(2) - Cubaan menculik

Mawar dengan ragu-ragu melepasi pagar sekolah. Pakcik Haikal sudah menunggu diseberang jalan memandangkan kawasan berhampiran pagar sekolah sudah penuh dengan kereta. Mawar memandang kiri kanan sebelum menyeberang jalan.

Skrett!! Sebuah kereta Wira menekan brek mengejut dihadapan Mawar dan seseorang menekup mulut Mawar. Mawar cuba melepaskan diri dan menahan nafas. Dia tahu jika dia tidak menahan nafas pasti dia akan pengsan sekejap lagi.

Pakcik Haikal terkejut dan berlari untuk menyelamatkan Mawar namun sia-sia bila bahu kanan Pakcik Haikal ditembak oleh seseorang. Pakcik Haikal jatuh terduduk sambil memegang bahunya. Mawar sudah pengsan akibat menarik nafas dan menghidu sesuatu di sapu tangan itu.

Pakcik Haikal menyeluk poket seluar dan menarik keluar telefon bimbitnya. Didail nombor Tuan Mukriz. Pakcik Haikal seperti sudah terbiasa dengan situasi ini tidak pula panik lalu masuk ke dalam kereta dan memecut laju mengejar kereta Wira itu. Sampai dipersimpangan lampu isyarat, empat kereta Sport dari kiri dan kanan jalan menyekat jalan kereta Wira.

"Bodoh! Kita dah kena kepung. Apa kita nak buat ni?" Soal pemandu kereta Wira.

"Tunggu apa lagi, langgar jelah sial!" Maki orang yang berada disebelah Mawar yang sudah tidak sedarkan diri. Kereta Wira itu melanggar lampu isyarat dan terus membelok ke kanan. 4 kereta sport mengejar dari belakang manakala kereta BMW yang dipandu oleh Pakcik Haikal menukar arah menuju ke mansion Tuan Mukriz kerana mahu mengeluarkan peluru yang terbenam dibahunya.

Kereta Wira itu mencelah diantara kereta di jalan raya namun speed tak lepas. Kereta Sport laju mencelah disebelah kereta Wira. 2 dibelakang, 1 dikanan dan 1 lagi dikiri.

"Sial! Kereta tak cukup lajulah!" Gelisah si pemandu kereta Wira.

"Aku tak kira. Kau kena lepas juga." Pemandu tersebut makin gelisah. Ditekan pedal minyak semaksimum yang mungkin.  Pemandu kereta Sport mendekatkan badan kereta mereka ke badan kereta Wira. Tak kesah calar ke tak janji Mawar Darly binti Tuan Mukriz selamat. Kereta rosak boleh claim.

Tiba-tiba kereta Sport yang berada disebelah kanan menurunkan tingkap penumpang hadapan dan melepaskan satu tembakan ditingkap kereta Wira. Kereta Sport yang lain turut melepaskan tembakan ke arah kereta Wira. Kereta Sport dibelakang sebelah kanan melepaskan tembakan ditayar kereta Wira.

"Arghh!!" Menjerit pemandu kereta Wira bila kereta itu hilang kawalan. Dikawalnya stering kereta sebelum kereta Wira melanggar penghadang jalan. Kereta Sport berhenti berdekatan kereta Wira itu. Orang-orang yang berada didalam kereta sport itu keluar sambil menghalakan pistol ke arah kereta Wira.

Lutfi membuka pintu belakang. Pistol masih dihalakan ke hadapan. Lelaki yang menekup mulut Mawar menghalakan pistol ke arah kepala Mawar.

"Kau jangan dekat. Kau dekat aku tembak perempuan ni." Lutfi tersenyum sinis. Bang! Belum sempat lelaki itu menarik picu untuk menembak kepala Mawar, Lutfi sudah menembak kepala lelaki itu. Pemandu kereta Wira sudah tidak sedarkan diri setelah kereta itu melanggar penghadang jalan.

