(4) - Keputusan
Tuan Mukriz menggeleng kepala melihat muka Nureen yang lebam ditumbuk Mawar. Ganas betul anak perempuan dia tu. Puan Riana cuma tersenyum pahit. Sudah lali dipanggil untuk datang ke sekolah sebab Nureen bergaduh dengan Mawar.
"Papa dah buat keputusan." Mawar memandang Tuan Mukriz. Jangan papanya itu membuat keputusan yang bukan-bukan sudahlah.
"Papa akan berkahwin dengan ibu Nureen." Terbuntang mata Mawar dan Nureen.
"What?! No papa! No! Mawar takkan benarkan papa kahwin dengan ibu perempuan ni." Mawar menjerit geram. Gila punya keputusan. Malikh, Nazrin (abang Nureen) dan juga Razin (adik Nureen) cuma berdiam diri.
"Yeen tak setuju. Ibu dah tak sayang ayah ke?" Puan Riana menunduk kepala.
"Abang. Jangan cakap abang dah tahu pasal ni?" Soal Mawar apabila melihat Malikh cuma berdiam diri. Perlahan-lahan Malikh mengangguk kepala.
"Arggh!! Papa memang jahatkan? Kenapa perlu kahwin lagi?" Muka Mawar mula tegang. Marah dengan Tuan Mukriz.
"Papa buat semua ni untuk kebaikan kakak dan abang."
"Kebaikan apa yang papa maksudkan?! Ini bukan kebaikan papa!! Ini keburukan!! Eh makcik!! Makcik ni memang tak sedar dirikan?! Yang tergedik nak goda papa saya ni kenapa?!" Pangg!! Terteleng kepala Mawar kekiri. Semua disitu terkejut bila Mawar ditampar oleh Tuan Mukriz.
"Jangan kurang ajar kakak. Papa tak pernah ajar anak papa macam tu. Ini bakal ibu tiri kakak. Cuba hormat sikit." Mawar memegang pipi yang ditampar Tuan Mukriz. Dia pandang Malikh yang cuma diam. Malikh tidak mahu mempertahankan diri dia ke?
"Kakak takkan hormat dekat orang yang macam ni. Kakak takkan pernah terima dia dan anak-anak dia dalam keluarga kita. Dan abang.. sampai hati abang buat kakak macam ni." Terus Mawar keluar dari bilik disiplin. Pipi yang sakit dan merah akibat tamparan itu dia tidak hiraukan. Malikh cuba mengejar Mawar namun ditahan Tuan Mukriz.
"Biarkan dia."
"Tapi pa. Kita tak boleh buat kakak macam tu. Papa tak boleh teruskan perkahwinan ni kalau kakak taknak. Papa tahukan kakak sayang mama? Papa tak patut tampar kakak sebab benda bodoh macam ni. Kalau abang ditempat kakak pun abang akan mengamuk macam tu." Tuan Mukriz terdiam. Ada betulnya cakap anaknya itu tapi untuk batalkan perkahwinan ini..
"Papa tak boleh batalkan perkahwinan ini. Papa akan teruskan macam yang papa janjikan." Kali ini Malikh pula yang terdiam.
"Kalau itu yang papa nak. Papa buatlah. Tapi papa kena ingat. Perangai kakak sama macam perangai mama. Silap haribulan perangai dia yang sekarang akan lagi teruk. Malikh balik dulu." Terus disalam tangan Tuan Mukriz dan Puan Riana. Nazrin cuma membalas senyuman Malikh.
"Yeen.." Puan Riana cuba memanggil Nureen.
"Yeen.. Yeen setuju dengan semua ni. Tapi.." Nureen memandang Puan Riana. Semua orang memandang Nureen termasuk Encik Razif selaku guru disiplin yang dari tadi memerhati gelagat mereka.
"Tapi.. pastikan ibu bahagia dengan pilihan ibu. Jangan sebab harta yang mereka ada buat ibu pilih untuk perkahwin dengan pakcik ni." Puan Riana dan Tuan Mukriz tersenyum dengan persetujuan Nureen. Kini cuma Mawar saja yang menjadi masalah.
"Ibu akan berkahwin dengan pilihan ibu bukan sebab harta sayang. Harta bukan segalanya." Terus dipeluk Nureen. Anak-anaknya adalah harta yang tak ternilai yang dikurniakan oleh Allah buat dirinya.
"Bila majlisnya ibu?" Tuan Mukriz dan Puan Riana berpandangan sambil tersenyum.
"Majlis nikah dan majlis kesyukuran sahaja yang dibuat. Tarikh dia adalah.."
