Bab 2
Gelap. Itu pandangan pertama selepas aku terjaga. Dahaga. Itu yang aku rasakan. Aku cuba bangun tetapi sakit di kepalaku terasa begitu menyakitkan. Aku melihat tanganku. Patutlah terasa pedih. Rupanya badanku dimasukkan air dan aku erada di hospital. Aku mencari-cari kelibat Ain. Tiada. Aku terpandangkan sebujur tubuh yang sedang nyenyak tidur di atas kerusi di tepi katilku.
Tareeq? Apa yang dia buat dekat sini? Adakah dia menunggu aku bangun?
Pertanyaan yang berlegar di fikiranku diletakkan ke tepi dahulu. Aku terasa dahaga gila sekarang. Lantas tangan Tareeq aku kuis perlahan.
"Tareeq, bangunlah. Tolong ambilkan saya air." Entah dengar atau tidak kerana suaraku seperti tenggelam timbul.
Tareeq mengangkat mukanya. Diraup mukanya berkali-kali. Wajahnya beku tetapi.... matanya seperti menandakan kerisauan yang menggila.
"Awak nak apa tadi, Ocean? Sorry. Saya terlelap." Soalnya sambil matanya galak merenungku.
"What do you call me?" Soalku sambil mengerutkan dahiku.
"what? Ocean?" Soal Tareeq kembali.
"Yes. Kenapa panggil saya Ocean? Orang selalu panggil saya Gabriella." Jelasku supaya dia tahu yang aku tidak suka dia memanggil aku dengan nama Ocean.
"Ocean tu nama awak jugak kan? Why not kalau saya panggil awak Ocean. Non discutere con me." Katanya dengan mata yang menikam mataku. Aku telan liur. Tanda menyerah.
"Okey,saya tak melawan.Tolong ambilkan untuk saya air, boleh? Saya dahaga sangat ni." Rayu aku kepadanya.
Dia hanya mengangguk dan memberikan air mineral kepadaku.
Aku menyambut dan terus meneguk air sehingga habis. Dahaga gila kot. Kan dari tadi aku dah cakap.
Aku memandang ke arah Tareeq yang menggeleng melihat perangaiku. Aku hanya sengih tak bersalah.
"Em Tareeq, kenapa awak datang jaga saya? Ain mana? Dia mintak tolong awak jagakan saya ke? Sorry kalau saya menyusahkan awak." Aku rasa bersalah gila padahal tadi rilek je aku cari gaduh.
"Voglio prendermi cura di te. Voglio vederti in salute, tesoro." Dia hanya menayangkan wajah selamba.
"Kenapa awak nak jaga saya? Saya tak kenal awak. Siapa awak?" Tajam mataku menikam matanya.
Tareeq bagaikan tergamam. Mungkin dia ingat aku tak pandai bahasa itali. Ni Gabriella. Apa je yang aku tak faham haha. Riak je.
"Awak boleh cakap bahasa itali?" Soalnya.
Baru aku perasan. Haahlah aku boleh cakap itali sedangkan aku tak pernah belajar.
Aku hanya mengangkat bahu. Aku dah malas nak bercakap. Buat sesak dada aku je. Aku terus menarik selimut untuk tidur.
Tareeq berdiri dan meminta diri untuk keluar sekejap. Aku hanya mengangguk perlahan.
Aku terjaga apabila terasa tanganku dijentik. Rupa-rupanya jururawat baru habis menukarkan pek crystalloid. Aku hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Aku mencapai Iphone yang berada di meja sebelah katilku.
Whatsapp ditekan dan melihat mesej. Dari Tareeq? Bila masa aku ada nombor telefon dia? Nama Tareeq ditekan.
Saya balik lambat sikit. Ada hal.-Tareeq.
Aku hanya membalas ok.
Nama ain ditekan.
Weyh, sampai hati tak datang teman aku..-Gabriella.
Ala, sorrylah.. Aku dah start kerja lah. Lagipun Tareeq ada temankan kau kan?-Ain:'>.
Eh, bukanke Dato' Harith cakap masuk kerja esok?-Gabriella.
Kau mamai ke ni, Gabriella? Kau sedar tak kau tak sedarkan diri dah seminggu. Dahlah aku ada emergency operation ni.-Ain:'>
Iphone aku letakkan kembali di atas meja. Aku tak sangka aku baru bangun lepas seminggu. Lamanya. Lupa aku nak tanya Tareeq tadi berapa lama aku tidur.
