14

"Firhat ma...-" Key katupkan mulutnya menelan kata-kata yang tak habis terluah di bibir sambil tangan kaku di tombol pintu.

"Tak, semalam kan I dah hantar dekat bos. I dah emel dah sebab dia kata nak tengok draft layout tu sebelum balik, kenapa tiba-tiba sekarang kata tak nak pula? Takkan dalam banyak-banyak layout tu semua dia tak suka? Yang I bagi tu dia dah finalize kan? Bukan draft yang raw."

Dia telan liur dengar Hat bercakap di telefon dengan nada suara yang sedikit tinggi.

Key mungkin tak nampak muka Hat ketika ini sebab dia duduk membelakangkan Key di meja kerjanya dengan di depan dia ada komputer riba sedang terbuka, tapi Key boleh bayang muka Hat?

Takut...

"Dia ingat I tak ada kerja lain ke? I pun nak cutilah!"

Key putuskan untuk keluar sahaja dari bilik itu setelah dia dengar nada suara Hat yang melengking tinggi.

Nanti-nanti, lagi setengah jam Key masuk semula ajak Hat makan. Jangan dijolok sarang tebuan kata orang tua-tua dulu.

* * *

Key sedang menyuap secebis roti berintikan kaya kelapa ke dalam mulut bila pintu kamar tidur mereka tiba-tiba terbuka.

Hat dah masuk ke dalam bilik dengan muka yang tak tahulah Key nak cakap macam mana. Bengang? Atau letih? Ke campur dua-dua sekali?

Key yang ketika itu sedang meniarap betul-betul di tengah katil sambil hadap komputer riba miliknya, hanya pandang Hat yang dah pun sampai dekat tempat mereka beradu.

Tilam terasa sedikit tenggelam akibat menampung berat Hat yang dah pun labuhkan duduknya di sebelah Key tanpa sebarang kata.

Perlahan-lahan Key kunyah roti.

"Firhat nak roti?" Key cuba-cuba ramahkan diri.

"Tak nak." Jawab Hat sambil berbaring bersilang dengan Key, sebab kaki Key dekat kepala katil. Sekarang posisi mereka, Key hadap kaki Hat, Hat hadap kaki Key.

Okey... mood Hat sedang tidak baik. Key tak mahu ganggu, dia cepat-cepat pasang earphone ke telinga, tak mahu bunyi cerita dari komputernya mengganggu si isteri.

Lama juga, dalam dua puluh minit Key menonton cerita sorang-sorang, bila tiba-tiba dia rasa ada pergerakan di sebelahnya.

Hat dah bangun dari baring, rambut dia yang tadi ketika masuk kemas berikat, kini sudah mengurai lepas membuai di bahu.

Si cantik itu tanpa bersuara sepatah kata pun, dah berpusing, duduk sama arah dengan Key.

Lalu dia rebahkan kepalanya dekat atas belakang Key yang sedang meniarap. "Syauqi, tumpang."

Senyum dah terbit di bibir dia. "Baringlah."

"Saya nak tidur kejap, mengantuk." Ujar Hat lagi sambil pandang Key, jelas mukanya Key nampak terlakar riak penat.

"Okey Firhat."

"Nanti Syauqi kejut saya, boleh?"

"Bila?"

"Lagi sejam."

Key angguk. Dia tepuk sekejap lengan Hat yang paling hampir dengan dia beberapa kali. "Tidur, tidur. Nanti saya kejut."

"Thanks, Syauqi."

"Sama-sama, Firhat."

* * *

Hat buka mata. Dia pandang tingkap yang dah berselindung dengan langsir, tadi sebelum tidur rasanya cerah lagi di luar, sekarang sudah sedikit redup.

Mulutnya yang ternganga luas akibat menguap dia tutup dengan tangan.

Pukul berapa ni?

Berapa lama dia dah tidur?

Hat bangun dari duduk, masih mamai. Dia tengok sebelah, cuma ada computer riba sahaja yang dah pun gelap skrinnya. Bayang Key langsung tak nampak.

Dia turun dari katil, berjalan keluar dari bilik tidur, terus jumpa ruang tamu. Key tetap juga tak ada di situ buatkan Hat menoleh ke arah dapur.

"Firhat dah bangun?" Sang suami seperti biasa menyapa dia dengan penuh ceria.

Hat angguk. Dia pergi ke pintu dapur untuk melihat dengan lebih jelas apa yang lelaki itu sedang lakukan.

"Syauqi buat apa?" Tanya Hat dengan suara yang serak.

"Masak untuk dinner." Kata Key sambil potong bawang di atas papan pemotong. "Firhat dah solat?"

"Sebelum tidur tadi dah solat. Syauqi nak masak apa? Sorry saya tertidur."

Key senyum sekilas. "Tak ada apalah. Nasi goreng sardin, okey tak makan malam ni?"

Hat ikat rambut dia dengan getah yang sedia ada di pergelangan tangan. "Okey je. Nak saya tolong apa-apa?"

"Tak payahlah. Kesian Firhat, mesti penat. Pergilah depan, biar saya masak. Nanti dah siap saya panggil."

