13
Pintu lif terbuka luas. Tanpa sebarang kata, Hat keluar dari situ menghidangkan Key belakangnya sebagai tatapan.
Sumpah, mood dia hilang ke laut dalam, sampai ke Mariana Trench mungkin.
Tadi, bila Key masuk sahaja kereta, Hat dah menangis. Key ada juga tanya kenapa, tapi Hat tengah emosi.
Dia nak bercakap pun tak boleh. Key cepat-cepat pandu kereta pulang. Nasib baik suaminya bukan jenis yang kepoh tak tentu hala. Diam sahaja dia sepanjang jalan, seolah tahu emosi Hat macam dilanda tsunami.
Hat tahu Key tak salah, tapi rasa nak marah pun ada juga dekat suaminya buatkan dia terus berdiam diri. Takut mulutnya tak mampu dikawal dan mengeluarkan kata-kata yang boleh memburukkan keadaan mereka.
Kalau Key bagi tahu awal-awal tentang konsep kenduri ini, tak adalah dia dimalukan begitu sekali depan khalayak ramai macam tadi.
Lagi senang cerita, Hat tak payah pergi pun. Biar Key saja yang tengok kawan dia berkahwin.
Sumpah Hat rasa terhina sepanjang berada di kenduri tadi. Jelik sungguh mereka memandang dia semata kerana dia tidak seperti mereka.
Mengenangkan hal itu, darahnya jadi membuak balik. Dia buka kunci pintu rumah, lalu Hat boloskan diri ke dalam. Beg tangannya dia campak ke atas kerusi, kemudian Hat masuk ke dalam bilik.
Pintu ditutup rapat, lalu dia kunci.
Hat perlukan waktu untuk tenangkan diri.
Sendiri.
* * *
Badan Key menghadap TV, tapi mata dia kejap-kejap singgah ke daun pintu yang tetap sahaja rapat tertutup sejak enam jam yang lalu.
Gelisah dia jadinya bila Hat lancarkan perang dingin sejak mereka pulang dari kenduri tadi.
Rasa bersalah menyelinap ke dalam hati walaupun dia tak tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi siang tadi.
Itu pertama kali dalam setahun mereka berumah tangga dia lihat Hat menangis sampai teresak.
Terkejut sungguh Key.
Tapi bila ditanya, Hat tak jawab pun.
Sepanjang jalan Hat lancarkan perang dingin, jangan kata bercakap, pandang Key pun tidak. Marah sungguh Hat nampaknya.
Key cuba-cuba juga ketuk pintu, dua kali? Tapi Key teringat dekat apa yang adik perempuan dia pernah cakap dekat Key suatu ketika dulu.
Perempuan, kalau tengah marah jangan diganggu. Biarkan dulu, sampai dia sejuk sendiri. Nanti dah elok, dia sendiri datang cari. Jadi, Key pegang kata-kata adiknya kemas-kemas.
Itulah yang sedang dia tunggu sejak enam jam yang lalu, agar marah Hat reda dan buka pintu.
Bunyi loceng buatkan lamunan pendek Key terhenti. Dia bangun dan pergi ke pintu. Makanan yang dia pesan sudah sampai.
"Terima kasih." Kata Key sebaik bungkusan makanan sudah bertukar tangan.
Key tutup pintu dan pergi ke dapur. Dia letak semua makanan itu atas dulang, kemudian Key tatang ke depan, bukan ke meja di depan TV sebaliknya terus ke pintu kamar beradu mereka.
Baru tangan nak naik mengetuk, daun pintu dah terselak dulu menyerlahkan sosok tinggi lampai Hat yang rambutnya kemas disimpul tinggi, seperti biasa dalam baju kebangsaan dia ketika di rumah, berseluar pendek separas lutut dan berbaju T kolar bulat.
Daripada bau Hat pun Key dah boleh teka, dia baru siap mandi.
"Nak ketuk apa?" Hat tanya selamba, macam tak ada apa-apa jadi antara mereka. Eh?
Lekas Key turunkan tangan dia ke sisi peha. Key muncungkan bibirnya tunduk dulang yang dia tatang dengan sebelah tangan.
"Saya nak ajak Firhat makan."
"Delivery?"
Key angguk. "Haah."
"Syauqi beli apa?" Hat dah ambil dulang di tangan Key lalu dia bawa pergi ke depan TV. Makanan diletakkan ke atas lantai.
