Bab 2 : Nama Saya Alisa..
Ikhwan tergamam tanpa berkelip matanya..
Balang gergasi yang menjadi center dalam bangunan gudang itu..
Seorang gadis tidak berpakaian di dalam balang gergasi tersebut,Ikhwan memerhatikan lama dan menundukkan wajahnya sambil memicit batang hidungnya.
"Allah dosa... apa sal dia tak pakai apa-apa? Hilang pahala aku..." omel Ikhwan menekup muka.
Ikhwan tidak berkata banyak dan menuju ke mesin yang memantau balang gergasi itu,Ikhwan memerhatikan setiap manual yang di hadapannya. Remaja itu mula menekan-nekan kekunci,untuk membebaskan gadis itu rasanya.
"XCB-00.. kondisi fizikal 100%... bacaan mana 120%... kepantasan... kepandaian... ketepatan.. semuanya...sempurna.. mereka sebenarnya buat apa? Hmm.. mana butang nak bagi dia bebas?"
Kachak!
Ikhwan terhenti dari melakukan urusannya,dia hanya menjeling ke belakang. Ikhwan sedar dia sedang diacukan muncung pistol,hanya beberapa meter sahaja.
"Berhenti apa yang kamu lakukan..." kata individu itu,seorang lelaki.
Ikhwan mengangkat tangan namun masih membelakangkan lelaki itu.
"Hey mister,what are you doin? Something nasty? Or naughty?" Ikhwan berseloroh.
"Mind your word kid.. I'm not some kind pervert.."
"Ah really? And why she didn't wearing anything? You make me wasting my pahala.." balas Ikhwan sempoi.
"You really wanna die huh kid?"
"Death and live is synonym thing.. but I know.. my time is not today.."
Lelaki itu ternyata berang dengan provokasi Ikhwan,dia terus menarik picu pistol dan Ikhwan mengelak dengan bergerak ke kanan. Lelaki berpakaian kot makmal,melepaskan tembakan bertalu-talu.
BANG!!
BANG!!
BANG!!
Ikhwan terus bergerak pantas mengelak tembakan daripada lelaki berpakaian kot makmal,cara lelaki berpakaian kot makmal menembak dengan pantas dan hampir mengenai Ikhwan.
"Kau okay ke tu?" Karma menyoal dengan tiba-tiba.
"Hah? Nope aku tak okay! Aku tengah elak peluru ni!"
"Apa yang berlaku? Pinjam vision kau..hah? Ouhh..." Karma tersengih melihat balang gergasi itu.
"Kau apahal?" Ikhwan tidak sempat nak halang sebaik melihat apa yang Ikhwan nampak tadi.
"Patut la senyap je.. seronok eh kau layan free show?"
"Wak lu free show!!" balas Ikhwan bengang terus memadamkan vision pada Karma.
"Hek eleh... kedekut.." muncung Karma tak puas hati,manakala lelaki berpakaian kot makmal menukar senjata lebih sedikit iaitu shotgun.
"BERHENTI MENGELAK!!" Jerit lelaki berpakaian kot makmal dan melepaskan satu das tembakan.
"Dan tadah tembakan kau? Memang tak lah!"
Lelaki berpakaian kot makmal menarik sepucuk lagi pistol,dua das tembakan dilepaskan dan impak benda yang terkena menjadi hancur berkecai.
BANGG!!
BANGG!!
"Gah!? Berapa banyak senjata dia ada ni?!" rungut Ikhwan mengelak serangan yang dihalakan ke arahnya.
Ikhwan menyalakan api dan menepis tembakan daripada lelaki berpakaian kot makmal,namun tepisan Ikhwan menyebabkan peluru melencong ke arah balang gergasi yang ada gadis itu tadi.
BERLUBANG!
Walaupun tidak mencederakan gadis di dalam balang gergasi,air di dalam gergasi keluar melalui lubang hasil dari tembakan lelaki berpakaian kot makmal.
