Bab 6

"HACHUM!" Surfina segera menutup mulutnya  menggunakan sebelah tangan. Dia menarik cecair yang terasa di dalam hidungnya. Haih... masa orang mahu basuh pingganlah, dia mahu terbersin.

   Pinggan yang selesai dicuci diletakkan di rak pinggan. Surfina memgeluh kecil. Menyesal pula tidak ikut mereka bertiga ke Pesta Reka Sains. Haaa... mahu ikut juga!

   "Umayma..."

   Surfina terkaku seketika mendengar suara Qasim menggumam nama Umayma. Dia segera keluar dari dapur dan mengintai di sebalik dinding kayu itu.

   "Abang sayang Umayma. Kenapalah Umayma kena kahwin dengan adik abang?" Nada suara Qasim berubah psiko.

   Gambar polaroid Umayma hitam putih dipandang di tangannya. "Mula-mula tuan Luqman datang... ingatkan mahu kahwinkan abang dengan Umayma. Tetapi boleh pula ayah pergi kahwinkan dengan Haq panas baran itu."

   Qasim tertawa kecil.  "Tidak mengapa, Umayma. Abang akan dapatkan, Umayma."

   Seriau hati Surfina mendengar. Dia sengaja melanggar belakang kerusi kayu yang diduduki Qasim, sekaligus menghentikan Qasim bermonolog sendiri.

    "Uh." Qasim terkedu apabila belakang kerusinya disepak. Itulah, Qasim. Kalau mahu cakap seorang diri pun, kurunglah diri dalam bilik. Macam tidak perasan Surfina turut berada di situ.

   'Surf... Surfina dengar ke apa yang aku kata tadi?' Qasim berdesis di dalam hati. Tidak mengapa, budak sahaja pun. Dia perlahan-lahan menoleh ke belakang.

   Qasim tersentak memandang renungan mata Surfina. Tajam dan menderam, seperti ingin menelan sesuatu. Terasa terketar rahangnya memandang. Pandangan mata Surfina sama...

   Sama macam Qaulalhaq.

   "Saya dengar semuanya." Surfina masih lagi memandang wajah Qasim. "Kak Umayma kan isteri orang. Kenapa hendak sukakan dia?"

   Qasim tersenyum seketika. "'Masih', kan? Haq itu panas baran, tidak mustahil dia akan ce..."

   Surfina menumbuk belakang kerusi kayu itu. Sebenarnya dia sengaja mahu menakutkan Qasim dengan acah gangster. Perit juga tangannya menumbuk kerusi kayu itu.

   Qasim menjeling ke arah Surfina. Nasib baik ibunya memandikan Qasyid di dalam bilik air. Wajah Surfina dipandang jelas. "Abang rasa abang dapat teka... kamu suka Qaulalhaq, bukan?"

   Terus terbatuk-batuk Surfina mendengarnya. Suka selipar Jepun dia. Itu ayah dialah. Rasa mahu campak Qasim ke luar tingkap, merepek betul!

   Qasim menjongketkan keningnya. Melihat Surfina yang terbatuk-batuk, dia menyangka tekaannya betul. "Betul, bukan? Kam..."

   Surfina segera memintas. "Gila. Qaulalhaq itu..." Surfina menghentikan katanya. Alamak, hampir sahaja dia mengatakan Qaulalhaq itu ayahnya.

   Namun, bagaimana reaksi Qasim mendengarnya? Mesti mukanya menjadi terkejut beruk dan agak keliru.

   Bunyi motor mendekati perkarangan rumah membuatkan Qasim mengetap bibirnya. Qasim melutut di atas kerusi lalu menghadap Surfina.

   Qasim cuba mengugut Surfina. "Ingat, Surfina. Jangan beritahu sesiapa tentang benda ini termasuk Umayma. Kalau benda ini sampai pada Haq..." Isyarat leher dipotong dibuat Qasim. "Siap kau."

   Kedengaran bunyi motor berhenti di halaman rumah. Qasim kembali ke posisi duduk biasa sambil membelek surat khabar 'Kosmo!'. Surfina ketap giginya, geram. Hei, ingat dia takutkah? Ini Surfinalah!

   Pintu rumah dibuka serentak dengan pintu bilik air. Surfina menjadi hairan melihat mata Umayma yang agak kemerah-merahan, seperti baru lepas menangis.

