Bab 24

"HUH... sakitnya badan aku..." Advik merintih perlahan. Sambil kakinya berlari macam orang cacat, belakangnya digosok ke belakang. Nasib di dalam semak itu ada tilam, kalau tidak masa hendak jatuh itu boleh siap-siap tulis wasiat.

   "Lemahlah kau ini. Larilah, cepat! Terhegeh-hegeh." Asri memarahi Advik. Dia pun sama sahajalah. Tangan duduk menggosok kesakitan dengan kaki yang masih berlari.

   "Bos, saya tahulah bos nak lari dari Haq itu. Tapi boleh kan turun tangga lepas tu terjun dari tingkat satu. Monyet tengok kita lompat pun mahu geleng kepala." Dayyan mengomel tindakan drastik Asri.

   Asri menjeling ke arah Dayyan. "Tak habis-habislah kau ini! Syukur sahajalah kita lari dengan selamat."

   Advik memcelah. Dia berhenti sebentar di sebelah pohon. "Selamat apa bendanya. Rasa nak tersalah urat dekat belakang ini."

  Asri berpaling ke arah Advik. "Lagipun aku ada pasang bom. Kalau kita turun lenggang dekat tingkat satu, memang makan gulai ayam keluarga kau malam ini."

   Dayyan menjongketkan keningnya. "Kejap... bom?"

   Serentak dengan itu, bunyi letupan menyapa hutan itu berserta bunyi frekuensi yang membingitkan telinga. Bangunan terbiar tiga tingkat itu kelihatan terbakar dari jauh.

   "Tak... kesian ke dengan budak-budak itu?" Dayyan bertanya. Matanya memandang penuh rasa bersalah apabila memikirkan budak-budak yang berada di situ. Yalah, budak kot!

   "Ah, kisah apa aku! Jom. Larikan diri dari sini." Asri menyambung lariannya diikuti Dayyan dan Advik. Memang langsung tidak ada sedikit rasa simpati dalam diri Asri itu.

   Asri merenung sinis pintu pagar di yang dibuka. Di sebelah pintu itu terdapat satu basikal yang terbaring di atas rumput. Pasti basikal salah seorang budak-budak itu.

   Asri melangkah keluar daripada pagar iaitu kawasan hutan tersebut. "Woo!" Entah mana silapnya. Boleh pula tersepak batu dan hampir terjatuh mencium tanah.

   Dayyan dan Advik hanya terlopong melihat Asri yang hampir terjatuh itu. Kalau gelak rasanya kena mereka berdua akan dilempar ke dalam bangunan yang terbakar itu. Asri pun satu. Sempat lagi terjatuh.

   Asri segera bangun dan menyapu habuk-habuk pada lututnya. "Aku sahaja uji kekuatan tanah ini sebelum pergi. Dah, dah, jom!" Anggap sahaja yang tadi itu tidak berlaku ya, geng?

   "Berhenti, kami gerak Khas!" Tiba-tiba, beberapa anggota polis melompat dari semak dan pokok yang berdaun lebat ke arah mereka.

   Seorang anggota polis memukul kawannya yang melaung perkataan merapu tadi. "Kau nak tangkap orang jahat pun merapu lagi."

   Si kawan itu tersengih. "Hehehe... maklumlah baru pertama kali masuk kerja, bang."

   Tiga penjenayah yang kaku itu terus menggerakkan kaki masing-masing meninggalkan tempat itu. Salah seorang polis menembak hampir mengenai kaki Dayyan.

  Melihat Advik dan Dayyan terkejut dengan bunti tembakan itu, dua anggota polis yang lain dengan pantas menggari tangan  dan menjatuhkan mereka berdua beromantik dengan tanah.

   Asri tidak mempedulikan orang suruhannya, dia terus lari menuju ke simpang tiga. Dasar bos kurang ajar. Sudahlah tidak berikan gaji. Dia menyumpah-seranah sepanjang lariannya.

   Tidak yang Asri sangka, sebuah kereta polis melintas dan berhenti di hadapannya. Asri menoleh ke belakang. Sama sahaja situasinya. Ada beberapa anggota polis menunggunya di sana.

   Asri mengambil keputusan melulu, dia lari membelakangi kereta polis. Memang berpusu-pusulah anggota polis mengejarnya. Sedang Asri berlari, dia tidak sedar bahawa ada sebuah lori meluru ke arahnya.

   "Pon! Pon!"

