09 - DIPAKUKAN
Satu jarum perak sebesar tombak tiba-tiba muncul di udara.
Si adik sudahpun bertepuk tangan menantikan adegan seterusnya.
Biji mata si abang terbuntang luas! Tidak! Jarum itu mempunyai sasarannya! Dirinya kaku tidak boleh bergerak! Suaranya juga tidak boleh dikeluarkan!
"Persembahan ini akan berakhir."
Pantas tangan Daemon dihalakan ke hadapan. Serentak dengan itu jarum perak itu pantas menjunam kebawah! Tepat menusuk jantung Adison! Tubuh Adison terus melekat pada batang pokok. Jarum gergasi itu menembusi tubuh si adik dan juga menembusi batang pokok. Darah merah pekat habis tersembur keluar!
Wajah Rick disimbahi dengan darah adiknya! Matanya terbuntang luas! Jantungnya berdegup dengan pantas! Tidak! Adiknya?!! Adiknya!
"Sekian sahaja untuk persembahan kali ini! Bayarannya telah aku terima!"
Daemon mendepakan kedua tanganya. Dirinya lantas ketawa lantang. Air mata mengalir kerana terlalu terhibur. Air mata kegembiraan itu hanya mengalir pada sebelah mata kiri merahnya.
Seraya itu, tubuh Rick yang terkunci dengan sihir gelap terus terkulai. Lututnya rebah pada tanah.
Air matanya terus mencurah-curah. Dirinya tesedu-sedu menahan menangis. Nafasnya tersekat-sekat. Apa yang telah menimpa dirinya?! Adakah ini mimpi ngeri atau nyata?!
Tubuhnya menggigil ketakutan.
"Kenapa...kenapa kau buat semua ni?!"
Rick menjerit sekuat hati. Kedua tangannya meraup wajahnya. Tidak mampu bertentang mata dengan Si penghibur mahupun adiknya.
Daemon hanya sekadar merenung Rick dengan pandangan kosong.
"Kenapa...kenapa kau bunuh adik aku..."
Ujar Rick lemah. Esakkan tidak mampu ditahan lagi.
"Kerana aku suka."
Daemon tersenyum.
Jawapan yang sama diberikan oleh Adison apabila ditanya kenapa haiwan kecil itu dibunuh.
"Kau kejaaaam!"
Si abang meraung sekuat hati! Raungan kini bertukar menjadi esakkan tangisan yang melampau.
"Aku kejam. Namun tidak sekejam kau dan adik kau."
Suara Daemon kedengaran mendatar.
"Seekor haiwan kecil dipakukan pada jantungnya mengambil masa lapan saat sebelum bertukar menjadi bangkai. Menderita selama lapan saat. Dan seorang adik kecil ditusuk jarum bertukar menjadi bangkai tidak sampai sesaat. Bahkan adik kau turut terhibur sebelum menjadi bangkai. Tetapi si tupai kecil telah terseksa dan menderita begitu lama sebelum bertukar menjadi bangkai."
Daemon menyeka air matanya dan tersenyum sinis.
"Sekurang-kurangnya adik kau mati saat kau berada di sisinya. Tidak seperti haiwan kecil tadi. Mati dibunuh tanpa keluarga disisinya."
Daemon menghampiri bangkai tupai tadi. Paku dicabut satu persatu. Bangkai haiwan itu diambilnya perlahan.
"Adik kau senasib dengan haiwan-haiwan yang dia sendiri pernah bunuh. Fikirkanlah.. siapa yang lebih kejam?"
Seraya itu Daemon terus menghilangkan dirinya. Meninggalkan si abang meratapi kematian adiknya bersendirian di situ.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top