"No! Curse you!!" Lelaki berpakaian kot makmal mengacukan pistol lagi sekali ke arah Ikhwan.
"Kau yang tembak apahal salahkan aku?!"
"Diam!! Kalau kau duduk diam-diam,ianya tak jadi macam ni!!"
Lelaki berpakaian kot makmal menukar lagi sekali senjatanya,sejenis senjata riffle auto dan melepaskan tembakan lebih laju dari sebelum ini!
"Oups! Ouh!! Whoops! Jaga sikit kelengkang! Kuak lentang satu kali! Apa hal aku ni main-main?!"
"Sial kau! Sial kau! Berhenti bergerak!!" Jerit lelaki berpakaian kot makmal melepaskan tembakan ke arahnya.
"Karma!" Ikhwan memanggil Karma.
"Kau apahal?" Karma menyahut pantas.
"Karma! Sync dengan aku!"
"Dengan keadaan badan kau sekarang? 50% pun tak lepas la!" Karma menjawab.
"20%.. I just need 20%.."
"Fine.. lets do it... after this.. REST!" Karma membebel.
"Ya.. apa kau? Mak aku ke?" soal Ikhwan.
"Buat.. sekarang jugak!" Karma berkata geram.
Ikhwan dan Karma menumpukan kuasa dalaman bersama,sebaik mereka sudah selaraskan kuasa masing-masing dengan segera Ikhwan mengaktifkan kuasanya.
Anak mata Ikhwan berubah warna dari hitam kepada kebiruan,kemudian menghasilkan perisai menghalang tembakan peluru daripada lelaki berpakaian kot makmal.
Tindakan remaja itu mengejutkan lelaki itu dan Ikhwan sudah bergerak pantas mendekati lelaki itu,lantas Ikhwan segera menghayunkan penumbuk tepat ke muka lelaki berpakaian kot makmal.
"BLAZING RUSH!!"
DUSYUUMMM!!
"Arghh..!!!" Lelaki berpakaian kot makmal tercampak dengan badan berpusing sebelum merempuh beberapa mesin.
Siren yang kuat kedengaran dan Ikhwan tergamam,dia mula merasa menyesal kerana merasai ada satu daya kuasa yang amat kuat sedang menuju ke sini.
"Bukan orang tadi.. ada fighter lain ke? Ah sudah.." ujar Ikhwan dan ingin beredar,namun matanya memandang ke arah gadis yang berada di dalam balang gergasi itu.
"Apa yang kau nak buat?"
Ikhwan mengaktifkan skill miliknya dan api marak,kemudian api itu semua terus berterbangan ke pelbagai arah di dalam makmal itu.
"Hey,skill tu?" soal Karma dan Ikhwan segera melangkah.
"Kau nak biarkan gadis tu di sini?"
Soalan Karma menghentikan langkah Ikhwan,dia dalam keadaan membelakangkan balang gergasi itu.
"....."
************
Makmal mengalami kerosakan yang agak teruk,beberapa individu sedang memeriksa keadaan makmal dan membantu lelaki yang ditumpaskan oleh Ikhwan tadi.
Seorang lelaki berambut warna purple,berdiri sambil mencekak pinggang. Matanya memandang ke arah balang gergasi yang kosong dan pecah,air membanjiri lantai dan dia dihampiri oleh seorang wanita.
"Seseorang bawa lari 'senjata' kita..." kata wanita berambut merah dan lelaki berambut purple hanya menjeling ke arahnya.
"Ada dapat footage dari CCTV?" soal lelaki berambut purple.
"Nope.. ianya macam dipadamkan.." jelas wanita berambut merah.
"Panggil Ghost.. cari siapa yang buat onar di sini..aku nak dia pulangkan balik apa yang dia ambil.."
Wanita berambut merah hanya mengangguk faham dengan arahan lelaki berambut ungu.
Salah seorang pengikut yang sedang memeriksa keadaan sekitar makmal,terkejut kerana menemui satu bulatan magic kecil dihasilkan dari kesan ukiran menggunakan api yang panas.
