu, Hat jatuhkan papan ubat yang berada dalam tangannya hingga jatuh terpelanting ke lantai.
Tak tunggu lama, dia berjalan pantas masuk ke dalam bilik. Tak sempat Key nak kejar, pintu dah pun berdentum kuat, rapat tertutup memisahkan ruang antara mereka.
Key cemas mengetuk daun pintu. "Firhat, buka! Saya minta maaf! Saya tahu saya salah. Firhat, buka. Let's we talk, Firhat."
Berkali-kali Key merayu, tapi sikitpun tidak Hat endahkan.
Tangan yang dah berdenyut akibat tidak berhenti mengetuk kini sudah terkulai layu ke sisi peha. Key tersandar ke pintu dengan bahu yang jatuh.
Mukanya diraup lemah.
Rasa bersalah menghuni hati. Ya Tuhan...
Apa yang patut dia buat untuk betulkan keadaan ini?
Hahahah, ingat nak baik lah tu? Belum...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top