Bab 23
"KAU ingat kau kacak lah kalau cakap macam tu?"
Sufyan mencebik. "Apa salahnya? Abang Haq dah jadi hero, biarlah Sufyan pula jadi pembantu hero."
Qaulalhaq menggulingkan anak matanya. Kalau boleh nak sahaja dia tendang budak ini. Tapi itulah, mereka sedang melarikan diri. Kenapa lari? Sebab masing-masing sudah tercungap-cungap. Kalau lawan lagi, ada yang rebah kot.
Umayma, Surfina, Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 diam sahaja memandang pergaduhan dua lelaki itu. Sesekali Surfina menoleh ke belakang, mahu memastikan tiga penjahat itu tidak mengejar mereka.
"Tap!"
Umayma menoleh. "Ya, Surfina?" Gadis itu tersenyum.
Surfina terus menggeleng kepala. "Tak ada apa-apa. Tangan Fina terkena tangan akak tadi. Sakit ke?" Iyalah, mana tahu ada luka ke lebam ke, kan?
"Oh, tak sakit," jawab Umayma. Dia membelek tangannya sendiri, kemudian riaknya berubah. Namun, Umayma langsung tidak berkata apa-apa. Tangan kanannya memegang mesin masa manakala tangan kiri dijatuhkan ke sisi.
Surfina yang perasan perubahan wajah Umayma sebentar tadi terus memandang pergelangan tangan kiri gadis itu. Dia menjungkit kening. "Mana ada apa-apa," bisiknya.
Namun ayat itu berlegar-legar dalam kepalanya sehinggalah satu bayangan muncul dalam kepala. Surfina terkaku seketika.
"Selamat pagi, anak mama."
"Mama!" Seorang budak kecil dalam lingkungan dua tahun memeluk tubuh gadis itu. Dia tersengih menampakkan gigi. Sengihannya melebar apabila gadis itu mendukungnya lalu dicium-cium pipi gebu itu.
"Semalam mama ceritakan kisah biasa-biasa. Hari ini, mama ceritakan kisah luar biasa. Bagi mamalah, sebabnya ini pasal papa kamu." Gadis itu tersenyum. Dia menepuk lembut belakang tubuh anaknya.
Tangan kiri diangkat lalu ditunjuk di hadapan anaknya. "Nampak gelang ni?"
Budak kecil itu memegang pergelangan tangan gadis itu. Gelang itu ringkas namun cukup untuk membuatkan si kecil itu tertawan. Gadis itu tergelak kecil.
"Gelang ni hadiah papa kamu. Lepas kami berkahwin, kami berbaik dan papa kamu pun hadiahkan gelang ni. Kiranya permulaan perjanjian untuk membina masjid barulah. Tak adalah pergaduhan walaupun hanya aturan keluarga," jelas gadis itu.
"Mama sayang gelang ni, kalau hilang tak tahulah mama nak buat apa. Papa kamu tu bukannya romantik mana pun." Sempat dia merungut di hujung ayat.
Budak kecil itu merenung lama gelang itu. Dia memandang mamanya yang masih membebel panjang. Lama dia merenung sepasang mata mamanya itu.
Riak ceria jelas terpampang pada wajah mamanya setiap kali dia bercerita tentang papanya. Anak mata itu bagaikan bersinar-sinar sehinggakan dia sebagai budak kecil pun menyedarinya.
"Gelang!"
Semua berpaling memandang ke belakang. "Gelang?" Mereka menyoal.
"Gelang! Ya, gelang! Gelang kak Umayma mesti ada dalam bilik tadi." Laju si Surfina memberitahu. Dia memandang Umayma dan tersenyum kecil. Wajah gadis itu berubah, seperti tadi. Sedih dan sayu. Jauh berbeza dengan wajah yang tersemat dalam memorinya.
"Kalau gelang tu ada di masa hadapan, jadi gelang itu mesti selamat di masa silam!" bisik Surfina dengan bersemangat. Dia memandang Qaulalhaq dengan wajah berharap. "Eh, mana abang Haq?"