   "Assalamualaikum." Qaulalhaq memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

   Melangkah sahaja ke lantai rumah, Umayma terus berlari naik ke atas. Walaupun tiada langsung air mata yang mengalir, wajah Umayma beriak seperti sedang menahan tangis.

  "Umayma!" panggil Qasim melihat 'buah hati'nya meluru naik ke atas.  Serta-merta dia mendapat jelingan serentak daripada Qaulalhaq dan Surfina.

   Surfina menghampiri Sufyan yang membawa lampu suluh ataupun lebih tepat lagi, mesin masa. Surfina memegang bahu kanan adiknya. "Kenapa dengan kak Umayma?"

   Sufyan tidak menjawab sebaliknya memandang ke arah Qaulalhaq. Qaulalhaq mengeluh kecil sebelum menjawab soalan Surfina. "Mesin masa Umayma... kalah."

   Sufyan semangat menceritakan. "Bukan itu sahaja, para juri dekat sana siap hina lagi. Heh, macam ciptaan peserta lain bagus sangat. Memang kak Umayma nangislah."

   Surfina berdecit, marah. "Tch, kejamnya."

   "Yay, yay. Pakai baju." Qasyid yang keluar dari bilik air berlari naik ke atas. Seronok budak kecil itu bertuala sambil berlari. Nampak comel pula.

   "Macam mana dengan pesta itu?" tanya Puan Marisa.

   Qaulalhaq menggeleng, perlahan. "Tak menang, ibu. Juri-juri jahanam itu siap menghina lagi ciptaan Umayma." Qaulalhaq menggenggam penumbuknya. "Kalaulah Haq boleh tumbu..."

   "Muhammad Qaulalhaq." Puan Marisa menyedarkan anaknya. Dia menyambung bicaranya. "Perkara yang lepas, usah dikenang. Lebih baik kamu pergi pujuk Umayma."

   Puan Marisa turut naik ke atas. Boleh pula anak bongsunya lari selepas mandi. Sudahlah suka bermain 'sorok-sorok' anak kecil itu.

   Qaulalhaq memandang ke arah anak tangga. "Umayma..."

   "Ha, sampai bila kamu mahu duduk tercegat dekat pintu rumah itu. Masuklah," ujar Puan Marisa. Penat pula dia melihat mereka bertiga berdiri seperti patung di muka pintu.

   "Oh, memang saya nak duduk pun." Sufyan kemudian melabuhkan punggungnya ke arah salah satu perabot kayu tersebut. Alat mesin masa itu masih di tangannya.

   "Ah..." Surfina terperasan ketiadaan Qasim. Habislah... tidak mungkin Qasim terlebih dahulu memujuk Umayma di atas?

   "Sufyan, bagi aku mesin masa itu. Hendak berikannya pada Umayma." Qaulalhaq menghulurkan tangannya ke arah Sufyan.

   Sufyan sebagai seorang anak yang taat kepada bapanya, memberikan mesin masa itu kepada Qaulalhaq. Sufyan berbaring di atas kerusi kayu itu dengan penuh malas, rasa mahu tidur pula.

   Surfina memukul bahu adiknya dari belakang. "Seronok kau, ya? Sekejap lagi mahu azan Zuhur. Nanti kau kena pergi masjid."

   "Eee, akak ini. Orang sudah balik ini... bagilah orang rehat sekejap." Sufyan merengek apabila rehatnya diganggu. Kakak dia ini... memang tidak boleh lihat dia berehat langsung!

   "Ah... tak ada, tak ada, tak ada."

   Qaulalhaq merenung mereka berdua lalu menggeleng, perlahan. Macam-macamlah dua 'budak pelik' itu. Dia mengetap gigi sambil kakinya melangkah naik ke tingkat atas.

  Bukan Surfina sahaja perasan, dia pun perasan Qasim menaiki ke atas selepas sahaja Umayma naik ke atas. Entah apa lelaki itu ingin buat kepada isterinya. Bukan dia tidak tahu, jelas sekali reaksi Qasim terhadap Umayma.

   "Tak guna." Qaulalhaq berbisik melihat pintu bilik Umayma yang tertutup sedikit itu.

✧✧☘✧✧

   "Sampah."

   Kertas mengandungi rangka lukisan mesin masa itu dikoyak dengan penuh emosi. Dengan air mata yang meleleh laju, mencengkam lagi rasa sedihnya. Bagaikan kaca yang terhempas ke batu, itulah yang Umayma rasakan sekarang.

   "Siapkan mesin masa yang bodoh itu? Sebab itu Mai melawan papa?"

