PROLOG
"APA hendak jadi dengan kamu, Fina? Belajar tak mahu. Sedikit - sedikit main telefon."
Surfina menunduk merenung lantai berpetak mendengar setiap bebelan ayahnya. Sebenarnya, dia sudah belajar. Tetapi boleh pula ayahnya masuk ke dalam biliknya semasa dia baru hendak berehat. Memang kena berleterlah.
"Papa..." Belum sempat Surfina membela diri, ayahnya telah menyampuk.
"Ha, menjawab! Orang bagi nasihat ini, dengarlah."
Surfina membentak apabila dia langsung tidak diberi peluang untuk berbicara. "Papa ini! Selalu marah Fina. Fina belajar sampai dapat A dalam semua mata pelajaran. Fina sudah belajar dan rehat sekejap tadi. Sejak mama meninggal..."
Ayahnya memanggilnya dengan nada kuat. "Surfina!"
Surfina memandang ayahnya tajam sebelum merengus kuat. "Ergh!" Surfina segera keluar daripada biliknya. Telefon jangan lupa bawa.
Sementara itu, Sufyan sedang mengelap bola salji miliknya. Terhinjut bahunya tatkala pintu biliknya dihempas kuat oleh Surfina sebaik sahaja Surfina masuk ke dalam. Sudah bagus masuk tutup pintu... tetapi kalau pintu tercabut, siapa mahu ganti?
Sufyan yang perasan riak wajah kakaknya berubah kelat lantas menegur. "Kakak gaduh dengan papa lagi ke?"
Surfina berpeluk tubuh. "Papa tu. Semua akak buat, semua salah depan dia. Kau lainlah. 'Anak kesayangan', bukan?"
Sufyan hanya mendiamkan diri apabila nada suara Surfina berubah tegang. Tip daripada budak 12 tahun, jangan tegur perempuan bila dia orang marah kalau tidak mahu kena mengaum balik.
Saat berganti minit. Lama mereka berdiam begitu. Surfina buat hal sendiri, bermain dengan telefon bimbitnya manakala Sufyan masih lagi mengelap bola saljinya sehingga berkilat.
Setelah merasa sikit tenang barulah Surfina memulakan perbualan. "Kau buat apa?"
Sufyan menayangkan glob saljinya ke arah Surfina. "Bola salji mama."
Surfina mengetap bibir mendengar perkataan 'mama'. Sudah lama dia tidak mendengar sebutan itu melainkan beberapa minit yang lepas. Lebih-lebih lagi, ibu mereka sudah meninggal dunia sejak Sufyan dilahirkan.
Sufyan meletakkan glob saljinya di atas mejanya. "Aku harap, aku boleh jumpa mama. Walaupun syurga aku tiada dekat sini, aku tetap boleh masuk syurga kan, kakak?"
Surfina tergamam mendengar tutur kata adiknya. Tersentuh pula hati mendengarnya. Dia cuba memujuk adiknya. "Mestilah..."
"BAM!" Bunyi benda terjatuh mengejutkan mereka berdua. Sufyan segera bergerak menuju ke tingkap miliknya. Tingkapnya dibuka separuh.
Satu kelibat bayangan putih seolah menyeru mereka dari jauh. "Sufyan..."
"Kenapa ini?" Surfina tergesa - gesa berdiri di belakang adiknya, mengambil tahu apa yang sudah terjadi.
Tanpa mengeluarkan suara, Sufyan terus melangkah keluar menuju ke pintu utama. Kunci rumah diambil.
Surfina semakin tertanya melihat perbuatan adiknya. Tudung terus disarungkan lalu dikejar adiknya. Dia memusingkan tubuh Sufyan menghadap ke arahnya. "Woi, adik! Kau dah gila ke?"
"Kita kena pergi ikut bayangan putih itu." Sufyan memberitahu, tegas.
Surfina mengerutkan dahinya. "Kau kena sampuk dengan bunian ke? Mana tahu yang kau nampak itu, bunian. Sudah pukul sebelas malam ini, dik."
"Please, kak. Aku rasa dia seperti mahu tunjukkan aku sesuatu. Firasat aku rasa tak sedap hati kalau tak ikut. Kau tahu kan firasat aku kebanyakkannya betul?" Sufyan membuat muka sepuluh sen, meminta empati dari kakaknya.
Bukan kata setuju yang dia dapat, sebaliknya dia dapat penampar. Surfina menayang wajah menyampahnya. "Menyampah aku tengok muka kau. Tak payah buat muka macam tulah! Rasa nak layangkan kaki je."
"Bolehlah, kak. Benda ni mesti menarik. Lagipun kita pergi sekejaap saja. Ayah pun dalam bilik kerja dia." Sufyan cuba menarik minat kakaknya. "Kalau kakak ikut, Sufyan belanja Milo Nugget."
Sedar - sedar sahaja kunci sudah berada di tangan Surfina. Pintu utama itu dibuka senyap - senyap. Surfina memberi arahan sebaik sahaja menutup pintu. "Okey, jom."
Sufyan memerhati kakaknya dengan pandangan tajam. Laju sahaja buat kerja kalau dengar akan diberikan upah. Nasib kakak.
"Cepatlah!"
Mereka berdua bergerak ke belakang rumah. Rumah mereka banglo tidak bertingkat yang berjiran. Pagar pun, pagar hijau yang mempunyai lubang.
"Mana bayangan tu?" tanya Surfina sambil matanya memandang sekeliling. Seram pula bila tiada lampu di belakang halaman kejiranan ini.
Lama Sufyan mendiamkan diri sebelum menunjuk ke hadapan. "Tu! Cepat, kakak!"
Bayangan putih itu lari apabila mereka berdua mengejar mereka. Ingat ini drama Hindustan ke mahu bermain kejar - kejar? Nasib tidak menari di sebalik pokok.
Bersungguh - sungguh mereka mengejar bayangan putih itu. Sedar - sedar sahaja, mereka sudah berada bersebelahan dengan tanah perkuburan. Bulan juga sudah mulai penuh.
"Aku dah agak dah. Mesti bunian ni. Tiba - tiba hilang. Kau nak ikut sangat, kan?" Surfina memarahi adiknya yang mahu mengejar bayangan itu.
"Kakak pun nak ikut sangat tadi." Sufyan seolah - olah meletakkan semua kesalahan pada kakaknya.
Surfina mengutip batu - bata di sebelahnya lalu diacah untuk dibaling ke arah adiknya. "Kau jangan sampai aku baling batu - bata ni pada kau."
"Auuu!" Bunyi anjing melolong kuat mengejutkan mereka. Ah, sudahlah.
"Dah, wey. Jom balik." Surfina menolak - nolak adiknya perlahan ke hadapan. Rasa takut menyapa diri.
Tiba - tiba, suara seseorang menyapa halwa telinga mereka. "Kembalilah ke lima belas tahun yang lalu..."
"Apa?" Sufyan yang mendengar suara itu, menoleh ke belakang.
Tidak semena - mena, badan dua beradik itu bercahaya. Cahaya itu membuatkan Surfina dan Sufyan menutup mata masing - masing. Selang beberapa saat, mereka berdua hilang begitu sahaja.
.
.
.
.
KEPADA 15 TAHUN YANG LALU
...
"Walaupun benda ini mustahil, inilah kenyataannya Sufyan. Kita berdua kena hadapinya!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top