"Abang Haq dah lari masuk bilik tu. Ambil gelanglah kot," jawab An Qi. "Jomlah jalan dulu. Keluar dari bangunan ni. Nanti mesti abang Haq ikut."
"Kalau penjahat tu buat apa-apa dekat abang Haq macam mana?" Wani bersuara. Sekarang ini mindanya sudah dipenuhi berbagai-bagai kemungkinan yang buruk kesudahannya.
"Ala, itu abang Haqlah. Dia tu kuat! Suami mithali katakan," sampuk Chandon. Ayatnya membuatkan semua terangguk-angguk bagaikan burung belatuk.
"Apa yang abang Haq tak boleh buat kalau macam tu?" tanya Ahmad.
"Menyanyi dan sabar." Serentak Umayma, Surfina dan Sufyan menjawab. Masing-masing berpandangan sebelum tergelak.
"Dahlah, jom keluar. Abang Haq mesti selamat punya." Saad menarik tangan An Qi dan Ahmad. Wani, Tahani dan Chandon berjalan mengikut mereka bertiga.
Umayma menoleh ke belakang seketika sebelum berjalan ke hadapan. "Haq mesti selamat," katanya. Tangan Surfina ditarik. Hanya Sufyan masih berdiri di situ.
Kalau tadi Surfina yang teringat kisah gelang dan mamanya, kali ini Sufyan teringat kisah parut dan papanya.
"Papa, kenapa dengan bahu papa tu?" tanya Sufyan. Dia sudah lama mahu bertanya tentang parut yang terukir pada bahu lelaki itu. Mujurlah tidak besar mana.
"Malas nak cerita." Mata Qaulalhaq bagaikan dipin pada kaca televisyen. Tengok berita malam-malam. Apa lagi? Bola belum mula lagi.
"Tsk! Papa ni, ceritalah. Kedekut cerita kenapa?" rungut Sufyan. Bahu papanya digoncang-goncang. Berani mati budak ni. Kalau budak lainlah, mungkin dah terbang kepala mereka.
"Duduk diamlah, Sufyan," tegur Qaulalhaq apabila Sufyan menempel di sisinya. Puas ditolak tetapi Sufyan seolah-olah sudah digam pada sisinya. "Ish kau ni. Parut ni bukan apa pun. Sipi je sebab papa dapat keluar dari bilik tu."
"Manalah tahu ada bom dalam tu, nasib dapat keluar. Itu pun ada budak nama sama dengan kau tarik papa. Kalau tidak, jadi debu lah kut. Dah sana." Sufyan terus ditolak jauh.
Sufyan terangguk-angguk. Teringin pula nak jumpa 'Sufyan' yang selamatkan papanya.
Sekarang, Sufyan tersenyum. Dialah 'Sufyan' yang mahu dia temui dahulu. "Sufyan tengok abang Haq sekejap! Kau orang pergilah keluar dulu!" jeritnya selepas berlari jauh dari mereka.
Umayma mahu menghalang, namun Surfina menahannya lalu menggeleng. Dia tahu Sufyan pasti sedar sesuatu akan berlaku.
"Kita jalan je. Kalau kita duduk dekat sini lama-lama, nanti abang Haq terus keluarkan suara naga dia tu." Surfina membuat suara menyampah. Mujur lelaki itu papanya. Kalau abangnya atau adiknya sudah lama dia siku.
"Ha, yalah. Betul sangat tu, kak Fina." Tahani tersengih. Dapat dibayangkan dalam kepala seekor naga dengan suara Qaulalhaq.
"Merepek jelah kau orang ni." Umayma menepuk belakang tubuh Surfina. "Jom. Dari tadi asyik jom je, sekarang kita jom betul."
Kelapan-lapan mereka terus berjalan laju ke luar bangunan. Masing-masing memandang pintu utama dengan riak risau dan sedikit tegang. Mana tahu yang keluar itu si penculik, kan?
