(1) - Kantoi

Seorang gadis terhendap-hendap memasuki mansion 3 tingkat milik keluarganya. Lampu ruang tamu rumah sudah lama dimatikan memandangkan sekarang sudah hampir waktu subuh.

Ting!

"Mak kau meletop!" Terus gadis bertudung litup itu melatah bila lampu ruang tamu itu tiba-tiba saja menyala. Gadis itu menelan air liur bila melihat seorang lelaki muda sedang berdiri disebelah suis lampu dan seorang lelaki tua sedang berpeluk tubuh di atas sofa. Lelaki muda itu hampir tersenyum bila gadis itu melatah namun dikawal riak wajahnya.

"Mawar Darly binti Mukriz pergi kemana? Kenapa pukul 5 pagi baru nak balik?" Soal lelaki tua itu.

"Hurm.. kakak.. hmm.." Otak Mawar kematian idea. Matilah nak kalau papa dia tahu.

"Kakak apa?!" Kali ini lelaki muda itu menekan suara.

"Kakak kerja." Akibat terkejut dengan suara Malikh terus saja Mawar menjawab dan jawapan yang selama ini dia simpan telah terbongkar.

"Kerja? Kakak baru 16 tahun! Duit papa tak cukup ke nak sara hidup kakak ke hah?"

Mawar menggeleng kepala perlahan. Takut dengan wajah tegang abang dan papanya itu. Tuan Mukriz meraup muka. Kenapalah susah sangat nak didik anak tunggal perempuannya yang satu ini. Dari kecil hingga ke besar nakalnya mengalahkan seorang budak lelaki.

"Lepas ni papa nak kakak berhenti kerja. Pergi dan balik sekolah biar Pakcik Haikal yang ambil. Kakak tak dibenarkan bawa motor ke mana-mana lagi dah. Kakak jangan berani nak langgar arahan papa. Kalau kakak langgar arahan papa, lagi teruk dari ni papa akan buat. Faham?"

"Tapi pa.." Mawar cuba membantah. Mana boleh macam tu. Ni yang nak nangis ni.

"Tak ada tapi-tapi. Kakak nak papa sekat semua duit bulanan kakak?" Mawar menggeleng kepala lalu bibir dicebik. Janganlah disekat duit bulanan. Tak cukuplah aku nak shopping nanti. Bisik hati Mawar.

Tuan Mukriz terus berlalu naik ke bilik tidurnya di tingkat 3. Malikh yang sedari tadi diam kini merenung muka Mawar yang menunduk memandang lantai. Malikh sebagai abang Mawar sudah menggeleng kepala melihat telatah Mawar yang nakal itu. Sudah ditegah jangan buat hal tapi dibuatnya juga.

"Naik atas. Kejap lagi nak subuh. Lepas subuh jangan tidur pula."

"Baik abang." Mawar menaiki tangga ke tingkat 3. Mawar membaringkan diri sambil memandang siling biliknya. Kenapalah boleh kantoi? Haih. Mawar mengeluh.

Susah jugakkan jadi anak orang kaya ni. Itu tak boleh ini tak boleh. Sudahlah papanya itu pasang bodyguard untuk dia. Nasiblah dia pandai hilangkan jejak. Kalau tidak kantoi lagi awal dari sekarang. Mawar bangun lalu duduk. Baik dia mandi kalau melayan rasa nak baring dia tu takut tertidur je.

.
.

Selepas mengaminkan doa, Tuan Mukriz memandang Mawar. Mawar menelan air liur. Dia kalau dengan Tuan Mukriz memang susah sikit nak menang. Maklumlah Tuan Mukriz ni adakalanya baik adakalanya garang juga. Bila baik, baik sangat. Bila garang, sumpah dia kecut gila.

"Papa minta maaf ye sebab marah kakak. Papa marah sebab papa sayang kakak. Risau tau bila kakak hilangkan diri."

"Tak apa pa. Kakak yang nakal sangat. Bodyguard yang papa upah tu tak cukup pro." Usik Mawar. Malikh yang mendengar sudah mencebik.

"Dia orang yang tak pro atau kakak yang licik sangat?" Soal Malikh sambil tersenyum senget. Adiknya itu memang banyak akal. Berpuluh bodyguard yang papanya upah satu pun tak dapat nak perhatikan Mawar ni lama sikit.

Kalih pandangan sekejap je, tup-tup Mawar dah hilang. Bila Mawar hilang dari pandangan memang huru-haralah mansion mereka ni. Bukan sekali dua, dah banyak kali. Kalau ikutkan hati Malikh, memang dikurungnya Mawar dalam bilik tak payah keluar tapi tu lah. Tak sampai hati pula nak buat.

"Dia orang yang tak pro, okay? Bukan salah kakak pun. Werkk." Mawar menjelir lidahnya dihadapan Malikh. Terbuntang mata Malikh bila Mawar bersikap begitu.

"Eee gunting lidah tu taulah." Cepat-cepat Mawar bangun dari bersimpuh lalu dibuka telekung dan disidai di penyidai di dalam bilik solat itu.

"Kakak pergi bersiap dulu ye pa?" Tuan Mukriz cuma mengangguk kepala. Ditepuk perlahan peha Malikh. Malikh memandang papanya itu.

"Kenapa papa?" Tuan Mukriz tersenyum.

"Perangai kakak saling tak tumpah macam arwah mama masa remaja dulu." Malikh membuat muka terkejut.

"Perangai kakak tu ikut arwah mama lah ye? Ingatkan ikut perangai papa." Tuan Mukriz ketawa dengan usikkan Malikh.

"Tapi perangai arwah mama lagi nakal tau dari perangai kakak. Nasib abang tak nakal macam tu. Kalau tak pening papa nak setelkan." Malikh tersengih.

.
.

"Terima kasih Pakcik." Pakcik Haikal adalah pemandu peribadi Malikh dan Mawar.

Tapi perkhidmatan Pakcik Haikal jarang digunakan memandangkan Malikh dan Mawar suka berdikari. Tuan Mukriz juga ada pemandu peribadi sendiri. Memandang dia ahli perniagaan jadi agak sibuk disiang hari dan agak susah untuk berkongsi pemandu peribadi dengan anak-anaknya.

"Sama-sama kakak." Pakcik Haikal memang rapat dengan keluarga Tuan Mukriz jadi sebab itu dia memanggil Mawar dengan gelaran kakak manakala Malikh dengan gelaran abang. Mawar turun dari kereta dan menuju ke pintu pagar yang terbuka luas itu.

Mawar perasan ada sebuah kereta Wira hitam mengekori kereta BMW hitam yang dipandu oleh Pakcik Haikal. Tak mungkin itu kereta bodyguard yang diupah oleh papanya. Dia kenal setiap kereta bodyguard yang diupah untuk menjaganya. Mungkin kereta bodyguard tu rosak, lepastu pinjam kereta sesiapa. Mawar menyedapkan hatinya.

Mawar terus berlalu masuk ke dalam kawasan sekolah. Tepat pukul 8 pagi, bermulalah sesi pembelajaran. Mawar tidak fokus ketika guru mengajar di hadapan kelas. Dia asyik memikirkan tentang kereta Wira itu. Siapa ye? Hm..

{DONE}

Okay tak bab 1 ni?
Please vote and comment!
Xoxo. ❤

Mansion 3 tingkat milik keluarga Tuan Mukriz.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top