Bab 4

"FEA tanya ni! Abang jawablah!"

Aryan kekal membisu. Dia tak ada mood, soalan itu tak seharusnya muncul di bibir Sofea tika mereka sedang atas katil dan bermesra setengah jam lepas. Kenapa nak hancurkan momen indah dengan soalan yang tak munasabah? Argh, entah kenapa dia pula teracun dengan emosi. Bengang dengan diri sendiri, kerana gagal hendak beri alasan kukuh pada Sofea.

"Abang!" Sofea cuba sabarkan hati, namun Aryan segera peluk dia. Dia pula terdiam.

"Fea tak ada kurang, abang yang kurang iman... Abang sayang dia, boleh tak izinkan abang kahwini dia? Abang tak nak bergelumang dengan dosa lagi... Please, I'm begging you..."

"Abang kejam... Isteri mana yang rela dimadukan, abang?" Bibirnya menggeletar, menyoal sang suami. Setelah dia usaha setahap ini, suaminya tetap begitu. Mahukan perempuan tak guna itu! Dan dia ini manusia tidak punya hati dan perasaan ke? Dia ini patung?

"Tapi, abang tak ada pilihan. Fea nak abang tanggung dosa sepanjang hayat abang?" Aryan mengeluh kesal. Dia hendak bertanggungjawab, mungkin ini masanya. Kalau ditangguhkan, dia takut Lisa akan mengandungkan anak dia. Jika perkara itu berlaku, lebih merumitkan keadaan.

"Abang bahagia bersama dia?" Sebak Sofea menyoal, hatinya tersiat-siat pedih.

"Abang bahagia..." Aryan menjawabnya perlahan.

Sofea pejam mata, berjuraian air mata mengalir lesu di pipinya. Dia cekalkan hati yang terhiris luka dengan bicara Aryan. Hatinya terlalu dicengkam kesakitan, bagaikan rasa hendak mati.

"Fea benarkan abang kahwini dia. Dengan syarat, abang kena adil. A... abang..." Teresak-esak dia hamburkan tangisan. Benarkah dia yang ungkapkan ini?

"Maafkan abang... Dan, terima kasih... Abang janji akan berlaku adil."

Semakin erat dia merangkul tubuh Sofea. Dalam hati dia memanjat kesyukuran kerana isterinya lembut hati, dia tak akan sia-siakan peluang yang diberikan oleh Sofea. Dia berjanji dengan diri sendiri untuk bersikap adil. Kasih sayang akan diberikan sama rata. Itu janjinya.







"FEA... Muka pucat ni. Sayang tak sihat, ke?" Sofea menggeleng lemah. Sejak seminggu ini, memang badannya sakit bisa-bisa. Mungkin sebab hatinya sakit, layu bagaikan jiwanya mati. Makan pun ala kadar.

Aryan jadi risau, dia lekapkan belakang tangannya di dahi isterinya. Tak demam, tapi muka Sofea pucat lesi. Bibir tu pun tak berwarna. Adakah dia menjadi penyebab Sofea jadi begini?

"Fea dah makan?"

Sofea geleng lagi.

"Kenapa tak makan?"

"Abang tak payah risaulah. Fea nak tidur. Maaf, Fea tak dapat nak masak. Fea penat... Abang ada Lisa, kan? Abang ajaklah dia makan kat luar." Tak terniat nak jadi isteri pemalas, tapi kudratnya bagaikan dimamah luka. Mungkin penat melayan emosi, lambat laun dia akan bertenaga seperti biasa. Dia cuma perlukan masa bersendirian.

Aryan duduk di tepi birai katil. Rambut panjang Sofea dibelai lembut. Memang kejap lagi dia nak ajak Lisa makan malam. Tapi isteri dia sakit begini, tak jadilah. Dia bukan tidak berhati perut.

"Abang masakkan Fea bubur, ya? Fea tidurlah dulu. Nanti dah siap abang kejutkan Fea..."

"Tak payahlah, abang. Pergi jelah dengan Lisa. Fea okey je kat sini."

"Shh, tidur je. Abang masak kejap je." Dahi sang isteri dikucup lembut, sebelum dia bangun dekati almari. Sliding pintu ditolak, baju kemejanya dibuka dan diganti dengan t-shirt putih. Memang dia tak jadi keluar. Pakai baju biasa je. Seluar slack ditukar dengan seluar pendek paras lutut. Pakaian yang jatuh dilantai dicampak masuk bakul. Sebelum keluar bilik, dia hantar pesanan teks kepada Lisa.