   Asri terbuntang mata melihat lori yang tinggal seinci lagi ingin merempuhnya. Sedar sahaja dia...

   "Tidak!"

   Surfina kelam-kabut mengambil telefon Nokia Umayma yang hampir terjatuh. Dia memandang ke arah Chandon. "Kenapa Chandon?"

   "Abang Yan. Abang Yan mana?" Chandon bersuara panik.

   "Sufyan?" Dada Surfina berombak laju apabila kelibat adiknya tidak berada di mana-mana. "Sufyan! Sufyan!"

   Umayma juga meliar ke arah sekeliling. Namun, batang hidung mahupun bayang-bayang Sufyan langsung tidak kelihatan. Perlahan-lahan dia mengalihkan wajahnya ke arah pintu masuk bangunan itu. "Takkanlah..."

   "Tadi... Wani nampak abang Yan masuk dalam bangunan itu! Nak selamatkan abang Haq katanya." Wani menjelaskan seraya tangannya menunjukkan ke arah pintu masuk.

   "Tit. Tit. Tit."

   Mata Surfina membulat besar apabila gegendang telinganya menangkap bunyi begitu asing buatnya. "Bunyi apa ini?"

   "A.. akak tahu! Ini..." Umayma perlahan-lahan memberitahu. Nada suaranya mengendur tatkala tersedar sesuatu. "Ini bunyi bom."

   Tangan Surfina terketar. "Bom!"

   "Kita kena selamatkan abang Yan dengan abang Haq! Cepat!" gesa Tahani. Dia sudah sedia dengan tali skippingnya, ingin membantu sama.

   Umayma segera melarang. "Jangan! Nanti kalau ramai-ramai masuk, tidak sempat hendak selamatkan diri. Kita bukannya Ghost Rider nak tahan bom itu."

   Erm, Umayma dengan gurauannya tidak boleh dipisahkan walaupun dalam situasi yang genting.

   Surfina mengetap bibir. Dia tidak kira! Dia mahu masuk juga ke dalam. "Sufyan! Abang Haq!"

   "Surfina!" Umayma tidak sempat menarik Surfina yang sudah terlebih dahulu masuk ke dalam. Air mata Umayma bergenang tanpa sebarang isyarat.

   Detik bom semakin laju. "Tit! Tit! Tit! Tit!"

   Mahu tidak mahu, Umayma perlu menjauhkan budak-budak itu daripada bangunan tersebut. Mahu terkeluar jantungnya setiap saat dia berjalan.

   "BOOM!" Bertiup pokok-pokok dengan letupan daripada bangunan itu. Rasa haba yang panas mulai menghangatkan belakang badan.

   "Bangunan itu... terbakar." Tahani menuturkan fakta. Mata Umayma terbuntang mendengar perkataan keluar dari mulut Tahani.

   Umayma memusingkan tubuhnya laju menghadap bangunan yang marak terbakar itu. Lututnya lemah seperti jeli. Serta-merta gadis itu menangis dan meraung.

  "Haq! Sufyan! Hiks... hiks..." Umayma jatuh melutut. Tudungnya dicengkam dengan derai air matanya yang mengalir. "Hiks... Sur...fina."

   Tidak semena-mena lengannya ditarik secara paksa untuk bangun. Umayma bagi kehilangan dirinya, hanya menurut untuk bangun. Satu suara menegurnya. "Jangan nangislah, Umayma. Aku tak suka."

   Umayma berpaling ke kanan. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Qaulalhaq! "Qaulalhaq, betul ke awak ini suami saya?"

   "Takkanlah abang Qasim pula." Qaulalhaq menjawab dengan sarkistik. Umayma yang mendengarnya serta-merta memeluk Qaulalhaq dengan tangisan. Wajah Qaulalhaq memerah kerana dipeluk Umayma.

   Surfina menumbuk bahu Sufyan. Sufyan mengaduh, sakit lalu memandang Surfina tidak puas hati. "Kau kenapa tiba-tiba pukul aku, kak?"

   "Kaulah. Terjun dari tingkat satu. Kau ingat ini drama Hollywood ke lompat dari tingkap macam itu. Nasib ada tilam. Kalau aku mati, aku lawan dengan roh kau." Surfina membebel dengan tindakan Sufyan.

   Sufyan menggosok-gosok bahunya sambil mencebik. "Ala, kalau tak terjun. Lagilah mati."

