(6) - Demam

"Ni semua salah papa!" Malikh menahan diri dari mengamuk seperti Mawar. Tuan Mukriz terdiam. Malikh duduk dibirai katil memerhati Mawar yang tidak sedarkan diri. Pakcik Haikal menjumpai Mawar terbaring di atas lantai waktu 7 pagi lalu mengejutkan Mawar. Mawar langsung tidak memberi respon dan membuatkan pakcik Haikal panik.

"Malikh kau tak boleh salahkan papa." Nazrin cuba meredakan suasana yang tegang itu.

"Kau diam! Kalau bukan punca keluarga kau orang yang masuk keluarga kita orang, semua ni tak akan jadi!" Terdiam Nazrin. Razin mengusap bahu Nazrin. Nureen dan Puan Riana menunduk kepala. Doktor memberi tahu yang Mawar demam mengejut dan suhu badan Mawar agak tinggi. Itu yang merisaukan Malikh. Mawar kalau demam memang susah nak baik. Ambil masa seminggu lebih juga.

"Abang.." semua berpaling kearah Mawar. Malikh tersenyum lalu mengusap kepala Mawar yang tersarung tudung sarung coklat.

"Kakak nak makan? Abang suruh bibik bawak naik atas ye?" Perlahan-lahan Mawar menggeleng. Malikh mengerut dahi lalu diisi gelas dengan air masak. Ditolong Mawar bersandar dikepala katil dan disuakan gelas air ke mulut Mawar. Mawar minum air itu sehingga habis. Mukanya pucat dan tidak bermaya. Malikh bangun dari duduknya, Mawar memegang tangan Malikh.

"Abang nak kemana?" Malikh tersenyum.

"Turun bawah ambil makanan untuk kakak. Kakak kena makan. Okay?" Perlahan-lahan Mawar melepaskan pegangan tangan pada tangan Malikh. Malikh terus keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Mawar memandang jam dinding.

12:30. Dah tengahari. Mawar diam. Dia memandang gambar yang terletak elok didinding bilik. Gambar mereka sekeluarga. Gambar ketika dia ditingkatan satu. Selepas 2 minggu gambar itu diambil, mamanya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya melibatkan kereta dan lori tanah. Dipejam rapat matanya lalu dibuka perlahan. Dipandang orang-orang yang berada didalam bilik.

"Kakak.. papa minta maaf." Tuan Mukriz mendekati Mawar. Mawar diam. Dipandang Puan Riana. Sebak yang dia rasakan sekarang. Dikalihkan pandang pada pintu bilik. Malikh menatang sedulang makanan lalu diletakkan dimeja kecil disebelah katil.

"Biar papa suap kakak." Mangkuk bubur beralih tangan. Tuan Mukriz menyua sudu berisi bubur ke mulut Mawar. Mawar berpaling.

"Kakak kena makan. Sekarang dah tengahari. Nanti kakak sakit lagi." Tuan Mukriz cuba memujuk Mawar.

"Baguslah kalau makin sakit. Lepastu boleh ikut mama. Bukan papa kesah pun kan?" Terkedu semua orang di dalam bilik itu.

"Papa minta maaf sayang. Kakak kena makan. Sikit pun tak apa." Disuakan lagi sudu berisi bubur ke mulut Mawar. Mawar berpaling sekali lagi.

"Biar abang yang suap kakak." Mangkuk bubur sekali lagi beralih tangan. Ketika Malikh mahu menyuap Mawar, Mawar menepis kuat tangan Malikh dan menyebabkan mangkuk dan sudu itu terjatuh diatas lantai. Semua terkejut dan Malikh menarik nafas sedalam mungkin.

"Keluar." Sepatah saja yang keluar dari mulut Mawar.

"Tapi kakak.." Malikh cuba bersuara.

"Keluar aku cakap. Tak faham bahasa ke?" Perlahan-lahan Malikh bangun lalu menuju ke pintu dan diikuti yang lain. Pintu bilik dibuka semula oleh pembantu rumah setelah mereka yang lain keluar dari bilik Mawar. Mangkuk yang pecah yang berisi bubur dibersihkan oleh pembantu rumah.

"Kakak mahu makan apa selain bubur ayam ini?" Pembantu rumah memang rapat dengan Mawar jadi sebab itu dia memanggil Mawar dengan panggilan kakak.

"Pancake dan susu." Pembantu rumah yang bernama Kak Siti itu mengangguk kepala lalu beredar. Mawar kembali berbaring mengiring ke kanan. Air mata kembali mengalir membasahi bantal.

.
.

"Omar bangun!! Dah tengahari buta tak bangun-bangun juga!!" Datin Khadijah menarik langsir dan bilik tidur Omar terus jadi terang benderang. Omar yang masih mamai itu terus menarik selimut hingga ke paras kepala. Datin Khadijah mencekak pinggang melihat perangai Omar. Mentang-mentang tak ada kelas, terus tidur tak ingat dunia.

"OMAR KYLE BIN DATUK KHALID KYLE!!" Menjerit Datin Khadijah. Omar yang sedang berselubung didalam selimut terus terduduk mendengar jeritan mummynya.

"Apa mummy ni? Omar nak tidur. Janganlah kacau." Omar menggosok matanya sambil menguap. Tak senonoh punya anak teruna. Kutuk Datin Khadijah didalam hati. Haih. Anak siapa lah ni.

"Dah pukul 12 omar oi. Bangunlah sayang. Tolong ambil ira kat sekolah. Mummy banyak kerja ni." Omar mengeliat.

