BAB 3
TENGKU Sulaiman tercari-cari isterinya. Dari tingkat atas sehingga ke bawah dia mencari. Pada waktu yang sama Eiman keluar dari kamar tidurnya dan terserempak dengan ayahnya di tangga.
"Eiman ada nampak ibu tak?"
"Tak nampak. Dekat dapur tak ada ke?"
Tengku Sulaiman gelengkan kepala. Mata Eiman terhala pada bilik Airis yang berada di hujung laluan. Bilik paling hujung sekali. Firasatnya kuat mengatakan Tengku Sofia berada di dalam bilik Airis.
Langkah kaki Eiman diatur ke bilik Airis. Dia mendapati pintu bilik itu terbuka kecil. Tengku Sulaiman mengekori langkah Eiman daripada belakang.
"Ampunkan Airis, ibu."
"Airis terlanjur dan sekarang Ai... Airis me... mengandung."
Sayup-sayup suara Airis menerkam gegendang telinga Eiman. Eiman tak jadi mahu menolak pintu bilik itu. Tangan dijatuhkan ke sisi badan. Akhirnya Airis memilih untuk mengaku. Setapak dia mengundur ke belakang. Baru dia tersedar siapa yang sedang berdiri di sebelahnya. Ayah.
Sudah tentu Tengku Sulaiman turut mendengar sekali pengakuan yang dibuat Airis.Belum sempat Eiman mahu menghalang ayahnya, lelaki itu sudah meluru masuk ke dalam bilik.
"Kau ulang semula apa yang kau cakap tadi Airis!" Memetir suara Tengku Sulaiman.
Airis tersentak. Ayah! Panahan mata Tengku Sulaiman menggerunkan. Kakinya digagahkan untuk memaksa dia berdiri menghadap orang tuanya. Wajah ibunya sekilas dipandang. Penuh dengan kekecewaan.
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Airis sehingga kepalanya terteleng ke tepi. Hujung bibir terasa pedih kerana ada darah mengalir akibat tergigit bibir sendiri.
"Kau mengandung?!"
Rahang Airis dicengkam kuat oleh Tengku Sulaiman. Memaksa untuk Airis memandang wajah bengisnya.
"Beritahu aku siapa nama lelaki tu! Aku nak lelaki tu bertanggungjawab!"
Airis bersusah payah menggeleng kepalanya dalam keadaan Tengku Sulaiman mencengkam rahangnya. Sakit! Tiada guna dia memberitahu nama Firash jikalau lelaki itu sudah meninggalkan dirinya. Semuanya sudah terlambat. Dia yang akan menanggung semuanya seorang diri.
"Jawab Airis!" Tempik Tengku Sulaimana kuat di hadapan muka Airis. Kesabarannya sudah hilang.
"Di... Dia dah tinggalkan Airis."
Tengku Sulaiman jatuh terduduk di hujung katil Airis. Kaca mata yang tersangkut di batang hidungnya ditanggalkan. Dia mengenggam penumbuknya sendiri mahu mengawal perasaan yang bergelora di hati. Ada cecair hangat yang mengalir di hujung matanya. Dia memandang wajah isterinya di sebelah.
"Kau dah malukan kami dengan perbuatan keji kau. Orang akan mengata yang aku ni tak reti didik anak. Anak aku terlanjur. Aku tak tahu di mana silap aku dalam mendidik kau selama ini. Aku berikan kau didikan agama yang secukupnya sejak kecik lagi." Tengku Sulaiman bersuara lemah.
Wajah Airis basah dengan air mata yang tak henti mengalir. Kata-kata ayahnya menusuk ke hatinya.
"Airis minta maaf ayah."
Tengku Sulaiman memalingkan kepalanya ke arah lain. Hatinya menjadi sakit melihat wajah Airis. Dia sedaya upaya menahan dirinya daripada menggasari Airis untuk kesekian kalinya. Cukuplah tadi dia menghadiahkan tamparan sulungnya kepada Airis.
"RUGINYA aku tak dapat tengok kau kena tampar dengan ayah tadi. Tak sangka kan anak kesayangan ayah ni sanggup buat benda terkutuk macam tu.Terlanjur sampai mengandung," ujar Mariya penuh sinis. Senyuman puas terlakar di wajahnya. Hatinya bersorak gembira apabila mendapat tahu kebenaran yang sebenar mengenai adiknya.
Airis pekakkan telinganya. Kemunculan Mariya di dapur ini sengaja mahu menyakitkan hatinya.
Mereka adik-beradik kandung. Seibu sebapa namun Mariya daripada dulu seringkali dengki terhadap adiknya sendiri. Ini disebabkan kasih sayang yang dicurahkan Tengku Sulaiman lebih banyak kepada Airis berbanding anaknya yang lain.
Tengku Sulaiman sentiasa mendahulukan Airis. Mariya jadi benci. Benci!
"Mana boyfriend kau tu? Dia tak nak bertanggungjawab ke?" tanya Mariya lagi. Dia sengaja bertanyakan sesuatu yang dia sudah tahu. Dia mendekati Airis yang sedang mengupas buah epal.
Airis masih beriak tenang.
"Ataupun... Dia dah lari?" Mariya bersuara terkejut. Dia menayang wajah simpati kepada Airis.
