Episod 46 🍃
SERANGAN hendap yang datang dari luar sebuah makmal dadah, membuatkan sepasukan polis yang ditugaskan untuk melakukan serbuan terpelanting jauh tatkala sebuah letupan ditujahkan di muka pintu makmal tersebut.
Kepulan-kepulan asap menyelubungi makmal. Masing-masing terbatuk-batuk menghidu bau asap yang menusuk rongga pernafasan. Mahu melihat si pelaku sahaja pun mereka tidak mampu akibat kesakitan yang menggigit tulang-temulang. Ditambahkan pula dengan kepulan-kepulan asap yang membuatkan persekitaran menjadi kelabu.
"Inspektor Hud Aidan! Bravo di atas usaha kau mengetuai serbuan di markas aku," laung seorang lelaki yang sedang memasukkan peluru ke dalam kelongsong.
"Tapi, malangnya hari ini bukan hari pasukan kau, tuan inspektor. Memang salah percaturan betul kau nak bermain dengan kumpulan Naga Merah," ujar si lelaki lagi. Derapan tapak kakinya mula kedengaran diikuti dengan beberapa lagi derapan tapak kaki konco-konconya. Menghampiri sekumpulan pasukan polis yang sedang melawan kesakitan.
"Tuan, kita nak buat apa? Kita sudah diperangkap oleh musuh!" bisik Badrul yang sedang bersembunyi di belakang dinding bersama Hud Aidan. Masing-masing dalam posisi berjaga-jaga sambil anak mata fokus memerhatikan dua belas figura berpakaian serba hitam. Darah yang mengalir ke pipi hanya dibiarkan.
"Tiga orang, ikut Badrul keluar dari markas ini. Hubungi bantuan. Tujuh orang, ikut aku. Pastikan dalam posisi berjaga-jaga. Ikut pelan yang sudah kita bincang. Gerak sekarang!" arah Hud Aidan melalui earbud yang dipasang di telinga. Tanpa berlengah, Badrul dan tiga orang pasukannya berhati-hati keluar dari markas tersebut.
Tika itu juga, timbul penyesalan di benak hati Hud Aidan sebagai ketua dalam serbuan pada malam itu. Bagi Hud, dia sudah gagal dalam merancang strategi yang diaturkan selama dua bulan. Barangkali, strateginya pada kes kali ini tidak begitu kukuh seperti kes-kes sebelumnya.
Tiba-tiba, berdas tembakan mulai kedengaran. Bermula daripads pihak lawan dan dibalas dengan pasukan polis. Maka, bermula sudah aksi tembak-menembak di dalam makmal dadah itu. Masing-masing fokus dalam menjatuhkan pihak lawan.
Bau hanyir darah mula menusuk rongga hidung. Bunyi erangan kesakitan melatari kawasan itu. Peperangan di antara pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Hud Aidan dan kumpulan kongsi gelap Naga Merah semakin hangat. Pasukan polis yang cekap lebih mendominasi keadaan saat itu. Tak putus-putus, mereka berdoa agar bantuan datang dengan cepat.
"Nah bos! Tiga ekor anjing hadiah untuk bos!"
Tiba-tiba, sebuah kejutan terpampang di depan mata. Kelihatan, Badrul, Alfian dan Suhail yang berlumuran dengan darah diheret masuk oleh lima orang penjenayah. Serentak dengan itu juga, bunyi gelak tawa bergema. Kelihatan, tiga orang pasukan polis itu seakan-akan terseksa setelah dibelasah oleh penjenayah.
"Hoi, Inspektor Hud Aidan! Anak-anak ayam kau ini dah nak mati menggeletak dah. Takkan kau nak biarkan anak-anak buah kau mati katak dekat sini?" provok Zed. Si ketua kongsi gelap Naga Merah.
Hud yang menyaksikan ketiga-tiga rakan seperjuangannya dikelilingi dengan Naga Merah, membuatkan kemarahannya semakin meledak. Senjata yang berada di tangan lantas dihalakan ke arah pihak lawan. Dia tidak akan sesekali membiarkan anak-anak buahnya dibunuh dengan tragis!
Bang!
Alangkah terkejutnya Hud Aidan tatkala sedas tembakan dilepaskan ke kepala Badrul sejurus sahaja Hud menembak salah seorang konco Naga Merah. Serta-merta, Badrul rebah dengan darah yang membuak-buak mengalir dari kepalanya.