.
.
Mawar memandang ketingkat bawah. Sudah seminggu sejak kejadian dia ditampar oleh Tuan Mukriz. Sejak itu juga dia langsung tidak bercakap dengan sesiapa kecuali pembantu rumah dan pakcik Haikal.
Pagi tadi papanya sudah bernikah dengan Puan Riana dan malam ini adalah majlis kesyukurannya. Sudah ramai tetamu yang berada di bawah tapi Mawar buat tidak tahu saja. Dimajlis nikah pagi tadi, Mawar dipaksa untuk hadir dan Mawar juga harus memanggil Puan Riana, ibu. Panggil perempuan itu ibu? Memang tidaklah jawabnya.
"Kakak. Papa panggil turun. Majlis nak mula." Mawar berpaling memandang siapa yang memanggilnya kakak. Suara itu bukan suara Malikh namun suara itu adalah suara Razin, adik Nureen.
"Aku tak ada adik dan tak akan ada adik. Jangan pernah panggil aku kakak. Ingat tu." Mawar yang berjubah pink berlalu pergi. Razin diam bila Mawar berkata begitu. Mawar menuruni tangga dan ramai orang berada ditingkat bawah.
"Kakak mari sini. Duduk sebelah ibu." Kata Tuan Mukriz. Mawar mengambil tempat disebelah Nureen dan bukannya disebelah Puan Riana. Lebih rela duduk sebelah musuhnya dari duduk sebelah perampas itu. Majlis berlangsung dengan lancar. Kini semua ahli keluarga berkumpul diruang tamu. Mawar leka menekan-nekan screen handphone.
"Mulai harini Nazrin, Razin dan Nureen bersama ibu akan tinggal bersama kita." Mawar langsung tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Tuan Mukriz.
"Kakak dengar tak apa yang papa cakap ni?" Mawar berhenti menekan-nekan screen handphone miliknya. Mawar memandang Tuan Mukriz.
"Tanpa persetujuan Mawar pun papa akan buat jugakan? Jadi lepas ni buat apa yang papa mahu. Takyah bagitahu Mawar. Mawarkan memang tak penting dalam hidup papa." Mawar terus bangun dan ingin berlalu ke tangga.
"Oh ye.. Mawar akan bekerja semula. Okay bye. Itu je Mawar nak cakap." Terus Mawar menaiki tangga. Mawar tidak lagi membahasakan dirinya kakak. Hatinya masih sakit bila Tuan Mukriz menamparnya kerana mempertahankan Puan Riana. Tuan Mukriz meraup muka. Malikh beriak biasa seolah tidak terkesan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Mawar.
"Abang.." Tuan Mukriz memanggil Malikh.
"Ada apa pa?" Malikh cuba memaniskan muka.
"Tolong pujuk kakak." Malikh senyum.
"Dah seminggu dia tak bercakap dengan abang. Lagipun semua ni berlaku berpunca dari papa juga. Papa settel sendiri. Abang taknak kakak makin benci abang." Malikh bangun dari duduk. Tuan Mukriz turut bangun.
"Abang masih salahkan papa?" Terhenti langkah Malikh.
"Papa tahu Nureen tak pernah baik dengan kakak. Papa tahu kakak takkan pernah terima orang lain dalam keluarga kita. Tapi papa buat juga. Jadi papa jangan tanya kenapa abang masih salahkan papa. Kakak memang degil dan nakal. Itu memang sikap dia dari kecil tapi papa yang buat dia makin degil dan tak dengar cakap. Abang setuju dengan keputusan papa sebab abang tahu papa ikhlas memperisterikan ibu. Abang boleh terima anak-anak ibu. Tapi masalah papa dengan kakak, abang tak boleh tolong. Papa settel sendiri. Malikh naik atas dulu. Nak rehat. Esok ada kelas pagi." Malikh terus berlalu pergi setelah meluahkan apa yang dia pendam. Mawar tidak pernah bersikap begini. Bukan tak pernah Mawar merajuk tapi sikap Mawar kali ini memang berbeza.
"Sabar bang." Puan Riana mengusap bahu Tuan Mukriz. Cuba menenangkan Tuan Mukriz. Nazrin, Razin dan Nureen hanya mampu berdiam diri. Nureen agak kesian dengan Mawar. Dia memang membenci Mawar tapi kini dia dan keluarganya sudah menjadi sebahagian keluarga Mawar. Nak tak nak dia kena terima.
{DONE}
Amacam okay tak?
Please vote and comment!
Kalau tak ayz tak update chapter seterusnya 😅.
Xoxo.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top