Key yang nampak, deras-deras pergi ke dapur untuk ambil surat khabar dan pergi bentang dekat tepi Hat, kemudian dia pindahkan segala makanan tadi dekat lantai yang sudah beralas.
Mereka duduk bersila sebelah menyebelah hingga lutut-bertemu lutut.
"Saya beli nasi ayam." Key keluarkan makanan dari dalam plastik. Dia letak depan Hat. Kemudian Key keluarkan pula bungkusan air.
Hat tanpa disuruh, bangun sendiri pergi ke dapur dan kembali bersama dua buah mangkuk, untuk dijadikan alas air supaya tidak tumpah.
"Nah, letak air."
"Firhat okey tak makan nasi ayam malam ni?" Key dengan berhati-hati bertanya.
"Okey je."
"Erm, tengah hari tadi saya ada order KFC, yang Firhat punya ada lagi dekat dalam peti. Kalau Firhat nak, saya panaskan."
Key nampak Hat menggeleng sambil sedut air teh'o ais limau kegemarannya. "Tak payah, dah ada nasi ayam ni, makan yang ini je. KFC tu saya makan esok, bawa bekal pergi kerja."
Bila dengar Hat cakap macam tu, Key hanya yakan saja. Dia hanya memerhati Hat yang sudah pun membuka bungkusan makanan, ada dua bekas. Satu ayam bahagian isi sedikit bertulang, satu lagi kepak.
Hat tak segera ambil salah satunya, tetapi dia asingkan dulu ayam-ayam itu, kepada tulang dan isi.
Bila dah siap, baru Hat tolak yang bahagian tulang dekat dengan Key, yang isi dia ambil sebab Key tak makan isi. Hat tahu itu.
Tak berkelip Key tengok isterinya yang dah mula menyuap nasi setelah membaca doa makan.
Hat dah okey? Dah tak marah? Dah hilang rajuknya?
Macam itu je?
"Syauqi, tengok saya buat apa? Makan." Tegur Hat selamba.
"Firhat-"
"Lepas makan kita cakap ya, Syauqi?"
* * *
Key konyokkan kertas surat khabar yang sudah comot dengan sisa makanan. Tisu dia ambil untuk lap lantai takut berminyak.
"Meh surat khabar tu saya buang." Entah bila, Hat dah berdiri sebelah dia sambil hulur tangan.
Key serahkan gumpalan kertas ke tangan Hat beserta tisu yang dah kotor. "Nah."
Hat hilang ke dapur. Tak sampai beberapa saat, dia dengar Hat tanya. "Syauqi nak apa-apa tak?"
"Tolong bawa air mineral sejuk."
"Tu je? Lain?"
"Tak nak. Nak air je." Key dah duduk bersila atas lantai sambil badan dia sandarkan ke sofa, kaki dia yang panjang itu sudah lurus melunjur.
"Nah." Hat dah datang duduk sebelah dia, air sejuk dia letak atas riba Key. Hat turut buat seperti Key, duduk dalam posisi yang sama.
"Terima kasih, Firhat."
"Sama-sama."
Key teguk dulu air itu, ah! Seronoknya dapat air sejuk. Segar! Key tutup mulut botol dan letak ke tepi. Key nak tanya Hat, tapi dia tak tahu macam mana nak mulakan.
"Erm... Firhat?"
"Ya, Syauqi."
"Can we talk, now?"
"Sure."
"Firhat okey?" Berhati-hati Key susun kata, tak mahu tersalah cakap. Hat baru nak elok, nanti kejap lagi salah cakap, naya.
"Okey." Hat dah tersenyum tengok suami dia yang dah macam apa je berhati-hati. Key suka macam tu, Hat rasa dia tidaklah segarang itu sampai Key jadi macam sekarang ni.
"Kenapa Firhat nangis siang tadi?" Key ajukan soalan seterusnya bila dia nampak emosi Hat agak stabil.
"Kenapa Syauqi tak bagi tahu saya kenduri siang tadi macam tu?"
Key terdiam. "Dia orang ada cakap apa-apa ke dekat Firhat?"
"Ada." Hat tanpa bertapis jawab. Dia tak rasa dia perlu berselindung apa-apa pun dari Key. Enam jam dia berkurung tu adalah masa dia fikir dengan semasak-masaknya tentang cara untuk dia berkomunikasi dengan Key.
