Bab 26

"BAIKLAH!" Surfina membaringkan sekeping kertas ke atas tikar kayu itu. Dia menunjukkan ke arah lukisan seorang... seorang ke itu? Kenapa rupa macam dua alam sahaja?

    "Kenapa kau nak bentang bagai? Cakap sahajalah. Lukisan itu pun..." Sufyan bercakap dengan menahan tawa. Kalau gelak, nanti kena bantai pula dengan kakaknya.

   "Kau gelak, aku campak kau ke luar." Surfina menunding jari, tegas mengugut. Sesekali matanya memandang lukisannya. Buruk sangat ke lukisan aku... hish, mata Sufyan yang rabun ini!

   Mata sudah cantik, hidung paras seseorang itu yang kembang semacam. Lubang dekat badan Spongebob pun tidaklah sebesar itu. Tetapi, kita puji sahajalah lukisan Surfina ini cantik.

   "Dah, dah. Jadi apa rancangan kau orang sebenarnya?" Umayma cuba menenangkan pertengkaran dengan mengubah topik.

   Kalau hancur rumah nanti, macam mana nak ambil kodok yang bersembunyi dekat dapur untuk takutkan Qaulalhaq?

   "Malam pada hari Jumaat itu... bukan malam suci bagi suami isteri tau."  Surfina sempat berlawak sebelum menyambung. "Malam itu, kita buat macam mak cik dari 'keluarga' kita ambil kita balik."

   "Mak cik? Mak cik mana pula ini?" Sufyan tergaru kepala sendiri. Terus Surfina menepuk dahi Sufyan. Ingatkan hendak tepuk dahi sendiri, tertepuk dahi Sufyan pula.

   "Aduh... yang kau bohong dekat mama fasal keluarga tinggallah. Apalah. Takkanlah kaki putar belit macam kau lupa alasan sendiri." Surfina membebel panjang.

   Sayangnya ianya hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja, tak masuk kembali. Sufyan hanya mengabaikan bicara kakaknya. "Oh, jadi kalau nak 'mak cik' nak ambil kita tu kat mana?"

   Umayma mengusap dagunya. "Erm, kalau nak pergi, tempat pondok bas rasanya paling sesuai. Kalau nampak encik pocong dekat sana pun best juga!"

   Sufyan meneguk air liur. Pocong? Bunyinya seperti menakutkan kenapa si Umayma ini tersenyum lain macam? Ke... kawan jauh Umayma?

   "Vrooom! Vroom!" Sementara itu, Qasyid sedang membuat aksi pelanggaran kereta. Harap-harap tak ada kemalangan yang terjadilah.

   Surfina memetik jari. "Ha, jadi malam itu, lepas habis majlis. Kita terus pergi mesin masa dan... selesai! Balik ke masa hadapan. Mama boleh balik dengan lagi satu tenaga."

   "Lagi satu tenaga? Kejap, mesin masa mama ada berapa banyak sebenarnya?" Sufyan bertanya, meminta kepastian.

   Umayma bertindak seperti detektif, mengusap dagu seraya kepalanya diidongakkan ke siling. "Hrm, tiga rasanya. Eh, tak ke nanti kena bawa satu kampung teman kau orang berdua nanti?"

   Surfina dan Sufyan mengenyih ke arah Umayma. Hiperbola sangat ini. Tak adalah Puan Marisa itu angkut sampai satu penduduk kampung menghantar mereka.

   Surfina menggosok bahu Sufyan berkali-kali. "Tak apa, itu jangan risau. Kita ada raja putar belit dekat sini." Satu tepukan kuat di belakang Sufyan membuatkan anggukan Sufyan berkali-kali terhenti.

   Sufyan menggosok belakangnya yang terasa perit dengan pukulan kakaknya seakan satu pertiga kekuatan Saitama. Kurang asam punya kakak.

   Umayma tersenyum lebar. Gadis itu lantas berdiri dengan penuh bersemangat. "Baiklah! Ini rancangan kita! Kita akan jayakan misi ini dengan penuh berjaya seperti ejen dalam tv!"

