Prolog

Kosong.  Itu yang dirasakan oleh aku setiap kali terjaga dari tidur.  Aku bagaikan hilang ingatan berkali-kali tiap kali aku terjaga dari tidur.  Aku tertanya siapakah aku yang sebenarnya?  Kenapa keluarga aku melayan aku seperti sampah?  Adakah aku seorang yang membebankan keluarga aku?

Gabriella Oceanna Binti Baharin.  Ya, itulah nama yang diberikan oleh keluargaku atau lebih mesra dipanggil Gabriella.  Cuma tiap kali aku tidur pasti aku bermimpi seseorang memanggil aku dengan nama Oceanna.  Siapakah dia? Kenapa suaranya sentiasa menghiasi mimpi-mimpiku sebelum ini?

Aku merenung keluar tingkap dengan harapan ada kisah hidup aku yang aku ingat.  Aku hilang ingatan atas sebab penyakit kemurungan yang aku alami.  Aku menghidap post-traumatic stress disorder atau lebih mudah dipanggil PTSD.  Ramai kata aku gila termasuk keluarga aku dan aku pernah dimasukkan ke wad gila atas sebab keluarga aku dah penat menjaga orang gila macam aku.  Tapi aku tau aku tak gila cuma fikiran aku terganggu.  Aku cuma nak hilangkan apa yang mengganggu fikiran aku.  Itu yang menyebabkan aku selalu menghentak kepala di dinding sehingga berdarah.  Aku selalu menjerit seorang diri dan ketawa sendiri.  Tapi itu tak bermakna aku gila.

"Angah, angah buat apa tu? berhenti berimaginasi boleh tak? Penatla mak hari-hari ada anak gila macam ni.  Boleh tak jadi normal balik? Malu mak ada anak macam angah."  mak aku memarahiku disebabkan aku selalu berkhayal merenung tingkap.

Aku hanya membalas dengan senyuman sambil menahan air mata yang yang hampir menitis.  Aku tau aku bukanlah anak kesayangan mak dan ayahku.  Tapi aku dah cuba semampu yang aku boleh melawan penyakit yang menyerang aku.  Sudah tiga tahun berlalu tetapi aku masih belum pulih.

"Haih, mak cakap sikit angah nangis.  Angah ingat angah budak-budak ke?penat je mak hantar angah belajar jadi pakar bedah tapi tak boleh guna."  Mak membebel dan mentup pintu bilikku setelah melihat aku pura-pura tidak mendengar apa yang dia bebelkan. 

Aku tersenyum seorang diri dan merenung kembali keluar tingkap.  Tiba-tiba iphone 11 pro max-ku berdering.  Aku melihat nama yang tertera di skrin iphone ku itu.  Ain:'>.  Aku tersenyum kecil melihat nama itu.  Ya,dialah sahabat yang sentiasa memberi semangat untuk aku terus hidup.  Aku terus menekan butang accept.

"Assalamualaikum, hello Ain.  Asal call? rindu ea? Alololo Ain rindu aku."  Aku berseloroh tanpa sempat ain menjawab.

"Waalaikumussalam, Gabriella.  Tak menyempat naw kau ni.  Dari aku rindu kau baik aku rindu monyet dlam hutan belakang rumah aku.  Kau sihat ke Gabriella? Family kau ad pukul kau ke?Dorang ada buat kau ke?"  Tanya Ain.

"HAAHAHHAHAHAAHAH kau ni, apa pulak samakan aku dengan monyet. Sampai hati betul.  Alhamdulillah dorang takde pukul-pukul aku cuma biasalah,aku kan gila."  Tutur aku sayu.

"Aku tau kau kuat kan Gabriella.  Kau kena kuat.  Ni aku call kau bukan saja-saja.  Aku nak tanya kau tapi pilihan dekat tangan kau la, Gabriella."  Nada suara Ain jelas kedengaran series.

"Apa tu, Ain? Kalau soalan kau tak susah InsyaAllah aku boleh jawab."  Aku hanya menjawab tenang.

"Kau nak tak kalau ikut aku tinggal dekat Kuala Lumpur? Lagipun, pihak hospital dapat surat dari hospital dekat KL yang dorang nak kau kerja dekat sana.  Dorang tau kau sakit tapi dorang still nak kau kerja jugak, Gabriella.   Kau pon dah lama  tak datang kerja.  Aku harap sangat kau terima."  Ain berkata sambil berharap yang aku akan menerima pelawaannya.

"Emm Ain, kau bagi aku masa untuk fikir dulu okayh.  InsyaAllah keputusan aku tak akan menghampakan kau.  Aku end call dulu okayh.  Assalamualaikum."  Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku.

Aku memeriksa whatsapp dari kawan-kawanku dan melihat mesej dari hospital.

"Gabriella, datang hospital sekarang.  Ada benda yang nak dibincangkan."  -Pengarah.

Aku mengeluh kecil dan segera bersiap ala kadar.  Aku segera mencapai beg tangan dan kunci kereta.

"Mak, angah nak keluar kejap."  Beritahuku dan menyalam tangan emakku dan bergegas keluar.




Aku mencapai kot doktorku dan segera  ke pejabat pengarah.  Tudung dan bajuku dirapikan.  pintu pejabat itu aku ketuk beberapa kali dan terdengar suara yang menyuruh aku masuk.