Mula-mula Hat tak nak cerita pun, tapi bila fikir-fikir balik, mereka nak hidup bukan untuk setahun dua, tapi kalau diizinkan, untuk selama-lamanya.
Tak guna kalau dia sorok, lebih baik dia cerita, agar Key tahu.
"Dia orang cakap... apa?"
Key dan Hat berpandangan, mata bertentang mata.
"Hat kerja ke? Tak payah kerjalah, duduk rumah lagi bagus, baru rumah terurus. Hat tak mengandung lagi ke? Ni mesti sebab kerja, sibuk sampai tak terlayan suami. Hat tak pakai tudung ni Key tak marah ke? Kesian Key tanggung dosa-"
Key pegang tangan Hat. "Okey Firhat, cukup."
Key dah tak sanggup nak dengar dan dia rasa dia tahu apa yang buatkan Hat mengamuk sampai macam tu sekali.
Hat jongket keningnya sebelah dan tayang muka sinis. Baru Key tahu betapa geramnya dia.
"Saya nak jujur dengan Syauqi, saya geram. Saya tak tahulah Syauqi nampak ke tidak, sebaik kita masuk je dalam dewan tadi, semua tengok saya macam apa je."
Key diam. Dia hanya dengar Hat meluahkan perasaan.
"Saya tahulah saya tak pakai tudung, tapi tak payahlah pandang saya macam tu sekali. Dengan rendah-rendahkan saya konon jadi suri rumah tu boleh buat semua benda, ingat apa? Saya kerja tak reti masak? Tak kemas rumah? Sepanjang kita kahwin, pernah ke saya biar Syauqi berlapar? Pernah ke?"
Key laju menggeleng, dia nak senyum tapi tak berani. Sedaya upaya dia ketatkan muka. "Mana ada, even waktu Firhat marah dekat saya dulu pun, Firhat masak untuk saya."
"Kan? Suka hatilah orang nak kerja ke tidak, awak nak jadi suri rumah, jadilah. Menyibuk!"
Key akhirnya tersenyum juga setelah puas menahan bibirnya dari terus melebar.
"Kenapa Syauqi senyum?! Saya tengah serius ni!" Hat bengang bila nampak suaminya dah menyengih.
Key gelengkan kepalanya. "Tak, saya bukan ejek Firhat, tapi rasa lucu dengan dia orang yang cakap macam tu dekat Firhat." Key ambil tangan Hat dan letak atas ribanya, dia usap-usap tangan itu lembut, cuba salurkan ketenangan dalam gerak badan yang kecil. "Dia orang cemburu tu dengan Firhat. Pandai, bekerjaya... confident... cantik."
Key sebut satu-persatu pujian untuk sang isteri buatkan Hat mula mengemam pipi.
Ah lelaki ini, tiba-tiba pula jadi manis.
"Syauqi, saya nak tanya satu soalan."
"Apa dia?" Mereka sudah pun bertatapan.
"Kenapa Syauqi tak pernah suruh saya pakai tudung?"
Hat nampak Key tergelak kecil. Seperti terhibur dengan soalan dia. Apa yang kelakar.
"Firhat nak ke? Kalau saya suruh?" Tanya Key dalam senyum dia, kening sebelah dia naikkan.
Hat diam, tak menyangka akan disoal semula.
"Tudung tu cuma kain, hari ni pakai, esok boleh cabut. Berapa ramai orang pakai tudung sebab orang suruh, tapi cabut bila tak disuruh? Ramai. Saya tak nak Firhat jadi macam tu."
Key sambung lagi kata-katanya, juga masih dengan senyum manis dia.
"Dan siapa saya untuk judge Firhat semata sebab Firhat tak pakai tudung? Dalam hati? Siapa tahu amalan apa yang Firhat buat? You know how many people who didn't wear tudung at first, but now, look at them? Dia orang dekat mana? Orang yang memang pakai tudung dari kecil tu dekat mana?"
Key jeda.
"When it comes to someone else spiritual journey, saya tak nak campur. Saya percaya, satu hari nanti, you will become a better, no much better than who you are, today. Insya Allah, bila sampai masa dia, bila Hati Firhat dah betul-betul sedia, tak perlu saya suruh, saya percaya, Firhat akan sarung sendiri tudung."
Key naikkan sebelah tangan ke rambut Hat.
"And until that moment come, I'll wait... patiently, sampai rambut cantik ni jadi tatapan saya sorang je."
yorobun, jal jayo!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top