✧✧☘✧✧
"Mana gelang tu?" Qaulalhaq kini kembali ke dalam bilik tadi. Puas dia menyelongkar ke sana sini namun dia langsung tidak nampak gelang itu. Mahu mengamuk pun ada.
"Tsk, kau takkan dapat gelang tu." Asri tiba-tiba tergelak riang. "Kebebasan, kegembiraan. Kalau aku tak dapat, biar aku hancurkan kau punya sekali!"
"Kau diamlah! Dah kena ikat pun membebel lagi!" marah Qaulalhaq. Sebaik sahaja dia tiba di hadapan pintu, Qaulalhaq mencapai sebatang besi lalu kaki dan bahu Asri, Advik dan Dayyan dipukul kuat kemudiannya diikat dan diletak di tengah-tengah bilik. Tak adalah menyemak macam lalat.
"Kau ni, kesian aku tengok." Asri masih tidak mahu menutup mulut. Kalau Qaulalhaq tahu, sudah lama dia ikat mulut manusia seorang itu.
Malas mahu melayan, Qaulalhaq terus menyelongkar beg yang dibawa Asri pula. Keningnya terjungkit. "Banyak betul jajan. Kau nak buat parti ke apa? Ke kau nak sumbat jajan ni masuk mulut bini aku? Eh, eh, ada yang pecah kepala sekejap lagi ni." Qaulalhaq sudah panas. Sesuka hati mereka je bagi Umayma makan benda tak elok tu.
Sekali-sekala tak apalah. Ini setiap hari! Banyak pula tu jajan yang ada. Memang minta penampar betul. .
"Aku rampas beg ni." Bagaikan pengawas merampas barang larangan seorang pelajar. Itulah perumpamaan yang sesuai buat masa itu.
"Woi, woi!" Advik memekik. Dari tadi dia dengan Dayyan diam sahaja. Tapi kalau dah sampai jajan kena rampas, memang taklah dia nak diam!
"Shhh!" Qaulalhaq membuat muka. "Aku cari lipas, nak?"
Mereka bertiga terus berubah riak. Meremang bulu roma. Jangan!
"Dah, diam." Qaulalhaq teruskan pencarian. Dia memandang ke kiri dan kanan dan akhirnya terpandang sesuatu di sisi Advik. Matanya membulat. "Woi!"
Advik tersenyum bangga. Tangannya diangkat tinggi. Dia berdiri lalu membuat senaman pinggang sedikit. "Huh, setakat ikat macam tu. Aku pun boleh lepaslah!" Riak betul Advik itu.
"Ceh, guna pisau bolehlah!" sindir Dayyan pula. Dia turut sama berdiri kemudian membantu Asri. Qaulalhaq jelas dalam situasi tidak baik. Ingatkan tiga ekor syaitan tu sudah diikat kemas, lupa pula mahu rampas senjata pada mereka!
"Tsk, tsk, tsk! Perlawanan kita sampai sini sahaja. Aku dan dua budak ni pergi dulu." Asri mendekati tingkap yang terdapat dalam bilik itu.
"Woi, bos! Tingkat tiga ni! Gila ke?" Advik pula cemas. Ada masalah mental ke bos dia ni?
"Ala, terjun jelah! Aku dah letak barang dekat bawah tu. Confirm selamat punya!" jawab Asri.
"Barang?" Dayyan dan Advik berpandangan. Mereka memandang ke bawah. "Tu semak! Matilah kita..."
"Terjun jelah! Bukan tinggi mana pun!"
Dasar bos tak guna betul. Haih, tabahlah kau orang berdua. Berbalik kepada Qaulalhaq...
"Woi! Pintu ada tak nak guna ke?" Jahat memang jahat, tapi janganlah main nyawa. Qaulalhaq sangat pantang dengan perkara itu.