   Suara Encik Luqman terngiang-giang di telinganya, bagaikan kaset rosak. Kertas yang terkoyak dua itu dipandang tanpa perasaan.

   Umayma menafikan, perlahan. "Ciptaan aku bukan sampah..."

   "Papa suruh kahwin dengan Haq sahaja, apa susah? Sedang kamu sibuk dengan ciptaan kamu yang tak akan bawa kejayaan... cuba ikut arahan papa walaupun sekali!"

   "Ting!" Telefon jenama Nokianya berdering, menandakan ada satu mesej masuk. Mesti dari Mardhiah. Umayma membuka mesej tersebut.

   "Ah..." Mata Umayma membulat membaca mesej tersebut.

Sabtu, 8 Mei 2004 - 12:45 TGH
𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎
Siapkan mesin masa itu. Kalau tidak... aku akan bunuh seluruh ahli keluarga kau!

   "Peminat mana yang mesej aku ini?" Umayma sempat berseloroh sendiri. Sengaja dia bergurau untuk menghilangkan rasa gusar di hatinya.

   "Daripada... noktah. Noktah. Noktah."

   "Tok! Tok! Tok!"

   Umayma memalingkan wajahnya ke pintu. Pasti Haq ini. Dengan suara serak-serak basah, dia membalas.  "Masuklah! Pintu tak kunci, pun."

   "Akaaak." Qasyid menerpa ke arah Umayma dengan sehelai baju singlet ditangannya. "Olong alikkan aju ini (Tolong terbalikkan baju ini)."

   Umayma tergelak kecil. Lupa sebentar tentang mesej tadi. "Oh, mestilah boleh."

   "Umayma..." seru seseorang dari muka pintu.

   Umayma mengangkat wajahnya. Oh, Qasim rupanya. Dia mengujarkan kata sambil membetulkan kedudukan bahu Qasyid. "Kenapa abang datang sini?"

   "Abang risaukan Umayma tadi." Tanpa rasa segan, Qasim duduk di atas katil Umayma dan Qaulalhaq. "Umayma okey? Umayma tadi macam mahu nangis sahaja."

   Umayma melajukan kerjanya. Selesai menterbalikkan kedudukan singlet itu, terus dia hulurkan kembali kepada Qasyid. Dia seboleh-bolehnya menghiraukan suara para juri yang bermain di mindanya.

   "Taklah. Mana ada." Umayma cuba berdalih. "Okey sahaja."

   Qasim menaikkan keningnya. Umayma langsung tidak memandangnya, sah si Umayma itu menipu! "Abang belajar tinggi-tinggi, tau? Dari reaksi Umayma, abang tahu yang Umayma menipu. Umayma... kalahkah pertandingan tadi?"

   Umayma menunduk mendengarnya. Dia cuba kawal perasaanya. Perlahan-lahan, dia mengangguk.

   "It's okay. Mana tahu ada rezeki lain?" Umayma mencengkam seluarnya mendengar 'nasihat' daripada Qasim.

   Umayma bingkas berdiri. "There are not! Pertandingan itu merupakan satu-satu harapan saya untuk tunjukkan usaha saya sebelum ini berguna. Tetapi bila saya kalah, mereka seakan-akan menghina usaha saya."

   Melihat Umayma seperti ingin menangis, Qasim cepat-cepat memohon kemaafan. "Oh, Umayma. Abang minta maaf. Take your time. Kalau kamu rasa penat dengan usaha ini, rehat... jangan mengalah."

   "Banyak lagi orang sayangkan Umayma. Termasuk diri Umai."

   "Qasyid ayang kak Umai." Qasyid meluahkan dengan penuh tulus.

   Qasim menyambung. "Tengok. Qasyid pun sayangkan Umai. Abang pun saya..."

   "BAM!"

   Semua pandangan tertumpu pada Qaulalhaq yang berdiri di muka pintu. Permukaan pintu kayu itu sedikit retak kerana tumbukan Qaulalhaq.

   Qaulalhaq menoleh ke arah Qasyid terlebih dahulu. Dia cuba melembutkan suaranya. "Qasyid, pergilah dekat ibu. Ibu dekat dalam bilik."

   "Okey." Qasyid sebagai budak baik, hanya menurut. Terus keluar daripada bilik tersebut.

   Kini, Qaulalhaq berpaling ke arah Qasim. Bukan pandangan lembut yang dia berikan kepada Qasyid tadi, tetapi pandangan penuh membunuh. "Kau buat lagi? Keluarlah."