   "Betul tu, mama!" Sufyan pun turut bangun dari duduknya dengan semangat penuh patriotik. "Rancangan kita akan berjaya!"

   "Hahahaha.." Surfina ketawa kekok dengan pandangan melayan. Layan sahajalah gen ceria dari keluarga Qaulalhaq ini.

   "Rancangan apa?" Mata Surfina, Sufyan dan Umayma masing-masing terbeliak mendengar sapaan suara seseorang.

   Riak ceria terukir pada wajah Qasyid. Dia melepaskan kereta mainannya dan mengangkat tangan ke atas. "Yay! Abang Haq dah balik!"

   "Err..." Surfina tergagap menyatakan. "Rancangan..."

   "Rancangan memasak ikan tiga rasa!" Umayma segera mencelah. Yakni suara itu perlu sentiasa teruja supaya Qaulalhaq tidak mengesyaki apa-apa.

   "Ha, betul tu! Ikan tiga rasa, sedapnya... jamuan malam kita nanti kan, kakak?" Sufyan mengusap perutnya sebelum menyiku kakaknya, seolah memberi isyarat untuk berlakon sama.

   Surfina menjatuhkan kepalanya, laju. "Ya, kak Umayma nak turunkan ilmu ikan tiga rasa dia kat kita oranglah! Sebab itulah kita orang berbincang dekat sini."

   Memang tiga anak beranak ini boleh memenangi lakonan peringkat Oscar. Pelakon drama Melayu pun auto undur diri melihat lakonan mereka yang berbakat ini.

   Qaulalhaq menjongketkan kening lalu menggeleng perlahan."Haih.... macam-macamlah kau orang ini."

   Sufyan mengubah isi perbualan. "Eh, kenapa abang Haq masuk rumah tak bagi salam ini? Kan kalau nak masuk rumah, salam jangan dilupakan."

   Qaulalhaq terkedu dengan soalan Sufyan. Dia memberi alasan. "Err... aku dah bagi salam. Kau orang yang tak dengar!"

   Mana mungkin Qaulalhaq hendak memberitahu mereka yang dia hampir histeria di luar apabila seekor kodok terlompat ke bahunya. Jatuh maruah sebagai seorang Qaulalhaq sahaja.

   "Oh, mana ibu dan ayah?" Qaulalhaq yang perasan ketiadaan ibu bapanya menyoal untuk menghilangkan kekoknya.

   Surfina menjawab bagi pihak Umayma. "Oh, ibu dekat sawah lagi. Ayah pula dekat kedai. Jangan risau, sebelum Zuhur baliklah itu."

   "Oh..." Qaulalhaq mengiyakan. Matanya terarah ke arah kertas 'rancangan' di hadapan Sufyan namun dihalangi oleh kaki Sufyan yang melindungi kertas tersebut.

   Mencurigakan.

   "Awak pergilah naik atas dulu! Nanti tak fasal-fasal melompat macam kodok sebab nak laju ke masjid nanti." Melihat kelakuan aneh suaminya, Umayma menggesa Qaulalhaq untuk menukar baju.

   Qaulalhaq mengusap lehernya. "Kau ini tak payahlah buat perumpamaan macam itu sekali." Sudahlah mahu trauma dia tadi!

   Sempat Qaulalhaq mengerling ke belakang. Sumpah, dia rasa ada sesuatu yang mereka berdua sorokkan! Dia pasti dia dengar Sufyan memanggil Umayma dengan panggilan 'mama'  tadi.

   Tetapi, apa maksudnya?

   Tidak mahu dibelenggu dengan pemikirannya, Qaulalhaq naik ke atas. Yalah, nanti jadi macam perumpamaan yang dicipta Umayma. Hush, seram!

   Melihat Qaulalhaq yang sudah memanjat anak tangga, Surfina, Sufyan dan Umayma menghela nafas lega. Berpeluh semacam mereka di hadapan Qaulalhaq. Sudahlah aura Qaulalhaq lain macam!

