(8) - Siapa budak hot?

"Abang tak patut hukum Mawar sampai macam tu. Kan dia dah sakit." Kata Puan Riana.

"Kakak makin degil. Abang patut hukum dia." Tuan Mukriz bersandar pada sofa di dalam biliknya.

"Kita ajar anak bukan dengan kekerasan abang." Tuan Mukriz mengeluh.

"Tapi sayang.. dia degil sangat. Buat abang marah." Puan Riana mengusap bahu suaminya itu.

"Ye saya tahu. Itu memang sikap dia, kita sebagai orang tua kena banyak bersabar dengan karenah anak-anak. Lagi-lagi mereka sekarang ni sudah masuk alam remaja." Tuan Mukriz memandang Puan Riana. Ye sikap Puan Riana seakan arwah isterinya. Sebab itu yang membuatkan dia jatuh cinta.

"Saya tahu saya cuma ibu tiri dia. Selagi saya boleh cuba, saya akan cuba menangkan hati anak-anak abang." Tuan Mukriz tersenyum.

"Sayang sabar ye? Inshaallah satu hari nanti, anak-anak abang akan terima sayang."

"Abang tu yang kena sabar." Tuan Mukriz menjeling manja. Puan Riana hanya tersengih.

.
.

Mawar memetik gitar berhampiran kolam renang dihadapan rumah. Kini hari ketiga dia bercuti. Demamnya masih terasa. Kod lagu aku mula rindu by Hez Hazmi dimainkan. Sambil memetik gitar dia bernyanyi. Selepas saja petikan gitar dan nyanyiannya habis, seseorang menepuk tangan. Mawar berpaling ke belakang.

"Lama abang tak dengar kakak main gitar." Malikh duduk disebelah Mawar. Mawar cuma tersenyum nipis.

"Suara macam lelakikan?" Malikh tergelak.

"Sikit jelah. Tapi still sedap." Mawar tersenyum.

"Biar abang nyanyi. Kakak main gitar. Lagu tadi tu tau." Mawar mengangguk lalu kod lagu aku mula rindu dimainkan. Tuan Mukriz dan Puan Riana yang berada ditingkat atas tersenyum melihat Mawar dan Malikh.

"Dari kecil memang mereka rapat. Cuma tulah, Mawar ni nakalnya lebih dari Malikh. Pening kepala abang dibuatnya." Puan Riana ketawa kecil.

"Biarlah nakal macam mana sekalipun, janji anak-anak reti jaga maruah diri, maruah keluarga. Suka saya tengok Mawar dengan Malikh. Cantik dan hensem. Mawar tak ada pakwe ke bang?" Tuan Mukriz tersengih. Pakwe?

"Kakak tu suka belajar, sukan, muzik, seni pertahanan diri. Tak ada masa dia nak cari pakwe." Puan Riana tersenyum.

"Baguslah tak ada. Sebab sekarang ni dah ramai pelajar sekolah yang ada pasangan. Belum habis belajar pun dah pandai bercouple." Tuan Mukriz mengangguk kepala.

"Selama Malikh belajar kat universiti, abang tak pernah nampak dia melekat dengan handphone atau keluar dengan kawan perempuan. Entah ada makwe ke belum."

"Inshaallah satu hari nanti mesti dia akan bawa bakal menantu untuk abang." Dipeluk bahu Puan Riana.

.
.

"Along. Aku geramlah dengan Malikh dengan Mawar tu. Biadap betul dia orang dengan papa." Kata Nureen.

"Haah long. Adik pun rasa macam tu. Arwah mama diaorang ni tak pernah ajar beradap dengan orang tua ke?"

"Angah dengan adik tak bolehlah cakap macam tu. Kalau along ditempat dia orang pun along akan buat benda yang sama. Contohlah, arwah ayah hidup lagi lepas kahwin baru padahal ibu baru je meninggal hampir 4 tahun. Boleh bayang tak apa yang angah dan adik akan buat?" Terdiam Nurren dan Razin.

"Angah dengan adik jangan cakap macam tu, tak baik tau. Mereka perlukan masa untuk terima kita dalam keluarga ni. Sudahlah yeen ni musuh Mawar. Lepas tu jadi kakak tiri. Mestilah dia tak dapat terima semua tu. Dah.. Along taknak angah dan adik berfikiran macam tu lagi. Faham?"

"Faham long." Kata Nureen dan Razin hampir serentak.

.
.

"Weyh Ira!" Humairah memandang Omar yang berdiri dipintu biliknya.

"Nak apa bang?" Humairah sibuk memetik gitar yang dibeli 5 bulan lepas.

"Abang nak tanya Ira. Mana Ira belajar main gitar ni?" Omar duduk dibirai katil Humairah.

"Senior Mawar." Omar mengangguk kepala.

"Pandai pula dia?" Humairah mengangkat muka memandang Omar.

"Mestilah pandai. Senior Mawar pandai main gitar, piano, drum dengan seruling tau. Masa lawat dia semalam, dia tunjuk bilik muzik dalam mansion dia tu. Semua alat muzik ada kat situ tau." Omar mengangguk kepala.

"Lepastu kalau ada apa-apa majlis kat sekolah, pembuka majlis adalah Senior Mawar akan membuat persembahan. Benda tu yang berlaku hampir 4 tahun. Dahlah aktif sukan padang dan sukan bawah bumbung, lawa pulak tu. Untunglah siapa dapat Senior Mawar." Omar mencebik. Macamlah cantik sangat Mawar tu. Sekali ayat je mesti dapat punya. Ejek Omar dalam hati.

"Abang tak payah buat muka. Dah pergilah keluar. Sibuk je masuk bilik Ira. Ira nak berlatih pun tak boleh." Pap!

"Sakitlah bang!" Omar ketawa mengejek sebelum keluar dari bilik Humairah. Humairah mengusap pehanya yang ditepuk oleh Omar. Dasar abang otak sewel. Kutuk Humairah.

.
.

"Bro aku dengar tadi ada budak hot selalu datang cafe ni. Tapi dah 3 hari tak datang sini." Kata si A.

"Siapa?" Kata 'si dia'

"Aku tak tahu. Aku dengar dari pelanggan tetap cafe ni. Dia kata budak hot tu selalu buat persembahan kat sini. Lawa tapi dia berhijablah." Kata si A.

"Oh. Lawa ke? Ye-ye je kau ni." Kata 'si dia'.

"Manalah aku tahu, aku dengar orang cakap je." Kata si A.

"Weyh. Kau tacklelah budak hot tu kalau dia datang. Kau kan playboy." Kata si B.

"Taknak aku. Taste aku bukan budak berhijab okay?" Kata 'si dia'.

"Kau nak seksi je. Entah-entah yang berhijab ni lagi seksi dari perempuan yang selalu kau usung tu." Kata si A.

"Haah weyh. Aku tengok budak berhijab ni kalau bukak tudung lagi lawa dari budak yang free hair." Kata si B.

"Amacam weyh? Nak tak?" Kata si A.

"Tengoklah dulu. Kalau lawa aku tacklelah." Kata 'si dia'. Mereka berdua tersenyum kemenangan bila 'si dia' berkata begitu.

.
.

Mawar terbatuk-batuk yang ketika itu dia sedang minum air susu.

'Hish siapalah bercakap pasal aku ni?' Bisik hati Mawar. Dilap mulutnya. Dipandang ubat disebelah gelas susu itu.

"Haih. Kena makan ke ubat ni? Tak sukalah." Mawar mengomel perlahan. Dengan terpaksa dia menelan ubat itu.

{DONE}

Sorry kalau tak best 😅.
Please vote and comment!
Xoxo ❤.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top