   Surfina memandang tajam adiknya. Sufyan laju mengalih permandangan ke tempat lain tatkala direnung begitu. Surfina menyembunyikan tawa melihat Sufyan. "Apa-apa pun kan, dik."

   "Terima kasih sebab masih hidup."

   Sufyan menoleh ke arah Surfina. Dia tersenyum sekilas. "Samalah kau pun. Terima kasih sebab kekal hidup untuk jadi anak dara tua."

   "Jahanam punya adik..."

   "Wah, macam herolah, abang Haq," puji Tahani. Matany bersinar-sinar melihat Qaulalhaq yang penuh dengan abu-abu.

   Ini kalau terserempak dengan orang minyak, mesti orang minyak salah anggap yang Qaulallhaq ini geng dia.

   Qaulallhaq yang selesai menyarungkam gelang kepada Umayma memandang kosong Tahani. "Hrm..." Suka hati kaulah, dik. Malas aku nak layan.

     Qaulalhaq menoleh ke arah Surfina dan Sufyan yang tengah bergusti. "Sufyan, Surfina. Aku dah lama hendak tanya kau orang."

   Surfina berhenti membelasah adiknya. Sufyan dan Surfina saling berpandangan sebelum melihat ke arah Qaulallhaq semula. Mereka berdua menyoal serentak. "Tanya apa?"

   "Kenapa kau orang panggil aku, papa?"

   Damn! Menitik habis peluh dekat Surfina dan Sufyan. Kalau lari dari hutan ini sempat atau tidak? Habislah! Kalau rahsia terbongkar bagaimana? Dua beradik itu sudah panik habis!

   "Erm... sebenarnya, macam ini. Papa dengan mama kita or..." Belum sempat Sufyan memutar-belitkan keadaan, beberapa anggota polis datang menuju ke arah mereka.

   "Kau orang! Selamat ke tak? Jangan risau, kami dah datang!" laung anggota polis itu. "Sekejap lagi pihak bomba akan sampai!"

   Bomba? Oh, yalah. Bangunan itu terbakar tidak mungkin mahu panggil nelayan pula. Nanti tidak fasal-fasal jaring untuk tangkap ikan terbakar pula.

   Surfina dan Sufyan menghela nafas, lega. Syukurlah encik polis ini menyelamatkan mereka dari menjawab soalan maut Qaulalhaq.

   Nasib juga Surfina menghubungi polis menggunakan telefon Umayma. Oh, abang polis penyelamatku! Boleh buat tajuk drama ini.

   Umayma menjongketkan kening melihat perangai mencurigakan dari Surfina dan Sufyan. Papa? Ada apa-apa yang budak-budak ini rahsiakankah?

   "Pak cik, tadi ada orang jahat! Dia culik kita orang. Lepas tu meletup!"

   "Ha'ah. Tengok, dah terbakar!"

   "Ya, ya. Pak cik tahu. Panggil abang sahajalah, ya? Rasa tua pula."

   Riuh suara kanak-kanak menceritakan segalanya. Surfina menarik nafas lega. Dia berbisik, perlahan. "Akhirnya. Semua sudah berakhir!"

...

   Encik Luqman telah ditangkap di bawah kesalahan Seksyen 17 (b) dan Seksyen 23 iaitu menawarkan rasuah serta menggunakan kedudukan untuk suapan. Dia akan dipenjara selama 20 tahun dan perlu membayar 5 kali ganda nilai suapannya.

   Media yang menerima suapan Encik Luqman juga ditimpa hukuman yang serupa. Itulah. Bak kata pepatah bahasa pasar seMalaysia, 'small small not die, big big trouble people'.

   Dayyan dan Advik juga telah disumbat masuk ke dalam penjara. Cuma Asri sahaja sudah kembali menghadap pencipta. Bukan kerana terjun dari tingkat tiga tapi dirempuh lori.

   "Papa, papa tak kisah ke yang laporkan kes itu... Umayma?" Sayu Umayma bertanya kepada encik Luqman. Walaupun teruk mana hubungan mereka, Umayma tetap menyayangi lelaki yang menjaganya dari kecil ini.

   "Papa tak kisah pun. Lagipun salah papa, Asri jadi macam ini." Encik Luqman mengusap kepala anaknya yang ditutupi tudung. "Maafkan papa sebab selalu tak bangga dengan apa yang kamu cipta."

   "Sebelum papa pergi." Encik Luqman mengeluarkan sebuah glob salji dari poket bajunya. Patutlah gelembung semacam poketnya.

