Bab 7
"ALONG, nah air teh." Surfina menghulurkan secawan teh kepada Qasim. Hanya lelaki itu yang suka minum teh sewaktu bersarapan.
"Terima kasih." Tanpa kata Qasim terus mencicip sedikit air teh panas itu. Selalunya Umayma yang buatkan tapi budak tu tengah rajin, tak apalah kita layankan.
"Pffttt! Uhuk! Uhuk!" Qasim terbatuk-batuk, teh itu terus diletak di atas meja. "Masinnya! Kau saja kenakan aku, kan?"
"Eh, masin ke?" Surfina mengerutkan dahi. Dia mendekati rak yang menempatkan rempah-ratus dan bahan masakan lain. "Lah, gula dengan garam tertukar tempat. Maaf, along." Surfina tersengih.
Qasim mendengus. "Yalah." Usai menghabiskan makanan, dia terus bangun lalu meletakkan pinggan di sinki.
"Along, basuhlah. Penat Sufyan basuh tahu tak?" rungut budak kecil itu. Bila masa dia muncul entahlah.
"Malaslah."
"Basuh!" Kaki Qasim dipijak. Berkerut-kerut dahi lelaki itu. Nak tak nak terpaksalah dia mencuci pinggan sendiri. Apa kau ingat Sufyan itu bibik ke?
"Along, pergi kedai belikan tepung!" Puan Marisa pula muncul dengan arahannya. Duit di tangan dihulur kepada lelaki itu.
"Along pula? Haq kan ada..." keluhnya.
"Along..." Puan Marisa bercekak pinggang. "Ibu suruh pergi kedai je. Bawak budak-budak tu sekali. Dah, pergi! Tak ada tepung, tak ada makanan." Tubuh anak lelakinya ditolak. "Sufyan, Surfina! Pergi ikut along! Kalau nak apa-apa, beli je. Tapi pastikan kurang daripada RM10 tahu."
"Terima kasih, ibu!" Apa lagi, senyum lebarlah mereka berdua. "Along, jom!" Sufyan menarik tangan Qasim, manakala Surfina mencapai kunci motosikal.
"Jadi babysitter ke?" Muncul pula Qaulalhaq dengan senyuman sinisnya. Memang hari ini semua nak sakitkan hati dia ke macam mana?
"Diamlah kau."
Setibanya di sebuah kedai runcit, Sufyan dan Surfina terus meluru ke arah rak yang menempatkan makanan.
"Kau nak cari apa?" tanya Qasim. Dia memandang ke arah sekelilingnya, mencari tepung. "Cepat sikit."
"Keropok ikan tu. Apa nama dia entah... Hmm, mana eh..." Sufyan tersengih. Dia terbongkok-bongkok mencari keropok ikan kegemarannya.
"Lambat tinggal. Kau, Surfina?"
"Entah. Tak pilih lagi. Along pergilah dulu. Tapi kalau along tinggalkan kami, siaplah along!" ugut Surfina. Dia terus berjalan pergi ke rak lain.
Qasim memandang geram. "Kalau aku boleh cekik, dah lama aku cekik." Tidak mahu membuang masa, lelaki itu terus berjalan ke satu arah. Sepeket tepung diambil.
"Woi, cepat sikit!"
"Sabarlah!" Dua beradik itu menjawab spontan. Masih memilih makanan lah tu.
"Jumpa!"
Qasim memandang Surfina, mulutnya ternganga sedikit. "Kau nak banyak-banyak buat apa? Gila? Perut tempayan ke apa kau ni?"
"Mana ada. Ni stok seminggu tahu tak. Bukan Fina seorang je yang makan, abang Haq dan kak Umayma pun sibuk sekali. Along apa tahu? Meroyan je macam orang gila. Nasib Fina tak telefon Hospital Bahagia, tahu tak?" balas Surfina. Tidak cukup dengan keropok yang bertimbun di tangannya, gadis itu terus berjalan ke arah peti sejuk. Aiskrim potong berperisa durian dicapai.