"Apa ni?" Saat dia mahu menyentuh,bulatan magic kecil itu bersinar.
Lelaki berambut ungu tersentak apabila menyedari sesuatu,dia memandang ke atas dan terkejut melihat puluhan bulatan magic di serata tempat makmal itu.
"Apa semua ni?"
Setiap bulatan magic itu ada kiraan yang sama,bermula dari 10 bertukar kepada..
9..
8...
7....
6.....
5......
Lelaki berambut ungu membesarkan mata apabila menyedari jenis magic itu,dia membuka mulut memberi amaran pada yang lain.
"Semua! Keluar! Keluar dari makmal ini!!" Lelaki berambut ungu menjerit lantang,semua kehairanan dan kiraan pada bulatan magic sudah pun kosong.
BOOOOMMMMM...!!!!
DE-GOOMMM!!!!
Semua bulatan magic itu mula bersinar,lalu satu letupan yang amat kuat berlaku.
Makmal tersebut hancur kerana letupan,wanita berambut merah terkejut kerana tidak menjangkakan perkara ini berlaku.
Lelaki berambut ungu bangkit dari runtuhan makmal yang hancur,jelas air mukanya menahan kemarahan dan menyeringai.
"DAMN IT!!!"
Lelaki berambut ungu menjerit kemarahan melepaskan auranya,wanita berambut merah hanya memerhatikan sahaja dan tertanya siapakah yang menceroboh kawasan tersebut.
**********
Sebuah kafe yang agak klasik,di satu sudut kawasan agak terasing. Ada satu meja dihidangi secawan kopi krim,ada tangan mencapai lalu dihirup air kopi itu oleh Farhan.
"Hey kau sorang je? Mana sorang lagi?" soalan itu datang dari satu figura yang di kaunter bartender.
"Entah.. misi solo katanya.." Farhan menjawab.
"Patut la muka cam cemberut.. kena tinggal rupanya.." kata lelaki itu,Hisyam Al'Jaffar pemilik kafe itu.
Farhan bengang mendengar usikan Hisyam sambil ketawa,Farhan mengeluarkan sekeping not duit dan diletakkan di atas meja lalu bangun.
"Eh nak ke mana? Takkan merajuk haha.."
Farhan malas nak melayan usikan orang tua itu,dia berjalan keluar dari kafe sambil diperhatikan oleh Hisyam. Lelaki itu hanya tersengih,sebelum merasai kehadiran seseorang yang digeruni olehnya.
"Abang... berani eh.." satu figura memegang kuali dengan raut wajah tengah marah.
"Erkk.. Eda? Tu kuali tu nak buat apa?" Tidak menjawab soalan suaminya,Eda terus mengangkat kuali.
TUNGG!! TONGG!!
Hisyam menunggeng pada lantai dan kepalanya berasap,wanita itu mencekak pinggang dengan muka yang menahan marah.
"Usik lagi customer sampai lari?! Dia tak habiskan minuman saya buat!!" Keluh Eda ataupun Syaheeda Al'Muzir.
"Tapi dia bayar kan.. tengok?" Hisyam berkata sambil menunjukkan duit yang ditinggalkan oleh Farhan.
Eda mengetap gigi dan menggenggam erat kuali lalu merenung tajam ke arah Hisyam.
"THATS. NOT. THE.. MAIN.. POINT!!" Eda mengangkat kualinya siap sedia untuk dihayunkan.
"Sayang? Sayang? ARGHHH!!!"
Farhan pula yang berjalan di kesibukan kota memeriksa telefon pintarnya,ketika diusik oleh Hisyam dia menerima pesanan ringkas di dalam telefon pintar miliknya.
Bro,
Boleh kau datang rumah aku?
It's emergency! Faster!
: Sepupu Gila
Farhan tiba di hadapan sebuah apartment,dia memandang ke arah balkoni dan terus melompat tinggi sehingga mendarat dalam balkoni tadi.