   "Kenapa? Salah ke aku duduk dekat dalam bilik ini?" Qasim menanyakan soalan bodoh.

   Qaulalhaq menggenggam tangannya. Tangan kanannya sedikit calar kerana menumbuk pintu tadi. "Kau tanya salah? Ini kan bilik aku..."

   Qasim memintas tanpa rasa bersalah. "Biarlah aku duduk dekat sini lama sekejap."

   Melihat muka Qaulalhaq seperti ingin mengamuk, Umayma lantas membela suaminya. "Abang Qasim, rasanya abang patut keluar dahulu. Tak sopan duduk dengan lelaki bukan mahram berduaan."

   Qasim masih belum berputus asa. "Berduaan. Haq kan..."

   "Ay... Along!" Kedengaran suara Sufyan memanggil dari dapur. "Along! Tengok Surfina bawa katak!"

   "Rasanya ada seseorang perlukan kau. Baik kau pergi tengok. Atau..." Qaulalhaq sengaja memberhentikan ayatnya, sengaja ingin membuatkan abangnya terasa gerun.

   "Ish. Ya, kenapa?" Qasim keluar dari bilik itu dengan penuh terpaksa. Kacau betullah adik dia ini! Tidak sempat mahu mengorat Umayma.

   Keluar sahaja Qasim, Qaulalhaq terus menutup dan mengunci pintu. Dia berpeluk tubuh serta menyandarkan dirinya pada pintu. Wajah Umayma direnung dengan renungan kosong.

   "Aku tahu apa kau nak buat. Kau nak nangis. Nangislah. Luahkan kesedihan kau. Aku ada."

   Tanpa sebarang signal, Umayma terus menghamburkan tangisannya tanpa henti. Kakinya menggeletar dan lemah. Dia terus terduduk di atas kerusi plastik itu.

   Qaulalhaq mendekati isterinya lalu duduk di bersimpuh di hadapannya. "Tell me more. Aku akan dengar."

   Sebaik sahaja suara itu menyapa gegendang telinganya, Umayma merangkul terus tubuh suaminya. Segala tangisan dia luahkan di atas bahu Qaulalhaq sambil belakangnya digosok oleh Qaulalhaq.

   Nasib Umayma tidak perasan wajahnya yang memerah tatkala dipeluk Umayma. Qaulalhaq hanya sambung menggosok belakang Umayma. "Kau akan okey, my Umayma."

...

   Habis sahaja makan malam, semua berpakat masuk ke dalam bilik masing-masing. Kini, hanya tinggal Qaulalhaq, Umayma, Surfina, Sufyan dan Qasim berada di ruang tamu.

   "Masuk bilik itu awal sedikit, jangan nak berjaga pula." Encik Zakaria berpesan sebelum masuk ke biliknya.

   Umayma dan Sufyan menjawab serentak. "Baik!"

   "Ting!" Umayma mengeluarkan telefon bimbitnya. Dibaca setiap bait mesej itu dengan muka berkerut. Mesej daripada orang yang sama. Noktah, noktah, noktah.

   Kenapa orang seperti itu tidak puas menyuruhnya menyiapkan mesin masanya?

   "Umayma." Qaulalhaq menyeru nama Umayma dari belakang.

   "Ah..." Umayma berpaling ke belakang. Telefonnya segera disimpan. "Erm, saya nak naik atas sekejap."

   "Umayma. Umayma pasti Umayma okey?" Qasim bertanya dengan penuh prihatin. Cis, dasar bermuka dua!

   Qaulalhaq mengetap gigi memandang Qasim. Dia menoleh ke arah Umayma apabila kedengaran Umayma bersuara. "Tak apa, abang. Umayma okey sahaja. Cuma hendak siapkan mesin masa."

   Sufyan terbuntang matanya. "Akak... masih hendak teruskan?"

   "Ya, takkan sebab satu kekalahan, akak nak duduk menangis macam orang gila? Taklah. Ini Umaymalah. Mesti bersemangat!" jelas Umayma dengan penuh bersemangat.

   Qaulalhaq hanya tersenyum senget mendengar luahan Umayma. Sempat dia meniti pesan buat Umayma. "Ha, kau jangan tidur lewat pula. Kalau nak tidur itu, tidur sahaja."

   Umayma yang sudah naik ke atas menyahut. "Yalah!"

   "Sekejap, Umayma. Abang nak cakap sesuatu." Belum sempat Qasim memanjat anak tangga, bahunya ditarik oleh Qaulalhaq.