"Sufyan mana?"
"Entah. Tunggu jelah. Along, bayarkan dulu semua ni. Nanti aiskrim cair." Selamba sahaja Surfina mengarahkan Qasim. Kalau dapat cekik memang seronok, bak kata Qasim.
"Kau ni kan..." Not 20 diletak ke atas kaunter kedai. Baki RM12.70 dipulangkan semula. "Banyak betul kau ambil. Nanti kalau si Sufyan ambil banyak juga, kau nak bayarkan ke?" sindir Qasim.
"Fina tak ada duit. Gunalah duit along. Along kan, 'kaya'," perli Surfina. Sudahlah pemalas, tahu habiskan duit sahaja. Bila Qaulalhaq marah, mulalah mahu bergaduh. Surfina betul-betul mahu pijak ayah longnya.
"Buk!"
Qasim dan Surfina memandang ke tepi. Bungkusan jajan bersepah di atas lantai. Sufyan terduduk dengan kakinya dipijak seorang budak lelaki lain.
"Minta maaf pada aku!"
"Kenapa pula? Kau yang buta, tak nampak jalan! Selamba je langgar aku, kenapa aku pula yang kena minta maaf!" marah Sufyan. Kaki budak lelaki itu ditepis sehingga dia hilang imbangan lalu tersembam di sisi Sufyan.
"Along, bayar!" Bungkusan jajan dikutip lalu diletak di atas kaunter. Setakat enam bungkus jajan, apalah sangat. Kan?
"Macam-macamlah..." Dompet sendiri dikeluarkan. Not 10 dihulur kepada seorang wanita yang berada di kaunter. Terbang duit Qasim. Cukup-cukup RM10. Memang mahu disiku Sufyan itu.
"Disebabkan along baik hati belanja Sufyan, nah!" Sufyan terus menghulurkan sebatang aiskrim potong.
"Hmm... Baik pula kau ni. Duit siapa?" Ragu-ragu Qasim bertanya.
"Duit along!" Sufyan tersenyum suci.
"Hah?" Membulat mata lelaki itu. Dahinya dipicit. Sudahlah, mahu marah pun tidak berguna. Plastik aiskrim dikoyak lalu disumbat ke dalam mulut. Aura sejuk mula memenuhi mulutnya. "Uwek!"
Sufyan dan Surfina yang baru sahaja mahu memanjat motosikal terhenti. Mereka menoleh ke belakang. "Kenapa?"
"Ni perisa apa? Peliknya! Tak sedap. Uwek!" Aiskrim potong itu dicampak jauh. Dasar suka membazir!
"Perisa nangka. Kenapa?"
Lagilah membulat anak mata coklat gelap milik Qasim. Dia meludah ke tepi. "Aku tak suka nangka!"
"Lah, manalah Sufyan tahu. Sorry." Ringkas sahaja permohonan maaf budak kecil itu.
Qasim terus berjalan ke arah motosikal. Enjin dihidupkan dan selepas budak kecil berdua itu membonceng, dia terus memecut laju. Entah apa akan jadi kalau dia berlama di situ.
Apabila mereka tiba di rumah, Qasim terus berlari masuk. Mungkin mahu mencari air bagi menghilangkan rasa aiskrim nangka.
"Bam!"
"Pfft! Bwahahahahaha!" Qaulalhaq yang muncul entah dari mana terus ketawa besar. Manakan tidak jika Qasim jatuh tersembam bagaikan nangka busuk. Itulah, tadi tidak suka sangat dengan nangka. Karma got you!
"Aduh! Itulah, lain kali pandang elok-elok. Ada mata, guna!" Qaulalhaq menarik nafas. Dia terus berjalan ke dapur dengan riak selamba, macam takde apa-apa jadi.
"Seronok sangat ke jatuh tu sampai tak nak bangun?" Umayma pula muncul dengan tawanya. Dia menggelengkan kepala dan turut sama berjalan ke dapur.