Bibir Hat melebar dengan sendiri dengar apa yang Key kata. Nada yang Key guna, macam Hat itu anak kecil.

"Syauqi."

"Hurm?" Key toleh ke tepi untuk tengok isterinya.

"Sweet nya."

"Siapa?" Key angkat kening sebelah.

"Syauqi."

Dia lihat, sang suami dah tersengih lebar. "Mana ada... betullah, Firhat penat kan?" Key itu sungguh pandai ambil hati dia. Kalau bercakap, lembut sahaja suaranya. Halus bahasanya, tak perlu berbunga-bunga, tapi cukup untuk buatkan Hat terpesona.

"Sikit." Dia dah menyandar di muka pintu, tak mahu beralih. Dia mahu lihat Syauqinya memasak untuk dia.

"Kerja Firhat dah siap?"

"Belum, ada sikit lagi, tapi nantilah saya buat. Peninglah kepala."

"Kenapa? Ada yang tak kena ke?" Key lancar bertanya. Ah lelaki ini... peramahnya dia sangat Hat hargai. Soalan-soalan dia biasa sahaja, tapi selalu hadir di saat yang tepat. Bila Key tanya dia macam sekarang ni, Hat rasa sangat dihargai.

"Ada." Jawab Hat sepatah, sebab diam ahu Key terus bertanya.

"Firhat tak nak cerita dekat saya?"

"Syauqi tahu tak air jenama BnM?"

"Yang air kotak tu ke?"

Hat anggguk. "Ya."

"Okey, tahu. Kenapa?"

"Dia orang nak tukar packaging. Saya yang dapat project tu, untuk design packaging, poster, ads apa benda semualah, under saya." Hat mula buka cerita tentang kerja dia.

"Okey... lepas tu?" Key dah letak pisau, dia berdiri menghadap Hat, mahu tumpukan perhatian dekat cerita si isteri.

"Lepas tu... saya dah siapkan design saya, dah hantar dah dekat bos, dah present dah pun dekat client, dia orang kata suka. Daripada lapan design saya bagi, dia orang pilih lima, short list. Dia orang akan pilih dari lima design tu je nanti, lepas tu saya alter dari situ."

"Lepas tu kenapa Firhat marah-marah tadi?"

"Sebab tiba-tiba budak pejabat call saya tadi, cakap saya kena buat design baru. Client tak nak design yang lama. Itulah inilah tak kena. Nak by tomorrow dah siap, lepas tu nak lima design. Syauqi rasa?"

Baru Key faham. Patutlah...

"Saya rasa marah kalau saya jadi Firhat." Jawaab Key untuk ambil hati Hat. Dia belajar satu perkara sepanjang mereka berumah tangga, perempuan, kalau dia bercerita, bukan nak jalan penyelesaian sangat.

Macam Hat, dia dah tahu apa dia kena buat, kalau Key bagi cadangan itu dan ini, takkan membantu apa-apa.

Lagi tambah minyak dekat api adalah kalau cadangan dia tak kena dengan situasi.

Jadi, daripada susah payah guna otak fikir, jalan terbaik adalah beri reaksi, serta cakap apa yang Hat nak dengar. Dah, cuma itu.

"Kan? Mana tak marah? Hari ni hari cuti kot?"

"Betul. Tak patut dia orang kacau Firhat masa weekend macam ni. Orang nak berehat." Key cakap sambil buang tangkai lada.

Hat yang tengok ni, hilang terus rasa bengang dia tadi. Lucu pula dia tengok Key. Mulut berbunyi, tapi tangan pun turut bergerak, lagi epik, siang lada.

Lelaki ini... sungguh satu dalam seribu. Bukan, sejuta mungkin?

"Syauqi." Hat seru nama manja suaminya.

"Ya?" Key menyahut, tapi tak pandang Hat pun, sibuk tunduk tengok lada dia.

Dua langkah sahaja, dia dah sampai di sebelah Key. "Syauqi." Panggil dia lagi.

Kali ini, Key dah menoleh, pelik dia tengok Hat yang tiba-tiba ada di tepi. "Kenapa, Firhat?"

"Depa tangan kejap." Pinta dia ringkas.

"Depa tangan? Saya pegang lada ni."

"Tak apa, depa je."

Lambat-lambat Key depakan juga tangannya, cili masih lagi dalam genggaman.

Beberapa saat kemudian, badan dia sudah terasa hangat bila Hat memeluk pinggang dia erat dengan muka yang sengaja disangkut ke bahunya.

"Firhat?" Key dah tergelak-gelak tengok Hat punya perangai.

"Jangan peluk saya, tangan Syauqi ada lada. Nanti pijar."

Key ketawa lagi. Tangan dia masih tidak bergerak, hanya Hat yang memeluk dia.

"Okey... tapi kenapa peluk tiba-tiba?"

"Grateful."

Oh. Key mengerti. Dia belakangkan sedikit kepalanya, kebetulan Hat mendongak. Mata mereka bertatapan.

Senyum berbalas dengan senyum.

Key tunduk lalu daratkan kucupan ringkas ke dahi Hat. "And me, thankful." 




Sape sengih!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top