   Glob salji itu diserahkan pada anaknya. "Jaga glob ini baik-baik."

   Umayma menyambut glob salji itu dengan satu senyuman. "Terima kasih, papa. Papa jaga diri tau."

   "Ya..."

   "Oh, macam inilah tok papa masuk dalam penjara." Dengan selamba Sufyan menggumam sendiri. Matanya memerhati sosok tubuh Luqman yang masuk ke dalam perut kereta polis. Macam tonton wayang masa lalu pula.

   "Kau ini. Nak cakap pun, cakaplah dalam hati sahaja. Nanti rahsia kita terbongkar. Mati nanti." Surfina membidas perbuatan Sufyan. Haih... budak Sufyan ini memang tidak makan saman betullah.

   Sudahlah semalam mahu berpeluh ditanya soalan mati oleh Qaulalalhaq.

  "Ehem!" Panjang umur! Baru sahaja sebut namanya. Qaulalhaq bercekak pinggang seolah-olah seorang ayah memarahi anak-anaknya. "Kenapa duduk dekat sini. Masuk dalam rumah. Jangan sibuk urusan orang dewasa."

   "Eh, tapi ini kan dalam rumah juga. Cuma ini dalam halaman rumah." Tidak takut Surfina membalas kata-kata Qaulalhaq. Dengan Qaulalalhaq versi ini memanglah. Cuba versi masa depan punya.

   "Sabar ya, Umayma. Yakin yang Allah Maha Besar dari semua masalah yang Umayma hadapi sekatang ini." Puan Marisa mengusap bahu Umayma dengan tujuan ingin menenangkan gadis itu.

   "Ya, Umayma jangan sedih, tau," pujuk encik Zakaria pula.

   Umayma memandang Puan Marisa dengan satu senyuman. Rasa lega dia rasakan. "Terima kasih, ibu."

   "Kenapa ak cik Uqman (Pak Cik Luqman) masuk kereta polis?" Polos sahaja si budak Qasyid bertanya. Semua benda ingin ambil tahu!

   Pernah satu hari itu, dia pergi tanya kenapa tahi lembu berwarna coklat kepada Qaulalalhaq yang tengah makan aiskrim berinti coklat. Mahu menangis dimarahi Qaulalhaq tidak tentu fasal.

   Umayma menundukkan tubuhnya agar separas tinggi dengan Qasyid. "Jom...  kita masuk dalam, nak? Akak buat gulai ayam untuk adik akak ini!"

   Mata Qasyid bersinar mendengar perkataan 'gulai ayam' itu. Bibirnya dijilat tanda kelaparan. "Nak! Nak! Jomlah masuk sekarang!" Dasar budak ini. Dengar makanan laju sahaja engkau.

   "Okey, chef Umayma akan beraksi di dapur!" Umayma menepuk dadanya tanda bangga! Siap ketawa terbahak-bahak lagi. Memang ceria tahap monyet betul Umayma ini.

   Dalam tawa, Umayma memandang ke arah Qaulalhaq yang bergaduh dengab Surfina serta Sufyan yang cuba meleraikan pergaduhan mereka. Serta-merta tawa Umayma berakhir dengan senyuman.

   "Waaah, sedapnya! Nasi gulai ayam! Nasi gulai ayam!" Sufyan menyeduk lauk ke dalam nasinya. Sama naik dengan si Qasyid yang menepuk-nepuk meja keriangan.

   Surfina menayangkan riak wajah menyampah melihat kegembiraan Sufyan. Qaulalhaq yang baru ingin menyuakan makanan ke mulut cuma mampu menggelengkan kepala.

   "Mestilah, siapa lagi kalau bukan chef Marisa dengan chef Umayma yang berkarate di dapur." Umayma dengan bangga menayangkan masakannya. "Rasanya boleh buka hotel masakan."

   "Erm, baik fikir benda lain." Qaulalhaq menelan sisa nasi di dalam mulutnya. Lagipun dia hanya mahu Umayma masakkan untuk dia seorang sahaja! Tidak boleh!

   Surfina menendang sebelah kaki Sufyan. Sufyan hampir tersedak kerana ingatkan ada katak duduk bertenggek padakakinya. Nasib Sufyan mampu mengawal diri.

   Sufyan menoleh ke arah kakaknya dengan membuat isyarat 'apa'. Surfina berbisik, perlahan. "Semuanya dah tamat, kau rasa... bila kita akan balik ke masa depan?"