"Bangunlah, along. Nak kena pijak ke?" Surfina dan Sufyan tergelak kecil. "Jumpa di dapur!"
Qasim menggenggam penumbuknya. Dia terus berjalan masuk ke dalam biliknya sebelum...
"Bush!"
"Uhuk! Uhuk!" Qasim mengipas tangannya. "Siapa pula main bedak dalam bi... woi! Kenapa bantal aku bercarik-carik ni? Ish, geram aku!" Matanya jatuh kepada seorang budak kecil yang berada di atas katil.
Qasyid namanya. Beranilah naik tangan pada Qasyid, nanti kau yang hilang tangan tu. Nak?
"Qasyid! Haih..." Qasim mendukung Qasyid. Dia membawa budak kecil itu ke dapur. Matanya yang menangkap rupa sebuah cawan terus membuatkan tangannya yang lagi sebelah mencapai cawan itu.
"Jangan minum! Itu..."
"Bwekk! Apa bendalah ni? Masinnya!" Kali ini Qasim tersembur kuat. Itulah, minum duduk, perlahan-lahan. Bukannya rakus semacam.
"... kicap."
"Hahahaha! Apa malang sangat engkau ni? Aku rasa baik kau duduk elok-elok jelah, tak payah kacau apa-apa." Qaulalhaq tergelak lagi. Dia memegang perutnya yang terasa senak kerana asyik mengetawakan abangnya.
"Huh!" Qasim terus menuang teh yang berada di atas meja ke dalam cawan. Kali ini disahkan selamat kerana Sufyan dan Surfina minum dengan selamba.
Lelaki itu terus kembali ke dalam bilik. Mungkin mahu mengemas katilnya yang penuh dengan bedak dan kapas daripada bantal sendiri. Maaflah, ada kucing terlepas.
Lelaki itu berkurung di dalam bilik, mungkin trauma mahu keluar. Tetapi, tepat jam 1 tengahari, Qasim sudah berada di meja makan.
Lauk yang dihidangkan tengahari itu termasuklah asam pedas, kari ayam, ikan bakar dan kubis masak kicap.
Qasim yang merupakan penggemar asam pedas terus menuangkan kuah ke dalam pinggannya, banjir habis!
Puan Maria yang mahu menegur menggeleng kepala. Biarlah, orang tamak selalu rugi.
"Pedas!" Qasim terbatuk-batuk. Entah berapa banyak kali dia batuk hari ni. "Kenapa pedas sangat?"
"Mana ada pedas..." Surfina pula menyampuk, dia elok sahaja makan nasi berkuahkan asam pedas.
"Oh, tadi Umayma terletak cili lebih. Along tak makan pedas ke?" Umayma tersengih.
"Dia tu anak manja. Pedas sikit pun tak tahan." Qaulalhaq menjeling. Sambal belacan diambil lagi. Memang suka pedas betul dia ni.
"Kari pun pedas." Puan Marisa menegur. "Sufyan dengan ayah kamu nak makan cili hari ni. Kalau tak tahan, makan jelah ikan bakar tu. Tak nak, ambil kubis."
Qasim akur. Nak buat apa lagi... redha sahaja. Tak makan nanti lapar pula. Alahai...
"Pinggan basuh!" Sempat Sufyan mengingatkan Qasim. Qasim yang berada menyampah terus meletakkan pinggan dengan kasar.
"Pecah pinggan ibu, pecah kepala kamu nanti."
Tersengih semua yang berada di meja makan. Qasim diam sahaja.
"Assalamualaikum!"
"Along, pergi tengok siapa tu," arah Encik Zakaria.
"Assalamualaikum!"
"Krekk..."
"Nak apa?" Qasim bertanya malas. Terkejut dia apabila melihat tiada sesiapa yang berada di pintu.
"Jawablah salam dulu! Tsk!"