   "Kau kenapa..." Kepala Qasim terteleng ke tepi apabila ditumbuk kuat oleh Qaulalhaq.

   Terkaku kaki Surfina dan Sufyan melihatnya. Tiada siapa yang menyangka Qaulalhaq akan berbuat begitu. Tumbukan Qaulalhaq sangat kuat. Masakan tidak, keluar darah dari mulut Qasim!

   "Apa guna kau belajar sampai universiti kalau kau datang sini, hanya untuk rampas isteri orang?" Qaulalhaq memeluk penumbuknya. Matanya tidak lepas daripada memandang tajam abangnya sendiri.

   "Kau tak faham. Aku pelik, kenapalah kau wujud? Kalau tak..." Qasim menumbuk kuat bahu Qaulalhaq, sehingga terundur lelaki itu beberapa langkah ke belakang. "... pasti aku boleh kahwin dengan Umayma."

   "Abang Haq..." Sufyan cuba mendekati mereka berdua tetapi ditahan Surfina.

   Surfina berkata perlahan ke arahnya. "Biarkan mereka sekejap."

  "Kau memang abang yang kejam. Sanggup buat benda ini pada adik sendiri?" Qaulalhaq menggenggam dua bahu abangnya. Ditolak abangnya ke anak tangga. "Cuba jadi matang sedikit. Jangan jadi bodoh."

   Qasim menjadi tercabar dengan tolakan adiknya. Dia terus merapatkan lutut ke dada dan menendang kemaluan Qaulalhaq. Qaulalhaq ke belakang beberapa langkah sambil menahan senak.

   "Cukuplah itu!" Sufyan yang bersifat terburu-buru, melangkah ke arah mereka. Surfina sudah menjadi risau. Bagaimana kalau adiknya tercedera?

   Qasim terlalu menumpu ke arah Qaulalhaq tanpa perasan Sufyan meluru ke arahnya. Sufyan mengumpul tekanan sebanyak mungkin lalu melompat dan menendang belakang tengkuk Qasim.

   Berbunyi lantai kayu dihentak Sufyan. Riak Sufyan menjadi pucat. Kakinya... dia tersalah urat. Dia tidak boleh bergerak.

   Pintu bilik ibu bapa Qaulalhaq berhampiran anak tangga terbuka. Keluar Qasyid berada dari bilik tersebut. Dia memandang hairan ke arah mereka yang berada di sebelah anak tangga.

   Qasyid menyoal. "Kenapa ini?"

   Puan Marisa menjenguk ke luar bilik. "Kau orang? Tidak tidur lagi? Ha, along. Bawa adik. Dia nak pergi tandas itu."

   "Baik, ibu." Qasim mengajak adik bongsunya ke bilik air. Dia sempat memegang tengkuknya. Teruk juga budak dua belas tahun itu buat pada aku. Rasa sengal-sengal tengkuk dibuatnya!

   "Ha, kalian bertiga. Tidurlah. Nanti esok mahu bangun Subuh." Puan Marisa memasukkan kembali kepalanya ke dalam. Pintu bilik ditutup kembali.

   "Jom, Sufyan. Masuk bilik." Surfina berkata tegas kepada Sufyan.

   "Kakak..." Sufyan melirih perlahan. "Kaki Sufyan cramp."

   Surfina tergamam seketika. Yalah, ayah saudaranya itu 175 sentimeter kot! Adiknya pula 150 sentimeter. Pasti adiknya tersalah gerakan semasa menendang Qasim.

   Qaulalhaq membongkokkan badannya di belakang Sufyan. Tanpa sebarang suara, Qaulalhaq memapah Sufyan daripada belakang.

   "Eh?" Sufyan menjadi terharu bercampur tertanya apabila Qaulalhaq memapahnya.

   "Mari aku bawa kau orang pergi bilik." Qaulalhaq menaiki anak tangga. Surfina menurut langkah Qaulalhaq satu persatu.

   Sambil berjalan, Qaulalhaq sempat memberi amaran. "Aku nak kau orang hati-hati dengan Qasim. Dia gila sedikit. Suka bini aku pula itu."

   Surfina sempat menahan tawa mendengar ayat terakhir Qaulalhaq. Rasa lawak pula tatkala mendengar Qaulalhaq seperti cemburu.

   Qaulalhaq bersuara. "Ingat."

   "Ingat." Surfina dan Sufyan berkata serentak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top