Aku hanya merenung keluar tingkap. Semasa aku koma, semua bagai ulang tayang. Bagaikan memori aku yang hilang.
Aku hanya menangis mendengar ayah menghina aku.
"Aku menyesal ada anak macam kau. Tak sedar diri. Tak tau diuntung." Ayah mencemuh.
Mak hanya melihat.
"Sumpah ayah, Gabriella tak buat semua ni. Along tipu, yah. Kenapa ayah tak percayakan Gabriel?" Aku merayu sambil melutut memegang kaki ayahku.
"Kau nak cakap anak aku menipu ke, hah? lepas kau buat perangai, kau nak fitnah kakak kau pulak? Tak guna punya anak." Ayah menjerit marah. Kepalaku ditolak berkali-kali.
"Ayah dari Gabriel kecik sampai Gabriel besar, ayah selalu cakap Gabriel menipu. Gabriel pembohong. Gabriel anak yang tak tau diuntung. Gabriel jahat. Gabriel gila. Kenapa yah, kenapa? Apa salah Gabriel? Semua yang ayah mak nak semua Gabriel ikut. Mak suruh Gabriel belajar jadi doktor, Gabriel ikut. Ayah suruh Gabriel duduk asrama, Gabriel ikut je. Ayah suruh Gabriel kahwin dengan Tareeq pon Gabriel ikut. Gabriel ikut semua yang mak ayah nak."
Air mata aku mengalir deras tak berhenti.
Ayah menampar pipiku dan menyepak perutku. Aku hanya diam dan menangis sayu.
"Ayah!! sudah. Jangan buat Ocean macamni lagi."
"Kau manjakan isteri kau sangat!"
"Tareeq menyesal bawa Ocean jumpa ayah. Kalau Tareeq tau ayah dengan mak nak buat macamni, memang Tareeq tak bawa Ocean balik." Nada suaranya kedengaran menyesal.
Tareeq datang ke arahku dan mendukungku. Aku hanya tersenyum hambar melihatnya.
"Maafkan Tareeq, sayang." Dia tersenyum pilu.
Lamunanku terhenti apabila mendengar bunyi pintu ditolak. Aku menoleh untuk melihat. Tareeq dan Spencer.
Dari berbaring aku terus bersila di atas katil. Tareeq dan Spencer mengambil tempat di kerusi yang berada di tepi katilku.
"Principessa, Are you okay?" Nada Spencer jelas kerisauan.
Aku hanya tersenyum kecil dan mengangguk.
Spencer menarik nafas lega.
Tareeq hanya merenungku dengan wajah beku.
"Tareeq.."
Tareeq hanya mengangkat kening. Spencer bagaikan mengetahui terus memberi isyarat untuk keluar.
"Kita pernah kenal ke?" Soalku.
Tareeq hanya membeku. Mengangguk tidak, menggeleng tidak.
"Sewaktu saya koma, saya macam bermimpi. Saya rasa tu sebahagian dari memori saya yang hilang." Aku mendongak melihat reaksi Tareeq.
"What is it?" Nadanya tenang.
"Betulke kita dah kahwin?" Aku yang menunduk terus mendongak mencari anak matanya.
Tareeq bagaikan mengeras.
"Maybe yes maybe not." Mukanya berlagak biasa.
"Maybe we used to be lover, maybe we used to be haters. You never know." Mukanya didekatkan kepada mukaku.
"Can't you tell me what's happened? Please.. I need to know." Aku merayu.
"You need to remember everything, tesoro. Everything. But don't push yourself "Pesannya.
Aku hanya menunduk. Ditahan air mataku dari turun tapi lain jadinya. Tangisanku bergema satu bilik.
Tareeq memandangku dan segera mengelap air mataku.
"Don't cry, tesoro. It's make me crazy." Tareeq memujuk.
Aku hanya diam dan menayangkan wajah dingin kepadanya.
"Saya nak tidur." Tuturku dingin.
Aku baring dan menarik selimut.
Tareeq melangkah keluar. Spencer yang menunggu di luar hanya melihat langkah lemah Tareeq.
"quasi lo sapeva" Tareeq meraup muka. Mereka berlalu pulang ke rumah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top