"Inspektor Hud..."
Zed kematian diksi tatkala tiga orang suruhannya tiba-tiba rebah dan menggeletak di atas tanah. Serentak! Tak semena-mena, Zed membalas dengan melepaskan tembakan ke arah Suhail dan Alfian. Kali ini, berdas-das tembakan dilepaskan ke tubuh mereka. Kemarahan mula menyelubungi wajah Zed tika itu.
Hilang sudah kredibiliti Hud Aidan tatkala rakan seperjuangannya ditembak mati di hadapan matanya sendiri. Kemarahannya semakin membuak-buak dengan wajah yang membahang panas. Lantas, Hud keluar dari persembunyiannya seraya melepaskan bertalu-talu tembakan secara rambang ke arah penjenayah.
"Tu... tuan..."
Suara Badrul yang terketar-ketar memanggil Hud membuatkan Hud terduduk bersebelahan rakannya. Bahaya yang sedang mengelilingi langsung tidak diendahkan sama sekali. Hud pasrah. Dia sudah gagal sepenuhnya dalam misi kali ini!
"T... uan... tol... ong jaga... kel... uarga..."
Bang!
Tak semena-mena, Badrul kematian kata tatkala sedas tembakan ditujahkan ke tubuhnya. Matanya semakin terpejam rapat dengan titisan air mata yang mula mengalir ke pipi. Dua kalimah syahadah lantas terzahir di bibirnya sebelum seluruh tubuhnya jadi kaku.
"Bajingan! Kau orang yang patut mampus! Penjenayah..."
Serta-merta, Hud turut rebah apabila pukulan kuat dihambat ke kepalanya dengan objek tumpul. Samar-samar pandangannya tertancap ke arah penjenayah yang kembali tertawa suka setelah menyeksa pihak polis yang sudah menghancurkan makmal mereka pada malam itu.
Sesungguhnya, mereka amat berpuas hati!
"SELEPAS itu, apa yang jadi? Dia orang buat apa dekat awak?" soal Afrina. Nada suaranya sudah bergetar menahan sebak saat mendengar kisah tragis yang membuatkan Hud nekad untuk melepaskan impiannya.
"Sayang menangis ke?" soal Hud. Ekor matanya memandang Afrina yang sedang menyapu ubat pada bahunya yang cedera akibat ditikam oleh Zed. Sesekali, dahi Hud berkerut menahan perih. Bibirnya diketap menahan sakit.
"Mana ada saya menangis. Saya tengah sapu antiseptik dekat luka awak ni," helah Afrina. Sesekali, pandangannya jatuh pada parut-parut lama yang memenuhi tubuh belakang Hud. Tambah luluh jiwa Afrina saat teringat setiap kesakitan yang Hud lalui sehingga meninggalkan kesan pada tubuhnya.
Berapa kali Hud Aidan diberikan peluang untuk hidup sebenarnya?
"Betul ni?"
"Sambunglah lagi. Saya nak tahu apa yang jadi dekat awak. Saya kan dah janji tadi, saya tak akan menangis dengar kisah awak," jawab Afrina. Nafas dihela sebelum plaster yang bersih ditampal ke bekas luka Hud.
Tergaris senyuman nipis di bibir Hud tatkala isterinya masih berminat mendengar kisah tragisnya. Tika ini, Hud benar-benar berasa lapang saat kisah lima tahun yang lalu dibuka semula. Aneh. Walhal, dia sering mengelak untuk membuka semula kisah lamanya. Tapi dengan Afrina, Hud merasakan bebannya terlepas.
Erangan kesakitan Hud bergema lagi di ruangan bilik bawah tanah tatkala besi panas dicucuhkan pada dadanya. Nafasnya turun naik saat refleks kesakitan seakan-akan menyiat kulitnya. Rintik-rintik peluh mula mengalir ke pipinya yang memar. Hampir sahaja dia melorot akibat tidak dapat menampung kakinya untuk berdiri. Sakitnya bukan kepalang!
"Kau... kau bun... uh... sajalah... aku..."
"Memang aku nak bunuh kau! Kau dah banyak kacau barang-barang aku. Cuma, aku nak buat kau mati dalam keadaan diseksa. Kalau aku bunuh kau macam anjing-anjing keparat itu, hilanglah keseronokan aku nanti!" kata Zed sambil mencengkam rambut Hud. Tergaris senyuman sinis di bibirnya tatkala matanya tertancap ke laman wajah Hud yang dipenuhi dengan darah.