"Aduh!" Qasim memegang kakinya. Dia memandang ke bawah. Seorang budak perempuan, memandangnya tajam. Dia berpeluk tubuh dengan bibir dicebik. "Jawab salam." Dengan selambanya budak kecil itu masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum, makcik Marisa, pakcik Zakaria! Hai, abang Haq, kak Umayma dan Qasyid!" Ceria wajahnya apabila menyapa. Kanak-kanak itu terus bersalaman dengan mereka.
"Lah... Alia ke. Ibu kerja?" tanya Puan Marisa. Seronok melihat anak jirannya datang ke mari.
"Ha'ah, sebab tu Alia datang. Ni siapa?" Budak itu, atau lebih mudah dikenali sebagai Alia, menghalakan jari telunjuknya ke arah Surfina dan Sufyan yang masih makan.
"Saya Surfina. Ni adik saya, Sufyan."
"Oh..."
Tidak sampai sepuluh minit, ketiga mereka sudah serasi. Sekali pandang memang comel, tapi dua kali pandang macam kau nampak ada tanduk dengan ekor berhujungkan segi tiga pada mereka bertiga. Sudahlah senyuman seram semacam.
"Along! Jom lawan," cabar Sufyan.
"Lawan? Malaslah." Mereka semua kini bermalasan di ruang tamu. Qaulalhaq dan Umayma hanya memandang sepi. Malas mahu menyampuk.
"Along penakut, kan? Tak mahu lawan dengan kami," provok Sufyan. Dia membuat muka bangga. "Tak apalah, kami tahu kami hebat."
Tersedak Qasim mendengarnya. "Hebat? Huh, jomlah lawan! Kita pergi luar. Kalah, jangan menangis."
"Okay! Dua lawan satu tau!"
Qasim ikut sahaja. Kalau satu lawan satu nanti dikata membuli pula. Qasim redha.
"Hiyargh!"
"Buk!"
Kaki dilayan ke paha Qasim. Tendangan itu cukup untuk membuatkan Qasim jatuh terduduk. Sufyan ni anak gajah kut, kuat semacam dia tendang.
"Pak!"
Alia menyiku kepala Qasim. Leher lelaki itu dicakar kuat. Tidaklah sampai luka, sedang-sedang sahaja.
"Pak!"
Tapak tangan Sufyan selamat mendarat pada dada Qasim. Tepukan pada dada lelaki itu membuatkan Qasim terbatuk sedikit. Dia mengeluh.
"Apa sedih sangat kau orang n..."
"Splash!"
Masing-masing kaku. Air mula menitik ke atas tanah.
"Yay, kena!" Surfina menjerit kuat. Dia tersengih. "Baling!"
"Splash!"
Kali ini terkena Qasim. Tepat, pada wajahnya yang macam beruk terkejut.
"Nak!" Alia dan Sufyan terus mendekati Surfina yang duduk di atas pangkin dengan timbunan belon air. "Serang!"
"Splash!"
"Splash!"
"Tu, abang Haq dengan kak Umayma!" Sufyan dan Alia terus mendekati pasangan itu yang baru sahaja mahu keluar rumah.
"Splash!"
"Kau..."
"Eh? Main belon air tak ajak!" Umayma tergelak. Dia berlari ke arah Surfina. "Akak pun nak!" Belon di tangannya dibaling ke arah Qaulalhaq.
"Umayma!"
"Bwek!"
"Sini kau!" Qaulalhaq juga cuba mencapai sebiji belon air.
"Tak takut, tak takut!" Umayma berlari mendekati Alia dan Sufyan. "Kita serang Haq! Ayeeee!"
"Ayeeeee!"
"Splash!"
"Splash!"
Laman rumah tidak tahulah hendak digambarkan bagaimana. Banjir sana-sini. Berlopak, padahal tak hujan. Ini kalau Puan Marisa tengok, memang habis kena ketuk guna senduk!
"Tengok, mereka pasangan bahagia. Jangan dikacau kebahagiaan itu, atau nanti kau yang merana." Keras suara Surfina memberi amaran sebelum dia menyertai parti bom air itu.
Qasim diam terkaku. Tidak tahu mahu kata apa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top