"Ha? Pintu? Ish ish ish... Kau memang bodohlah, budak." Asri tersengih. "Tik, tok. Tik, tok. Boom!" Lelaki itu terus ketawa besar. Beberapa saat kemudian, tawanya mati.
"Biarlah malaikat maut datang jemput kau. Aku pergi dulu. Daa!" Asri terus melompat ke bawah. Advik dan Dayyan sudah selamat merungut kesakitan di semak sana. Jangan ikut perbuatan mengarut mereka!
"Boom?" Qaulalhaq mengerutkan dahi. "Apa pu... gelang!" Qaulalhaq mendekati tempat yang diduduki tiga penjenayah tadi. Ya, itu gelang Umayma. Qaullahaq menarik nafas lega.
Sebaik sahaja dia memandang ke arah kaban, riak cerianya terpadam. Qaulalhaq kaku di situ. Kakinya membeku, langsung tidak dapat digerakkan.
"Tik, tok. Tik, tok. Boom!"
Kata-kata Asri terngiang-ngiang dalam kepalanya. Jadi... Itulah maksudnya? Bom yang entah dari mana lelaki itu dapatkan, kini berada di hadapannya. Bom yang selama ini bermain-main di kaca televisyen, kini bakal menjadi penamat nyawanya?
"Ah, bodohnya aku." Qaulalhaq meraup wajah. Gelang Umayma direnung lama. Dia tersenyum sedikit. "Pandailah budak berdua tu jaga dia."
Qaulalhaq terduduk. Kakinya yang tadi beku bagaikan ais kini menjadi jeli. Dia tidak mampu bangun. Tidak mampu lari menyelamatkan diri dan kembali ke pangkuan si bidadari.
Gila. Asri memang gila. Sanggup dia, semata-mata mahu memutar masa. Juga untuk membalas dendam kesumat. Sehingga mengorbankan nyawa.
"Kalau aku hidup lagi, memang aku belasah kau separuh mati, Asri." Penumbuk digenggam. Gelang Umayma disimpan ke dalam kocek seluarnya. Beg berisi jajan yang berada di sisinya dipandang seketika.
"Tik, tok. Tik, tok. Boom!"
Suara itu bermain-main dalam minda Qaulalhaq. Bagaikan sumpahan masa pula.
"29 saat... 28 saat... 27 saat..." Qaulalhaq membuat countdown. Mahu buat apa, dia sudah kaku. Walaupun pintu itu hanyalah lima langkah darinya, Qaulalhaq tetap membatu.
"17... 16... 15..."
"Abang Haq!"
Qaulalhaq memandang ke tepi. Matanya membuntang melihat Sufyan di depan pintu. Dia memandang bom itu pula. Lagi beberapa saat!
"Urgh!" Sufyan terus masuk ke dalam lalu menarik tangan lelaki itu. Berat! Qaulalhaq masih kaku.
"Abang Haq, bangun! Berdiri cepat!" Sufyan rasa jantungnya mahu meletup. Lagi-lagi dengan masa yang tinggal sedikit.
"Lari, Sufyan." Qaulalhaq menolak tubuh budak lelaki itu.
"Ah, papa ni! Sekarang atau dulu, sama je! Suka tolak Sufyan!" bentak Sufyan. Dia menarik tangan Qaulalhaq sehinggalah lelaki itu berdiri.
"Jom!" Sufyan berlari ke pintu. Dia tiada masa mahu membuat drama Hollywood di situ! Sama ada drama air mata, atau drama aksi konon-kononnya terjun tingkap sebelum bom meletup!
"Lima... Empat... Tiga..." Perkiraan dalam kepala Qaulalhaq mula membuatkan lelaki itu hampir terjatuh.
"Dua... Sa..."
"Papa! Sufyan!" Seseorang muncul lalu menarik kedua mereka ke tepi. Tubuh mereka diltolak ke tangga berdekatan. Biar jatuh tangga, jangan mati kerana letupan itu. Mujurlah bilik itu dekat dengan tangga.
"...tu."
"..."
"BOOOM!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top