11
7 bulan kemudian~~
Hat berjalan perlahan sambil menolak troli dengan mata yang meliar memandang ke rak-rak yang penuh bersusun dengan pelbagai macam makanan bertin. Hat berhenti berjalan bila dia sampai di hadapan rak yang menempatkan cendawan butang.
Dia ambil satu tin, kemudian Hat ambil lagi satu tin cendawan jenama lain. Dia dah tahu jenama mana yang dia akan ambil, tapi dah jadi tabiat membandingkan jenama.
"Firhat nak masak apa cendawan tu?"
Hat tolehkan mukanya sedikit ke kiri. Dia nampak Key dah menunduk untuk isi beberapa botol air 100 Plus ke dalam troli, air kegemaran dia. Patutlah tiba-tiba hilang.
"Ingat nak masak spaghetti. Nak tak?"
Key dah berdiri sebelah dia, mata dah tertumpu dekat dua jenama cendawan dalam tin di tangan Hat. "Boleh je. Firhat nak masak bila?"
"Tak kisahlah bila-bila. Rasa nak makan, masak."
"Belilah. Yang dekat rumah dah habis, kan?"
Hat angguk dulu sebelum sambut soalan Key. "Dah, kan kita guna untuk buat pizza hari tu."
Key cuma mengangguk. "Ambillah kalau macam tu."
Hat buat seperti yang disuruh, dia ambil jenama yang selalu dia beli lalu letak ke dalam troli. "Lagi, nak beli apa?" Hat tanya suaminya.
Mereka selalu pergi membeli-belah barang dapur bersama-sama. Selalunya, yang akan tentukan nak beli itu dan ini tu, Key. Hat sekadar teman sahaja. Key itu, makannya agak memilih. Banyak benda yang dia tak makan kalau nak dibandingkan dengan Hat.
Hat jenis, asal halal, sedap, dia telan.
Lain pula dengan Key, bab makan dia sangat cerewet. Jadi, tak perlu banyak soal, Hat suruh je Key yang pilih bahan-bahan. Dia nak makan apa, beli. Balik nanti, Hat masak.
Habis cerita.
"Tadi saya lalu dekat depan tu, saya nampak dalam troli orang, ada banyak gila susu. Ada sale kot, jom pergi tengok kejap."
Kata-kata dari Key berjaya buatkan Hat tersengih. Dia tampar lengan suaminya, tapi perlahan sahajalah. "Suka tengok troli orang, busybody."
Key ketawa kecil. "Mana ada, dah dia lalu tepi saya."
Hat mencebirkan bibirnya, tak mahu percaya cakap Key. Bukan baru hari ini dia kenal suaminya. "Tu, rak susu." Hat tunjuk ke sebelah kiri mereka.
Key lencongkan troli pergi ke situ. "Eh, Dutch Lady ni sekotak RM 4.99, patutlah orang tadi borong macam apa je."
Hat pandang tanda harga. "Murah." Dia setuju dengan Key. Rak susu itu pun dah hampir nak kosong.
"Firhat nak flavor apa?"
"Strawberry dua, coklat dua." Hat cakap, Key tolong punggah ke dalam troli.
"Susu biasa, tak nak?"
"Ada full cream tak?"
"Ada low fat je."
"Tak payahlah. Susu biasa dekat rumah banyak lagi." Ujar Hat.
Dia nampak Key angguk, tapi lelaki itu tunduk lagi lalu dia ambil lagi empat kotak dan letak dalam troli buatkan mata dia terbuntang luas. "Eh, banyaknya!"
Key senyum segaris. "Ni saya punya, tadi Firhat punya."
Hat julingkan mata dia ke atas buatkan Key tergelak. Mereka berdua sama-sama hantu susu. Kadang pagi-pagi jarang buat sarapan, yang jadi ganti itu susulah.
Secawan sebelum keluar rumah, secawan sebelum tidur, macam budak.
"Saya nak beli cream cheese lah, Syauqi." Kata Hat bila mereka dah sampai ke bahagian peti sejuk.
"Nak buat apa?"
Hat panjangkan tangan dia untuk capai krim keju yang tersusun dalam peti. "Dah ada ni, macam-macam boleh buat. Semalam saya tengok Kak Ngah punya status, dia bake burnt cheese cake. Nampak sedap."
Hat berpusing ke belakang bila dia tak terima sebarang respon dari Key. Mulut yang nak terbuka jadi terkatup semula, lalu berganti dengan senyum.
Key tengah susun barang-barang dalam troli mengikut kategori sampai tertunduk-tunduk. Pengemas tak kira tempat sungguh!
"Syauqi."
"Ya?"
"Makan tak burnt cheese cake?" Hat tanya dari tempatnya berdiri.
"Makan. Saya suka. Firhat nak buat ke?"
"Haah." Sejurus Hat jawab, dia nampak muka Key berseri-seri.
"Bila?"
"Tengoklah, minggu depan ke." Hat nampak muka Key kendur pula tiba-tiba. Dah kenapa?
"Erm, okey." Jawab Key seperti berjauh hati. Lah...
Hat kerutkan kening dia. Tak faham dengan perubahan emosi sang suami. "Syauqi nak makan bila? Kalau lama sangat nak tunggu minggu depan, saya buatkan untuk Syauqi."
"Tak apalah. Firhat buat je bila-bila Firhat nak buat." Key dah senyum semula, tapi tetap saja Hat boleh mengesan sedikit perubahan pada air mukanya.