Pintu sliding dibuka dengan tiba-tiba,Farhan mengeluh sahaja dan ingin menyoal namun tangannya ditarik lalu dia diheret masuk.
Pintu sliding ditutup rapat semula...
"Oi! Apahal kau tarik aku macam tu? £¥$€#!!!" Farhan menyoal tidak puas hati dan Ikhwan sudah duduk di kerusi gaming lalu menggaru-garu pipinya.
Farhan ingin terus berleter tetapi terhenti kerana dia mendapati ada sekujur tubuh,berbaring di atas tilam di sebelahnya. Farhan mukanya pucat dan Ikhwan masih tersengih,Farhan menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus.
"APA BENDA NI SETAN?!"
"Benda kau kata? Kan manusia tu?" Ikhwan menjawab.
"Memang la manusia? Kau rogol dia ke? Tak ada pakai apa-apa ni?" Soal Farhan.
"Kau tahu pulak? Aku tutup badan dia pakai selimut tebal lagi?"
"Aku tahu dari bentuk badan.." balas Farhan dan Ikhwan memandangnya dengan muka curiga.
"Apahal kau pandang aku macam tu?"
"Tak ada la.. cuma kau boleh walau tutup macam tu.. ni mesti banyak tengok badan perempuan.."
"Sebelum kau nak teruskan lagi.. beritahu aku apa situasi kau sekarang ni!" Farhan membidas dengan urat bengang sudah timbul.
Ikhwan tersengih melihat reaksi Farhan,dia kemudian menjelaskan apa yang berlaku tanpa tertinggal satu pun.
Farhan mengerutkan dahi dan mengusap-usap mukanya,mendengar penjelasan sepupunya itu langsung tidak membuatkan dia bertenang.
"Jadi kau bawa perempuan atas sebab kasihan?" soal Farhan.
"Well... something like that?"
"Kau gila ke apa? Dah tu apa perancangan kau lepas ni?" Farhan mengeluh.
"Hmm..."
"Jangan cakap kau bawak dia lari tanpa fikir jauh..." duga Farhan dan Ikhwan tersengih buat muka comel.
"Teehee!"
"Ini kau punya 'teehee' ingat comel!" Farhan menghayunkan ketukan kepala pada Ikhwan.
"Gahh!!?" Ikhwan mengaduh kesakitan,kepalanya benjol dan Ikhwan tersengih.
"Sial..."
"Huh?"
"Kurang asam kau!? Kau ketuk kepala aku? Aku bayar zakat tahu tak?!"
"Apa? Macam la kau sorang je bayar zakat?!"
Gadis yang masih terbaring mula bergerak-gerak matanya,kelopak mata dibuka perlahan-lahan dua orang sepupu itu yang tengah bertekak terhenti perbuatan mereka.
"Saya.. di mana?" soal gadis itu dalam keadaan masih baring,Ikhwan dengan selamba menolak Farhan sehingga terjatuh lalu mendekati gadis itu.
"Awak okay? Bagaimana awak rasa sekarang?" soal Ikhwan dan gadis itu memandang Ikhwan,gadis berambut putih tersedar.
Farhan bangun dan duduk di sofa lalu memerhatikan sahaja.
"Awak pemuda di makmal tadi.." jelas gadis berambut putih
"Awak sedar? Saya fikir awak dalam keadaan tidur.." soal Ikhwan dan gadis berambut hitam mengangguk.
"Half-Sleep.. saya dengar dan nampak dari dalam balang.." jelas gadis berambut putih.
"XCB-00.." ujar Ikhwan dan gadis berambut putih tersentak.
"Itu kod apa? Nama itu muncul di skrin yang disambungkan pada mesin balang gergasi itu.." jelas Ikhwan sambil memberikan soalan.
"XCB-00..itu adalah kod saya.." jelas gadis itu.
"Siapa awak sebenarnya.."