   Sufyan mengujarkan kata perlahan sambil tangannya menggaul-gaul nasi di dalam pinggan. "Entahlah. Kita ikutlah rancangan kita malam semalam. Kita ambil mesin masa kak Umayma untuk pergi ke masa hadapan."

   Air muka Surfina tidak beriak. Memang kata entahlah lepas itu bagitahu idea. Kalau boleh diluku-luku adiknya mesti sudah dibuat.

   "Eh, bisik apa itu? Mana boleh makan sambil bercakap." Qaulahaq menegur Surfina dan Sufyan yang syok drngan perbualan mereka. "Hachuum!"

   Bukan setakat Qaulalhaq terbersin, dengan Surfina sekali lagi terbersin. Paling menarik, mereka berdua bersin dengan gaya yang sama. Iaitu menutup hidung menggunakan dua belah tapak tangan.

   Umayma yang ingin melabuhkan tempat duduk terpaku melihat situasi itu. (Dia duduk bertentangan dengan Qaulalhaq.) Pergerakkan mereka berdua... sama.

   "Qaulahaq, ayah dah berapa kali pesan. Kalau nak bersin tu tutup sekali dengan mulut. Ini mahu air liur merecik di dalam nasi." Tegas nada suara encik Zakaria berbicara.

   "Err, tak sempat." Tanpa sedar, Qaulahaq dan Surfina berkata serentak. Qaulalhaq memandang Surfina di sebelah Sufyan serta-merta.

   "Hahaha..." Surfina tergelak dengan satu sengihan kekok. Matilah dia! Terus Surfina menukar topik. "Akak Umayma, macam mana  akak buat  gulai ayam yang sedap ini?"

   "Oh." Umayma menelan segala sisa makanan sebelum menjawab. "Oh, yang itu nanti akak bagitahu. Macam abang singa kita kata, tak boleh makan sambil cakap."

   Qaulalhaq yang merenung penuh sangsi ke arah Surfina berubah wajahnya mendengar kata-kata Umayma. Kurang asam punya bini. Singa singa ini juga yang kau sayang.

   Malam itu, Surfina dna Sufyan berjalan menuju ke biliknya. Macam yang dirancang, dalam pukul 3 pagi nanti mereka akan menyusup masuk ke dalam bilik kedua ibu bapa mereka dan mencuri mesin masa.

      Lagipun, Umayma dengan Qaulalhaq mesti tidur awal. Yalah, esok sekolah. Kalau tidur lewat mahu kalut mandi di perigi sampai terjatuh ke dalamnya.

   "Surat selamat tinggal itu... kau dah siap tulis ke?" Surfina bertanya perkembangan rancangan mereka setakat ini. Yalah, kena susun dengan teliti.

   "Sebelum tidurlah kita tulis. Hish, tak menyabar macam nak meminang bakal tok laki (suami), akak ini." Sempat lagi Sufyan berseloroh. Mahu kena penampar sulung Surfina ini Sufyan.

   Surfina memutarkan bola matanya. Malas mahu melayan adiknya. Rasa rindu mula menerpa. Sayang pula mahu tinggalkan aroma tahun 2004 ini. Lebih-lebih lagi tahun ini ibunya masih hidup.

   Rasanya... Sufyan lagi rasa sedih. Yalah, Umayma meninggal dunia semasa melahirkan Sufyan. Bermanja dengan Umayma pun tidak sempat.

   "Kau.. tak sedih ke?" Surfina membuka bicara sebelum mereka masuk ke dalam bilik.

   "Sedih? Kenapa?" Sufyan menayangkan wajah hairan. Lama-kelamaan dia memahami di sebalik soalan Surfina. "Oh, mestilah sedih. Aku tak pernah bermanja dengan mama. Tapi, aku tak kisah. Jumpa sekejap pun dah bermakna buat aku."

   Surfina mengukir senyum. Dia menumbuk perlahan bahu adiknya. "Kau memang adik yang kuatlah."

   Sufyan merapatkan tangan ke dada. Dia tersengih. "Hehehe, terima kasih. Teri..."

   "Sufyan. Surfina."

   Dua beradik itu memandang ke belakang tatkala namanya dipanggil oleh seseorang. Matanya mereka membulat tidak percaya. Berapa lama Umayma duduk di belakang mereka.

   "Kenapa kak Umayma?" Soalan Surfina memecahkan suasana sunyi antara mereka.

   "Akak tahu rahsia kau orang."

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top