   "Kita tunggu sahajalah Jumaat nanti." Tutur kata Surfina mendapat anggukan Umayma dan Sufyan.

✧✧☘✧✧

   Seekor cicak melintasi batang berwarna hitam dengan penuh bergaya. Tidaklah bergaya sangat... setakat merangkak berkawad begitu, pak cik Spiderman boleh buat. Mungkin cita-cita cicak ini ingin menjadi CicakMan.

   Sedang syok sang cicak merangkak seperti hantu Ju'on, dia tidak semena-mena ditepis dengan satu bayangan. Membuatkan dia terjatuh dalam keadaan memalukan.

   Kesian sang Cicak. Baru nak bangga dengan adik-beradik yang dia merangkak macam CicakMan.

   "Semaklah cicak ni. Tiba-tiba merangkak dekat tiang khemah ini." Surfina menggumam sendirian seraya tangannya saling bergeser antara satu sama lain. Mungkin hapuskan debu dari CicakMan palsu itu.

   Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ya, hari ini di mana 'majlis kesyukuran' diadakan di rumah encik Zakaria. Kalau hendak datang, bawalah mesin masa dan tetapkan tahun jadi tahun 2004.

   "Mana dapat khemah ini?" soal Sufyan. Tangannya menepuk beberapa kali tiang khemah itu. Hati-hati Sufyan, takut jatuh pula tiang itu.

   "Oh." Umayma meletakkan bekas besar berwarna merah di tepi meja. Wah, kuat juga Umayma sebenarnya! "Khemah ini khemah waktu akak dengan Haq kahwin. Jadi, guna sahajalah!"

   "Lagipun, masih elok lagi ini!" Tadi si Sufyan pukul, ini si Umayma pula pergi tendang. Hey, budak berdua ini memang tidak takut bumbung khemah itu terbalik ke.

   "Eh, yang kau tendang-tendang ini kenapa? Ingat bola sepak ke? Ha, kau orang berdua hamparlah tikar." Qaulalhaq mengarahkan Sufyan dan Surfina menghamparkan tikar ke jalan tar.

   "Haih... yalah." Surfina hanya akur sahaja. Lagipun ini dia akan meninggalkan tahun ini, kenalah buat baik, bukan?

   "Sufyan!"

   Sufyan yang sudah menghamparkan tikar menoleh ke belakang. Kelihatan dua orang sahabatnya, Luqman dan Aisyah melambai dari belakang.

   "Ha, sampai pun kau orang." Sufyan memusingkan tubuhnya menghadap dua orang sahabatnya. "Ingatkan tak nak datang tadi."

   "Mana boleh tak datang, lagipun... aku nak isi perut aku banyak-banyak malam ini. Hehehe..." Luqman tersengih sambil mengusap perutnya. Tidak mengapa Luqman, kita semua lapar. Tapi makanan jangan lupa kongsi, ya?

   "Surfina!" Suara beramai-ramai memanggil nama Surfina mengalihkan perhatian mereka.

   "Oh. Kau orang." Surfina menyeringai kekok ke arah mereka. Dia yang membongkokkan diri kerana menghamparkan tikar tadi membetulkan posisinya.

   Sufyan menggosok matanya. "Seriuslah kakak kumpul kawan banyak macam ini?"

   Yalah, bukan dua orang yang datang ke arah Surfina. Namun sebanyak dua belas orang gadis seusia Surfina menghampirinya. Jangan disangka wajah beku Surfina tiada kawan, ya?

   "Wah, ramainya kawan Surfina!" Umayma turut terkejut sama melihat Surfina bersama kawan rapatnya. Kawan dia pun seorang sahaja. Itu pun kata nak datang lepas drama P Ramlee habis.

   "Nak kita orang tolong, tak?" Salah seorang kawan Surfina bernama Izzah bertanya.

   "Erm, tak adalah sangat. Kau orang pergilah duduk dulu. Aku..." Bicara Surfina terhenti apabila belakangnya disiku seseorang.