"Lama lagi mummy. Baru pukul 12." Terjengil mata Datin Khadijah. Tak boleh berlembut sikit dengan anak teruna yang seorang ni.

"Bangunlah! Jangan banyak sangat kerenah kamu tu. Nak mummy report kat daddy? Habis duit bulanan kamu daddy potong." Omar yang baru berbaring semula terus berdiri. Hampir saja dia tergolek sebab berdiri secara mengejut. Ditahan tanggannya pada dinding. Kepala berdenyut diabaikan.

"Okay-okay. Omar bangun lah ni." Pantang kena ugut duit bulanan kena potong, terus saja diikut kata-kata Datin Khadijah.

"Bangun mandi. Bukan sambung tidur. Lagi sekali mummy masuk tengok kamu tidur lagi, duit bulanan kamu mummy sendiri yang potong." Omar mendengus geram bila Datin Khadijah keluar dari biliknya. Suka betul ugut orang. Apalah nasib dia dapat mummy jenis yang suka mengugut orang ni. Dengan malasnya,  dia mengambil tuala dan berlalu ke dalam bilik air.

.
.

Omar sibuk berchatting dengan kawan-kawan perempuannya. Pintu sebelah pemandu dihempas oleh Humairah. Terkejut Omar mujur saja handphone tak melambung.

"Kau pahal dik? Agaklah nak jahanamkan pintu kereta aku." Humairah berpeluk tubuh. Omar mengerut dahi.

"Mummy masak makanan kegemaran kau." Terus Humairah berpaling ke arah Omar.

"Betul ke?" Omar mengangguk malas. Cakap pasal makan laju je budak ni.

"Ni apa cerita? Kau mengamuk pun agak ah dengan pintu kereta aku pun kena tempias." Humairah tersengih malu. Salahnya juga lepaskan marah dekat pintu kereta abangnya itu.

"Ira bencilah ada kawan macam Nurul tu." Omar terus menekan pedal minyak setelah menukar gear. Kereta perlahan-lahan bergerak.

"Kenapa dengan nurul?" Bukan dia tak tahu Nurul tu kawan baik adiknya itu. Tapi tulah, tak ada perempuan lain ke nak jadi kawan baik Humairah ni? Nurul budak gedik tu jugak nak dibuat kawan.

"Dialah.. menggedik dengan senior. Menyampah." Omar tersenyum senget.

"Menyampah ke jeles?" Humairah terus menampar bahu abangnya itu.

"Sakitlah Ira!" Humairah tersenyum senang.

"Ira menyampah je. Dia menggedik dengan senior lelaki. Macam tak ada senior perempuan je dia nak berkawan."

"Biasalah tu. Dah nama pun perasan cantik." Humairah tergelak bila Omar berkata begitu.

"Abang nak tahu sesuatu?" Omar memandang sekilas ke arah Humairah sambil mengangkat sebelah kening.

"Haritu ada kakak form 4 hampir kena culik depan sekolah. Lepas sehari tu, dia pergi tumbuk budak perempuan form 5. Tapi tadi Ira lalu dekat depan kelas kakak tu, tak nampak pun kakak tu. Mesti dia tak datang harini."

"Kau tu form 3. Kenapa panggil budak perempuan tu kakak? Panggil nama sudah."

"Eh biarlah. Abang nak kecoh kenapa? Kakak tu baik tau dengan Ira. Orang panggil dia Senior Mawar. Walaupun dia baru form 4. Famous kot Senior Mawar tu." Omar memutar bebola mata.

"Famous sebab bergaduh?"

"Hish bukanlah. Dia famous sebab dia lawa, baik, peramah, suka kenakan cikgu, pandai dalam pelajaran dan aktif dalam sukan."

"Betul ke cantik? Ke perasan cantik macam Nurul tu?" Humairah menjeling Omar.

"Betullah dia cantik. Ramai tau lelaki nak couple dengan dia. Tapi dia je taknak."

"Jual mahallah tu."

"Eh mestilah. Perempuan kena jual mahal. Bukan macam abang, Ira jual abang ramai nak beli sebab Ira jual dengan harga murah." Ketika itu kereta yang dipandu Omar sudah berhenti digaraj. Laju saja Humairah keluar dari kereta. Tak sempat Omar nak tarik baju Humairah. Geram pula dia dengan adiknya yang seorang ni.

"Mummy!! Ira dah balik!!" Jerit Humairah dari depan pintu. Omar terus saja naik ke tingkat atas. Nak rehat sebelum makan tengahari. Sudahlah dia ambil sarapan lewat harini.

"Mummy dekat dapur sayang." Terburu-buru Humairah pergi ke arah dapur. Dipeluk tubuh Datin Khadijah.

"Hmmm.. sedapnya bau.." Humairah menjenguk kepala ke dalam kuali.

"Udang Ketam masak cili api. Mestilah sedap bau dia. Dah kamu pergi naik atas mandi. Lepastu turun makan. Okay?"

"Thank you mummy masakkan makanan kegemaran Ira. Okay Ira naik atas dulu. Bye." Dicium pipi Datin Khadijah.

"Welcome sayang." Humairah mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas.

{DONE}

Setengah part Mawar, setengah part Omar.
Okay tak kalau Ayz buat macam ni?
Ke nak satu chapter tu part Mawar je / part Omar je?

Please vote and comment!
Jangan jadi silent readers.
Okay?
Xoxo ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top