Bab 21
"BAM!"
"Opocot emak engkau!" Dayyan terlompat sedikit apabila terdengar bunyi hempasan itu. Dia merengus perlahan. "Syaitan mana pulalah yang datang terjah bangunan ni? Bukannya ada apa pun," bisiknya.
Umayma memandang Dayyan. "Kita tak boleh nampak syaitan kerana syaitan itu makhl..."
"Dah, diamlah kau. Mengalahkan robot. Aku pula naik muak dengar suara kau. Berdarah juga telinga aku dengar engkau membebel kalah mak nenek aku, tahu? Diam." Dayyan memotong kata Umayma. Telinganya disumbat dengan kapas.
"Dayyan! Woi, Dayyan! Mana bos?" Tiba-tiba pintu ruangan itu terbuka. Wajah Advik yang jelas cemas dengan nafas tercungap-cungap terpampang pada muka pintu. "Eh bos tu nanti kita settle. Sekarang ni, kemas semua barang lepas tu kita blah."
Dayyan mengerutkan dahi. "Dah kenapa tiba-tiba nak cau pula ni? Kerja belum habis lagi. Relaxlah dulu. Perempuan tu pun tak habis belek mesin dia tu. Nanti bos balik kau nak jawab apa?"
"Hish, kau ni banyak songeh betullah! Diam! Kau tau tak aku baru lepas alami filem menakutkan?" bentak Advik. Dia berdiri tegak lalu menarik nafas sedalamnya.
"Mana air aku?" Lain disuruh, lain pula dibuat. Dayyan fokus memandang tangan Advik. "Tak ada pun? Kau jangan cakap kau cilok air aku. Aku lempang kau nanti." Lelaki itu bangun dari kerusi lalu mendekati Advik.
"Ah, itu juga yang kau fikir sekarang ni! Tak ada, aku tertinggal air kau. Aku baru lepas jumpa hantu kau tahu. Suami perempuan itulah, ada ke dia kejar aku yang naik kereta ni. Mujur nafas aku panjang lagi kalau tidak kau lawat sahajalah mayat aku," beritahu Advik dengan nada menyampah. Masih teringat dia akan wajah Qaulalhaq yang menyeramkan itu.
"Fuh, seram." Advik menggelengkan kepala. "Eish, cepatlah kemas! Kau, Umayma. Bila nak siap mesin kau tu? Sampai ke sudah tak siap-siap. Penat aku tengok," marahnya.
"Saya perlukan tahap kefokusan yang tinggi untuk memasang papan kekunci kecil," jawab Umayma. Dia kemudiannya melepaskan screwdriver yang dipegangnya.
"Hah, kau kenapa pula ni? Kerja tak mahu buat. Makan laju pula," sindir Dayyan. Matanya jatuh memandang bungkusan jajan yang bersepah di tepi mesin masa Umayma.
"Bila saya nak buat kerja, kau orang suruh makan. Lepas tu suruh saya makan lagi. Memanglah lambat nak siap," protes Umayma. Pelik juga Dayyan dan Advik, kata bos gadis itu sudah dipukau. Tetapi kenapa perangai berbisa semacam?
"BAM!"
"Woi! Pulangkan isteri aku!"
Tersentak Dayyan dan Advik apabila mendengar bunyi hempasan itu. Tambahan pula dengan suara garau yang memenuhi bangunan. Tengok si Advik, Dah macam jumpa hantu pun ada. Pucat semacam.
"Hah, kau oranglah ni! Aku pun dah terlupa pasal budak tu! Sekarang ni kita kena keluar dari sini! Budak tu lari laju kalah atlet tahu. Aku tak tahulah ibu bapa dia bagi makan apa masa kecil." Advik terus mengemas segala barang berkaitan mesin masa milik Umayma. Dia menyimpannya ke dalam bekas plastik... Kalau letak dalam beg nanti ada yang terpenyek, mati sia-sia je kena pancung dengan bos.
"Kau tak cakap awal-awal!" marah Dayyan. Dia turut mengemas apa yang perlu. Umayma yang berdiri kaku dibiarkan.
"Ah, aku dah cakap! Kau yang tak dengar! Jom, jom!" advik berlari keluar dengan bekas itu. Laju betul, macamlah ada pak rimau kejar dia.
"Heish, kelam-kabut betul dia tu." Dayyan turut melangkah ke luar. Lima tapak kemudian, dia kembali semula ke ruangan itu. "Woi, kau kenapa tercongok dekat situ? Nak kena sembelih?"
Umayma masih kaku. Selepas dia memberontak sedikit, dia berdiri seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu mindanya. Dayyan mengerutkan dahi.
"Hish, budak ni!" Dayyan merengus. Nak pegang, nanti tak pasal-pasal ada parang terbang pula. Tak kisahlah bersarung tangan ke, pegang lengan baju ke. Haram juga! Lagi-lagi dia sedang buat jahat.