   Sufyan membisik sesuatu. "Tak sangka kau ramai kawan. Selalunya nampak lonely dekat sekolah."

   Surfina menunjukkan buku limanya. "Kau nampak ini?"

   Majlis kesyukuran itu bermula tepat jam 9:30 malam. Beberapa kenalan encik Luqman memasuki khemah dan duduk bersila di atas tikar. Yalah, tidak mungkin duduk mencangkung macam hendak membuang air pula.

   Sahabat Umayma dan Qaulalhaq juga sudah datang ke mari. Siapa lagi kalau bukan si Danish dan Mardhiah itu. Memang riuh persekitaran rumah encik Zakaria dengan suara juga sudu yang berlaga.

   "Nah, makanan kau." Qaulalhaq meletakkan sepinggan plastik mee goreng di hadapan Umayma. Dia pun lantas duduk di sebelah isterinya. Ala ala manis begitu.

   "Wah, mee goreng. Terima kasih!" Umayma dengan teruja menyuap mee goreng ke dalam mulutnya. Dalam masa yang sama, dia memberi isyarat mata ke arah Sufyan dan Surfina yang larit berbual dengan kawan mereka berdua.

   "Kan, paling tidak puas hati masa baha..." Suara Surfina tersekat tatkala matanya menangkap bahasa isyarat yang dilemparkan Umayma. Dia membalas bahasa isyarat itu dengan anggukan.

   Setelah mendapat balasan dari kedua anaknya, Umayma bangun dan menepuk tangan beberapa kali. Sampai Qaulalhaq terpaksa menegur. "Umayma, yang kau tepuk tangan ini kenapa? Nak main tepuk amai-amai ke?"

   "Mana ada. Kalau saya nak main tepuk amai-amai, kenalah bawa mikrofon. Baru sedap." Sempat Umayma berseloroh sendiri. "Sebenarnya, hari ini bukan majlis kesyukuran sahaja."

   Sufyan bangun lalu mencelah. "Sebenarnya... malam ini saya dengan kakak saya akan pergi dari sini."

   "Pergi? Kau nak pergi mana, Surfina? Wey, kita dah janji kan esok nak buat ulangkaji sama-sama?" Suara Dalisha berubah sayu.

   "Erm, macam Sufyan cakap tadi, mak cik kita orang hendak ambil kita orang semula. Jadi, malam ini kira kali terakhir kita orang duduk sini." Giliran Surfina menjadi tumpuan orang ramai.

   "Kenapa tak bagitahu ibu pun?" Puan Marisa merenung sayu Surfina dan Sufyan silih berganti. Kedua mereka sudah dianggap macam anak sendiri pun.

   "Kita orang terserempak dengan mak cik kita orang pagi tadi, masa balik dari sekolah. Kan, kakak Umayma, bukan?" Sufyan memandang ke arah Umayma.

   Umayma mengangguk. "Ha, betullah itu. Katanya lepas majlis ini, mak cik dia orang akan tunggu dia orang dekat pondok menunggu itu."

   "Ini ke rancangan kau orang? Kau orang nak tinggalkan keluarga inilah?" Qaulalhaq turut bangun dari kerusinya. "Aku buat salah ke sampai kau orang berdua nak pergi?"

   Jujurlah dari hati Qaulalhaq, dia juga sudah tumpah kasih pada kedua beradik itu. Kedua mereka sudah seperti saudara kandungnya sendiri.

   Alia yang turut hadir merayu ke arah dua beradik itu. "Ala, kakak Surfina. Abang Sufyan. Janganlah pergi..."

   Surfina mengetap bibir manakala Sufyan sudah mengeluh halus. Mereka berdua pun tidak mahu meninggalkan zaman ini. Zaman inilah zaman paling menyelesakan buat mereka. Tetapi mereka perlu berpijak pada realiti.