Isteri I sakit... Esok kita keluar. Sorry, baby... Take care, okey?

Handphone terus diletak disimpan dalam kocek seluar selepas pesanan itu dihantar. Bukan selalu dia manjakan Sofea, waktu dia sakit Sofea menjaga dia sebaiknya. Takkan waktu Sofea sakit, dia hendak pentingkan diri?






"BUKA mulut, Fea..."

Masih diam, Fea tak nak. Hanya merenung bubur di dalam mangkuk. Mesti Aryan saja nak ambil hati dia. Kenapa nak susah-susah peduli pasal dia?

"Fea... abang ikut resepi google. Sedap, macam-macam abang campur dalam ni. Ada ayam, ada udang... Tak rugi tau kalau Fea rasa. Sikit pun jadilah." Aryan cuba memancing selera Sofea. Tadi sampai tangannya terkena hujung periuk, perit juga. Tapi demi isterinya, tak rasa sakit pun.

"Letak je situ. Nanti Fea makan sendiri."

"Fea... buka mulut tu..." Aryan pinta lagi. Risau dia tengok Sofea berkeadaan begini. Kalau sakit itu melarat, dia juga yang akan susah hati.

"Tak payah paksa diri tu, abang. Fea tak perlukan simpati abang." Kalih mata ke arah lain, kalau dia berhati jahat sudah lama ditengking Aryan. Sakit hatinya ini semakin melarat kerana Aryan berpakaian kemeja tadi, mesti nak jumpa Lisa. Belum kahwin pun lagi. Minggu depan katanya dia akan meminang Lisa. Betapa gilanya suami dia, kan? Kemarukkan Lisa, si penyondol tidak berguna itu!

"Fea... Abang ikhlas nak Fea sembuh. Fea isteri abang. Bukan orang lain. Hm, takpelah kalau Fea tak nak makan... Abang letak sini... Kalau rasa nak makan, panggil abang... Abang kat sebelah Fea je hari ni, okey?"

Aryan letak mangkuk tepi meja sisi. Dia naik ke katil, mula sandarkan kepala. Handphone di kocek seluar dikeluarkan. Bertubi-tubi keluar panggilan dari Lisa. Dia telan liur pahit, mengamuk sakan si Lisa. Dia menggaru belakang tengkuk, takkanlah dia nak melayan Lisa pula sedangkan hati isterinya sedang merajuk. Sudahnya dia off terus handphonenya, esok pandai-pandailah dia pujuk buah hatinya yang di sana. Dia simpan handphone bawah bantal. Biarlah malam ini dia temani Sofea.

"Fea ingat tak tentang impian Fea dulu?" Cuba dia mengajak Sofea berbual. Lama juga mereka berdiam. Bosan pun mulai terasa.

"Tak ingat," jawab Sofea dua patah. Tiba-tiba sebut pasal impian? Hipokrit punya laki! Kalau hati dah di sana, kenapa sibuk nak berada di sisinya sekarang?

"Abang ingat lagi... Fea kata Fea nak punya butik pakaian sendiri."

Sofea mencebik bosan. Dah lama impian itu terkubur. Dia malas nak ingat tentang itu. Impian itu dahulu kala, tika belum menjumpai Aryan. Bila kenangkan pertemuan pertama di depan butik pakaian, dia rasa meluat. Kalaulah dia tidak bertemu dengan Aryan, mesti hatinya tidak sehancur ini.

"Abang akan bantu Fea realisasikan impian tu..."

"Tak perlulah. Fea tak nak."

"Kenapa?"

"Sebab impian abang dah bunuh semua impian Fea."

"Apa maksud Fea, ni?"

"Abang faham, kan? Fea malas nak bercakap lagi. Kalau hati abang sekarang tak hingin pun kat sini, abang pergilah keluar. Jangan nak kacau Fea dengan cakap-cakap kosong abang tu." Kesabaran dia menipis, biarlah nak cop dia isteri jahat ke apa. Cukup beri dia sehari ini untuk luahkan separuh hatinya yang menjerit minta dilepaskan beban perasaan amarah yang membelit sanubari.

Aryan keluh perlahan. Dia akan berdiam jika itu yang Sofea inginkan. Salah dia, sikap Sofea berubah dingin. Mungkin Sofea perlukan masa bersendirian.

"I'm sorry..."




6 Jan 23

...

Writer's comment : Tak lama lagi bermadulah Sofea...





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top