12
"Firhat? Dekat mana? Tak ada pun!"
Key kuatkan suaranya hingga bergema satu rumah. Dia sedang berada di dapur, mencari telefon milik Hat yang katanya tertinggal di situ.
"Ada, dekat atas bekas gula." Hat jeritkan sahaja dari ruang tamu, elok dia bersila di atas sofa tiga kerusi itu menghadap TV, alang-alang Key dah ke dapur, dia suruh Key tolong ambilkan.
"Bekas gulanya dekat mana?"
"Atas kabinet tu, tepi dapur. Jumpa tak?"
"Oh, jumpa!"
Hat kembali fokus kepada skrin TV. Tak lama kemudian, ekor matanya menangkap kelibat Key yang dah datang ke ruang tamu bersama satu dulang yang penuh berisi dengan makanan.
"Nah, telefon Firhat." Key letak telefon pintar itu atas ribaan Hat sebelum dia ambil tempat di atas lantai, tapi duduknya betul-betul depan dia. Cuma Hat di atas sofa, Key bersila dia bawah.
"Banyaknya makanan." Tegur Hat bila tengok apa ada dalam dulang. Ada kek batik yang dia buat semalam, agar-agar santan gula melaka kegemaran Key, lepas tu ada buah tembikai yang siap dipotong, dan kerepek pisang yang Key beli entah bila. Tak lupa, susu kurma kegemaran Key turut berada dalam dulang itu.
"Saya laparlah." Ujar Key selamba buatkan mata Hat hendak terbeliak.
"Lapar?"
Laju Key angguk sambil ambil kunyah sepotong buah tembikai. "Haah, rasa nak makan something. Firhat tak lapar ke?"
Hat jadi tergeleng. Jam baru menunjukkan angka lapan malam, mereka makan tadi pukul enam petang. Baru dua jam, makanan pun tak hadam lagi dalam perut Key dah kata lapar.
"Baru pukul berapa..." Hat tengok suami dia dengan muka yang tak percaya.
"Hujan-hujan ni, rasa lapar tu tak boleh bawa bincanglah."
Hat akhirnya tersengih dengar alasan yang Key bagi. Hujan juga yang salah.
"Syauqi."
"Hurm?" Syauqi menyahut tanpa menoleh ke belakang.
"Jadi ke yang semalam Syauqi kata tu?"
"Kenduri?" Key jongketkan kening dia sambil dongak kepala ke belakang untuk lihat Hat.
"Ya."
"Jadi." Key dah kembali ke posisi asalnya. Kepala dah menghadap TV semula. Kali ini dia ambil kek batik dan suap ke mulut.
"Pukul berapa nak keluar esok?"
"Sebelas okey kot?"
"Okey. So pagi saya buat sarapan, tengah hari tak payah masaklah, kan?" Hat meminta kepastian.
"Boleh je, mana-mana. Firhat nak masak sarapan apa esok?" Key dah tersengih-sengih, dia pusingkan badannya sedikit untuk tengok Hat yang dah pun baring mengiring di atas sofa.
"Entah, Syauqi nak makan apa?"
"Nasi goreng, boleh?"
Hat angguk. "Boleh."
"Nanti sebelum tidur saya jerangkan nasi."
"Jangan banyak sangat, jerang dalam satu cawan setengah je beras tu. Air sikit, nanti nasi lembik." Hat pesan siap-siap dekat Key. Lelaki ini kalau disuruh jerang nasi memang ringan sahaja tulang dia, tapi...
Banyaknya tu, macam nak makan ramai. Mereka makan berdua je, kadang nasi jerang sikit pun tak habis mana. Key je yang kuat makan sikit, Hat dapat nasi sesenduk pun dah cukup.
"Okey Firhat. Lagi?"
Hat lemah menolak muka Key yang dah berubah nakal supaya dia kembali menghadap depan. Mengada. Mulalah tu nak mengusik.
"Dah... tengok TV tu."
"Okey... Firhat."
* * *
Hat jadi tak senang duduk bila Key dah matikan kereta dia di bahu jalan.
"Jom Firhat, turun." Key matikan enjin kereta, tali pinggang keselamatan dah dicabut dari badan.
"Erm, Syauqi."
"Ya?"
"Kalau saya nak duduk dalam kereta je boleh tak?"
Tak berkedip mata Key tengok isterinya. "Eh, kenapa? Jomlah turun, dah sampai dah ni."
"Erm, tak apalah, Syauqi jelah pergi. Saya tunggu dekat sini."
Sungguh Key tak faham kenapa Hat tiba-tiba berubah hati. Tadi masa dekat rumah elok je dia bersiap, tak ada pula dia kata tak nak ikut ke apa. Tiba-tiba dah sampai lain pula jadinya. Kenapa?
"Kenapa, Firhat?" Key tanya penuh prihatin.
"Saya seganlah." Ujar Hat dengan jujur.
"Segan? Kenapa?"
Hat garu belakang lehernya yang tak gatal. Macam mana ya dia nak terangkan dekat Key?
Mungkin Key agaknya perasan muka dia yang berubah kelat. "Okey macam ni, kita masuk kejap je dalam dewan tu, makan, lepas tu saya jumpa kejap dengan kawan saya, lepas tu kita balik. Is that okay with Firhat?"
Lambat-lambat Hat mengangguk. "Okey. Thank, Syauqi."
Key hanya senyum, tangan dia bawa ke kepala Hat lalu dia usap rambut yang kemas berikat itu. "Sama-sama, Firhat."
* * *
Hat langsung tak angkat muka, setia dia menunduk sambil makan walaupun meja yang dia duduki itu penuh dihuni.
"Hat kerja ke?"
Hat sedikit terkejut bila soalan tiba-tiba diajukan kepada dia. Mukanya diangkat sedikit, baru dia sedar enam pasang mata sudah tertumpu kepada dia.