  "Tak boleh ke kau duduk sahaja dekat sini? Tak payah ikut mak cik kau orang?" Luqman menyuarakan pendapatnya. Sudahlah si Sufyan satu-satunya sahabat yang sudi bahkan ikhlas berkawan dengannya.

   Belum sempat Sufyan membalas, Danish menyangkal cadangan. "Haih... mestilah tak boleh. Sebab itu kan keluarga dia. Mestilah mereka pilih keluarga mereka juga."

   Umayma menggigit bawah bibirnya melihat perubahan riak wajah Qaulalhaq. Walaupun Qaulalhaq sering bersikap serius dan tidak kisah, dia masih lagi manusia.

   Tetamu yang lain ada yang mendiamkan diri namun ada yang sambung makan. Masalah dia orang, bukan masalah dia.

   Izzah mencanangkan satu idea. "Apa kata kita orang ikut sama kau orang pergi hantar. Lepas majlis ini kan nak pergi?"

   Surfina segera membantah. "Err... tak bolehlah."

   "Tak boleh?" Qaulalhaq mengerutkan dahinya. "Kenapa tak boleh pula?"

   Sufyan menggaru pipinya. "Err... sebab... sebab..."

   "Assalamualaikum!"

   Semua di bawah khemah juga yang lepak tepi longkang berpaling ke arah pemilik suara tersebut. Mata masing-masing membulat dengan apa yang terhias di hadapan mereka.

   Tetamu mula membisik. "Eh, itu bukan ke?"

   "Muka macam kenal sahaja."

   Surfina menutur perlahan. "Kejap itu bukan..."

   Puan Marisa menekup mulutnya. Air mata mula bergenang. Langkahnya diorakkan menuju ke arah sosok itu. "Qasim."

   Qasim tersenyum  melihat semua mata yang memandang. Di sebelah Qasim juga terdapat seorang gadis yang mengukirkan garis manis di wajahnya.

   Qaulalhaq menepuk meja dengan kuat. "Kenapa kau ada dekat sini?"

   "Along Qacim!" Qasyid melaung dengan gembira. Ya Allah, dengan sisa makanan di sekitar bibirnya. Comelnya!

    "Lah... takkan nak datang rumah sendiri pun muka macam itu. Lagipun... aku bawa tunang aku," jelas Qasim tanpa bertapis.

   Surfina dan Sufyan saling berpandangan sebelum jeritan bingung keluar dari mulut mereka. "EH!" Sekali dengan satu tetamu bawah khemah turut terperanjat!

   Burung yang bertenggek di atas pokok hampir terjatuh mendengar jeritan itu. Kurang ajar punya kampung. Mahu terjatuh dia dari sarang. Tunggulah dia lepaskan najis dekat khemah nanti.

   "Jaga diri elok-elok, Sufyan. Surfina." Puan Marisa berpesan, lembut. Sayu dia hendak lepaskan dua beradik ini.

   Sufyan dan Surfina mengangguk. "Baik, ibu."

   Rupa-rupanya, masa dihalau ke rumah itulah, bermula kisah cinta antara Qasim dengan tunangnya itu. Dasar, orang suruh pergi kerja. Sempat lagi bercinta waktu kerja, ya?

   "Kau pasti ke tak nak aku teman?" Qaulalhaq bertanya risau ke arah Umayma. Siapa tidak risau. Sudahlah malam, beriya-riya si Umayma mahu temankan Surfina dan Sufyan seorang diri.

   Sudahlah itu. Isteri dia siap ugut untuk tidur tempat lain jika Qaulalhaq berdegil mahu menemani. Huhuhu, merana nanti, woi! Reda sahajalah.

   "Kita orang gerak dahulu, ya?" Surfina dengan sopan meminta diri. Telefon jangan lupa dibawa. Yalah, dulu dia bawa telefon, bukan. Cuma tidak buka sebab sudah habis bateri.

   "Jaga diri, ya? Jangan lupakan ibu, ayah dengan yang lain tau." Puan Marisa sudah emosional, mengelap air mata yang sudah mengalir di pipi.