"Human-Cpu Biology..." jawab gadis berambut putih itu.
"Human-Cpu Biology? Apa tu?" Ikhwan menyoal ingin tahu dan gadis itu menjawab.
"Lebih tepat senjata bernyawa.." jawapan gadis berambut putih,membuatkan Ikhwan dan Farhan terkejut.
Suasana menjadi tegang seketika,sehingga Farhan berdehem dan Ikhwan menoleh ke arahnya.
"Hey Wan.. kau ada baju perempuan tak?" soal Farhan berbisik.
"Untuk apa?"
"Untuk awek kau ni ha! Takkan kau nak biar macam tu je?!" Farhan berkata dalam keadaan berbisik,tetapi lebih menekan tepat ke telinga kanan Ikhwan.
"Ouhhh... haha...."
Beberapa Minit Kemudian...
(Ini cuma penampilan je,bukan rupa sebenar gadis berambut warna putih salji)
Farhan agak kagum melihat pakaian yang dipakai oleh gadis berambut putih,lebih tepat dia tak sangka pula Ikhwan pandai memilih pakaian wanita?
"Boleh tahan pilihan kau..."
"Kan? Aku pun ada taste dalam fashion okay?" Ikhwan berkata bangga.
"Kau ada cross dressings di rumah ke?"
"Apa? Kau ingat aku ni apa?"
"Jadi apa? Kenapa kau ada pakaian perempuan?"
"Tu Iris punya okay? Dia kadang suka datang bermalam di rumah aku.." jawab Ikhwan mempertahankan dirinya.
"Aku agak curiga pasal tu.." soal Farhan menjeling Ikhwan.
"Okay aku call dia,kau tanya la dia.." ujar Ikhwan lagi.
"Tak perlu.. tak perlu...aku percayakan kau.." kata Farhan dengan tersenyum manis.
"Kau nak kena tumbuk?"
"Maafkan saya..." sapaan gadis itu membuatkan Ikhwan dan Farhan menoleh ke arahnya secara serentak.
"Tak apa ke saya pakai baju ni?" soal gadis itu.
"Tak apa..saya rasa adik saya pun kisah.." ujar Ikhwan.
"Kau pasti ke? Dari apa yang aku ingat la,tercuit sikit minah tu dah mengamuk.." soal Farhan dengan nada yang perlahan.
"Kau diam.." balas Ikhwan pendek.
"Err awak...?" Gadis itu kehairanan.
"Nama awak siapa?" soal Ikhwan.
"Nama?" soal gadis berambut hitam.
"Ya nama awak..takkan awak tidak ada nama?" kata Ikhwan.
Gadis itu menundukkan kepalanya,dia teringatkan satu memori ketika dia masih berada di dalam balang gergasi.
Dia jelas melihat dua orang berdiri di hadapannya,seorang lelaki dan seorang perempuan.
"CBX-00? Itu nama dia?" soal si perempuan.
"Yeah...dia cuma senjata je,tak perlu masukkan sifat manusia.." kata si lelaki pula.
"Saya baru nak berikan dia nama!.."
"Jangan nak buat keputusan sendiri... dia tak perlukan nama! Ianya akan buat dia menjadi lemah.." si lelaki berkata sambil beredar.
Si perempuan itu hanya memerhatikan sahaja si lelaki beredar,dia tersenyum dan gadis yang berada dalam balang tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas.
"Alisa.." gadis itu terkejut mendengar apa yang si perempuan katakan.
"Nama awak Alisa.." kata si perempuan sambil tersenyum.
"Saya harap awak mampu hidup bebas sebagai manusia,bukan sebagai senjata..."
"Hello?" Lamunan gadis itu tersentak dan dia kembali ke waktu sekarang.
"Hmm?" Alisa terkebil-kebil dan baru teringat,remaja di hadapannya yang membawanya pergi dari terus terkurung dalam balang.
"Awak okay? Awak diam je dari tadi.." Ikhwan menyoal dan gadis itu menggelengkan kepala sambil tersenyum.