"Dah seminggu Inspektor Hud Aidan. Seminggu orang-orang kau cari ke manalah ketua tak guna dia orang ini menghilang. Kau..."
Tak semena-mena, Zed kematian kata tatkala Hud menghentakkan kepalanya dengan kuat ke kepala Zed. Dua orang konco Zed yang sedang memegang bahu Hud turut menerima habuan tatkala Hud menyiku rusuk salah seorang daripada mereka. Glock yang disisip di pinggang si penjahat lantas dirampas. Berdas-das tembakan Hud lepaskan ke arah dua figura yang berada di sisinya.
Tanpa berlengah, Hud melarikan diri dari kawasan itu. Nafasnya tercungap-cungap menahan sakit. Dengan mata kanan yang sudah ditutup dengan lebam memberikan kesukaran kepada Hud untuk menyelamatkan diri. Tubuhnya semakin menggigil tatkala fikirannya tak henti-henti menayangkan babak penyeksaan ke atasnya dan rakan seperjuangannya.
Namun, sebaik sahaja Hud membuka pintu ruangan itu, dua das tembakan ditujahkan tepat berhampiran jantungnya. Tika itu juga, Hud rebah di atas tanah sebelum mereka meneruskan lagi penyeksaan ke atasnya.
"Bila dia orang ingat abang dah mati, dia orang campak tubuh abang dalam sungai. Mujur..."
Hud kematian diksi tatkala tangan Afrina sudah melingkar di pinggangnya. Baru sahaja dia menyarungkan t-shirt hitamnya, Afrina sudah memberikan kehangatan yang membuatkan jiwa Hud bergelora. Refleks, tangan Afrina digenggam erat bersama senyuman yang tak lekang dari bibir.
"Genggam tangan saya kuat-kuat. Saya, nak tenangkan suami saya. Saya tahu, awak trauma sebab kejadian itu. Saya pernah baca caption awak dalam instagram dulu. Post traumatic stress disorder. Kan? Awak dah terlalu banyak menderita, Hud Aidan. Izinkan saya... bahagiakan awak, sampai hujung nyawa saya," ujar Afrina seraya mengetatkan lagi pelukannya. Dia hanya mahu menghulurkan kekuatan buat Hud.
Tatkala omongan Afrina menusuk corong telinga, hanya ketenangan yang dapat Hud rasakan saat itu. Sungguh, Afrina benar-benar menyenangkannya saat ini. Seakan-akan kejutan bahawa Zed masih hidup dibawa pergi buat seketika.
Manakan tidak, semenjak kejadian Zed menggagalkan operasi terakhirnya, kumpulan Naga Hitam juga dihancurkan oleh pihak musuh. Ura-ura menyatakan bahawa Zed mati dalam sebuah kebakaran yang besar setelah kejadian serangan ke atas kumpulannya.
"Terima kasih, sayang. Terima kasih sudi bahagiakan abang," ucap Hud seraya mengucup lembut jari jemari Afrina.
Tika itu, baik Hud mahupun Afrina, keduanya hanya mampu tersenyum bahagia. Sulaman cinta yang tercipta di antara mereka berdua semakin erat hari demi hari. Terlalu banyak dugaan yang Hud dan Afrina lalui. Dugaan itu jugalah yang menguatkan lagi hubungan mereka.
"Sayang..."
"Ermm..."
"Abang cintakan sayang... sampai hujung nyawa. Kalau ditakdirkan sesuatu yang buruk berlaku dalam hidup kita, abang cuma nak sayang tahu yang cinta abang pada sayang tak akan pernah hilang. Hanya maut yang bisa memisahkan kita," luah Hud seraya berpaling memandang wajah manis Afrina.
Ubun-ubun Afrina lantas diusap sebelum bibirnya mendarat mengucup lembut dahi Afrina. Lama. Sungguh, Hud resah memikirkan keselamatan Afrina tika ini. Mirza masih berada di luar sana. Bila-bila masa saja, Mirza bisa mengarahkan konco-konconya untuk mencelakai Afrina.
Afrina kelu dengan tindalan refleks Hud. Terasa wajahnya semakin membahang panas dengan setiap sentuhan Hud. Degupan jantungnya mula berentak kencang dengan tindakan Hud itu. Namun, bibir masih setia menguntumkan senyuman manis.