"Settelkan." Kata Lutfi. Yang lain hanya mengangguk kepala. Lutfi mencempung tubuh Mawar lalu diletakkan di seat penumpang hadapan. Kereta Sport yang dipandu oleh Lutfi meluncur laju membelah jalan raya.

.
.

Tuan Mukriz meraup wajah melihat Mawar terbaring di atas katil di bilik Mawar. Malikh disebelahnya turut gelisah bila mendapat tahu Mawar diculik. Mujur geng bodyguard paling lama berkhidmat dibawah Tuan Mukriz iaitu Lutfi, Kazir, Aryan dan Elzim berada dekat dengan lokasi sekolah Mawar.

"Terima kasih semua kerana menyelamatkan Mawar." Kata Tuan Mukriz.

"Sama-sama Tuan. Itu memang sudah menjadi tugas kami." Kata Elzim mengetuai yang lain. Yang lain hanya mengangguk kepala.

"Kamu semua kena ketatkan kawalan terhadap Mawar. Saya taknak benda macam ni berlaku lagi." Tuan Mukriz risau dengan Mawar. Mawar memang nakal dan kurang mendengar kata tapi dia sangat sayangkan anak-anaknya itu. Malikh dan Mawar adalah amanah dan tanggungjawabnya. Ini melibatkan nyawa anak-anaknya jadi dia tidak boleh ambil mudah.

"Baik Tuan. Kalau tak ada apa-apa, kami minta diri dulu." Kali ini Aryan yang menjawab bagi pihak rakan-rakannya. Sejurus Tuan mukriz mengangguk kepala, 4 bodyguard itu keluar dari bilik yang menempatkan Mawar. Dahi Mawar berdarah kerana terhantuk ketika kereta Wira itu melanggar penghadang jalan. Tiada kecederaan lain selain itu. Mereka masih menunggu Mawar sedar dari pengsannya.

"Papa rehatlah dulu. Nak dekat pukul 5 dah ni." Malikh kesian melihat Tuan Mukriz yang sedari tadi berkerut dahi. Dia tahu Tuan Mukriz sayangkan Mawar dan juga dirinya. Sejak kematian mamanya, Tuan Mukriz menunjukkan sikap yang agak mengongkong kehidupannya dan adiknya. Tapi dia tidak salahkan papanya itu. Dia tahu papanya cuma mahu yang terbaik untuk dia dan adiknya.

"Tak apa. Papa nak tunggu kakak bangun." Malikh mengusap bahu Tuan Mukriz.

"Papa kena rehat. Jangan penuhkan fikirkan papa dengan semua ni. Biar abang yang settelkan. Papa rehat ye?" Malikh cuba memujuk. Dia tahu Tuan Mukriz mudah kalah dengan pujukan dari dia dan Mawar. Perlahan-lahan Tuan Mukriz mengangguk kepala. Malikh tersenyum dan melihat Tuan Mukriz keluar dari bilik Mawar. Diketap gigi memikirkan siapa dalang semua ini. Dia mendail nombor seseorang.

"Aku nak kau siasat siapa dalang cubaan menculik adik aku. Dapat je maklumat aku terus transfer duit." Kata Malikh sebelum memutuskan panggilan. Dibaringkan badan disebelah Mawar dan diusap wajah Mawar. Sungguh dia sayangkan Mawar. Mawar satu-satunya adik yang dia ada. Walaupun Mawar nakal tapi nak buat macam mana, dari dulu perangai Mawar memang begitu. Nakal yang tidak boleh diubah.

{DONE}

Amacam okay tak?
Sorrylah kalau tak menepati cita rasa kau orang tapi ayz dah buat yang terbaik untuk bab ini.
Ayz masih tak tahu nak letak category apa. 😅
Ayz bagi canlah kau orang.
Ayz update chapter sabtu dan ahad tapi untuk minggu ni je.
Start je minggu depan, ayz tak update setiap sabtu dan ahad.
Okay? 😊

Please vote and comment!
Xoxo. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top