Eh, apa pula sibuk fikir pasal tu sekarang. Masa terima arahan, tiada pula dia fikir benda-benda begini.
"Ah, cepat!" Tidak mahu mengelirukan dirinya lagi, Dayyan terus menolak-nolak belakang tubuh Umayma dengan bekas di tangan. Bekas itu berisi alat yang mengawal minda gadis itu.
"Sakit..." Umayma memegang sisi kepalanya. Dia duduk bercangkung. Dayyan sudah ternganga. Masa-masa itulah Umayma mahu buat drama.
Mahu jerit nanti, suami perempuan itu pula akan tahu kedudukan mereka. Dayyan melepaskan keluhan. Dia turut mencangkung di hadapan Umayma.
"Umayma, kita pergi keluar dari bangunan ni. Bahaya, ada harimau tahu. Kalau dia terkam kau, melayang nyawa," pujuk Dayyan. Suaranya lembut bagaikan sedang memujuk kanak-kanak kecil yang bersedih.
Alahai, Dayyan. Kau dengan Advik sama sahaja. Dua-dua kepala ting tong! Jahat tapi hati macam kapas.
"Sakit," rengek Umayma. Tangannya yang memegang mula mencengkam.
Dayyan cemas. Dah kenapa pula budak ni. Sesekali dia menoleh memandang pintu. "Advik pun satu. Pergi macam tu je. Aku ni merana hadap budak ni. Dahlah budak Haq tu bila-bila je boleh terjah sini!"
"Ktang!"
Jantung Dayyan seperti mahu meletup apabila mendengar bunyi itu. Dia pasti, inti bunyi timbunan besi yang bersepah di luar ruangan itu.
"Macam budak kecil..." teka Dayyan. Dia memandang Umayma. Senyuman semanis madu bunga diberi. "Umayma, jomlah." Bekas dihulur. Dia belum gila lagi mahu hulur tangan kepada Umayma.
"Hngh!" Anak mata Umayma mula berubah. Bukan warna atau apa, namun pandangannya tajam menikam. Dayyan merasakan bulu romanya tegak berdiri.
"Kak Umayma!"
"Alamak aih..." Dayyan berpaling memandang pintu lagi. "Mesti budak kecil tu. Apa nama dia... Sufyan?" Dayyan berdiri. "Baik kau ikut aku diam-diam, kalau tidak aku tembak budak dekat luar tu," ugut Dayyan.
Bak kata novel yang selalu dibaca Dayyan, minda seseorang itu mungkin akan kembali seperti sediakala jika dia perlu melindungi seseorang. Untuk mengelakkan kejadian itu, terpaksalah Dayyan mengugut Umayma.
Err... itu novel sahajalah. Betul atau tidak, Dayyan tidak tahu. Tidak mengapalah, asalkan mencuba.
"Eh, kak Umayma!" Sufyan muncul di muka pintu. Dia berlari mendapatkan gadis itu.
"Sanalah, budak!" Dengan kejamnya, Dayyan menendang tubuh Sufyan. Sufyan jatuh tergolek dan terbaring di sudut ruangan itu. Sedikit darah mengalir keluar dari mulutnya.
"Kuat sangat aku tendang ni..." Dayyan dua kali ganda cemas. Satu, kalau Qaulalhaq nampak dia dan Umayma, habis. Dua, kalau Qaulalhaq nampak Sufyan dalam keadaan begitu, dia boleh katakan selamat tinggal kepada dunia.
Yalah, dulu kan Advik langgar budak itu sampai masuk hospital. Lepas tu Dayyan berpura-pura jadi doktor yang prihatin. Sudahlah dia letak tracking device pada budak tu. Culik pula Umayma, memang nahas!
"Pulangkan... kak Umayma!" pekik Sufyan. Dia tersenyum sinis. "Kak Umayma dekat sini! Abang Haq!" Sufyan ada ternampak kelibat Qaulalhaq berdekatan dengannya sebelum dia ke sini, jadi suaranya pasti dapat didengari lelaki itu.
"Woi, diamlah! Shhh! Shhhh!" Jari telunjuk dirapatkan ke bibir.. Terketar-ketar tubuh lelaki itu. "Advik tak boleh naik sini, kalau tidak mesti budak Haq tu tangkap dia," bisiknya. Dia memandang Umayma.
"Ah, lantak! Dah buat jahat tambah jelah lagi!" Kali ini Dayyan menarik tangan Umayma lalu dibawa keluar ruangan itu. Rontaan gadis itu diabaikan. Kalau dilayan, memang tak keluarlah mereka nanti.
"Hei!" Sufyan bangun daripada duduknya dan menerkam Umayma sehingga dia terjatuh. Dayyan yang mengheret Umayma sekali pastinya jatuh sama.