"Tapi kan sayang, boleh abang tanya sesuatu?" soal Hud.
"Apa dia?" Soalan dibalas dengan soalan. Tatapan tajam Hud Aidan membuatkan Afrina mula tak senang duduk. Pasti ada sesuatu yang bermain di benak fikiran suaminya.
Akal nakal Hud mula ligat memikirkan sesuatu untuk melakukan hobi kegemarannya. Mengusik Afrina.
"Berat badan sayang berapa? Abang saja tanya sebab... masa abang dukung sayang semalam, rasa berat semacam saja. Ni..."
Tak semena-mena, Afrina bangun dari duduknya. Terasa kelat liurnya dengan usikan nakal Hud Aidan itu. Oh sungguh, Afrina sudah tidak tahu di mana dia mahu meletakkan mukanya bila mana Hud yang mendukungnya semalam. Sudah pastinya dia malu!
"Kenapa muka sayang merah? Panas ke? Nak abang sejukkan hati sayang ke supaya sayang tak panas?" usik Hud lagi sambil tersengih. Suka benar dia melihat Afrina yang tidak keruan itu.
Akibat rasa geram yang bertandang di sudut hati, tak semena-mena, Afrina melayangkan buku limanya ke arah Hud. Refleks, Hud mencengkam pergelangan tangan Afrina seraya ditarik ke tubuhnya. Tatapan anak mata Hud yang semakin dalam membuatkan Afrina mula rasa sesak. Tambahan pula, tangan kekar Hud yang mula merangkul pinggangnya.
"Awak ni... memang..."
"Memang apa?" pintas Hud. Hailah, wajah Afrina yang semakin kemerahan itu membuatkan Hud tak mampu melepaskan Afrina dari pandangannya. Comel!
"Ehem! Amboi pengantin baru ni, kita ketuk pintu bilik tak dengar ye. Terpaksalah Isha buka pintu ni. Nak panggil pengantin baru turun menghadap abah dan mama yang dah tunggu kau orang untuk sarapan," usik Arisha sambil terkekek.
Tak semena-mena, Afrina menumbuk rusuk Hud akibat kejutan daripada Arisha. Tubuhnya lantas terlepas dari rangkulan Hud. Kesakitan Hud sudah tak diendahkan lagi tatkala rasa malu lebih menguasai diri.
"Aduh... sakitnya sayang. Abang rasa sayang kena letak ubat..."
"Jangan nak mengada boleh tak? Awak yang cari pasal dulu!" marah Afrina seraya melangkah keluar dari bilik. Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Oh sungguh, Afrina merasakan duniannya sudah berubah! Ada saja ulah Hud yang membuatkan Afrina jadi tak keruan. Hilang sudah sifat tegasnya bila berdepan dengan setiap usikan daripada Hud.
GELAS yang berisikan Vodka dibaling kuat ke arah dinding. Bunyi gelas berderai pecah kedengaran. Langkah sesekali diatur tak keruan. Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Sesekali, giginya diketap menahan amarah yang membenam di sudut hati. Sungguh tika ini, fikiran Mirza benar-benar bercelaru! Bagaikan ada sejuta simpulan yang bermain di benak fikirannya.
"Kau ingat kau dah menang ke? Huh! Selagi aku hidup, selagi tu aku tak akan biarkan kau bahagia! Kau... dengan perempuan tak sama taraf itu, dua-dua patut mampus! Sah-sahlah harta kau akan diserahkan kepada betina jalang itu!" bentak Mirza dengan nafas yang sudah turun naik melepaskan amarahnya.
Semuanya semakin hancur! Orang kanannya sudah ditangkap oleh pihak berkuasa. Rancangan pembunuhan ke atas Hud Aidan pula sering kali gagal. Entah apa lagi rancangan untuk menghapuskan riwayat hidup adik tirinya itu. Mirza sudah kematian akal tika ini. Kini, dirinya pula sudah menjadi buruan polis apabila tembelangnya sudah pecah!
"Mesti Idris Holding itu akan diwasiatkan kepada si jahanam itu. Tak! Aku tak akan biarkan dia jadi pengarah syarikat arwah papa! Dia itu hanya anak buangan arwah papa! Aku, Mirza Hanif lagi layaklah menjadi waris arwah papa!" marah Mirza sambil menabik dada. Sungguhlah, dia tidak akan membiarkan pelannya dihancurkan sepenuhnya oleh Hud Aidan. Api kemarahan dan dendam yang semakin menjulang tinggi semakin membuatkan jiwa Mirza kepanasan!