   "Tata, anti atang alik, tau!" Qasyid ceria melambai ke arah mereka. Fikirnya mesti Surfina dan Sufyan ingin keluar bermain. Woi, Qasyid. Itu anak buah kaulah.

   "Semoga jumpa lagi, Surfina. Sufyan," pesan Encik Zakaria, perlahan.

   "Baik." Sufyan memandang ke arah Qaulalhaq yang beriak kosong sahaja. Tanpa sebarang amaran, dia mendakap tubuh Qaulalhaq. "Bye, abang Haq!"

   Qaulalhaq terkedu kerana tiba-tiba dipeluk begitu. Tetapi dia hanya tersenyum dan mengusap kepala Sufyan. "Yalah, hati-hati, Sufyan. Kau juga Surfina."

   Surfina terkedu seketika sebelum tersenyum kembali.

   "Along pun nak minta maaf layan kau orang kasar dahulu. Lagipun, along dah tunang dah. Along takkan usik kak Umayma dah. Nak kahwin dah pun. Kan?" Qasim mengeyitkan matanya ke arah si tunang.

   Tetapi kan... hey, hormat orang single ini.

   Si tunang itu tersipu malu. "Ish, orang tengah buat drama sedih. Awak sempat lagi bersweet ya?"

   "Tik Tok! Tik Tok! Masa sudah tamat. Nanti terlambat pula mak cik kau orang tunggu." Umayma mengingatkan. Lagipun, dia tidak sabar untuk mencuba mesin masanya!

   "Bye, semua! Assalamualaikum!" Sufyan dan Surfina melambai ke arah keluarga mereka. Sesungguhnya, ini memori yang mereka tidak akan lupakan.

   "Surfina? Hoi, kenapa termenung lagi itu! Kita nak guna mesin masa ini kan?" Umayma melambai-lambai tangan di hadapan wajah Surfina yang termenung.

   "Oh. Ya. Hehehe... teringat peristiwa tadi." Surfina menukar topik. "Macam mana? Dah sedia ke?"

   "Dah. Lagipun. Jangan risaulah, mereka itu keluarga kau orang juga di masa depan." Umayma menghidupkan mesin masanya. Jalur-jalur berwarna biru bercahaya bergerak pada kawasan terbuka mesin masa itu.

   Melihat mesin masa tersebut, memori Sufyan tiba-tiba memainkan peristiwa lalu.

    "BAM!" Bunyi benda terjatuh mengejutkan Surfina dan Sufyan. Sufyan segera bergerak menuju ke tingkap miliknya. Tingkapnya dibuka separuh.

   Satu kelibat bayangan putih seolah menyeru mereka dari jauh. "Sufyan..."

   "Mama, boleh tak Sufyan nak tetapkan mesin masa ini?" Permintaan Sufyan membuatkan dua kening kedua gadis itu bercantum.

   "Apa kau merepek ini? Kalau kau hantar kita zaman Hitler memang aku serah kau jadi tawanan dahulu." Surfina membidas permintaan adiknya.

   "Tak, tak. Aku ada cadangan bernas ini. Aku yakin, ada sesuatu yang hantar kita guna mesin masa ini. Jadi, biar aku yang guna." Sufyan cuba menyakinkan mereka berdua walaupun agak berbelit kata-katanya.

   Surfina menayangkan wajah menyampah. "Ha? Apa benda kau merapu ini?"

   "Walaupun akak tak faham sangat. Tapi... akak percayakan kamu, !" Umayma menghulurkan mesin masa itu. Sufyan menyambut dengan gembira.

   Sufyan kemudian menetapkan tarikh, koordinat dan masa pada lampu suluh itu. Tepi lampu suluh itu berkerlip-kerlip cahaya biru, menandakan semuanya sudah bersedia.

  "Sedia?"

   "Sedia!"

   Sufyan menghalakan lampu suluh ke arah mereka bertiga. Selang beberapa saat, sebuah cahaya putih menerangi pondok menunggu itu lalu mereka bertiga hilang dari permandangan mata.

  



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top