Bab 5
SOFEA mengelamun dalam bilik seorang diri, setelah 2 minggu berlalu akhirnya Aryan dimiliki oleh perempuan lain. Dia telah dimadukan. Sepanjang itu juga dia menangisi nasib diri, dia anak yatim piatu. Siapalah nak pertahankan? Mak cik dan pak cik dia pun tidak komen tentang ini, mereka bukan peduli. Dan, dia sendiri terpaksa menyetujui perkahwinan kali kedua suaminya. Perit memang perit, namun semuanya telah terjadi. Dia harus tabah dan meneruskan hidup.
Semalam giliran Aryan tidur di rumah ini, dingin sekali. Tidak menyentuh dirinya, bercakap pun tidak. Apalah salahnya? Kerana tidak mahu menambah sakit ini, dia berpura-pura tidur. Tepat pukul 2 pagi, dia lihat Aryan tertidur lena di sebelah. Direnung wajah suaminya, rindu menggigit jiwa, merindukan kenangan manis mereka yang tak akan sama seperti dulu. Cinta itu juga mungkin sudah pudar di hati Aryan.
Begitu sengsara hidup berkongsi kasih. Lagi-lagi bila suami berubah dingin dan beku. Layanan nak tak nak, suaminya itu seolah-olah telah tawar hati bila berada di sisi dia. Bila difikirkan semula, berbaloi ke dengan pengorbanan yang dilakukan ini jika tidak dihargai? Apa salahnya Aryan melayani dia dengan mesra dan penuh kasih sayang walaupun berpura di luaran. Bukankah itu sepatutnya Aryan lakukan untuk membasuh luka hati wanitanya ini?
Sofea bangkit, sesak dengan monolog penuh luka ini. Dia hela nafas, dan hembuskannya deras. Kaki dibawa ke jendela, menguak luas tingkap. Hembusan bayu meniup wilayah wajahnya, seakan memujuk rawan di hati. Bibirnya melengkung menghadirkan senyuman tawar.
"Mungkin aku kena keluar dari rumah ni... Bercuti ke? Manalah tahu dapat lupakan masalah yang membelenggu diri. Buat apa kan bersedih dan terperuk dalam rumah, aku juga jadi sengsara..." Sofea bercakap sendiri, dadanya dilurutnya lembut. Memujuk hati, siapalah dapat pujuk kalau bukan diri sendiri, kan?
Dalam tempurung kepala bermulalah rancangan yang terpeta. Tempat yang teringin sekali dia pergi, dia akan menuju ke sana. Bukan dapat pergi pun sebelum ini, dia selalu jadi rapunzel dalam rumah. Taat pada suami, jaga rumah, masak dan seumpama dengannya, tapi begini balasannya. Lebih baik dia keluar. Mata menyaksikan alam, telinga pula mengecapi seruling bunyian alam.
Assalamualaikum... Fea nak bercuti... Izinkan ya, abang? Doakan Fea selamat dalam perjalanan...
Banyak kali dia renung pesanan teks yang dihantar oleh Sofea. Hatinya berdesir bimbang, selama ni Sofea tak pernah nak bercuti seorang diri selain mengajak dia bersama-sama. Tiba-tiba pula isterinya berubah? Segera jemari kasarnya bertelagah di keypad, dan pesanan itu dibalas.
Waalaikumussalam... Fea nak pergi mana?
Menunggu hampir 10 minit, tidak ada pula balasan. Baru dia nak call Sofea, panggilan dari Lisa pula menjengah. Lantas wajahnya terlakar ceria, bibir menguntum senyum lebar. Panggilan segera disambut, suara manja Lisa mengamit rindunya terhadap isteri keduanya itu.
"Abang pun rindu Lisa... Lisa buat apa kat rumah?" Aryan menyoal lembut, masih terbayang momen indah bersama Lisa sejak mereka diijab kabul. Selepas menikah, kenikmatan itu lebih berganda. Terasa tidak mahu berenggang. Kadang bila giliran bermalam di rumah Sofea, fikirannya melayang mengangankan tubuh Lisa. Dia gila bayang!
"Nothing... Abang baliklah rumah. Lisa rindu abang..." Lisa mula merengek manja, matanya menjeling lelaki di sebelahnya yang sedang merangkul erat pinggangnya. Dia senyum sinis. Memang taklah dia nak terperap dalam rumah, baru hari ni dia berani keluar dan berfoya-foya dengan skandalnya, Zaquan. Lepas kahwin pun dia tak ada niat nak setia pada Aryan. Well, siapalah tak kenal Lisa. Playgirl yang punya ramai lelaki... Tujuan dia kahwini Aryan pun untuk lihat kehancuran rumah tangga Sofea kerana menyaksikan wajah muram Sofea telah menebarkan kepuasan bagi dirinya. Dulu Sofea merampas kekasih hatinya, Seth Raden. Kini, balasan menimpa perempuan itu.