Lantas, Mirza menghamburkan segala majalah perniagaan yang terpampang dengan gambarnya ke atas lantai. Segala barangan di kondominium mewah itu semakin berantakan dengan kemarahan Mirza. Jiwanya untuk mencabut jantung Hud semakin membuak-buak!
Tiba-tiba, bunyi derapan tapak kaki menusuk masuk ke corong telinganya. Haruman wangian yang menusuk rongga hidung membuatkan jiwa Mirza tiba-tiba sahaja bergelora. Seakan-akan, syaitan sedang berbisik kepadanya untuk menaikkan nafsu yang tiba-tiba menjengah kotak hati.
"Are you okay, Mirza?" soal si penanya yang sudah berdiri di hadapan Mirza. Bibir merahnya menguntum senyuman manis yang bisa meluruhkan jiwa Mirza. Tambahan pula, gaun ketat paras paha berlengan pendek yang melekat di tubuh genitnya.
"You know what, you're such a fallen angel for me. Bila I serabut, you selalu datang tepat pada waktunya. Did you have a sixth sense? Or..."
Mirza kematian kata tatkala jari jemari gadis itu mula meliar di dada bidangnya. Terasa kelat liur yang ditelan saat haruman si gadis semakin menusuk deria baunya. Malahan, anak mata si gadis yang berkilauan di sebalik lampu chandelier memberikan daya tarikannya.
"Naluri I yang bawa I ke sini. I dapat rasakan yang you perlukan seseorang untuk hilangkan kesesakan yang ada dalam kepala you. So, why not... I..."
Si gadis jeda.
Kakinya dijongketkan. Bibir didekatkan ke cuping telinga Mirza. Lantas, bibir mengucap ujaran yang membuatkan Mirza tersenyum senang. Jelas, riak wajah Mirza yang kusut drastik berubah senang dengan tawaran si gadis cantik berambut blonde itu.
"One night stand with you? How interesting, dear Farisha Daniella. You memang pandai, senangkan hati I berbanding isteri I sendiri," ujar Mirza seraya merangkul pinggang genit kekasih gelapnya itu.
"Kita ada tujuan yang sama, bukan? Why not kita berbincang sambil berehat dulu. Lagipun, I dah penatlah nak berlakon depan isteri you yang kaki kelab itu," keluh Farisha. Dia mencebik geram tatkala kotak mindanya mengimbas wajah-wajah yang menyebalkan.
Keluhan Farisha hanya disambut dengan tawa Mirza. Tatkala peluang berada di depan mata, tubuh genit yang sedang dirangkul itu dibawa masuk ke dalam bilik peraduannya. Malam itu, syaitan semakin bertepuk tangan dengan kekufuran yang dilakukan oleh manusia-manusia jahil itu.
"Yes dear, I will settle it down for our own satisfication. One by one," bisik Mirza seraya menutup pintu biliknya. Nafas panjang ditarik seraya dihembuskan perlahan-lahan. Segala kesesakan yang membelunggu jiwa diletak ke tepi terlebih dahulu. Berjaya sudah syaitan menghasut anak-anak Adam dalam melakukan sebuah kemaksiatan.
Bersambung...
Terima kasih kalian sudi membaca karya syaf 💕
Maaf kalau bab ini membosankan 🙈 susah juga eh nak buat si jahat ni kena tangkap polis 😆 plot twist sedikit ye 🤭
Sedutan episod 47
"Hud... sa... saya takut. Macam mana... kalau... dia orang nak... bunuh..."
"Tak! Abang tak akan biarkan konco-konco Mirza celakakan kita! Sayang, ingat pesanan abang bahawa kejahatan... tak akan pernah menang. Percayalah, Allah sedang melindungi kita saat ini!" pintas Hud sambil tangan kirinya menggenggam tangan Afrina yang dingin.
Akalnya semakin ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri daripada konco-konco Mirza yang sedang mengejar mereka. Kakinya semakin kuat memijak pedal minyak dengan kadar degupan jantung yang semakin kencang. Sesekali, bunyi tembakan yang dilepaskan dari belakang membuatkan Hud khuatir. Tidak mahu isteri tercintanya menjadi mangsa pada hari itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top