"Ya?"
"Hat kerja ke?"
Oh. Dia angguk sahaja dan ukirkan senyum nipis sebagai jawapan. Rasa macam tak sopan buatkan dia akhirnya membuka mulut. "Kerja."
"Kerja apa?"
"Graphic designer."
"Oh... ingatkan suri rumah." Yang lain sambut jawapan dia, tapi nada suara mereka lain macam. Hat dah tak senang duduk. Dalam ramai-ramai manusia yang ada dalam dewan ni, boleh kata Hat sorang je wanita dewasa yang tak pakai tudung.
Yang lain, semua bertutup, litup. Dan... kebanyakkannya semua bertudung labuh.
Sebaik dia jejakkan kaki ke dalam dewan ini tadi, memang Hat perasan sangat, banyak mata-mata pandang dia macam Hat tu makhluk asing.
Ingatkan dia bolehlah ikut Key, eh... makan kena pisah. Muslimin dan muslimat tak boleh bercampur.
Sumpah Hat rasa nak nangis. Tapi tak boleh nak kata apa, dia ikutkan sahaja rentak majlis ni. Rasa nak je dia ketuk-ketuk kepala Key, kenapa tak cakap ni kenduri kahwin islamik?!
Bolehlah Hat sarung tudung sebelum datang. Ini dengan baju dia lagi, tidaklah ketat dan menjolok mata, tapi sedikit mengikut bentuk badan.
"Tak, Hat kerja." Hat cakap macam tu supaya tidak nampak sombong.
"Kami semua suri rumah." Entahlah siapa yang cakap, Hat pun takt ahu dalam ramai-ramai tu, tapi... terus rasa tawar daging masak rendang yang sedang dia kunyah sekarang.
"Oh, yeke. Baguslah tu." Dia sambut pernyataan mereka sekadar untuk berbasa-basi.
"Memang bagus pun, makan minum suami terjaga, rumah terurus. Alhamdulillah, baru berkat hidup kita sebagai isteri tau, Hat."
Sumpah! Hat rasa nak tercekik. Okey... sekarang Hat nak kena balas apa?
Muka dia tak tahulah rupa apa, kelat, pahit?
Mudahnya, Hat hanya senyum segaris, cukup tak ikhlas.
"Lagi satu Hat."
"Ya?"
Entahlah nama apa, tapi wanita di sebelahnya merapat sedikit lalu dia bisikkan sesuatu ke telinga Hat buatkan muka dia berubah keruh. "Hat tak pakai tudung ni, Key tak marah ke? Dosa tau, kesian dekat Key nanti dekat akhirat sana. Hat cantik, sayang kalau orang lelaki lain tengok rambut Hat. Akak tegur ni, sebab akak sayang."
Hat gelak tak bernada. "Terima kasih." Muka Hat ketika itu, agaknya panas dia mungkin boleh demam.
"Hat tak mengandung lagi ke?"
Hat dah berhenti mengunyah sepenuhnya. Rasa macam kena pukul dengan batu bila dengar soalan tu. Lambat-lambat dia geleng. "Belum, tak ada rezeki lagi."
"Eh, Hat dengan Key kahwin sama bulan dengan Ajla kan?"
"Haah, selang seminggu je." Jawab seorang wanita yang duduk setentang dengan Hat.
"Ajla dah nak bersalin dah, Hat. Ha... itulah, sebab tu kita kalau dah bersuami ni, elok duduk rumah je. Barulah ada masa nak layan suami. Kalau kerja, asyik sibuk je."
Okey, cukup. Hat dah tak boleh terima lagi. Dia tunduk, dan ambil beg tangannya di lantai dan sangkutkan ke bahu.
Sudu dan garpu dia letak atas pinggan lalu kerusi ditolak ke belakang.
"Saya minta diri dulu."
Meluru Hat keluar dari dewan itu, peduli apa dia orang pandang ke tidak. Muka dia sudah panas, rasa macam baru lepas dilumur dengan lada. Mata dah rasa sarat dengan air mata.
Kalau lagi lama Hat dekat situ, mahu dia teresak.
Sambil dia jalan, sambil dia tunduk pandang tanah sampai dia jumpa kereta. Kebetulan kunci kereta dia pegang, Hat buka pintu dan boloskan dirinya ke dalam.
Menitis air mata dia.
Tak sangka dia akan dimalukan sebegini rupa di depan orang yang tidak dikenali. Siapa mereka nak nilai-nilai Hat macam tu sekali?
Jahat sangatkan Hat sebab tidak berkerudung seperti mereka?
Hat lap pipi yang sudah basah dengan tisu yang diambil di atas papan pemuka, tapi makin lebat air mata jatuh. Ah, sedih dia tak terkira.
Baru Hat nak ambil lagi tisu, tiba-tiba dia dengar cermin tingkap di sebelahnya diketuk.
Key sedang berdiri di luar sana, dengan sedikit menunduk, muka dia jelas sedang risau.
Tak dengar, tapi Hat baca bibir Key, dia suruh buka pintu yang berkunci di sebelah pemandu.
Hat buat seperti yang disuruh, sekejap sahaja, Key sudah duduk di sebelah dia. "Firhat, kenapa ni?"
Air mata yang sudah sedia mengalir kini makin lebat membasahi pipi. "Syauqi..."
Hello yorobun! Saya baca tau semua komen korang, and i was like...omg! Thank you! Me is soft! Cuma tak mampu nak balas semua (Im being fair, tak balas satu, tak balas semua hhoho).
And reading your comment jugak, i was like..hahaha, korang okey tak tu? I rasa bare minimum dah amount gula i tabur dalam cerita ni, eh sweet jugak. Korang ni lama sangat diet gula ni...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top