Rasakan! Padan muka!
"Tak boleh, baby. Abang banyak kerja... Petang nanti abang balik... Tapi lewat sikit..."
Lisa hanya tampal gelak penuh kepura-puraan setelah talian dimatikan. Handphone dicampak ke atas sofa. Kini, Zaquan sedang ralit mengucup lehernya. Lisa mencengkam rambut Zaquan. Nafsunya bergelora, tanpa fikir dosa mereka tenggelam dalam lautan dosa.
Aryan mengeluh, dagunya yang ada sejemput janggut diusap-usap. Bukan dia tak dapat dengar macam ada hembusan nafas lain dari talian tadi, yang agak kasar. Tak mungkinlah Lisa curang dengan aku? Selama ni, Lisa setia dengan aku je. Abaikan jelah. Dibuang jauh-jauh firasat buruk itu, jemarinya menyelak dokumen yang harus di sign. Selang 5 minit dia teringatkan Sofea pula, di cek semula handphonenye. Langsung tak berbalas lalu dia buat keputusan hendak mendail nombor isteri pertamanya. Menunggu beberapa saat berlalu, masih tidak berjawab. Diulang sampai 3 kali, masih juga operator menjawab. Kemana pulak isteri aku, ni?
SOFEA hanya melihat saja panggilan itu mati sendiri. Dia memang sengaja tak membalas dan menjawab panggilan tersebut, malas nak hancurkan mood dia hari ni. Kini, dia berada di lapangan terbang. Tiket sudah dibeli, tengah beratur aje menunggu masuk ke dalam kapal terbang.
Disimpan semula handphone dalam kocek baju hoodienya. Bibir yang terasa kering dijilat perlahan, tadi dah guna pelembap bibir. Kena touch up lagi. Sengaja tak nak pakai lipstick, takut ada orang jadi angau kat dia. Well, Sofea dari bangku sekolah selalu jadi igauan lelaki. Dia hanya punya seorang bekas boyfriend saja, iaitu Seth Raden. Namun, hubungan tidak kekal kerana Seth berpindah jauh ke luar negara. Belajar di sana, dan mereka berpisah dengan cara baik. Tak lama selepas itu, dia sambung belajar di kampus, maka terjadilah adegan kejar mengejar antara lelaki kampus yang kacak bergaya di sana.
Dan, di situlah bermula kisah dia ditemukan dengan Aryan Zafran, lelaki berkarisma, gentleman dan kacak bergaya. Lama juga tempoh dia menerima Aryan, hatinya sedikit keras mungkin. Sejujurnya masa itu, masih berbekas nama Seth Raden di hatinya. Tak menyangka takhta hatinya dirampas oleh Aryan. Tapi, kini... Aryan berubah.
Lelaki... Mana pernah setia?
Lelaki... Hanya tinggal janji...
Sampai je dalam pesawat, Sofea ambil tempat duduk. Sekali sekala bazirkan duit bayar tempat vip. Selama ni menyimpan aje duit tu, kini tibalah masa nak laburkan. Dia menyelesakan tempat duduk, nyaman betul. Empuk sekali tempat duduk ni, lekas dia pejam mata.
Menikmati saat-saat yang jarang sekali dia dapat rasakan. Melancong seorang diri tanpa sesiapa mengganggu. Tidak akan dibazirkan hidup ini dengan menangis tidak tentu hala, biarlah dihapus luka itu seketika. Dan diganti dengan rasa riang yang nyata terpaksa namun, lama kelamaan pasti jiwanya benar-benar bahagia dengan takdir dari Ilahi ini.
"Ehem..." Dehaman seseorang menampan telinganya. Berkerut-kerut dahinya, namun tak pula dia buka mata. Mungkin dehaman itu bukan untuknya, bukan dia kenal sesiapa pun di sini. Orang-orang kaya, kan.
"Excuse me, Miss..."
Terasa bahunya dicuit-cuit. Er, siapa pulak yang kacau ni? Tak nampak ke dia dah tutup mata? Anggap ajelah dia dah ke alam mimpi. Elok ke nak kacau orang yang tengah tidur?
"Nak apa?" Dipaksa jua bibir merah bak delimanya mengujar pertanyaan. Yang nyata, nadanya malas.
"You duduk tempat I..."
Kelopak matanya yang bundar itu terbuka luas. Tak terkelip matanya menyaksikan makhluk Tuhan paling kacak ini. Er, tapi... Macam pernah nampak? Dia ni bukan ke...?
"Sofea Anara? Wow... Speechless..."
Sofea lagilah tak terkata.
8 Jan 23
...
Writer's comment : Er, sory lmbt... Melayan drama smpai lupa menulis... Hehe... Jgn mrah2, bykkan brsbr membaca buku ni...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top