"Kesiannya adik aku ni kena tanggung semuanya seorang diri. Boyfriend kau tu tinggalkan kau sebab dah bosan dengan kau. Itulah padahnya kalau terlalu percayakan lelaki. Sekarang ni kau tengah mengandung anak luar nikah. Orang lain mesti tertanya siapa bapak budak tu nanti sedangkan kau tak kahwin lagi. Aku jijik la dengan orang yang macam kau ni."
Tiba-tiba Airis ketawa kecil. Buah epal merah yang sudah siap dikupas diletakkan di atas piring. Tangannya mengenggam erat pisau di tangan. Kemudian tubuh dipusing menghadap Mariya.
"Kak Mar.."
Selangkah Airis maju ke hadapan mengurangkan jarak di antara dia dan Mariya. Pisau diacukan ke arah Mariya.
Mata Mariya tertancap pada pisau di tangan Airis. Dia sedikit cemas melihat perubahan Airis.Setapak dia berundur ke belakang sebagai langkah berjaga seandainya Airis mahu menyerangnya. Berkali-kali dia menelan air liurnya sendiri.
"Kenapa Kak Mar undur ke belakang hurm?" tanya Airis lembut. Kepala disengetkan ke tepi.
Pisau diangkat tinggi ke atas mahu menyerang Mariya. Membular besar mata Mariya saat mata pisau itu ingin dibenamkan ke dadanya. Pantas dia berundur ke belakang sehingga rebah ke atas lantai.
Pecah ketawa keji Airis melihat Mariya menggeletar ketakutan.
"Airis bukan nak buat apa-apa pun dekat Kak Mar. Kenapa Kak Mar takut sangat ni?"
"Airis kan sayang Kak Mar."
Pisau dicampak ke atas lantai lalu terpelanting ke kaki Mariya.
Hampir terkena.
AIRIS sampai di meja makan semua orang sudah mengambil tempat masing-masing. Semua ahli keluarganya sedang berselera makan tanpa menunggunya. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Eiman. Perut sudah berbunyi hebat meminta untuk diisi makanan kerana sehari suntuk dia tidak menjamah apa-apa makanan.
Eiman tolong mencedokkan nasi ke dalam pinggan Airis dan meletakkan lauk kesukaan kakaknya. Airis perhatikan tingkah laku Eiman yang sangat menjaganya.
Airis tak meminta Eiman melayannya sebegini rupa. Adik lelakinya terlalu mengambil berat terhadap dirinya.
"Makan banyak-banyak Kak Airis. Hari ni akak langsung tak makan."
Airis sekadar tersenyum nipis. Wajah ibunya dipandang lama. Sungguh dia berharap ibunya akan membalas renungannya. Dia sedar keadaan takkan kembali seperti dulu. Semuanya berubah kerana kesilapannya sendiri. Dia lukakan hati orang tuanya.
Tengku Sulaiman dan Tengku Sofia menganggap Airis seolah-olah tidak wujud di meja makan itu.
Mariya menjeling Airis tajam.
Meja dihentak kuat tiba-tiba. Semua mata terus beralih kepada Tengku Sulaiman.
"Huh aku dah hilang selera makan!" bentak Tengku Sulaiman. Punggung diangkat dari kerusi dan terus meninggalkan ruang makan.
Airis menyuap nasi ke dalam mulut. Dikunyah perlahan-lahan. Ayahnya hilang selera makan kerana dia. Dia mengerti. Nasi yang sudah hancur, ditelan payah. Dia makan sekadar mahu mengisi perutnya yang kosong. Dari hujung mata dia lihat Tengku Sofia turut mengikut langkah Tengku Sulaiman.
Tidak sepatutnya dia turun makan sekali malam ini. Habis hilang selera makan semua orang. Airis mengutuk di dalam hati. Dua hari berlalu sejak semuanya terbongkar. Ayah mahupun ibunya tidak mahu bercakap dengannya apatah lagi pandang wajahnya.
Kini tinggal Eiman, Mariya dan Airis di meja makan.
"Makan la kak. Kalau akak sakit siapa yang susah. Man jugak yang susah. Susah hati."
Airis tak suka membebankan adik lelakinya. Eiman terlalu baik dengan dia. Sangat beruntung bakal isteri Eiman kerana memiliki seorang lelaki yang sangat memahami dan baik seperti ini.
Eiman tidak memandang serong terhadap Airis seperti orang lain lakukan.
Usai makan malam, Airis menolong Mak Wan mengemas meja makan dan menyuruh Mak Wan berehat. Dia sukarela mahu selesaikan tugas Mak Wan. Pinggan mangkuk dicuci semuanya.
Selesai mengemas dapur, Airis memijak anak tangga satu-persatu ingin masuk ke dalam biliknya.
"Aku nak cakap sesuatu dengan kau..."
Langkah Airis serta-merta mati. Dia menoleh ke belakang. Dia jadi berdebar-debar. Kemudian, dia mengikut langkah Tengku Sulaiman ke halaman rumah. Gazebo dituju.
"Aku akan hantar kau jauh dari sini sehingga kau melahirkan anak tu. Aku tak nak ada orang luar tahu yang kau ni dah terlanjur sampai mengandung. Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini."
Airis tergamam.
"Kalau kau tak nak ikut arahan aku... Kau bukan anak aku lagi. Kau boleh berambus keluar dari rumah ni dan jangan tunjuk muka kau depan aku. Aku tak nak nama keluarga kita buruk disebabkan onar yang kau dah buat."
"... Pilih anak haram tu atau maruah keluarga ni!"
Airis tersentak!
***
Jgn la jadi silent readers🤣
Story ni okay ke tak
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top