Senyum itu tidak semanis selalu.
"Syauqi..."
"Eh, betul ni, betul. Saya tak kisah." Tangan Key dah mula menolak troli. "Saya nak pergi tengok frozen food tau, nanti Firhat pergi dekat sana ya?"
Tak sempat Hat nak jawab apa-apa, Key dah berlalu pergi bersama troli.
Hat tak pelik, dia cuma tersengih tengok perangai Key. Hat tahu kenapa Syauqinya jadi begitu.
* * *
Key keluar dari lif bila pintu besi itu terbuka. Dia belok ke kanan dan jalan beberapa langkah, pintu rumah sudah menjadi tatapan dia.
Key cabut kasut dari kaki, dia tunduk untuk angkat kasut itu untuk disusun dekat rak kecil di tepi pintu, tapi mata Key tertancap pada sepasang kasut yang ada di situ.
Kasut Hat, lebih tepat, kasut kerja dia.
Hat dah balik? Dia tengok jam dekat skrin telefon, baru pukul 5.15 petang. Selalu Hat akan sampai lagi lambat dari dia. Awalnya?
Ke Hat pakai kasut lain? Kasut baru?
Key malas nak bertanya-tanya sendiri, dia keluarkan kunci dari poket seluarnya dan buka pintu.
Sebaik pintu terselak, Key terpempam. Terpaku dia di situ. "Firhat?"
Key sumpah terkejut tengok Hat sedang berdiri di hadapannya bersama dengan beberapa kuntum bunga di tangan yang sudah digubah menjadi jambak, manis tersenyum melihat dia.
Masih berdiri di situ, Key lihat Hat sudah mula menghampiri dia, bersama bunganya.
"Masuklah dulu, tutup pintu tu." Kata Hat sambil ketawa, terhibur sungguh dia tengok reaksi suaminya. Raja reaksi.
Oh, Key baru ingat, pintu mereka terbuka dengan seluas-luasnya. Cepat-cepat dia pusing dan tutup gril, kemudian dia masuk ke dalam dan tarik daun pintu. Siap kunci apa yang patut, Key pusing semula.
Kini, Hat dah berdiri betul-betul depan Key.
"Nah." Hat serahkan jambak bunga itu kepada Key.
"Untuk saya?"
Hat angguk. "Ya, untuk Syauqi."
"Kenapa?"
Hat tak jawab, sebaliknya dia ambil tangan suaminya dan pindahkan bunga itu ke situ. Kemudian, Hat rapatkan jarak antara mereka dan jengketkan sedikit kakinya lalu dia pergi memeluk leher itu penuh sayang. "Happy birthday and happy anniversary, Syauqi."
Usai membisikkan kata-kata itu, Hat lepaskan pelukan dia dan mendongak untuk temukan bibirnya ke pipi Key. Beberapa saat kemudian, Hat dah melangkah selangkah ke belakang untuk dia lihat wajah kesayangannya.
Key? Muka itu entahlah Hat nak kata macam mana. Beku, pana, terkejut?
"Syauqi?"
Hat nampak muka Key berubah. Beberapa saat kemudian, dia dah berdiri membelakangkan Hat.
Hat cepat merapat. "Syauqi?" Dia daratkan tangan ke bahu itu, Hat pergi menilik wajah Key, mahu periksa apa yang tak kena. Key tak suka ke?
Tapi sebaik dia nampak muka Key, terus senyum terbit di bibirnya. Mata Key sudah berair, menangis.
Laju dia lingkarkan tangannya memeluk pinggang itu. Memujuk tanpa kata.
"Janganlah nangis."
"Saya ingat Firhat tak tahu." Key kata sambil tergelak-gelak. Mungkin baru rasa segan, menangis macam budak kecil.
"Tahu... mana boleh tak tahu." Ucap Hat tulus, bila dia rasa Key dah sedikit stabil emosinya, Hat lepaskan pelukan mereka. Dia tarik lelaki itu pergi ke meja makan yang sudah penuh dengan makanan, tapi yang penting, ada kek keju kesukaan Key, khas dia buat sempena hari istimewa mereka.
"Firhat..." Suara Key dah ada ura-ura terharu.
"Syauqi, stop it." Hat ketawa lagi. Ish, geram pula dia kejap-kejap nak emosi ni. "Dah solat kan dekat office?"
"Dah." Macam orang lurus Key jawab.
"Boleh makan sekarang?"
"Boleh."
"Jom."
Hat dah ambil beg kerja Key dan letak ke tepi dinding kemudian kembali ke meja. Hat ambil kek hari lahir Key dan letak betul-betul depan suaminya.
Hat nampak Key baca apa yang dia tulis di atas kek itu kemudian dia mendongak mencari mata Hat.
Thank you for existing, and be the only key to my heart.
Hat kemudian keluarkan satu sampul surat dan beri dekat Key. "Bacalah."
Dia buka perlahan-lahan.
Happy birthday Syauqi. And happy first anniversary. Saya tahu birthday awak sama hari dengan hari kita nikah dulu, tapi things were different back there. Saya buat-buat tak tahu, and choose to ignore rather than wishing you on your day, on our day. Terima kasih, untuk setiap sabar awak dah bagi sepanjang setahun ni. I used to think, marriage is nonsense. But, not anymore. Untuk itu, terima kasih. I hope, from today and now on, we could grow together, sampai tua, sampai bila-bila. Thank you, for existing. I love you too, Syauqi.
Sincerely, Firhat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top