"Assalamualaikum,  doktor.  Kenapa doktor panggil saya kesini? Doktor rindu saya ke? Soal aku riang.

"Waalaikumussalam, Gabriella.  Duduklah dulu.  Rindu tu adalah sikit.  Gabriella macammana sekarang? Okay ke? "Soal pengarah sambil tersenyum melihat kerianganku.

"Alhamdulillah, macam doktor lihat ni lah.  Doktor pulak macammana?" Aku tersenyum kecil.

"So far, okay Gabriella.  Saya panggil kamu sebab nak bagitau tentang pertukaran kamu ke HKL.  Rasanya kamu dah tahu dari Ain kan?  Saya taknak memaksa kamu, Gabriella.  Tapi buatlah pilihan yang betul."  Tutur pengarah tenang.

"Saya okay je, doktor kalau ditukarkan ke HKL tapi doktor tau kan keadaan saya macammana?"  Tutur aku sayu.

"Kamu bukan gila, Gabriella.  Cuma mental kamu terganggu dengan kata orang di sekeliling kamu.  Kamu mungkin lupa semua kisah silam kamu tapi kamu tak lupa tentang perubatan, Itu dah cukup baik, Gabriella."  Kata pengarah cuba memujuk aku.

Aku mengeluh kecil dan senyum.

"Saya terima, doktor."  Tutur aku sambil tersenyum kecil.

Pengarah tersenyum mengetahui keputusan aku.  Aku meminta diri setelah lama berborak dengan pengarah.



Aku mengeluh kecil mengenangkan takdir yang mengatur hidup aku.  Sampai bila aku harus jatuh begini lagi? kenapa keluarga aku layan aku begini? Aku percaya caturan Allah tu indah.  Pasti ada hikmah di sebalik semuanya.  Tanpa aku sedar air mataku jatuh satu persatu.

'Sini sakit, Ya Allah.  Kenapa aku? Siapa aku dulu, Ya Allah? Tolong aku, Ya Allah..  Kenapa keluarga aku tak sayang aku, Ya Allah?'  hati aku merintih.

Aku memandang burung yang berterbangan di langit.  Kalau lah itu aku, mesti aku dah bahagia sekarang.

Sekarang yang menjadi tanda tanya dalam dirinya adalah suara siapakah yang berada dalam mimpiku selama ini.  Suara garau dan lembut yang memanggilku Ocean.

Aku mendekati dan meloloskan diri ke dalam perut kereta dan mengeluh kecil apabila mengenangkan yang aku bakal dimarahi oleh mak disebabkan kelewatan aku balik ke rumah.



Aku masuk ke dalam bilik dan membersihkan diri.  Aku terus pergi ke dapur mencari emak dan ayahku.

"Mak ayah, angah nak cakap sikit boleh tak?"  Tuturku perlahan sambil memandang mak dan ayah.

"Hmm apa yang nak dicakapkan?"  Jawab ayah bagi pihak mak.

"Angah kena tukar ke hospital dekat Kuala Lumpur.  HKL.  Angah pon dah terima.  Angah harap mak dengan ayah izinkan angah pergi."  Beritahuku.

"Hmm eloklah tu.  Angah duduk sini pun asyik menyusahkan mak dengan ayah.  Takde la orang kampung bingit cakap pasal angah.  Kurang sikit malu mak dengan ayah." Emak bangun dan berlau kehadapan.

Ayah memandangku dan terus keluar.  Aku menunduk dan menahan diriku dari menangis teresak-esak.  Aku bangun dan masuk ke bilik.  Risau kalau adik beradikku perasan tangisanku.  Aku perlu berkemas kerana aku perlu bertolak ke KL esok hari.

Siap berkemas aku terus memanjat katil untuk tidur.  Aku merenung siling memikirkan apa akan jadi terhadapku nanti.  Aku terlelap dalam memikirkan tentang diriku.



"Wait for me, Ocean."

Aku terus terjaga dari tidur.  Gelap.  Itu yang aku nampak.  Sunyi.  Itu yang aku dengar.Aku meraba-raba meja disebelah katil mencari iphone ku untuk melihat jam.6:30 pagi.  Aku bangun dan terus membersihkan diri.  Usai mandi aku segera solat.  Aku tau aku sudah lambat menunaikan kewajipan yang satu itu.

Selesai menunaikan solat aku terus bersiap-siap untuk ke KL.  Aku bakal menyewa bersama Ain di rumah sewa di KL.  Aku melilit shawl yang berjenama Duck di kepalaku.  Aku melihat sekeliling bilikku.

'I'll miss you.'  Bisik hatiku.

aku menutup pintu bilikku dan menarik laguage dan menyumbatnya ke dalam perut kereta.Aku menyalam tangan mak dan ayahku.  Aku menghulurkan chocolate cadbury yang aku beli kelmarin sewaktu aku keluar kepada dua orang adikku.  Alongku sekarang sedang berkerja.

"Mak dengan ayah jaga diri tau.  Aufal dengan Ammal belajar rajin-rajin tau.Angah pergi dulu.  Assalamualaikum."  Tuturku sambil mencubit pipi Aufal dan mololoskan diri ke dalam kereta.
















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top