Melihat senyuman gadis itu buatkan Ikhwan sedikit merah padma,Farhan juga tidak terkecuali dan Ikhwan berdehem kuat serta merenung tajam seperti berkata 'jangan sibuk!'
"Hek eleh..."
"Alisa..."
Ikhwan dan Farhan menoleh ke arah gadis itu,dua orang remaja itu berpandangan dan memandang semula ke arah gadis berambut putih.
"Nama saya Alisa.." kata gadis itu sambil tersenyum memberikan namanya.
"Alisa... sedap nama awak.." ujar Ikhwan tersenyum dan Farhan mencebik.
"Okay! Jom keluar!" Ikhwan memetik jari,Farhan dan Alisa termangu hairan.
"Huh?!"
*********
LebuhRaya Gaia City,Mentari
1045 AM
Puluhan kenderaan meluncur di atas jalan raya,terlihat sebuah kereta meluncur laju memintas satu kenderaan demi satu kenderaan. Individu yang bertanggungjawab memandu kereta tersebut,siapa lagi kalau bukan Ikhwan manakala Farhan di tempat penumpang depan dan Alisa di belakang.
"Kau nak ke mana?" Farhan menyoal.
"Cari pakaian untuk dia la.."
"Gaia City bukan ada kedai pakaian wanita?"
"Kau tahu pasal pemakaian perempuan?" soal Ikhwan dan Farhan terdiam sebelum menggelengkan kepala.
"Ha.. aku pun tak pakar sangat.. jadi kita kena cari yang pakar.."
"Siapa?" Farhan menyoal.
"Kita kena pergi Gloria City,bandar Fashion kita.."
"Gloria City?"
Kereta milik Ikhwan menyusur masuk ke pintu jalan utama memasuki bandar Gloria,suasana di Gloria City lebih sibuk dan sesak berbanding Gaia City.
"Oopss.. pack gila jalan,salah waktu kita datang.. hahaha..." ujar Ikhwan bersahaja.
"Hadap jem... urrghh.." keluh Farhan dan Alisa hanya diam,matanya memerhatikan keadaan kesibukan bandar itu.
Ikhwan menghentikan kenderaan dan memberi isyarat belok ke kiri,kemudian membelok masuk ke satu bangunan. Ikhwan berhenti di parkir petak biru,dia keluar dan disusuli Farhan manakala Alisa dibantu Ikhwan membukakan pintu.
Jari-jemari Ikhwan menekan sesuatu pada panel kawalan,lalu kenderaan milik diangkat dan diletakkan pada petak kosong. Alisa agak tergamam,dicampur rasa kagum.
"Kenapa kereta awak diangkat ke atas?" Alisa menyoal jujur dan Ikhwan serta Farhan berbalas pandangan.
"Bangunan adalah tempat menyimpan kenderaan,bagi tujuan keselamatan.."
"Keselamatan? Ada serangan misteri ke?" soal Alisa tanpa rasa bersalah dan Ikhwan berdehem.
"Bukan tu.. keselamatan dari dicuri dan harta benda di dalam kenderaan dirampas.." jelas Ikhwan dan Alisa cuba memahami,Farhan hanya memerhatikan keadaan itu.
"Okay dah! Jom!" Ikhwan berkata sambil melangkah pergi,Alisa menyusuli dari belakang.
Farhan hanya menghela nafas pendek,lalu melangkah mengekori Ikhwan dan Alisa.
Wanita berambut merah tergamam,dia membesarkan matanya kerana dia melihat Alisa yang berjalan bersama dua pemuda tidak dikenali.
"CBX-00?"
Nama : Alisa,CBX-00(kod nama)
Stail Berlawan : Teknik tersendiri
Jenis Kelas : Wizard & Mage
Gelaran : Ultimate Weapon
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Hello guys
Apa pandangan korang untuk dua bab terawal?
Ada nampak perbezaan?
Teruskan bersama aku
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top