"Apa masalah kau, ha? Menyibuk jelah!" Dayyan memandang sekelilingnya. Sebatang rod besi pendek ditarik lalu dipukul pada bahu Sufyan. Tangan Umayma dicapai lalu dibukanya langkah seribu.
"Abang Haq!"
Dayyan mengetap gigi. Dia dapat mendengar bunyi telapak kaki yang pastinya sedang berlari.
"Woi!"
"Datang dah budak tu. Semuanya salah Sufyan!" bentak Dayyan. "Advik ni pun! Mana dia?"
"Kenapa... kita lari?"
Dayyan menoleh. "Baru nak buka mulut?" Dayyan menyindir. Tangan Umayma dilepaskan. "Ikut aku!"
Umayma akur. Ke mana sahaja Dayyan bersembunyi, pasti dia mengekori. Bagaikan mak itik dengan anak itik pula.
"Eip, tunduk!" Dayyan mengarahkan Umayma bagaikan mereka berada dalam filem seram atau aksi.
"Huh! Kak Fina, kita dekat mana ni?"
Membulat mata Dayyan apabila mendengar suara itu. "Fina? Surfina? Kakak Sufyan?" Giginya diketap. "Tak cukup dengan dua ekor hantu tu, datang lagi hantu lain?"
"Hantu?" Umayma menyampuk. "Mana hantu?"
"Abang Haq kejar lelaki tu sampai ke sini. Sufyan ikut, kita pun ikut. Sekarang ni, kita berpecah. Tapi satu kumpulan tiga orang. Cari kak Umayma dengan dua orang lelaki asing. Kalau ada apa-apa yang dia orang pegang, rampas dan hancurkan. Err, kecuali lampu suluh dan bahan-bahannya." Surfina menggaru pipi. Kalau hancur 'lampu suluh' itu, macam mana mahu kembali ke masa hadapan?
"Okay!"
Enam orang kanak-kanak yang mengekori Surfina membuat tabik. Mereka mula membentuk kumpulan sendiri. Mujurlah tiada pergaduhan.
"Kumpulan satu, Chandon, Tahani dan Ahmad. Kumpulan dua, An Qi, Saad dan Wani. Akak akan pergi cari Sufyan. Sekarang, berpecah!"
"Aye!"
Mata Dayyan sibuk memerhati pergerakan mereka semua. Otaknya mula mengira dan mengagak kedudukan mereka. Dia memang terlupa habis tentang sikap Umayma yang dipukau tapi macam tak dipukau itu.
"Prangg!"
"Huh?" Dayyan terpinga-pinga. Muka dia sudah pucat, tetapi dia masih kaku di situ. Perlahan-lahan, Dayyan memandang Umayma.
"Argh, kenapa kau buat bising!" Dayyan seperti mahu mengamuk. Nyaris-nyaris sahaja dia naik tangan kepada gadis itu. Kalau bukan kerana bayang seseorang di belakangnya, satu penampar sudah hinggap pada pipi Umayma.
Geram sangatlah itu.
"Sini rupanya kau!" Surfina bercekak pinggang. Dia mula menarik kolar baju Dayyan.
"Tsk, lepaslah kau!" Tangannya menepis pegangan Surfina. Dayyan menarik tangan Umayma sekali lagi. Sempat pula dia menyiku perut Surfina biarpun tangannya sudah penuh dengan bekas dan tangan Umayma.
"Abang Haq! Kumpulan satu, dua, Sufyan! Turun ke sini!"
"Baik adik, baik kakak. Dua-dua sama je! Menyusahkan!" Dayyan meludah ke tepi.
"Buk!"
"Eh?"
Sebiji bola melantun-lantun di hadapan Dayyan. Lelaki itu hilang imbangan lalu terjatuh. Tangan Umayma dilepaskan sebelum dia terbaring.
"Ha, buat jahat lagi..." Tiga orang kanak-kanak yang Dayyan lihat sebentar tadi muncul dari arah kanan. Budak lelaki yang berada di tengah tersenyum bangga.
"Mesti kau yang sepak bola tu, kan?" Mata Dayyan merenung tajam budak lelaki itu.
"Iyalah, siapa lagi?" An Qi menyindir sinis.
"Kau..."
"Tangkap dia!" An Qi memberi arahan. Mereka bertiga terus meluru laju mahu duduk di atas Dayyan supaya lelaki itu tidak mampu berdiri.
"Sini!"
Tiba-tiba Dayyan ditarik ke luar bangunan. Umayma mengekor sama. Dayyan memandang ke hadapan.
"Ad... Advik!"
Biasanya ini scene bila protagonis diselamatkan. Tapi ini terbalik ya. Ini scene antagonis. Kalau nak protagonis, kita sambung di chapter seterusnya. Kot?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top